Wednesday, February 29, 2012

Cara-cara menjahit Selimut Bayi

Salam,,
Selamat petang...
Kali ni, Kay nak tunjukkan cara menjahit selimut bayi..
Tidak susah untuk menjahit selimut bayi ini kerana tiada jahitan yang rumit. Hanya jahit lurus sahaja.

Kos untuk menjahit selimut bayi ini adalah RM12.00 dimana kain flannal kosong berharga RM5.50 semeter dan kain flannal bercorak berharga RM 6.50. Untuk membuat selimut bayi ini hanya memerlukan semeter kain flannal kosong dan semeter kain flannal bercorak.
Bahan-bahan yang diperlukan selain gunting kain dan mesin jahit ialah....


Dua jenis kain flannal. Kain flannal bercorak untuk bahagian atas/depan, dan kain flannal kosong untuk bahagian bawah/belakang

Cara-caranya;



1. Kain flannal bercorak dan kain flannal kosong dilapiskan dua. Ukur sama panjang dan buangkan bahagian yang berlebihan.

2. Jahitkan kedua-dua lapisan kain flannal tersebut.

3. Jahitkan kun untuk menutup ketidak kemasan jahitan. Selain kun, boleh juga digantikan dengan reben.

4. Mulakan jahitan kun dibahagian tengah atau bahagian yang lurus supaya mudah untuk mengakhiri jahitan kun. Elakkan daripada memulakan jahitan dibahagian bucu. 
 
5. Lipatkan bahagian bucu supaya lebih kemas.
 
6. Selimut yang telah siap dijahit.

7. Gulungan selimut bayi yang telah siap.


Selamat mencuba !!!

Selimut bayi yang dijahit sendiri boleh dijadikan hadiah untuk rakan-rakan yang baru sahaja melahirkan bayi.

Sekian..

Cara-cara Menjahit sarung kamera digital

Salam..
Selamat petang..

Kali ni Kay nak tunjukkan cara  jahit sarung kamera digital atau memberi nafas baru memandangkan sarung kamera yang sedia ada dah lusuh.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah kain yang ingin dijadikan pembalut. Material kain ikut cita rasa masing-masing....

Cara-cara untuk menjahit sarung kamera tidak rumit. Kerana asasnya kita hanya membalut sarung kamera yang sedia ada...

Cara-caranya :


1. Rupa asal sarung kamera yang sudah lusuh. Pandangan depan dan belakang.

2. Leraikan jahitan sarung kamera yang asal termasuk logo besi.
3. Letakkan salah satu bahagian sarung kamera yang telah dileraikan ke atas kain yang ingin dijadikan sarung baru. Dengan menjahit sendiri, dapat memberi kepuasan kepada pemilik untuk memilih corak dan jenis fabrik. Selain itu, sarung kamera akan nampak, lain daripada yang lain!
4. Mulakan proses menjahit.
5. Guntingkan lebihan jahitan untuk kekemasan.
6. Boleh mulakan menjahit bahagian sarung kamera yang lain.
7. Bahagian-bahagian sarung kamera yang telah siap dijahit. Mulakan proses penyantuman bahagian-bahagian tersebut.

8. Sarung kamera yang telah siap disambung. Tinggal nak pasang logo besi kamera.

9. Pandangan belakang sarung kamera yang sudah siap.
10. Sarung kamera yang telah siap sepenuhnya. Letakkan semula logo besi.

Sekian..

Cara mudah menjahit sarung kusyen

Salam..
Selamat petang..
Memandangkan kusyen yang dibeli ini tidak mempunyai sarung, jadi terpaksalah jahit sendiri sarungnya.
Mudah saja untuk membuat sarung kusyen ini. Tidak perlu zip...

Bahan-bahan:
  1. Kain. Seelok eloknya kain kapas (cotton).

Cara-cara:
  • Ambil ukuran panjang dan lebar kusyen. Untuk contoh ini, ukuran kusyen adalan 29 inci X 29 inci.

29 x 29 inci

  • Lebihkan 2 inci (panjang dan lebar) untuk potongan kain yang pertama. Dan lebihkan 2 inci untuk lebar dan lebihkan 4 inci untuk panjang bagi kain kedua. Ini kerana kain kedua akan di potong 2 dan dijahitkan bertindih.


Memandangkan ini adalah kain poliester, maka untuk memudahkan kerja, hanya bakar tepian yang berbulu. Jika kain kapas (cotton) perlulah dijahit tepi untuk elakkan dari kain berbulu. Jika ada mesin jahit tepi, maka boleh la dijahit tepian kain tersebut..Tapi, jika tiada mesin jahit tepi, maka, boleh la tukar tapak mesin jahit. Tapak boleh didapati di kedai yang menjual alat jahitan.
Ukuran diambil dan kain digosok untuk mendapatkan tanda. Kemudian gunting kain.

Ini adalah contoh kain yang telah diukur dan digunting. Kain potongan yang pertama (lebih 2 inci untuk panjang dan lebar) lebih pendek dari potongan kain kedua (lebih 2 inci untuk lebar dan 4 inci untuk panjang).

  • Jahitkan potongan kain pertama dan potongan kain kedua. Pastikan muka kain yang bercorak menghadap antara satu sama lain.



Potongan kain kedua dipotong sama kepada 2 bahagian

Kedua-dua potongan kain dijahitkan kepada potongan kain pertama secara bertindih

Pandangan belakang sarung kusyen yang telah siap dijahit (bertindih)

Pandangan depan sarung kusyen yang telah siap dijahit.


Selamat mencuba!!!!

Cara mudah membuat Beg Kain Telekung

Salam..
Selamat petang..
Lebihan kain cotton bercorak hasil daripada projek membuat kain sarung untuk tilam bayi digunakan untuk membuat beg bagi mengisi kain telekung.

Cara-caranya ialah:

1. Kain lebihan dilipat dua. Ukuran beg ikut kesukaan masing-masing.
2. Mulakan prosess menjahit. Jahit tepian beg.
3. Tangkai dijahit dari kain lebihan daripada membuat bahagian badan beg.
4. Cantumkan bahagian badan dan tangkai beg.
5. Beg yang telah siap dijahit sekarang boleh digunakan. Masukkan kain telekung.

Beg ini hanya boleh digunakan untuk membawa barang yang ringan kerana hanya menggunakan satu lapisan kain sahaja. Untuk membuat beg yang tahan lasak, bolehlah menjahit 2 lapisan dan menggunakan material yang kuat seperti kain denim.

Selamat Mencuba!!!!

Cara mudah menjahit manik

Salam..
Selamat petang..
Ini adalah entry lama di dalam blog terdahulu Kay iaitu Ummi Kay..
Kay dah tutup blog lama tersebut..
Ok..kali ni entry pasal jahit manik pada baju kurung..
Kay belajar jahit manik ni dari ibu Kay (atau pun, dalam blog Kay ni, Kay bahasakan Opah sebab dah ada cucu yang tomei, bernama Khadeejah Bella..kuikuikui)
Hurm..pertama kali jahit manik, sangat excited..Opah kate senang je..
Dan memang senang..(untuk corak yang simple.....pakai jahitan jelujur)
Kalu corak yang susah, mahu terbelit tangan Ummi menjahit nyer..kuikuikui..
Sejak pandai jahit manik ni, habis baju Khadeejah Bella, Ummi kerja kan...sila tengok gambar-gambar di bawah..

Apa yang dapat Ummi simpulkan bila dah mula menjahit manik ni adalah seperti berikut:
  1.  Dengan menjahit manik, dapat merubah penampilan baju..Dari baju yang nampak suram, boleh jadik macam baju dari butik..
  2. Memerlukan latihan..(Sebab, Ummi jahit manik mula-mula ni, tangan tak berapa nak steady, jadi jahitan nya kurang kemas la...)
  3. Memerlukan masa..tapi kalu dah minat, sekali dah buat, tak boleh nak bergerak-gerak dah..asyik saje mengadap manik nih..hehehe
  4. Memandangkan Ummi suri rumah sepenuh masa, dapat la Ummi menggunakan masa yang terluang untuk menjahit manik..(yang jadi mangsa, sudah semestinya baju anak Ummi, Khadeejah Bella Bt Khanif..hheheheh)
  5. Untuk lebih mencabar, boleh beli buku manik di pasaran (ada contoh-contoh corak)..
  6. Kalau kreatif, boleh la comes out with your own idea..

Kepada sesiapa yang berminat untuk jahit manik, boleh la mula rajin-rajin kan tangan untuk menjahit nya..
Tak rugi, sebab jahit manik boleh buat kain yang murah, nampak catik dan mahal..

p/s: Terima Kasih Opah sebab mengajar Ummi jahit manik!!!








 

Sebelum..Bunga nampak biasa saje..

Selepas..bila dah jahit manik, nampak mahal..(memang harga baju ni tak mahal pon..hihihi..Tok Bak yang belikan untuk Khadeejah Bella)


Ini baju yang akan di berikan pada Ibu Saudara Ummi (Mak Adik) yang berada di Kuala Kangsar, Perak..
Kain baju ni lembut, ringan dan sedap di pakai..Untuk menaikkan lagi seri baju ni, Ummi jahitkan manik..

Simple je..Ummi buat jahit manik lurus..samgat mudah (jahit jelujur saje..)

Ni pun jahit jelujur..tapi mungkin tak nampak sangat..sebab Ummi ambil gambar guna kamera henpon..

Di bahagian tangan, Ummi jahitkan  dengan 3 jenis warna manik...
Haa..ni baju Mak Long..Ummi tengok -tengok dan dijadikan contoh..

NI baju Mak Long yang lagi satu..Mak Long banyak baju yang berjahit manik..
yang ni punlak, manik nya bercorak bunga..


Ni pon koleksi baju Mak Long lagi..
ni corak berjalur panjang..

Lagi koleksi baju Mak Long..
Yang ni corak simple jer..

Yang ni contoh corak di tangan..

Yang ni nampak berat sikit manik nya..tapi tak susah jahit nya..

Lagi contoh corak manik di bahagian tangan..








How to apply Certificate of Status For Sarawak Purpose if the applicant is the wife

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Tajuk entry kali ini ada serius sikit..heheh.. Masuk kandan...