Monday, December 31, 2012

Khadeejah Bella 21 bulan

Salam..
Dah lama Kay tak update pasal tuan puteri Khadeejah Bella yang semakin besar..
Ha..baru beberapa hari yang lepas, Khadeejah dah panggil Kay dengan panggilan Mimi atau Mami..
Kira ok la tu..nanti bila tak besar sikit, boleh la improve panggi Ummi..dah ada bunyi sikit-sikit pon jadi la..
Lepas tu, Kay panggil Lau Kong dengan panggilan Baby..Khadeejah pon dah boleh sebut BABY!! hahahah..
Khadeejah ni sangat suka dengan kucing..bila dia nampak tiger atau lion dalam cerita kartun, dia akan sebut CAT!.
So Kay cakap la..Yes..it is a big CAT...
Tapi bila tengok gambar dog, dia tak sebut pulak CAT..haish..macam-macam..
Haa...cakap pasal macam-macam ni..Khadeejah dah pandai merajuk..Kay suka juga sakat Khadeejah haahahaha..
Kalau Khadeejah merajuk dia akan baring terlentang atau meniarap atas lantai..
Sekarang ni, Khadeejah tak suka jalan berpimpin tangan..dia suka berjalan atau berlari bebas..Tapi bila dalam situasi tertentu contok nya naik tangga atau masuk dalam lif, bila Kay cakap "Hold my hand please.."..Khadeejah akan pegang tangan Kay..
Untuk pengetahuan, Kay tak banyak sangat bercakap dengan Khadeejah..Cuma Kay banyak cakap dengan Khadeejah bila KAy buat kerja rumah..Contoh nya bila Khadeejah buka laci di dapur memasak, Kay akan biarkan dia main atau selongkar barang sampai puas..kemudian Kay akan cakap "Khadeejah, put back please.."..Khadeejah pon akan masukkan semula..
Kemudian bila nak minum air, Kay akan cakap bahasa Foo Chow "Sia Chui"
Bila nak buang pampers dalam bakul sampah Kay akan cakap bahasa cina Foo Chow juga " Tiu"
Kalau Khadeejah pegang lantai atau barang yang kotor, Kay akan cakap "La Cha"..
Hurm..Kay bukan ape..Nenek Cina dah pesan supaya Khadeejah mesti kena pandai cakap mother tongue Nenek Cina..hahahha..
Sambil Kay ajar Khadeejah, Kay pon belajar juga...
Kesihatan Khadeejah sangat baik..
Cuma minggu lepas, kulit badan dia ada gatal-gatal dan kering. Sampaikan waktu malam pon tergaru-garu..
Pada mulanya KAy sapukan ubat gatal dan Calamine lotion.Merah berkurangan tapi gatal masih ada..
Jadi Kay bawa Khadeejah ke UniCare yang terletak di BurJuman Shopping Center dan berjumpa dengan Dr Savitha..
Alhamdulillah..sekali pakai je ubat sapu tu, Khadeejah dah tak garu-garu badan..

Banyak lagi yang tak sempat Kay kongsikan..Apa-apapun, Thank you Allah for letting me become a mother to Khadeejah Bella Bt Khanif..

Sekian..

Khadeejah yang khusyuk memandang lautan biru...

Jumeirah Public Beach Dubai

Salam dan selamat tahun baru..
Entry kali ni Kay nak kongsikan tentang aktiviti hujung minggu yang terakhir bagi tahun 2012..Lagi beberapa jam kita akan melangkah ke tahun baru...
Kali ini kami bersiar-siar di tepian pantai Jumeirah Public Beach.
Untuk masuk ke kawasan ini, tak perlu buat bayaran..Jika masuk ke Jumeirah Beach Park, perlu buat bayaran. Untuk lebih lanjut, sila klik http://kay-hussin.blogspot.com/2012/11/jumeirah-beach-park-dubai.html

Ok..cerita banyak pon tak best, so enjoy the pics!!

Untuk pengetahuan semua, setiap hari Sabtu, parkingmula dibayar dari pukul 4 petang hingga ke 9 malam. Sebab waktu rehat di Dubai ni dari pukul 1 tengahari hingga 4 petang..lama kan? macam kat Malaysia waktu rehat dari pukul 1 hingga pukul 2 petang kan?

Itu deretan pokok kurma kalau tak silap Kay...

Kawasan yang mcam khemah tu tempat menyewa barang untuk meneylam kot. Kay pon tak pasti sebab tengok dari jauh, ada orang tenngah pakai oksigen tank dan sebagainya...

Yang ni tempat menyewa basikal..

Ini kali kedua Khadeejah Bella bersiarsiar di tepian pantai...

SubhanAllah...Pantai yang membiru, air yang sejuk, udara yang dingin dan pemandangan yang cantik. ALhamdulillah, thank you Allah sebab Kay dan keluarga diberi kesempatan untuk berada di Dubayy..

Sunday, December 30, 2012

Xmas and New Year Open House

Salam dan selamat malam..
Apa yang anda semua buat pada cuti hujung minggu kali ini?
Haa...Entry kali ni Kay nak kongsikan aktiviti dihujung minggu...
Tengahari tadi Kay menghadiri majlis Xmas and New Year Open House yang dianjurkan oleh keluarga Prakash Rao, Elmryano dan Baby Devon.
Cerita banyak-banyak pon tak best, so enjoy the pics!!

Antara tetamu yang hadir...Kay tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak sebab masa Kay datang tadi, belum ramai lagi yang datang dan Kay bergerak awal sebab nak pegi bawak Khadeejah berjalan-jalan di tepian pantai..(Nantikan di entry yang akan datang..hehehe)..Walaupon tengah bergathering, tetapi suami masing-masing tetap berbual pasal kerja...hehehehe

Haaa....ini antara hidangan yang sungguh menyelerakan..Yang tengah-tengah tu ialah Roasted Turkey yang ditempah khas dari JW Marriott Hotel..Roasted Turkey tu diapit oleh Macaroni & Cheese yang dibuat khas oleh puan rumah, Elmryano..hehehe..Kesimpulannya memang sedap la makanan semua..

Kay tak dapat nak capture gambar tuan rumah, Prakash dan Elmryano, tapi dapat capture gambar Baby Devon and Baby Farrina pon jadi la...Kiranya Baby Devon wakil untuk Daddy dan Mommy dia la...hehehe..Haa.. Baby Devon dan Baby Farrina tengah main blocks yang kakak Khadeejah Bella hadiahkan...


Akhir kata, terima kasih daun keladi, esok lusa jemput lagi..hehehe..

Tuesday, December 25, 2012

Al Halabi Restaurant at Mall of Emirates Dubai

Salam dan selamat petang..
Entry kali ni Kay nak kongsikan tempat makan baru yang boleh anda cuba..(wah macam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan plak..hehehe)
Sebab makanan nya not bad and pada tekak Kay, sedapp...
Nak dipendekkan cerita, Kay dan kawan, Aisyah bersama 3 orang anak-anaknya berjalan ke Mall Of Emirates dengan tujuan untuk meninjau barang-barang yang boleh dibeli sementelah ada Part Sale 20-70%..
Kami bergerak dari kawasan Syeikh Zayed Road dalam pukul 2 petang selepas solat Zohor.
Alhamdulillah, perjalanan kami lancar, terima kasih kepada GPS yang banyak membantu.
Setiba nya di Mall of Emirates, kami dapat parking kereta yang betul-betul depan pintu masuk shopping mall..
Apa maksudnya tu?? Maksudnya, shopping la banyak-banyak..hahahah..
Sebelum nak mulakan aktiviti membeli-belah, kami mencari tempat makan tengahari dan pilihan pertama kami ialah P.F. Chang..memandangkan ramai sangat orang dan kami perlu menunggu dalam 40 minit, makanya kami mencari tempat lain dan akhirnya Al Halabi menjadi pilihan...

Cerita banyak banyak tak best..so enjoy the pics!!

Tadaa..cantik tak? Al HAlabi ialah restoren yang menyajikan makanan Lebanon.

Aisyah with her lovely kiddos

Kay order special menu of the day..Beef with Potato..hurm..sedap..daging nya lembut..senan nak potong dan gravy nya juga sedap..For the drink, it is Lemon Mint! Air lemon yang dikisar bersama daun pudina..so refreshing!!

Aisyah orderkan Rice with Chicken untuk anak-anak comel nya..heheh..Kay rasa juga sikit..POn sedappppp!!!

Selepas hidangan main course, kami dijamu dengan dessert iaitu Rice Pudding (yang juga termasuk dalam package special menu of the day)

Yang ini adalah bahan kudapan sementara menanti order sampai. Ada buah zaitun, kacang badam, dan sayur-sayuran (timun, capsicum, daun bawang, daun pudina, bit, carrot, tomato) dan tak sah kalau makanan Arab ni tak de roti!!!

Hot Mama & Handsome Boy!!

Antara pemandangan dalam restoren Al Halabi

Beginilah rupa nye kalau keluar outing bersama anak-anak..Alhamdulillah tempat kami ni luas dan selesa. Cuma kena jauhkan sudu garpu dan piring kaca.. Kalau tak berderai la jawab nyer..

Lagi ruangan makan.

KAt belakang tu tertulis Dewan Al Sultan..mungkin kawasan khas untuk sesiapa yang membuat tempahan bagi jamuan.



Sunday, December 23, 2012

The Kitchen of Thai in Dubai

Salam dan selamat pagi!!!
Agak lama Kay tak update blog..
Haa..entry kali ni adalah salah satu tempat makan yang boleh anda lawati jika tekak anda mahukan makanan Asia yang pada Kay, sangat best..
Kay suka makan Tom Yam dan The Kitchen of Thai menepati selera Kay!!
Apa-apa pun thank you to Lau Kong yang belanja makan dan tak lupa juga thank you to Prakash Rao and his wife Elmryano for suggesting this restaurant to US!!!
Kami ke sana selepas membeli belah di Mall of Emirates. Kay berjalan ke Debenhams, Centrepoint dan Home Centre. Takde la borong sakan, cuma beli apa yang patut..heheheh..kalau borong sakan, botak la kepala Lau Kong...hahahah
Ok..cerita banyak-banyak tak best, so enjoy the pics!!

Kami sampai pukul 10.18 malam untuk dinner selepas penat membeli-belah di Mall Of Emirates.Lau Kong happy sebab shopping, Lau Kong pening sebab kena bayar..hahahah..

Sudut di sebelah kiri, tempat cashier.

Jika kita jenguk dari pintu masuk, di tengah-tengah nya ruang makan dan dibelakangnya ialah tempat memasak.

Sudut di sebelah kanan, lagi tempat duduk dan TV.

Kay order Fresh Mango Juice berharga 15 dirham dan Lau Kong order Lemon Mint berharga 17 dirham.

Tadaaa...this is our dinner last night!! Dalam mangkuk bertutup tu ialah Tom Yam Seafood, di tengah-tengah ialah ikan, dan paling kanan ialah 4 jenis sayur yang digoreng. 2 pinggan Jasmine Rice yang berharga 9 dirham each. Memang puas hati makan dan boleh datang lagi!!! Total makan malam kami ialah 104 dirham..

Sekian!!!


Wednesday, December 5, 2012

Shop till you drop

Salam dan selamat tengahari..
Entry kali ni Kay nak kongsikan sedikit ilmu berkaitan dengan shopping..
Memandangkan sekarang ini, ramai yang sedang menantikan kedatangan Dubai Shopping Festival yang merupakan antara agenda terbaik untuk sesiapa dari seluruh dunia untuk datang bershopping di Dubai!!!...
Untuk pengetahuan, pada tahun ini (2012) Dubai Shopping Festival, DSF akan berlangsung dari 3 Januari hingga 3 Februari.
Haa...pada waktu itu, boleh rambang mata untuk bershopping dan boleh bankrupt..hahahaha..
Kay dah siapkan shopping list..heheheh..

Haa..kali ni Kay nak kongsikan sedikit ilmu yang boleh dijadikan pedoman kepada sesiapa yang ingin bershopping till you drop..

Antara isu negative yang selalu dikaitkan dengan aktivi bershopping ialah:
  1. Joint pain (sakit sendi)
  2. Migraine (sakit kepala)
  3. Addiction
  4. Food poisoning
Walaupun begitu, jika kita lihat dari sudut positif, antaranya:
  1. meeting new people
  2. self therapy dan sebagainya..
Migraine
Pernahkah anda mengalami situasi pening kepala bila terlalu lama sangat bershopping? Haa..Kay pernah juga mengalami situasi sebegini...
Mengapakah ini terjadi?? Ini adalah disebabkan dalam shopping mall terdapat lampu-lampu yang terang, bunyi-bunyian dan pelbagai bau-bauan yang menyebabkan semua deria kita throbbing.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan atau mengurangkan ini berlaku? Jawapannya ialah menggunakan cermin mata hitam (shades) dan berhenti berehat dengan minum coffee..

Bahaya cosmetic sampling
Kalau kita bershopping barangan make up (eteliner, lipstick), kalau boleh elakkan dari menggunakan barangan sample pada bahagian yang sensitif. Sebabnya, mungkin lipstick sample tu dah tercemar dan kalau kita sapukan pada bibir kita, mungkin akan mendatangkan mudarat..Sebaiknya sapukan lipstick tersebut pada kulit tangan, etc.


Bahaya food court
Adakah anda pasti meja makanan di food court di lap dengan bersih? Untuk mengelakkan dari terkena food poisoning pastikan anda lap meja dengan wet tissue ataupun, Elakkan makan makanan yang telah jatuh diatas meja tersebut.

Shopping addiction
 Adakah anda tergolong dalam golongan diatas? 3 faktor yang boleh diambil kira ialah
  1. Money (bagaimana anda menilai wang?)
  2. People (adakah orang disekeliling anda affected by your activity)
  3. Time (Are you spending too much time on shoppping?)
Soalan terakhir yang anda boleh tanyakan pada diri sendiri (can u live without shopping?)

Tips untuk membeli-belah:
  1. Gunakan kasut yang sesuai. Kalau nak jalan banyak, elakkan pakai kasut tumit tinggi.
  2. Jangan bawak beg yang terlalu berat dengan menyangkutkan pada sebelah bahu sahaja. Kalau boleh, seimbangkan. Jika tidak ia boleh menyebabkan Bursitis (keradangan pada bursa. A bursa is a fluid-filled sac that acts as a cushion between a muscles, tendons, and joints).
Food sampling can be dangerous if the produce is barely wash.
Ini adalah antara barangan makanan yang tinggi kadar pesticide (racun ). Yang pertama ialah Epal, kemudian Celery, diikuti oleh sweet bell pepper, Peaches dan akhir sekali Strawberry.
Jadi, sebelum makan makanan tersebut, pastikan anda membasuhnya terlebih dahulu.

Akhir sekali, jika anda membawa kanak-kanak kecil, jangan biarkan anak-anak sendirian di trolley atau pun membiarkan anak-anak dibahagian tengah trolley sebab trolley boleh terbalik. Letakkan anak-anak di ruangan tempat duduk kanak-kanak yang telah disediakan.

Last but not least, sedikit tips yang Kay amalkan sebelum membeli belah ialah, bila masuk ke mall, Kay akan baca A'uzu billahi minashaitanir rajim untuk mengelakkan kita rambang mata dan membeli ikut nafsu. Yang ini Kay dengar dari ceramah yang Kay dengar dari TV dan Kay amalkan. Kerana sesungguhnya, orang-orang yang membazir itu adalah kawan Syaitan.

Sekian.

Happy shopping guys!!!

Sunday, December 2, 2012

Happy 41st UAE National Day

Salam dan selamat malam..
Sekarang ni jam menunjukkan pukul 11.45 malam waktu Dubai..
Khadeejah tengah tido, so Kay boleh la update cerita terkini lagi sensasi..cewahhh...
Ok..kali ni Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama menyambut Hari Kebangsaan (National Day) bagi Emiriah Arab Bersatu (United Arad Emirates)
.
Sedikit info UAE:
  1. UAE National Day disambut pada 2 December setiap tahun.
  2. Tema pada ulangtahun yang ke 41 ini adalah " Spirit of the Union"
  3. Terdapat 7 Emirates yang bergabung membentuk United Arab Emirates iaitu (Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Fujairah, Sharjah, Ras al Khaimah dan Umm al-Quwain.
  4. Fujairah merupakan Emirate yang paling kecil.
  5. HH Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan merupakan Presiden pertama UAE selama lebih 30 tahun.
  6. Burung kebangsaan UAE ialah Falcon.
  7. Volcano Fountain pernah menjadi tarikan utama di kawasan Corniche, Abu Dhabi, tetapi telah dimusnahkan bagi tujuan mencantik kawasan di sekitar Corniche.
  8. University pertama di UAE ialah United Arab Emirates University yang terletak di Al Ain.
  9. Palm Islands merupakan pulau buatan manusia yang terbesar dan juga dikenali sebagai Eighth World Wonder.
  10. Sebelum ketujuh-tujuh Emirates bersatu atau bergabung, UAE merupakan antara negeri termiskin di Arab Region.
  11. Sekarang, UAE merupakan negara kedua terkaya selepas Qatar!!!
Untuk keterangan lanjut boleh  layari laman web..hehehe..

Ok..Now lets enjoy the pics!!!

Gambar ni diambil di booth Many Faces One Nation di Deira City Centre..Haa..bergaya sakan kitorang...heheheh
Kami datang ke The Dubai Mall naik Metro dari Emirates Tower Station ke Burj Khalifa Station. Kemudian dari Metro Station, kami naik feeder bus. Haa...hari ini dalam sejarah sebab Kay kali pertama naik bus di Dubaii!!!..Haa...sememangnya Metro ramai sangat orang dan kami sekeluarga bernasib baik kerana koc yang kami naiki tak sesak, jadi muat nak masukkan stroller..Tapi kami balik ke rumah jalan kaki seba takut Metro ramai orang dan taxi ramai yang beratur menunggu...(walaupon jarak dari The Dubai Mall dan rumah tak la jauh sangat dan tak la dekat sangat..tapi memandangkan cuaca sejuk dan selesa untuk berjalan, makanya kami berjalan kaki pulang ke rumah..sambil berjalan, dapatla menghapuskan lemak lemak tepu di badan...hahahah)


Khadeejah bergambar di bahagian terowong atau tempat pejalan kaki dari Burj Khalifa\ Dubai Mall Metro Station yang akan terus menuju ke The Dubai Mall. Bila tunnel ni dah buka, maka, senang lah orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Metro datang ke The Dubai Mall untuk bershopping!! hehehe..Bukan apa, buat masa sekarang ni, untuk pergi ke THe Dubai Mall dari metro station, perlu jalan kaki dan tiada kawasan berbumbung (sangat penting kalau cuaca sangat panas, macam Kay, memang tak lah nak pegi ke The Dubai Mall naik metro musim panas..baik naik taxi walaupon kene bayar mahal..hehehe)
Bergambar di Union House. Itu ialah tempat untuk orang ramai menulis postcard yang di tujukan khas kepada HH Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan, President of the UAE.

Bergambar sikit kat The Dubai MAll..Sekarang ni dah sejuk..tapi tak sejuk sangat...hehehe..mungkin lagi beberapa minggu baru la Dubai jadi sejukkkk...


Dapat bendera UAE percuma di Information Counter, The Dubai Mall...

Nampak tak lelaki Arab yang berjubah putih kat bawah tu? Mereka sedang membuat pertunjukan tarian tradisi orang Emirates.

Memang ramai sangat orang..Meriah!! Dan untuk pengetahuan, sempena UAE National Day, The Dubai Mall dibuka sehingga pukul 3 pagi!!!! Jalan la sampai bengkak kaki..hahahah

Yang ini pula ada sesi menulis nama dalam bahasa Arab. Alhamdulillah nama Khadeejah tu sangat familiar, jadi mudah untuk penulis khat tu tulis nama Khadeejah..Hehehe

Asyik gambo Kay je..this is my Lau Kong with my Lil Princess. Khadeejah tengah mamai nak tido tu...

Sebelum bergerak balik, Kay sempat mencuba kopi Arab percuma. Rasa kopi arab tu macam ada letak halia..

Sekian...

Saturday, December 1, 2012

Resipi Kek Span Perisa Pandan

Salam dan selamat pagi..
Sekarang ni pukul 10.43 pagi waktu Dubai..
Cuaca dah semakin sejuk dan berangin..
Kalau sidai kain kat balcony, kena pakai sepit, kalau tak, jawap nye melayang la kain baju..heheh..
Ok..Seperti yang dijanjikan, Kay nak kongsikan resipi membuat kek span perisa pandan..

Sedikit mukadimah, Kay memang suka sangat makan kek span..
Selalunya makan kek span dari kedai je..tak pernah nak buat sendiri..
Nak dijadikan cerita, masa Kay balik ke Sibu sempena Hari Raya Qurban 2012 yang lepas, impian Kay nak buat kek span tertunai juga..hehehe..Thanks to Mak Usu (my sister in law) for helping me and thanks to my mother in law sebab sudi menurunkan ilmu membuat kek span...(sebenarnya, bukan kek span saje Nenek tahu buat, bermacam macam kek Sarawak, Nenek pandai buat..Kalau ada masa Kay akan kongsikan resipi kek yang lain...heheh)

Bahan-bahan:
1.50g gula dicampurkan dengan putih telur
2.100g gula dicampurkan dengan kuning telur
3.6 biji telur di asingkan dan hanya 5 biji putih telur digunakan
4.100g santan
5.1 sudu cream of tartar, dimasukkan ke dalam putih telur
6.1 sudu  teh baking powder dimasukkan kedalam telur kuning bersama sedikit garam
7.50g minyak makan
8.125g tepung naik sendiri

Cara-cara:
1.pukul kuning telur dengan gula sampai kembang. Masukkan santan, baking powder, sedikit garam dan minyak. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri dan gaul rata.
2.Pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Baru masukkan cream of tartar. Kemudian gaul hingga sebati.
3.Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur. Gaul perlahan-lahan.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar dengan api sederhana selama 30 minit.


Inilah hasilnya..kek span yang gebu dan lembut.

Tips:

Tips yang pertama ialah, pastikan kuning telur dan putih telur tidak bercampur. Kalau bercampur, bila kita pukul putih telur tu, dia tak akan kembang. Untuk pastikan samada telur putih kita tu menjadi dengan baik, sila angkat mangkuk adunan seperti diatas. Jika tak jatuh, makanya adunan anda berjaya!!!heheheh

Tips yang kedua ialah cammpurkan adunan kuning telur (warna hijau sebab dah letak perisa pandan) ke dalam adunan putih telur dan kacau perlahan-lahan dan kacau dengan satu arah sahaja. jangan berbalik-balik.

Sekian!!!

Friday, November 16, 2012

Jumeirah Beach Park Dubai

Salam dan selamat petang..
Kat Dubai pukul 2.50 petang..
Kejap lagi Kay dan family akan keluar berkelah di Al Barsha Park..
Haa..entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman pertama Kay berkelah di Jumeirah Beach Park semalam bersempena dengan Maal Hijrah..
Kay agak teruja sebab ni kali pertama kami sekeluarga berjalan ke pantai di Dubai..
Memandangkan cuaca sebelum ini tidak mengizinkan (sebab sebelum ni terlalu panas, dan sekarang ni cuaca dah semakin sejuk sebab nak masuk winter..)

So enjoy the pics below!!!

Kami sampai di Jumeirah Beach Park pukul 10.35 pagi..

Kami masuk di pintu nombor 3..Ramai sangat orang..Untuk masuk, perlu bayar 5 dirham seorang dan jika nak bawak masuk kereta, dikenakan bayaran sebanyak 20 dirham..

Peringatan kepada orang ramai supaya tidak memakai pakaian renang dan berjalan-jalan di sekitar taman..Kalau nak pakai pakaian renang, pakai di kawasan pantai sahaja...



Dikawasan taman, Kay nampak ada yang main badminton, bola sepak, main kejar-kejar..hehehhe

Haaa..yang ini, Khadeejah pertama kali mandi air laut..Dia sangat teruja dan menangis bila Walid bawak dia naik ke atas darat..Kay bukan apa, tak nak dia lama sangat dalam air..takut selsema..Khadeejah baru je baik dari selsema...Kay tak sampai hati tengok dia makan ubat nangis-nangis..so, sekarang  ni Kay kena tegas sikit..tak boleh mandi lama-lama dan sebagainya...Untuk pengetahuan, kebanyakan Mat Salleh suka berjemur di tepi pantai..Di taman-taman, kebanyakannya orang Asia dan orang Arab...




Ada tempat mainan kanak-kanak juga disediakan di sini..

Haa..Burj Khalifa pon boleh nampak dari Jumeirah Beach Park ni...

Walaupon jauh, Nasi Lemak tetap menjadi makanan yang dicari-cari...Tengok tu..surat khabar pon surat khabar Dubayy..hehehe

Kaum Adam membakar ayam...

Memang ramai sangat orang datang berkelah di Jumeirah Beach Park..





Seki

Miri crocodile Farm and Mini Zoo Miri Experience

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar. harap sihat hendaknya. Kay baru sahaja melawat Miri Crocodile Farm. Rupanya ada Mini Zoo...