Monday, March 12, 2012

Demam

Salam..
Selamat tengahari..Kat Dubai pukul 1251..
Khadeejah Bella tengah main dengan permainan baru..
Lunch tadi makan ikan salmon panggang..
Hurm..Alhamdulillah Khadeejah Bella aktif..
Sebab pada 9 & 10 March yang lepas, Khadeejah Bella demam..
Kay bagi paracetamol 2.5ml setiap 4 jam dan Alhamdulillah, demam hilang..
Dan 2 hari tu juga Kay jelum kepala dan badan..
Hurm..tapi semalam, 11 March 2011, masa Kay mandikan dia, Kay nampak bintik-bintik merah kat badan..
Haish..tak boleh jadi ni..Kay bawa jumpa Doc di BurJuman (Haa..kali pertama Kay pi BurJuman salah satu shopping mall yang mesti dilawati jika berada di Dubai)..
Tapi tak sempat nak hapdet pasal BurJuman ni sebab nak jaga Khadeejah..hehehhe..
Ok, back to the entry, Kay buat appointment dulu dengan Unicare sebab kat sini, kalau tak buat appointment susah sikit..
Business hour kat UniCare ialah waktu pagi sampai pukul 1230 tengahari. Lepas tu pukul 5 petang-9 malam.
Jadi, kalau nak tunggu Lau Kong pulang baru pegi klinik, susah juga, jadi Kay pun minta izin Lau Kong untuk bawa Khadeejah ke klinik.
Alhamdulillah, perjalan kami dipermudahkan dan kami dapat sampai tepat pada waktu appointment...
Haa..Doc kata, beberapa hari kebelakangan ni, dia ada dapat patient yang sama macam Khadeejah..2-3 hari demam, kemudian keluar binti-bintik merah..
Doc kate, tu macam measles, tapi bukan measles...
Disebabkan oleh virus (maka tiada antibiotik diberi) dan disebabkan oleh air-borne (ataupun pembawaan oleh udara..)
Sistem imuniti badan yang lemah, maka boleh la dijangkiti oleh virus tersebut.
Jadi, Doc bekalkan ubat:
1)Calamine Loition untuk disapu pada binti-bintik merah..
2)Atarax, 2.5 ml, 1 satu sehari selama 3 hari
3)Multivitamin untuk boost imuniti badan Khadeejah, 1 ml, 1 kali sehari selama 1 bulan.

Kalau 3 hari bintik merah tak hilang, maka kene jumpa Doc semula..

Kay ada email Pead Khadeejah di Prince Court Medical Centre,
Yelah, sepanjang nak masuk umur satu tahun ni, Khadeejah tak la pulak pernah demam, bila dah demam, cuak la Kay, lagi 1 minggu, Khadeejah genap 1 tahun nak akan ambil injection MMR di Dubai..
Pead kata bintik-bintik merah tu harmless..Itu menunjukkan demam dah kurang..(Hurm..Khadeejah Bella tak demam dah sekarang..Cuma Kay pantau bintik-bintik merah kat badan la..)

Sekian..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...