Thursday, June 21, 2012

Resipi Apam Beras

Salam..
Selamat petang..
Sekarang ni pukul 1.46 petang..
Khadeejah tengah tido kejap..
Jadi Kay nak share la pasal aktiviti memasak yang Kay buat pada hari Jumaat yang lepas..
Sekarang baru la ada masa nak hapdet....
Haa..Kaybukan ape..tetiba nak makan Kuih Apam plak..
Kalau kt Malaysia, Kay da pu beli kat pasar malam dah..
Abes, dah dok kat Dubayy ni..Terpaksa la buat sendiri..(Bagus jugak dok luar negara ni, so bulih la menjadikkan Kay lebih rajin untuk memasak..kuikuikui)
Ok..back to the story..
Kay dapatkan resipi ni dari MyResipi.com tetapi Kay kurangkan sukatan sebab Kay nak masak sikit je dan Kay ada ubah sikit la ikut cita rasa Kay..

Just nak share la..tengok macam mudah..(memang mudah pun..) cuma kalau kita tak buat praktikal,  kita tak tau..(untuk memahami apa yang Kay bebel ni..sila tengok gambar..)

Bahan-bahan:
  1. Nasi                           1 cawan
  2. Tepung beras              1 cawan
  3. Tepung gandum           1 cawan
  4. Gula putih                   1 cawan
  5. Air                              1 1/2 cawan
  6. Yis                              1 sudu kecil
  7. Kelapa parut
  8. Garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Nasi di blend dengan 1 1/2 cawan air. (Kay pakai handblender..mudah sikit..kalau takde handblend, pakai blender biasa pon boleh)
  2. Bila nasi dah hancur, masukkan gula dan blend lagi.
  3. Dalam bekas yang lain, satukan yis, tepung gandum dan tepung beras. Gaulkan sehingga serata.
  4. Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam bekas yang berisi yis, tepung gandum dan tepung beras dan kacau sehingga sebati.
  5. Biarkan selama 3 jam.
  6. Setelah sebatian tu kembang, masukkan dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
  7. Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul bersama dengan garam.
P/S: Untuk membuat kuih apam ni, Kay buat 2 bahagian sebab satu nak warna hijau dan satu lagik nak warna putih..Sila tengok gambar di bawah..

Selamat mencuba!!

Sekian..

Nasi di blend dengan air dan kemudian masukkan gula putih.

Dalam bekas yang lain, gaulkan Yis, Tepung Beras dan Tepung Gandum sehingga serata.

Kemudian campurkan nasi yang telah diblend bersama gula ke dalam bekas tadi.

Ok..Sekarang Kay buat 2 bahagian sebab nak buat apam warna hijau.

Satu warna hijau, satu lagi warna putih..Untuk pengetahuan, yang warna putih tu bila dibiarkan 3 jam, dia kembang cantik..Tapi yang warna hijau tu, Kay tengok tak berapa kembang..So untuk dia kembang lagi, kena panjangkan masa mungkin 4 jam.
Kita kene pastikan larutan kembang supaya kuih apam kita lembut.

Setelah di kukus selama 15 minit, inilah hasilnya..Lau Kong cakap COMEL..Then Kay pun tanye la, ni puji IKHLAS ke??
Sebabnye, untuk buat kuih apam ni, kene pakai acuan plastik atau pun kertas kuih yang keras.Kay pakai kertas kuih yang lembut, jadi, bila kukus, kertas tu lembik dan kuih apam pon jadik leper..heheheh..
Tapi tak kisah la..first try..Yang penting SEDAP..heheheh

Memandangkan kertas kuih tu lembut, maka Nenek pon kate kuta pakai acuan besar.
Dan kita buat sekaligus. Hijau dan Putih...

Untuk buat Apam yang berbelag-belang, lapisan pertama, kita letakkan warna Hijau, kemudian, letakkan warna putih, secara berselang -seli sampai la habis. ..Pastikan kita tuang dari tengah.
Inilah rupa kelapa parut. Kay beli di Lulu Hypermarket.  Harga nya Aed 2.25
Tips untu pastikan kelapa parut yang dibeli tidak basi kalu kita nak simpan, ialah ..kita kukus kelapa parut tu..kemudian barulah simpan dalam peti sejuk..

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa to Tok Bak

Salam..
Selamat petang..Sekarang ni pukul 5.26 petang..
Khadeejah dengan Lau Kong..So Kay dapat la hapdet blog nih..
Hurm.. Seperti yang semua tahu, hari ni merupakan sambutan Hari Bapa seluruh dunia..
Jadi di kesempatan ini, Kay nak ucapkan Happy Father's Day to Tok Bak yang berada di Negeri Johor Darul Ta'zim..Tok Bak berdua -duaan dengan Opah..hihihi..
Hurm..Nothing much to say hera but Kay nak recap something yang Kay tahu apa yang Tok Bak suka dan berkebolehan..Kay Miss Tok Bak so mucho...

  1. Peberet food Tok Bak kat KFC is whipped potato dan peha ayam..bahagian lain Tok Bak tak gemar
  2. Kuih peberett Tok bak pulak is Karipap Sardin..
  3. Pastu Mee Siam...
  4. Tok Bak terer masak ooo..walau pun sekali-sekala je Tok bak masak, tapi masakan Tok Bak power..cukup rasa semuanya....(Nak masak dengan Tok Bak ni leceh sikit..banyak keje tapi result memuaskan..hehehe..)
  5. Haa..kay ada masuk pertandingan yang di anjurkan oleh Twitter Dubai Festival City..Pertandingan sempena Hari Bapa..Kalau menang, dapat voucher AED200 untuk makan di Fuddruckers..(Sila  google kalau nak tahu pasal Fuddruckers..) Competition nye ialah sambung ayat "The first time my dad cooked....."..So Kay tulis la begini..." The first time my dad cooked it turns out to be fantastic coz he cooked with Love, Passion and Immagination",,Haa..tak tau la menang ke idak..Sebab keputusan akan dapat tahu esok...
  6. Tok Bak ni kalau pasal kete number ONE..Minyak hitam semua Tok Bak tukar la..dia tak hantar pi kedai..Boleh buat sendiri katanya so toksah la membazir tukar kat kedai..heheheh
  7. Tok Bak punya selera makan memang mantap..Tok Bak tau je tempat makan yang best..
  8. Lagi satu mata Tok Bak ni kelas sikit..Kalau pilih warna baju, memang cun la..Sebab baju-baju yang Tok Bak belikan untuk Khadeejah memang cantik dan harga yang berpatutan..Warna yang Tok Bak pilih  ni warna garing...heheheh
  9. Yang best nyer..Kalau Kay balik ke JB, apa yang kay nak makan, Tok Bak pasti akan belikan..Kalau Kay tak pesan pun, Tok Bak akan tepon untuk tanya Kay nak makan ape..hehehhe..best best best..
Hurm..banyak lagi yang kay tak tertulis..Apa-apapun, bukan hari ini saja Kay ingat pada Tok Bak dan Opah..setiap hari Kay akan baca doa untuk kedua ibubapa..
Hidup di perantauan membuatkan Kay rindu pada Opah n Tok Bak..Semoga Tok Bak dan Opah dibawah lindungan Allah S.W.T..Amin..

Last but not least, Happy Father's Day to Atok Bell..(Kay dah plan dah, kalau menang competition Dubai Festival City tu, Kay nak bagi pada Atok Bell dan Nenek memandangkan Atok dan Nenek ada di Dubai..hujung bulan ni Atok dan Nenek pulang ke Malaysia..)

Sekian..

Saturday, June 9, 2012

P.F.Changs China Bistro at Mall of Emirates

Salam..
Selamat petang..
Sekarang ni pukul 6.38 petang..
Kay dah suapkan Khadeejah nasi dan sup ikan salmom dan sayur sawi hijau..(Sepanjang berada di Dubai baru Kay jumpa sawi hijau di Carrefour, Mall of Emirates..selalunya sawi jepun je Kay jumpa..)
Haa..Kay nak share pasal satu lagi tempat makan yang terletak di Mall of Emirates, Dubai..
Kali ni kami lunch di P.F Changs China Bistro..
Untuk lebih lanjut, boleh klik
http://en.wikipedia.org/wiki/P._F._Chang%27s_China_Bistro

Memandangkan Atok dan Nenek ada di Dubai, makanya Lau Kong ingin la belanja Nenek makan di restoran Cina memandangkan Nenek berketurunan Cina..
  
Hurmm..kalau citer banyak-banyak pun tak best, so enjoy the pics!!

So far, makanan nya sangat memuaskan hati..Memang Chinese Food la..So, for those yang nak makan makanan Cina, boleh la makan di P. F. Chang's..

Welcome to P. F. Chang's Mall of Emirates..Kedatangan kami disambut oleh kuda putih..

Buku menu P F Changs

Sedikit menu yang sempat Kay amik..tapi kalau nak tau lebih lanjut, bulih la google...

Trio Sauce Plate..Ada 3 mangkuk..yang paling kiri ialah mustard, yang tengah Kay dah lupa, yang kanan tu chilli paste..Kita boleh bancuh ikut citarasa nak light, mild or spicy..Kalau nak spicy, tambah chilli oil (warna merah), kalau nak masin tambah soy sauce (warna hitam), kalau nak kurangkan pedas tambah cuka (yang warna putih tu)

Green Apple Soda berharga 22 dirham..Refreshing bila diminum...


Pemandangan dalam P.F. Changs

Lau Kong order Mongolian Beef, Chine Fried Rice, Chicken Meatball dan sebagainya..Yang mangkuk kecik putih tu ialah nasi putih...

Haa..penuh sekali satu meja..Ni memang makan betul-betul nih...Tu Lau Kong tengan bagi-bagikan noodle ke pinggan Atok Nenek n Kay..

Ni noodle..Sedap dan penuh dengan bahan-bahan antaranya cendawan..nama nya Kay pun tak pasti sebab yang buat order is Lau Kong, Atok n Nenek..Kay sibuk layan Khadeejah..

Ni bebola ayam..Sedap..

Ni Itik..tapi apa namanya Kay tak pasti..Ada wrap, timun, sayur sikit dan daging itik..Cara makan ialah, kita masukkan daging itik, timun dan sayur dalam wrap, kemudian lipat dan masukkan dalam mulut..heheheh

Ni gambar yang Kay ambil bersebelahan dengan tempat duduk Kay..Ramai omputih makan sini..Mak Arab n Pak Arab pun ada...Bertentangan meja Kay ni, officemate Lau Kong pun makan kat sini..

Nampak tak ramai orang tengah beratur untuk masuk..Masa tu pukul 2-3 petang..Memang masa orang nak lunch la..Haa..kat entrance tu ada replika kuda putih yang melambangkan the original Forbidden City di China, yang di buat untuk Maharaja pertama Chian iaitu Qin Shi Huangdi..(Kite belajar sejarah sikit..heheheh)...

Friday, June 8, 2012

Resipi Umai Ikan Yu

Salam..
Selamat petang..
Sekarang ni pukul 3.35 petang..
Khadeejah sedang bermain duck dengan Walid..(Haa..Khadeejah dah bulih cakap duck..)
Entry kali ni Kay nak kongsikan Resipi Umai Ikan Yu..
Umai merupakan makanan yang sering dikaitkan dengan Negeri Sarawak, Bumi Kenyalang..
Ok la..Kay tak nak membebel banyak-banyak..

Untuk memilih isi ikan Yu, sila klik link dibawah
http://kay-hussin.blogspot.com/2012/06/bagaimana-memilih-isi-ikan-yu-untuk.html

Bahan-Bahan:
  1. Isi ikan yu di hiris (tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar)
  2. Perahan air limau kasturi
  3. Bawang bakong dihiris halus
  4. Cili merah dihiris halus
  5. Kacang tanah di kisar
  6. Garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Bersihkan isi ikan Yu dan dihiris.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk.Campurkan cili merah, bawang bakong **, kacangtanah**, garam secukup rasa dan perahan air limau kasturi **.
  3. Gaulkan sehingga rata.
  4. Biarkan seketika campuran tadi pada suhu bilik. Bukan dalam peti sejuk.
  5. Bila keluar  air seperti air susu, maknanya umai sudah sedia untuk dimakan.
** Sila gunakan bawang bakong yang berwarna kuning. Bukan bawang besar yang warna merah tu. Ini kerana bawang bakong kuning tu lebih rangup, wangi dan nipis.
** Kacang tanah juga boleh untuk tidak dicampur sekali gus. Kacang tanah boleh di letakkan di dalam mangkuk kecil dan bila nak makan umai, baru dicicah atau dicampurkan.
  ** Selain dari menggunakan perahan air limau kasturi, boleh juga gunakan buah Asam Paya ataupun cuka.

Sekian.

Umai Ikan Yu..Nyaman...

Bagaimana Memilih Isi Ikan Yu untuk dibuat Umai

Salam..
Selamat petang..sekarang pukul 3.59 petang..
Walid sedang melayan Khadeejah..
Entry kali ni Kay nak kongsikan tips bagaimana untuk memilih isi ikan Yu..

Sila perhatikan gambar dibawah untuk keterangan lanjut..

Inilah rupa isi ikan Yu..Sila pilih isi ikan Yu yang berwarna putih..elakkan isi yang merah-merah..Kalau yang berwarna merah tu, hanyir kuat..

Nampak tak yang warna merah kat tepi-tepi isi ikan Yu tu? Yang itu la kita kena elakkan..Kalau sikit-sikit tu ok la...
Sekian.

Monday, June 4, 2012

Wrath of the Titans

Salam..
Selamat petang..
Sekarang ni pukul 6.41 petang..
Khadeejah baru je Kay suapkan makan dan sekarang Lau Kong tengah melayan puteri beliau sebelum beliau sambung main game PS3..
Sekarang ni turn Kay nak hapdet belog..Jap lagik Kay nak kene nenenkan Khadeejah pulok..
Haa..Kay nak kongsikan hadiah yang Kay menangi hasil dari join pertandingan..
kali ni Kay menang hadiah dari Reel Cinemas iaitu salah satu wayang yang terletak dalam The Dubai Mall..
Haa..kalau kat Mall of Emirates, wayangnya ialah VOX..
Kiranya kat Malaysia kite ada TGV, GSC dan sebagainya..
Hurm..Kay tak sangka akan menang hadiah hasil dari competition Wrath of The Titans ni..Sebab competition ni dah lama, tapi pemenang nya baru diumumkan..Sejak Kay balik dari Malaysia, ni la hadiah pertama Kay terima..Sebelum Kay balik Malaysia akhir bulan 4 yang lepas, Kay dah menang 3 hadiah dah..Best best best..
Semalam Kay terima email dari Reel Cinemas..Haa..tersenyum kegumbiraan la ..Sape tak gumbira bila dapat hadiah free kan??
Walaupun hadiah nya hanyalah T-Shirt...Tetapi pengalaman memenangi hadiah ni, hanya orang yang join competition je boleh rasa...
Haa..lepas menang hadiah ni, Kay bersemangat nak join lagik competition..
Opah pon menyokong aktiviti Kay ni..
Apa-apaupun, pesan untuk diri sendiri, jangan terlalu gumbira dengan apa yang kita dapat, dan jangan terlalu sedih bila kita kehilangan sesuatu..

Sedikit info pasal Wrath of The Titans dan macam mana Kay menang:
  • Cerita ini adalah sambungan dari Clash of The Titans
  • Menurut Lau Kong kisah ini menceritakan pasal Perseus
  • Sebenornye, Kay tak tau pon pasal citer ni..Tapi Lau Kong tau pasal citer ni..Lau Kong siap cerita lagi pasal Ancient Greek Myth to Kay.. (heheh..tapi rezeki Kay jugak la nak menang..)
  • Kay siap tanya Lau Kong lagi ape jawapan pertandingan tu pada Lau Kong..(Kiranya, hadiah ni Kay share dengan Lau Kong la..hehehe..)
  • Tapi T-Shirt ni Kay macam nak simpan je buat collection..heheheh..(Kenangan menang dari Reel Cinema, The Dubai Mall)
Sekian..

Enjoy the pic below!!

WE'LL SETTLE THIS IN HELL-PERSEUS-

Sunday, June 3, 2012

Ummi

Salam dan selamat malam..
Khadeejah sedang keliling satu rumah sambil melihat Walid main PS3..
Haa..entry kali ni Kay nak la citer kegumbiraan bila Khadeejah dah boleh la nak panggil Ummi..
Tapi bukan la Ummi satu perkataan..Khadeejah panggil Mimi..
Haa..kira ok la tu..
Tak silap Kay dalam 2 hari yang lepas Khadeejah dah boleh panggil Mi Mi..
Haissh..sungguh gumbira hati Kay ni..
Bila Khadeejah nak buka sesuatu barang yang dia tak boleh nak buka, Khadeeja akan datang pada Kay dan bunyi Mi Mi..
Haa..kalu nak nenen pun dia akan cakap Mi Mi...
Haish..macam mana la bila Khadeejah dah besar nnt..Musti lagi banyak yang dia boleh cakap dan musti tomey...


Sekian..

Diba Musandam

Salam..
Selamat petang..sekarang ni pukul 7.27 petang..
Walid tengah layan Khadeejah jadik Kay boleh la hapdet belog jap..
Haa..hari ni hari yang sungguh jauh perjalanan nya...
Jauh perjalanan,luas pandangan..(Kay berperibaasa sket..kuikuikui..)
Kami berjalanan menuju ke sempadan Oman, dengan tujuan utama ialah untuk dapatkan cop pada passport Atok dan nenek..
Sebabnya, untuk pelawat yang datang ke Dubai, mereka hanya dibenarkan untuk berada di Dubai selama 30 hari...Atok dan Nenek stay kat DUbai 1 bulan 2 minggu..itu yang kene keluar sekejap dari UAE untuk dapatkan cop..
Tapi sebenarnya, boleh je nak extend dengan cara kita bayar di UAE ni..tapi nya mahal (Kay pernah buat,harga untuk seorang 700 dirham)
Haa...kalau kita keluar gi sempadan, ok juga..boleh la jenjalan sekali...
Perjalanan kami bermula pukul 8.30 pagi di mana driver sampai..Naik kereta Toyota Previa..
Kami pun menuju ke Diba (Diba masih dalam Arab Emirates)..Sila tengok peta dibawah untuk lebih jelas...


Jika anda nampak, point A yang warna hijau tu lah Diba..Point yang B tu ialah Musandam (dah masuk Oman..) Itu dah masuk Oman, tapi ibu negara Oman ialah Muskat yang terletak di bawah..Cer tengok peta tu..
 Haa..nak dijadikan cerita, bila dah sampai Diba, kami ke pintu masuk sempadan Oman yang pertama (nak masuk Musandam naik kereta la, lalu jalan darat), tapi tak dibenarkan masuk tanpa permission..Dah...bila pulak nak masuk Oman kena ada permission pulak? Sebelum ni, Kay ada tanya kawan, dia kata Ok je masuk Oman..
Lepas tu, kami ke pintu masuk yang lagi satu, kali ni boleh masuk pulak..tapi yang prob nya ialah untuk ke Musandam, kami kena naik bot sila tengok gambar..(kiranya ni entrance nak pi Musandam, tapi guna jalan laut..)

Tu bot ke kapal? Ada 2 tingkat..masa ni pukul 1130pagi..Ramai jugak Kay tengok dari jauh..Memandangkan nenek mabuk dan bawa Khadeejah, jadi kami tak jadi nak pi Musandam..
Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan apabila driver kami yang bernama Suleman, warga Pakistan memberitahu yang kami boleh ke sempadan Oman di entrance yang lain, iaitu Hatta..Sila rujuk gambar yang pertama..

Akhirnya, kami dapat mencapai tujuan utama kami untuk mendapatkan cop passport Atok dan Nenek..
Sila tengok gambar-gambar dibawah dan keterangan lanjut..heheheh..

Enjoice!!!

Driver datang tepat pada waktu yang dijanjikan..Kami bawak makanan siap-siap..Karipap, kek dan buah-buahan..

On the way to Dibba..

Banyak pulak lori kat jalan bertentangan...Jaln nak ke Dibba ok..tak banyak kereta..

Haa..kedai jual karpet kat tepi jalan..Yang kedai warna hijau tu jual pokok bunga..Kami tak singgah sebab tujuan utama nak dapatkan cop dulu..lepas dah dapat cop baru la kami bulih ronggeng..hehehhe

Ada jual tembikat dan periuk belanga..Kay memang nak try tengok jugak..nak la compare harga nya..murah ke idak..tapi masa tak mengizinkan..tapi takpe..Tunggu Lau Kong dah dapat lesen dan ada kereta, kami akan jelajah satu UAE..heheheh

Pemandangan Gunung Masafi..Gunung yang berbatu okay...

Lagi pemandangan Gunung Masafi

Haa..disebabkan sumber utama dah ada depan mata, apa lagi..ada la pulak kilang simen...
Inilah pantai yang membiru..Ni kami dah masuk Oman sikit nih..Cumanya kami tak naik bot untuk ke Musandam..Kami round-round kejap lepas tu keluar untuk ke Hatta..(Sempadan Oman yang lagik satu tu...)..Haish..Kami tak sempat nak turun dari kereta dan bergambar sebab kesuntukan masa dan juga panas giler..Tak silap suhu 42 C


Kay nak berehat dulu..Esok akan sambung cerita ok..hehehhe

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...