Thursday, April 26, 2012

tatih

salam..selamat tgh malam..
hari ini di waktu petang aktiviti khadeejah bella ialah bertatih
di bwh pengawasan mak su dan tok cen..
khadeejah bertatih dengan memakai sandal yg dibelikan oleh opah..
pada awalnya khadeejah tidak bersemangat utk berjalan walaupun kedua dua tangannya
dipegang oleh kay..
tetiba..
ahmad panda(kucing kesygn maksu) telah dtg utk makn ptg.
di saat itu juga lah khadeejah bella terus bersemangat utk melangkah utk menuju ke ahmad panda
kesimpulannya..booster utk mengalakkan khadeejah bella bertatih diluar rumah ialah ahmad panda!
sekian.

tutup hidung

salam..
selamat tgh mlm..
selain drpd panjat sofa..khadeejah bella dah pandai tutup hidung
 seperti menghidu sesuatu yg tidak menyenangkan..
kay takde la pulak amik video..kay hanya amik gamba sahaja..
sekian..

panjat sofa

salam..
selamat tgh mlm.sekarang di Malaysia jam 12 tgh mlm..
hari ni khadeejah ade perkembangan terbaru!
dia bole panjat sofa sendiri.yay!
kay perasan mlm td dlm pukul 10 mlm
masa kay tgh busy2 buat kerja..
kay tanya maksu,khadeejah naik sendiri ke maksu yg tolong letakkan kt atas sofa tu..
maksu jwb khadeejah naik sendiri..
kay mula2 tak percaya..
lepas tu kay nmpk dgn mata kepala sendiri..
pastu kay terus capai iphone dan rakam detik2 pencapaian khadeejah bella yg terkini..
sekian..

Tuesday, April 24, 2012

Khadeejah Turun Sofa

Salam..
Selamat malam..sekarang pukul 11 mlm waktu Malaysia..
Entry kali ni, Kay nk berkongsi pasal perkembangan Khadeejah Bella yang baru saja Kay perasan hari ini..
Opah dah lama dah perasan..Iaitu, Khadeejah dah pandai turun dari sofa sendiri..
Khadeejah dah berani nak turun dari sofa dengan cara menggelongsorkan diri..
hehheh..Syabbas!!

p/s: Tak sabo nak tunggu Mak Lon balik JB..Bior Mak Lon layan Khadeejah, Ummi nak makan siang dan malam jer..hahhahaha

Sekian..

Khadeejah dan Buku

Salam..
Selamat Petang..
Khadeejah sedang lena tidur..
Opah tengah nak solat..
Jadi Kay pun nak citer sikit pasal Deeja dan buku..
Sehari sebelum Kay nak balik ke Malaysia, Kay perasan Khadeejah pandai pegang buku (i mean, kalau buku yang Kay bagi tu dalam posisi terbalik, Khadeejah akan pusingkan buku tu ke keadaan yang betul..)
Kay bitau lau Kong..Lau Kong kate, dia dah perasan lama dah..
Ok..pastu, masa dalam belon AirAsia nak balik ke JB, Khadeejah main dengan buku dalam AirAsia tu..
Kay bagi buku terbalik, dia betulkan posisi buku tu..Opah pun terkejut jugak..
Opah try test bagi buku terbalik, Khadeejah betulkan balik..
Selain dari buku, kan ada satu kertas pasal instruction pasal keselamatan dalam belon..
Opah try test bagi terbalik, Khadeejah betulkan ke posisi yang betul..
Adulaa..Pandainye Khadeejah Bella..

Sekian..

Monday, April 23, 2012

Abon

Salam..
Selamat malam..
Skarang pukul 8 malam waktu Malaysia..
Yeaayyy..Hari kedua Kay di Malaysia..
Ok..back to the story mory...
Kay pi beli sarapan kat kedai makan depan umah..
Kay beli Nasik Lemak Kosong satu (sebab ayam goreng etc sume dah abes..), Nasik Lemak dengan Pedal satu sambal kasi lebey..dan juga bihun soto..
Pekerja kat kedai tu memang pantas..Kejap je dah siap..
So Kay pon nak balik ke rumah..sekali masa nak keluar dari kedai tu, Kayterdengar ada satu perbualan..
Tapi itu tak menarik minat Kay untuk menoleh ke belakang..
Ape yang menarik perhatian Kay ialah, orang tu berbual sebijik macam Abon..dari segi intonasi dan slanga..
Kay ingat, Abon..Kalau Abon, bulih la mintak sain autograph..hehehehh..
 Sedikit info mengenai Abon yang Kay tahu:
  • Orang Jawa
  • Pelawak yang terkenal di Malaysia
  • Untuk info yang lebih lanjut, bulih la google..hehhhe...
Sekian..

Monday, April 16, 2012

Resipi Perapan BBQ Daging Lembu dan Kambing

Salam..
Selamat Malam..
Haish..tajuk entry yang macam tak glamer..tapi tak pe la..
Biar tak glamer asalkan resipi ni sodapp..
Ok..Hujung minggu yang lepas kami join piknik..Dan Lau Kong volunteer untuk marinate atau perapkan daging kambing..
Bab perap-memerap ni, Kay serahkan pada Lau Kong..sebab tangan Lau Kong ada kuasa magik..Asal Lau Kong marinate je, mesti sedap..
Asal Kay je, musti ada je yang terkurang..heheheh ..(alasan... sebab malas nak buat...hikhikhik)

Ok..jadi sila tengok gambar di bawah..itulah bahan-bahan yang diperlukan untuk marinate daging..

Sekian..

Bahan-bahan ialah Steak Sauce, BBQ Sauce, Paprika, Black Pepper, Rosemary Leaves dan garam secukup rasa..
Sukatan, ikut la banyak mana daging yang digunakan..Daging yang Lau Kong buat ni diperap satu hari satu malam..

Costa Mall of Emirates

Salam..
Selamat petang..
Khadeejah sedang tengok photo yang di ambil masa dalam belom Emirates..
Kay ajar dia, mana satu Walid, mana satu Ummi dan mana satu Khadeejah Bella..hikhikhik..
Hurm..sekarang ni amaran berjaga-jaga (di kawasa yang berhampiran) dikeluarkan sebab gegaran berskala 8.5 ritcher melanda Aceh..
Ok..Back to our entry kali ni..
Semalam Kay minum petang bersama dengan seorang kawan..
Sebenarnya, selain dari nak minum petang, Kay ada tujuan utama iaitu untuk membeli barang dapur di Carrefour, Mall of Emirates..
Jadi, sementara nak beli barang dapur bersama Lau Kong, Kay berehat-rehat la dulu..Cewahhh...
Kami masing-masing menunggu kepulangan suami tercinta di Costa..
Sebelum nak bergerak ke Mall of Emirates, Kay siapkan dulu bekalan makan Khadeejah yang berupa nasi lembik, steamed carrot dan grilled salmon.
Sementara Kay mengopi, Kay boleh la suap Khadeejah makan..
Yang best nye Costa ni ialah ianya terletak di level 2 dan berlatar belakangkan Ski Dubai..
Enjoy the pics!!

Sekian..

Memandangkan Kay ni tak berapa pandai minum coffee, jadi Kay order ice blended..Dan memandangkan Kay ni kali pertama juga datang ke COSTA, jadi Kay tanya la pada waitress ape minuman ice blended yang famous..Untuk pengetahuan, ada Red Berry, Peach dan Mango..Waitress tu cadangkan Red Berry..Dan Kay pun setuju sebab kalau Mango tu dah biasa,,pastu peach Kay tak berapa gemar..And the result was..sungguh puas hati..sedapp!!! So refreshing!! Kay pasti akan order lagi untuk masa akan datang!!!

Pemandangan disebalik tingkap ialah Dubai Ski!!

Depan tu kaunter COSTA dan di belakang tu disebalik kaca tu, nampak tak orang nak naik ke atas??? Kalau tak nampak tu..maknanya..paham-paham sendiri je la ye..hehheh...

Kay tak order makanan..tapi Kay amik la gambo sikit menu yang dok tercongok atas meja nih..Haa..anda boleh create your own cheesecake..

Selain cheesecake, ada juga wraps, sandwiches, salads and blueberry muffin..

Juga pastries dan bakery

BBQ Potluck at Safa Park Dubai

Salam..
Selamat Malam..
Khadeejah dah selamat diulit mimpi indah..
Jadi Kay ada la masa nak hapdet sedikit aktiviti di hujung minggu yang lalu bersamaan dengan 14 April 2012..
Kami berpiknik di Safa Park..Salah satu tempat yang boleh dijadikan port untuk berpiknik..
Pada winter yang lepas, Kay berpiknik di Al Barsha Park..Kali ni, Summer piknik, di Safa Park pula...

Sedikit info berkenaan Safa Park:
  1. Kena bayar 3 dirham per entry per person
  2. Boleh ber BBQ di kawasan yang disediakan
  3. Boleh main bola di kawasan yang disediakan
  4. Tidak boleh membawa masuk binatang perliharaan
  5. Kanak-kanak adalah dibawah tanggungjawab masing-masing
  6.  Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan individu (Sebab kat dalam park ni ada train..kalau nak naik kene bayar kot..tapi Kay tak pasti berapa harganya..)
Ok..Piknik ni di anjurkan oleh company Lau Kong dan boleh bawa keluarga..
Konsep pinik kali ni ialah BBQ (daging di sponsor oleh company) dan potluck..
Lau Kong ada meng 'offer' kan diri untuk memarinate kan daging kambing..(Kay akan kongsikan resipinya di entry yang lain..)
Kay pula membuat Vaday http://kay-hussin.blogspot.com/2012/04/resipi-vaday.html dan chocolate muffin sebagai potluck..
Hurm..piknik tersebut sangat meriah dengan makanan-makanan yang dibawa..
Kay juga dapat berkenalan dengan teman sekerja Lau Kong..

Enjoy the pics!!

Pemandangan Safa Park yang sangat mendamaikan..

Papan tanda yang menunjukkan ada Play Area, Picnic Area, Toilet, Mosalla & Restaurant

Kami masuk dari Gate 2..kalau tak silap Kay , Safa Park ni ada 5 entrance @ 5 Gates

MasyaAllah..banyak sungguh makanan..Dari Cucur Udang, Kuih Koci, Kuih Bingka, Keropok Ikan, Apam, dan specialnya..ada Kek yang sangat sedap macam Secret Recipe!! Yummu!!

Ayam dan Hot Dog in da making..

Eat till you drop!! hehhehh

Resipi Vaday

Salam..
Selamat Malam..
Semalam Kay buat Vaday..
Vaday adalah sejenis kuih atau makanan orang India..(Haish..Kay teringat kat Vaday yang dijual oleh kawan Tok Bak)..Tak tau la Pakcik yang berbangsa India tu masih meniaga ke tak..Kalau Kay balik JB, nak la juga jenguk-jenguk gerai Pakcik tu..Yang best nye bila pegi gerai Pakcik tu, Kay akan dapat free..hehhehh..
Ok..Back to our entry..Hurm..Kay bukan ape..Disebabkan terbaca status kawan kat Pesbuk yang dia buat Vaday, itu yang membuatkan kay tergerak nak makan Vaday..(sebab dah lama tak makan Vaday..)
Memandangkan Kay berada di Dubai, dan bukan di Malaysia yang Kay bulih cari Vaday kat kedai, makanya, Kay kene la buat sendiri kat rumah..Tapi ada je kedai yang jual Vaday, cumanya jauh..so Kay buat sendiri la kat rumah..
Alhamdulillah..setelah Kay cari maklumat di internet, segala bahan-bahan untuk membuat Vaday mudah di dapati..

Bahan-Bahan:
  1. Kacang Dal direndam semalaman atau paling kurang 4 jam.
  2. Bawang besar di cincang
  3. Garam
  4. Serbuk jintan manis
  5. Cili hijau dihiris atau cili kering di hiris halus
  6. Daun Kari di hiris.
Cara-cara:

  1. Kacang dal yang telah kembang, ambil beberapa sudu dan ketepikan. Selebihnya di kisar halus.
  2. Kemudian, kacang dal yang telah dikisar halus dicampurkan dengan kacang dal yang tidak dikisar, bersama-sama dengan bawang besar dan daun kari.
  3. Masukkan serbuk jintan manis, cili dan garam secukup rasa.
  4. Panaskan minyak dan masukkan gumpalan kacang dal.
  5. Goreng sehingga garing.
Sekian..

Vaday yang Kay buat ni, Kay gumpal kan kecik kecik supaya senang nak makan..Lagi satu, Kay nak bawa Vaday ni sebagai potluck di BBQ Picnic nanti..Jadi, dengan saiz yang bite size ni, memudahkan bagi sesiapa yang pertama lagi mencuba Vaday...

    Tuesday, April 10, 2012

    Manisan

    Salam..
    Selamat Malam..
    Khadeejah dah selamat diulit mimpi indah..
    Jadi,Kay ada la sikit masa untuk mengupdate cerita sikit..
    Ni berkenaan dengan apa yang selalu di lakukan oleh orang Arab bila anak sambut hari lahir..
    Haa..Mermandangkan Khadeejah Bella dah genap satu tahun, maka Walid pun belikan la coklat untuk diagihkan kepada kawan-kawan di opis..Heheh..bagus juga sebab Kay tak de la pulak sempat nak memasak bagai..Yela..kawan Lau Kong tu berbagai bangsa..Hurm..cuba bayangkan kalau Kay buat Nasi Lemak, tak semua orang boleh makan..Kalau Kay nak buat yang pelbagai, takde masa pulakk (alasan..kalau malas ke dapor tu cakap je lerr...hehhheee..)
    Jadi,masa bershopping bebarang dapor pada hujung minggu yang lepas, Lau Kong beli la sikit coklat..

    Enjoy the pic!

    Sekian..

    MaxBar tu cokelat made in Turkey..Harganya dalm Aed 30, KitKat (Jenama Nestle) dan Break (Jenama Tiffany) kedua-dua nya Made in UAE..Habis kesemuanya Lau Kong agih kan pada kengkawan...

    Monday, April 9, 2012

    Zataar W Zeit Mall of Emirates

    Salam..
    Selamat tengahari..
    Kay tengah panggang ikan salmon untuk di buat makan tengahari Khadeejah..
    Khadeejah tengah berak..Jadi Kay biarkan dia habis berak..sementara itu, Kay update la sket pasal aktiviti Kay pada hujung minggu yang lepas iaitu pada hari Sabtu yang lepas...
    Kay pi ke Zataar W Zeit, cawangan Mall of Emirates, dimana situ lah tempat Lau Kong amik makanan menggunakan kupon yang telah Kay menangi..
    Nak dijadikan cerita, di sebabkan Lau Kong selalu amik makanan menggunakan kupon,
    jadi pekerja di Zataar W Zeit (warga Filipin) cakap la dengan Walid, nak jumpa dengan Kay dan Khadeejah..
    Haa..jadi itu la yang hari Sabtu yang lepas, kami ber 'outing' di Zataar W Zeit Mall of Emirates yang terletak di Level 2..Bahagian Food Court..
    Kalau tak kerana Kay menang kupon hasil dari join pertandingan Hari Ibu yang di anjurkan oleh The Dubai Mall, mungkin lambat sikit la kalau Kay nak try makanan Lebanese ni..
    Haa..memandangkan agak selalu juga kami makan Zataar W Zeit ni..jadi Kay dah jumpa makanan kegemaran Kay di sini iaitu Soujuk dan Ceaser Salad with Fried Chicken (ada juga Grilled Chicken tapi Kay tak suka..)..Soujuk tu ialah minced meet dan rempah-rempah..Apa yang membuatkan Kay suka Soujuk ni ialah, bila kali pertama Kay gigit, its reminds me of MURTABAK..haisshh..sodappp..hehehhe..
    Ok..enjoy the pic..

    Sekian..

    Kami order Wrap Soujuk dan Spicy Chicken, Ceaser Salad with Fried Chicken, French Fries, Orange Juice.Flat Bread with Choc and Banan Topping tu, kami tak order..it is a courtesy of the Zataar W Zeit..Alhamdulillah..Kami terkejut juga tapi sangat gumbira..Ni rezeki Khadeejah Bella la ni..sangat comel...Ok..Jemput makan semua..Itadakimass...

    Wednesday, April 4, 2012

    Separation Anxiety

    Salam. .
    Selamat Malam. .
    Khadeejah dah mandi,makan malam dan berak. .
    Sekarang tengah berehat- rehat sambil menunggu Walid balik. .
    Kay nak kongsi pasal separation anxiety. .Bukan ape,masa Khadeejah dari 1 tahun nak ke 1 tahun dan 1 minggu,Kay ingat lagi. .Dalam tempoh seminggu tu,langsung Kay tak boleh nak ke dapur atau pergi jauh dari dia. .
    Rupa- rupanya,dari pembacaan,ada istilah 'separation anxiety' dalam tempoh 12-18 bulan. .
    Alhamdulillah. .Sekarang dah takde. .Jadi Kay boleh la ke dapur dan etc. .Sekejap. .
    Walau apa- apa pun,Khadeejah tak pulak menangis masa Walid nak pegi keje. .
    Kalau tidak,haru . . .

    Sekian. .

    The Devil Wears Prada

    Salam..
    Selamat petang..
    Sekarang pukul 412petang..
    Khadeejah sedang tido jap..Nanti bila dah bangun Kay nak kena mandikan dan buat apa yang patut sebelum Lau Kong balik..(Walid mesti nak anak cantik dan wangi..hehheh)
    Haa..Hari ni Kay nak share la pasal tajuk movie di atas..
    Movie tersebut merupakan movie yang mempunyai sentimental value kepada Kay dan Lau Kong..
    Nak di jadikan kisah..Masa Kay layan Twitter, Dubai One ada tweet..(sila baca di gambar bawah)..
    So Kay pon gatal-gatal tangan pi balas tweet tersebut..Tak disangka-sangka pula Dubai One nak tayangkan movie tersebut..
    Hehe..Apa-apa pun, thank you Dubai One!!

    ps: Hati masih berbunga-bunga sebab tak sangka movie yang di cadangkan oleh Kay akan di tayangkan di Dubai One esok bersamaan 5 April 2012, pada pukul 10 malam..(Kalau Lau Kong bawa balik satu handbag Prada pon ok gak..hikhikhik..)

    Sedikit info berkenaan Dubai One:
    1. Merupakan saluran televisyen yang bertempat di Dubai
    2. Merupakan saluran yang berbahasa Inggeris
    3. Antara rancangan yang disiarkan ialah
    • That's Entertainment (Macam Melodi la..Gossip from Hollywood and Bollywood dan apa saja berkaitan dunia hiburan di Dubai ni..)
    • Studio One (Live show macam MHI, WHI..)
    • Out and About (Haa..yang ni Kay suka tengok sebab dalam rancangan ni, dia akan bitau tempat mana yang boleh dilawati, restoran mana yang boleh try test, aktiviti yang boleh dilakukan..dan sebagainya..More towards information..)
    • Emirates New (Ni berita la..)
    • Emirates 24/7 ( Ni live show membincangkan pasal Dubai in terms of economy etc)
    Sekian..

    Conversation Twitter Kay dan Dubai One

    Shafeeyyah Bella dan berjalan

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...