Tuesday, January 31, 2012

Global Village Dubai

Salam..
Selamat tengahari..
Sekarang kat Dubai pukul 1201 tengahari..
Pak Andak tengah bersiap nak pi jenjalan..
Kay duduk rumah dengan Khadeejah Bella..Sebeb penat semalam masih belum hilang (semalam kami berjalan ke Ibn Batuta Mall)..
Haa..berbalik pada tajuk entry diatas..pada 27 Jan 2012 yang lepas, kami berjalan ke Global Village.
Ni pertama kali Kay datang ke sini..
Sangat besar sebab disini ada pavilion dari banyak negara. Antaranya Egypt, Malaysia, Lebanon, Iraq, China, India, Pakistan, Europe,Africa, Philippines, Thailand, Palestine.
Bukan setakat pavilion yang menjual produk negara masing-masing, tapi ada juga fun fair atau family amusement park yang ada ferris wheel..
Tapi Kay tak sempat nak berjalan di pavilion India. Adoii..
Tapi Kay sempat masuk pavilion Malaysia (ada jual biskut Julie's), pavilion Lebanon (ade jual accessories buatan tangan orang Lebanon yang sangat cantik, harga pon cantik juga),pavilion Pakistan (ada jual jaket kulit dan kain cotton pakistan), pavilion China (jual barang barang macam handbag, mainan kanak-kanak, baju, seluar legging) dan banyak lagi..Tak menang tangan Kay nak tulis...
Kami takde la borong. Cuma berjalan ambil gambar saje..sobsobsob.tengok orang lain, kiri kanan ada beg..banyak benor diorang borong..

Gambaran luar Global Village. Bayaran masuk AED 10 untuk dewasa. Kanak-kanak percuma. Global Village ni hanya buka sampai 3 March 2012. Selepas tu, Global Village ni akan jadi dead area. Takde apa apa. Kena tunggu tahun hadapan untuk buka semula.

Kami pergi ke information kiosk untuk ambil map.

Tadaa....Global Village Map..Haa..patah kaki juga nak round sampai habis..Kay pun tak sempat tawaf sampai habis. Lebih-lebih lagi bawa Khadeejah Bella dalam stroller di tambah lagi dengan orang yang berpusu-pusu masuk..



Kedai jual kebab.

Ferris Well..Ada orang jual belon gas juga. AED 25 satu biji belon.



Persembahan dari Africa.

Barang barang dari Africa.

Ada fireworks pulak..Macam lagu Katy Perry pulak...

Sebelum pulang, kami beli cekodok orang Arab..Sedap banget..ada gravy yang diperbuat dari buah tamar.
Gambar close-up cekodok Arab..


Sekian..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...