Tuesday, May 29, 2012

Khadeejah Bella 1 tahun 2 bulan

Salam..
Selamat tengahari..
Sekarang pukul 12.22 tengahari..
Jap lagi akan masuk waktu Zohor..
Khadeejah dah makan tengahari nasi+ sup brokoli + ikan salmon..
Ok..Kay nak hapdet pasal Khadeejah yang sudah masuk 1 tahun 2 bulan..
HUrmm..Khadeejah is doing great here in Dubai with Atok and Nenek...
Walaupon Khadeejah tak berapa nak sangat dengan Atok dan Nenek..
Mungkin masih lagi ada separation anxiety..Kalau Kay ke dapur atau solat, Kay tak akan tutup pintu sebab Khadeejah akan cari Kay..Kalau di tutup pintu, dia akan merengek la..tapi tak nangis..
Haa..lepaih tu, Khadeejah punya la pandai..satu hari Kay solat and tutup pintu dan bagi Walid jaga Khadeejah..
Khadeejah boleh tarik tangan walid dan tunjuk kat pintu..(mungkin dia nak minta Walid bukak kan pintu kot..haish..)
Lepas tu, Khadeejah ni dah pandai main politik..Kalau dia nak sesuatu, dia akan datang dekat seseorang..( contohnya, Khadeejah takla sangat nak cium Nenek or datang kat Nenek, tapi bila ada sesuatu, dia akan datang kat Nenek..contohnya kalau Nenek tengah bukak ubat, kan ada bunyik-bunyik plastik ubat tu..Khadeejah cepat je datang kat Nenek..dia nak main dengan plastik ubat tu...adoiii...)
So far, Khadeejah tak demam lagik..cuma kali pertama Khadeejah demam pada usia dia 11 bulan..
Sekarang Khadeejah makan ok..Selera macam biasa..
Bermain pun aktif..Kalau Kay duduk bersila kat atas lantai, Khadeejah akan buat pusingan mengelilingi Kay..Macam bertawaf pun ada jugak..Sampaikan Kay yang nengok dia pun, Kay pening kepala...heheheh
Haa..gigi ke 5 dan ke 6 bakal tumbuh..kedua-duanya bahagian atas..
Ape lagik eh..haa..Khadeejah dah semakin faham dengar arahan..Kalau sekali Kay kata tak boleh (contohnya masa mandi kat dalam bilik mandi, Khadeejah nak pegang mangkuk tandas tu..Kay akan cakap no, dia tak kan sentuh..bila next time mandi, Khadeejah tak kan pegang mangkuk tandas tu..hehehhe)
Khadeejah dah semakin teguh berjalan...Haa..sekarang ni nak belajar-belajar berjingkit..Atok kata nanti lepas ni Khadeejah nak melompat pulak..
Haa..kay ada panjat kerusi untuk simpan baju kat dalam almari..Khadeejah nampak..Dia pun nak memanjat jugak..
Sekarang ni Khadeejah suka berdiri atas kerusi..So Kay kena berhati-hati..
Khadeejah juga dah pandai turun dari katil sendiri..Mabrukk!!!
Haa..Khadeejah jugak nak nak minum air pakai gelas atau cawan..
Tapi Kay tak bagi dia Khadeejah minum air dalam gelas sebab Khadeejah biasa minum air dalam bekas berstraw..Kay bagi Khadeejah hirup sup dalam mangkuk..hehehe..Kira ok la..Khadeejah belajar menghirup la..Haa..kadang-kadang Khadeejah main -main juga masa hirup sup tu..sengaja dia tak telan..di biarkan sup tu meleleh..adoii..
Bila tengok kartun, Khadeejah akan goyang ke kiri dan ke kanan..(kiranya menari la..)
Lepas lagu dah habis, Khadeejah tepuk tangan..(Kay tak ajar pun bila habis lagu kena tepuk tangan..Dia belajar sendiri..)
Masa mandi, Kay akan nyanyi lagu ABC dan lagu Twinkle Twinkle Little Star..Lepas ni Kay nak nyanyi Alif Ba Ta pulak..nanti senang nak ajar ngaji..Balik kampung, Opah akan buat test pulak kat Khadeejah Bella..heheheh..
Ha..bila Kay solat, Khadeejah tak kacau..dia pandai duduk diam ataupun dia akan carik barang untuk main..Kacau sikit-sikit tu ada la..tapi tak mengganggu urusan Kay bersolat..
Memandangkan sekarang ni bulan Rejab, Kay baca Quran  (plan nak baca Quran sampai Ramadhan la...)..Khadeejah tak de pulak kacau Kay mengaji..cuma kena pastikan dia ada mainan la di tangan...

Hurm..So far, itu je yang Kay dapat recap..

Sekian..

Sunday, May 27, 2012

Cara-Cara Menjahit Bantal Bayi

Salam..
Selamat petang..
Sekarang ni kat Dubai pukul 5.54 petang..
Khadeejah tengah tido..nanti jap lagi dia bangun, Kay nak mandikan dan bagi makan sementara tunggu Walid pulang..
Haa.. semalam kami berjalan di Festival City..
Ada wanita Filipin yang bekerja di HyperPanda (salah sebuah hypermarket yang ada di Dubai..) bertanya kan dimana Kay beli bantal peluk bulat yang Kay letakkan pada stroller Khadeejah..
Hurm..Kay pon bagi tahu la yang Kay buat sendiri..Wanita tu tengah pregnant and tengah siap-siapkan barang untuk menyambut kelahiran anaknya yang pertama..(Baby Girl..hehehe)
Kay bagi tahu lagi yang kat Asia, mudah la dapat bantal peluk bulat ni..Kat Dubai ni takde pulak Kay nampak kedai barangan bayi jual bantal peluk bulat ni..
Ok..Kay nak kongsikan cara-cara mudah untuk jahit bantal bayi..(Sebenarnya ni entry yang Kay pernah siarkan di blog lama kay..tapi skarang Kay dah tutup blog tersebut..heheheh)

Mudah sahaja untuk menjahit bantal bayi kerana saiznya kecil.
Selamat mencuba!!!


Barang-barang yang diperlukan adalah seperti berikut:

 

1. Gunting kain
2. Kain Cotton untuk Sarung Bantal
3. Kain Cotton untuk Sarung Bantal
4. Kekabu
5. Kain untuk buat bantal (bahagian dalam)


6. Benang mengikut warna kain


 Cara-cara:


  1. Kain dipotong segi empat untuk membuat bantal kepala



2. Kain dipotong bulat untuk membuat bantal peluk bulat kiri & kanan



3. Buat 4 bulatan untuk 2 bantal peluk



4. Kain bulat dan kain segi empat dicantumkan untuk membuat bantal peluk



5. Masukkan kekabu. Ikut suka nak keras (masukkan banyak) atau nak lembut (masukkan sikit)




6. Untuk sarung luar, ukur bantal diatas kain cotton



7. Jahitkan sarung tersebut
8. Keputusannya, 1 set bantal bayi telah pun siap




9. Set kedua bantal bayi



10. Jahitkan sarung untuk set kedua. Tema sarung bantal warna merah jambu.



11. Masukkan getah untuk mengikat sarung peluk bulat




12. Set kedua bantal bayi yang telah siap.



13. Bantal kepala



14. Bantal kepala



15. 2 biji bantal peluk bulat

Indian Palace Ibn Batutta Mall Dubai

Salam..
Selamat petang..
Sekarang pukul 2.37 petang..
Khadeejah Bella tengah bermain sambil diperhatikan oleh Atok..
Jadi Ummi boleh hapdetbelog dengan aman..
Haa..pada hari Rabu yang lepas..
Kay dan Khadeejah Bella bawa Atok dan Nenek berjalan-jalan ke Ibn Batuta Mall..
Sila klik http://kay-hussin.blogspot.com/search/label/Ibn%20Batuta%20Mall%20Dubai
Kami bergerak keluar dari rumah dalampukul 9 pagi..haa..kami kalau berjalan memang jalan betul-betul..
Masuk Ibn Batuta Mall dalam pukul 10 pagi dan keluar dari mall pukul 5 petang..hehehhe..
Habis satu mall kami round..Nenek pun tak sangka, dia boleh berjalan begitu lama..
Ok..Kay nak berkongsikan tempat dimana kami tengahari..
Kisah nye begini..
Kami nak makan nasi briyani..pilitan utama kami ialah Hatam..(Iranian Restaurant)..Tapi Hatam bukak pukul 1 tengahari..
Memandangkan waktu tu pukul 12 tengahari dan perut dan menyanyi, kami pun tukar plan untuk makan di Indian Palace..
Hurmm..Kay pun macam was-was je..sedap ke nasi briyani dia..tapi bedal je la..
So, enjoy the pics below as the story goes..

Apa-apapun, so far makanannya ok..nak kata briyani nya sedap, ada lagi tempat lain yang sedap..
Kari kambing nya, ok..boleh la tahan..tak pedas sangat..
Kebab ayam ok..sebab ayam nya dipanggang..Sos pencicah ialah ogurt and parmesan cheese..

Sekian...

Ni buku menunye..Dah nama nya Palace, so buku menu pon warna gold la..heheheh

Sementara tunggu order sampai. ada acar masam, acar manis dan sos ape ntah untuk di cicah dengan papadom..

Kami order nasi putih, kari kambing, kebab ayam dan briyani kambing. Untuk pengetahuan semua, di Indian Palace ni tiada hidangan berasaskan daging lembu. Semua ada (ayam, kambing, seafood dan vege..)..Lembu je takde ok...Harap maklum..

Kebab Ayam..Harga nya AED36..Kalau kebab Kambing ada mahal sikit..AED40

Pelayan menuangkan makanan atas pinggang..layanan bak raja dan permaisuri..hehehhehe..By da way, nama pelayan tu Arjun..Tapi bukan Arjun Rampal yerr..hehehehhe..Dia tengah tuangkan nasi briyani...Nampak je bekas tu kecik..tapi boleh makan 2 orang tu..Harga Briyani Kambing tu ialah AED40

Tuesday, May 22, 2012

Tempe

salam..
Selamat tengah malam..
Skang pukul 12.13..
Haa..masa Kay kat Jb haritu..habis semua Kay bedal..mee bandung
Mee rebus, tapai ubi, tapai pulut dan banyak lagik Kay bedall..heheh
Entry kali ni Kay nak citer pasal tempe..
Tempe sering di kaitkan dengan masyarakat Jawa..
Tapi Kay bukan Jawa..Salahsilah keluarga Kay berdarah Bugis..
Ok..back to the story..kalau nak tahu lebih lanjut pasal tempe boleh la google..
Yang Kay nak citer ialah macam mana kita nak simpan tempe..
Ini ialah tips yang diberitahu oleh penjual tempe masa Kay beli tempe kat pasar tani di Larkin JB
Tempe boleh dimakan setelah kulat tumbuh..
Kali pertama kulat tumbuh, warna putij..yang itu tak perlu disimpan dalam perisejuk..
Tempe yang dah berkulat hitam itu perlu disimoan dalam peti sejuk dan oerlu dimakan segera..
Kay suka makan tempe yang dibungkus dalam daun sebab ada bau daun..
Tetapi kebanyakan peniaga suka pakai tempe dalam beg plastik sebab mudah dipotong dan samarata..
Sekian..

Iphone

salam..
Selamat malam..
Khadeejah dah lena tido..
Jadi Kay dapatla hapdet blog dengan aman..
Banyak cerita tapi tak sempat nak tulis..
Laptop pulak kat JB..Nak anto servis sebab keypad rosak..
Haa..Hari ni Kay rasa happy banget sebab Kay dapat iphone baru...
Begini kisahnya..iphone ni Lau Kong bagi Kay sebab Lau Kong nak beli Samsung Nite..
So Kay pakai la..rasanya takde la masalah sangat..tapi bila Kay nak skyoe dengan Opah baru Kay perasan mic nya ada prob..
Masa Lau Kong guna iphone sebelum ni pun Lau Kong kata mic nte ada prob..
Jadi, masa Kay kat JB haritu, Kay cekbla kat website Apple utk cek iphone Kay ni masih undr warranty ke tak..
Haish..Alhamdulillah..still under warranty sampai 1June..
So Kay roger Lau Kong utk dihantar ke pusat servis di Dubai..
Jadinya 2 hari lepas Lau Kong hantar..
Kata pusat servis, itu masalah setting dan boleh diambil lepas 1 jam..
Memandangkan Lau Kong keje, so Lau Kong plan ambil esok la..which is today..
Haish..memang rezeki la di bulan Rejab nih..orang kedai tu bagibiphone yang baru..
Sebab katanya memang tak boleh nak dibaiki..
Alhamdulillah..Walaupun dapat secindhand from Lau Kong, tapi dapat yang baru...

Wednesday, May 2, 2012

1 Tahun 1 Bulan 1 Minggu

Salam..
Selamat Petang..
Khadeejah tengah main dengan Mak Su..
Jadi Kay dapat la hapdet sikit pasal perkembangan terbaru Khadeejah..
Haa..sekarang ni gigi ke-5 dan ke-6 bakal tumbuh..
Ummi tak perasan..Opah yang perasan..
Tadi masa Kay suapkan Khadeejah makan buah pear, dia gigit jari Kay sebab Kay suap lambat..Haish..
Buah pear tu sejuk dan lembut, makanya, sedap la..
Haa..selain dari gigi baru nak tumbuh, sekarang ni Khadeejah dah agak steady berjalan..
Cuma bila nak turun atau naik dari lantai yang berbeza ketinggian, dia akan turun dan merangkak..
Lagi satu, Khadeejah ni dah semakin pandai meniru aksi aksi yang dilakukan..Contohnya, kalau Opah ketuk pintu, dia pun akan ketuk pintu..
Kalau Opah lunjur kaki, Khadeejah pun nak lunjur kaki..
Kalau Opah angkat tangan, dia pun angkat tangan..haish..Kay kena hati-hati..tak boleh buat perkara yang tak baik atau pun cakap perkataan yang tak elok....
Itu saje perkembangan yang dapat Kay kongsikan..

Sekian..

Kedai Kopi Pak Bakar Johor Bahru

Salam..
Selamat Tengahari..
Khadeejah tengah tido jap..
Kay pun dah lama tak update blog..
Banyak cerita, tapi tak sempat nak tulis sebab sibuk bergossip dengan Opah dan sibuk mulut asik mengunyah sesajerr..
Haa..entry kali ni Kay nak cerita pasal kedai makan..(haish..makan lagik..hihihi)
Bukan ape, Opah ni haa..kate kedai ni ok dan bersih (Opah kalau bab makan, cerewet sikit..)..jadi semalam kami ke Kedai Kopi Pak Bakar yang terletak di Larkin, Johor Bahru, bersebelahan dengan Bangunan Tabung Haji..

Sedikit info berkenaan Kedai Kopi Pak Bakar ni:
  1. Terletak di Larkin, bersebelahan Bangunan Tabung Haji
  2. Established sejak 11 tahun yang lepas
  3. Sebelum ini, kedai ini terletak di Jalan Ngee Heng
  4.  Keistimewaan Kedai Kopi Pak Bakar ini adalah Asam Pedas
  5. Konsep kedai kopi ni ialah antik..Pak Bakar minat pada motosikal Honda Cup dan basikal-basikal tua..(hehehehhe)
Enjoy the pics below!!
Apa-apapun,memang sedap tauhu bakar dan rojak asma..
Asam pedas dan lain-lain, Kay akan cuba di masa akan datang okay!!

Sekain..
Inilah ruangan cashier Kedai Kopi Pak Bakar..

Mana Pak Bakar?? Pak Bakar yang naik basikal kat gambar tu..Muka nya tak nampak sangat..Sorry la..Kay amik gambo tak berapa jelas..Masa kay masuk ke kedai ni, Kay ada nampak Pak Bakar, berketayap..tapi tak sempat nak amik gambo..bila nak amik gambo, Pak Bakar takde pulak..mungkin pi solat kott..

Opah order TAuhu Bakar dan Rojak Asma..Sedapp..

Antara koleksi basikal tua yang tergantung di dindin Kedai Kopi Pak Bakar

Ni ruangan di depan kedai, ada jam waktu London, Tokyo dan Mecca..Pastu ada peti ais yang menempatkan pelbagai jenis ikan..Waktu Kay datang ni waktu tengahari..Chicken Chop dah habis katanya, sebab ramai orang datang makan memandangkan hari tersebut ialah hari cuti umum, Hari Buruh..

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...