Saturday, January 14, 2012

Deira City Centre

Salam..
Selamat Malam..
Hihihi..Kay baru balik dari jenjalan di...DEIRA CITY CENTRE..
Ni first time Kay pi sana..
Khadeejah Bella tengah main dengan Walid.. Sampai rumah je Kay bagi makan nasi dan sup..
Dah abes makan, Kay bagi nenen..
Ni dia macam nak berak..Dia da buat bunyik bunyik da..
Haa..kalu dia dah berak,right timing la untuk lap badan dia dan pakai kan baju tido...

Haa..berbalik pada kesah Deira City Centre..Kay idak le habis round shopping mall tu..
Kami sampai pun dah pukul 230 petang..Sempat la masuk kedai kedai sikit..Debenhams, Zara,MNG, Stadium..Haa..Mark n Spencer, Woolworths dan banyak lagik, den tak sompat den nak masuk.. (takpe, banyak lagik masa...muahahaha)

Kalau nak dibandingkan dengan Ibn Batuta Mall, Kay suka lagi Ibn Batuta Mall sebab design mall tu at least ada cerita la..bahagian Egypt, Tunisia, China, India dan sebagainya..
Macam Deira City Centre ni, macam mall mall lain..Cumanya, dia banyak kedai..haa..sampai julin mate pandang kiri kanan..muahahahh

Akhir sekali, sebelum nak balik, kami masuk ke Carrefour untuk beli baby bites untuk Khadeejah Bella...Heinz 1st Baby Biscuit berharga DHS 12.40. Dah alang alang, kami beli la barang dapor..Ingat nak balik rumah naik teksi, tapi makaihh..bila tengok kat tompat tunggu teksi tuh, ramai pulak orang beratur..Kami pun balik naik Metro dengan barang-barang yang dibeli..

Masa dalam Metro, Alhamdulillah, ada lelaki Filipina ni bagi seat dia kat Kay...
Kay duduk sebelah isterinya. Kay pun berbual la, tanya dia nak pi mana..Dia kata nak pi church..Dalam 5 tahun juga la dia dah bekerja di Dubai ni..Ada 2 orang anak, seorang laki dan seorang perempuan. Tapi tak ada di Dubai, anak-anaknya tinggal di Filipina..
Last sekali, sebelum dia turun, dia kata "Enjoy your stay in Dubai"..Kay kata thank you and nice meeting you!!

Haa...bila dah sampai stesen Mall of Emirates, kami berjalan kaki balik ke rumah..
Ape-ape pun, thank you Lau Kong, for bringing Lau Po out..muahhhh...

Sekian...

Kay n Khadeejah Bella..

Untuk pengetahuan, kat sinilah pelancaran Dubai Shopping Festival dilangsungkan..

Hasil tangkapan untuk minggu ini..muahahahha..

Sempat lagik Kay amik booklet Deira CIty Centre ni..Balik rumah, Kay nak study dulu, then datang lagi sekali n tawaf betul betul..Tapi tak bulih nak kata juga, sebab bila jalan bawa Khadeejah Bella ni, ikut mood dia la..kalau mood dia baik, bulih la Kay berjalan dengan hati yang sonang, tapi kalau mood dia tak baik, merengek saje, makna nya Kay kene balik rumah awal la...

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...