Wednesday, December 14, 2011

Demam Nenen

Haa...tajuk di atas memang menakut kan..sila jangan ambil mudah bila demam nenen..
Demam ni ni telah dirasai oleh Kay sendiri..
Apa yang menyebabkan demam ni boleh terjadi ialah, puting susu belah kanan telah luka..(mungkin lelangit Khadeejah Bella dah keras, makanya bila dia hisap nenen, maka melecet dan luka..)
Bila dah melecet, Kay kuranglah bagi susu..Tetapi, Kay akan perah secara manual, sebab kalau pakai pump lagi sakit..
Bila perah, maka tak keluar habis..Demam nenen ni berlaku pada pukul 1 pagi...Kay dah rasa berdenyut-denyut kat nenen belah kanan..Bila pukul 1.30 pagi, Kay dah menggigil-gigil satu badan. Telefon Opah kata demam. Opah pun kata tu Demam Nenen la...
Kay pun  kejutkan Nenek dan Atok..Mak Usu pun terjaga juga..Agak keberatan juga nak kejutkan Nenenk sebab nenek ni susah tidur..takut mengganggu..
Bila dah menggigil satu badan pukul 1 pagi, Nenek jom pi hospital yang terletak depan rumah.akan Khadeejah Bella.
Mak Usu tolong jag
Sampai di hospital, makan panadol 2 biji untuk kurangkan panas sementara menunggu doktor yang bertugas.
20 minit juga menuggu doktor. Nenek balutkan badan Kay dengan selimut dan Atok tolong urutkan tapak kaki yang pucat.
Kay dibekalkan dengan antibiotik di khuatiri nenen ada jangkitan.
Bila balik ke rumah, Kay bersihakan badan dan Nenek buatkan milo dan makan roti sebelum makan antibiotik. Kemudian, Kay tido sementara Nenek juga tido satu bilik untuk menjaga Khadeejah Bella..

Selain dari makan ubat, Kay pedap kan nenen yang bengkak dengan tuala panas untuk melancarkan perjalanan susu dan perahkan..

Tak lama Kay di rumah Nenek, Kay minta izin dari Nenek untuk pulang ke rumah Opah supaya Opah boleh jaga Kay..

Apa-apa pun, terima kasih Nenek, Atok dan Mak Usu.

Panjang umur murah rezeki, kita jumpa lagi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...