Tuesday, February 28, 2012

The Closet Dubai

Salam..
Selamat petang..
Khadeejah Bella tengah main belon dalam baby cot..
Jadi Kay ada masa nak hapdet pasal aktiviti yang baru saje berlangsung tadi..iaitu survey The Closet..
Apa itu The Closet? The Closet ialah tempat yang menjual second and brand new designers hand bag atau luxury hand bags....
Terima Kasih pada Yatee yang menjadi pemandu dan terima kasih juga kepada Husna yang menjadi peneman bagi menghangatkan lagi aktiviti surirumah sepenuh masa..Kella ko Jah!!

Ok..Kay taknak buang masa lagik...The Closet yang terletak di area Mirdiff..
Pertama kali nak ke sana, agak mencabar..tetapi berkat keizinan suami masing-masing yang menbenarkan Sang Isteri untuk window shopping,berkat Yatee dan GPS beliau dan juga berkat Husna yang menjadi Co-Pilot, maka, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju..heheheh

Kami sampai sebelum pukul 11 pagi..Agak saspen jugak, sebab betul ke tempatnye? Dah la ada orang tengah pindah rumah..Waktu operasi The Closet ialah 11 pagi-2 petang, 5 petang - 9 malam.

Tidak syak lagi..memang inilah tempatnya..Diatas tu adalah keratan akhbar yang menunjukkan owner The Closet..

Haa..koleksi-koleksi handbag

Handbag besar, handbag kecik, purse semua ada..Barang-barang beliau ini adalah second hand dari pemilik asal yang mahu menjualkan handbag mereka..Jadi, sesiapa yang nak jual handbag luxury merka, boleh la letak di The Closet..Selain dari second hand luxury, kedai ini juga ada brand new bags, dimana handbag tersebut dijual oleh pemilik asal mereka yang belum lagi menggunakan hand bag tersebut..(mungkin pemilik tersebut dapat banyak hadiah luxury handbag dan taknak guna beg tersebut, makanya dijual...)

Lagi hand bags

Haa..Kay suka yang ini..Prada

Prada lagi..

Prada juga..Ada juga sedikit koleksi kasut..

Ada juga sedikit aksesori..

Pemandangan luar The Closet..Yang bertutp tu adalah private swimming pool.Under renovation.

Sekian..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...