Wednesday, February 29, 2012

Cara-cara menjahit Selimut Bayi

Salam,,
Selamat petang...
Kali ni, Kay nak tunjukkan cara menjahit selimut bayi..
Tidak susah untuk menjahit selimut bayi ini kerana tiada jahitan yang rumit. Hanya jahit lurus sahaja.

Kos untuk menjahit selimut bayi ini adalah RM12.00 dimana kain flannal kosong berharga RM5.50 semeter dan kain flannal bercorak berharga RM 6.50. Untuk membuat selimut bayi ini hanya memerlukan semeter kain flannal kosong dan semeter kain flannal bercorak.
Bahan-bahan yang diperlukan selain gunting kain dan mesin jahit ialah....


Dua jenis kain flannal. Kain flannal bercorak untuk bahagian atas/depan, dan kain flannal kosong untuk bahagian bawah/belakang

Cara-caranya;



1. Kain flannal bercorak dan kain flannal kosong dilapiskan dua. Ukur sama panjang dan buangkan bahagian yang berlebihan.

2. Jahitkan kedua-dua lapisan kain flannal tersebut.

3. Jahitkan kun untuk menutup ketidak kemasan jahitan. Selain kun, boleh juga digantikan dengan reben.

4. Mulakan jahitan kun dibahagian tengah atau bahagian yang lurus supaya mudah untuk mengakhiri jahitan kun. Elakkan daripada memulakan jahitan dibahagian bucu. 
 
5. Lipatkan bahagian bucu supaya lebih kemas.
 
6. Selimut yang telah siap dijahit.

7. Gulungan selimut bayi yang telah siap.


Selamat mencuba !!!

Selimut bayi yang dijahit sendiri boleh dijadikan hadiah untuk rakan-rakan yang baru sahaja melahirkan bayi.

Sekian..

9 comments:

  1. singgah sini..
    mencari idea untuk selimut bayi..
    hihik..walaupun saya xde baby pun lagi..heheh

    ReplyDelete
  2. mana nak beli kain flannel ni ya?

    ReplyDelete
  3. sy mmg berhajat nak jahit selimut baby..tp sy dah beli kain cotton..boleh x guna kain cotton??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selimut selalunya pakai kain tebal untuk memerangkap haba.. Kain cotton nipiskan? Mungkin tidak menepati fungsi selimut...

      Delete
  4. izan beli kain flanel semeter je..kalau belah atas guna cotton ok x?

    ReplyDelete
  5. kalau sy nk tempah selimut blh?

    ReplyDelete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...