Sunday, July 29, 2012

From Dubai to Kuala Lumpur with Airbus 380

Salam..
Selamat  Malam..
Kay sekarang ni di Malaysia..Tanah air ku..hehehhe..
Khadeejah tengah main dengan Mak Lon..
Mak Lon balik Johor Bahru semata-mata nak bawakkan Kay udang frozen yang dibawa khas dari Kota Kinabalu, Sabah..Thank You Mak Lon!!
Ok..Kay nak cerita pasal pengalaman Kay naik flight dari Dubai ke Malaysia bersama Khadeejah bella..
Lau Kong tak balik sekali..So Kay travel seorang dengan Khadeejah..
sebelum ni pon Kay dah pernah balik seorang dan perjalanan berjalan lancar dimana Khadeejah bella tidur sepanjang perjalanan, cuma bangun sekejap dan tidur balik..masa tu Khadeejah 1 tahun 4 bulan..
Tapi perjalan kali ni agak mencabar bila Khadeejah berusia 1 tahun 6 bulan..Sekarang ni Khadeejah dah pandai protes..
Kalau dia tak suka, dia akan lentikkan badan atau menangis dengan kuat sampai meleleh air mata macam kene dera..heheheh..
Haa..masa hari Khamis yang lepas (26 July 2012), masa belon nak depart, Khadeejah tak nak duduk kat riba Kay ..Dia nak main atas lantai..(mana boleh sebab masa belon nak naik, kena pakai seat belt..)
So, Kay pon paksa la Khadeejah duduk atas riba dan pakai seat belt..Apa lagi, meraung-raung la dia..
Kay buat muka tak malu je la sebab nak buat macam mana kan..Khadeejah tak nak nenen etc..
Haa..tapi masa belon nak landing Khadeejah sangat behave..Alhamdulillah..
Tapi jiran sebelah punya anak pulak yang menangis meraung-raung..Jiran sebelah berbangsa India..Mereka dari Abu Dhabi dan ingin melancong ke Malaysia..
Anaknya berusia 2 tahun dan tak mahu duduk atas riba dan pakai seat belt..Si ibu pulak tak nak pakaikan seat belt dan riba sahaja anaknya..
Pramugara sudah bagi warning supaya pakaikan seat belt, tapi si Ibu tak juga pakaikan seat belt (anak masih meraung-raung)..jadi bila belon dah selamat landing, pramugara datang kepada si Ibu dan beritahu supaya si ibu stay dalam belon sebab mereka nak buat complain terhadap si ibu sebab tidak mematuhi arahan keselamatan..
Kay ada berbual dengan pekerja MAS pasal incident tersebut dan pekerja MAS tu kata, kalau mereka nak buat report untuk record sendiri tak apa, jangan pula mereka buat report untuk saman kita pulak..
Haa..so lesson learnt la untuk Kay supaya make sure Khadeejah pakai seatbelt masa naik belon..
Bukan apa, sekarang ni Khadeejah Bella di whining stage..So Kay kene pandai la tackle Khadeejah supaya tak menangis atau buat hal especially masa dalam belon dan bila Walid tak ada dengan Kay..
Huish, kalau tak, susah la Kay..hehehhe

Hurm..itu saja la yang Kay nak kongsikan pengalaman travel dengan Khadeejah Bella...

p/s:
-Kay naik Pesawat Airbus 380 (2 tingkat dimana tingkat atas ialah First Class dan Business Class, tingkat bawah ialah Economy Class)..Ni bukan kali pertama Kay naik Airbus 380..hehhehh
-Masa  di departure hall, Kay nampak ada rakyat Malaysia yang berkopiah dan berpurdah (macam student)..
Rupa-rupanya mereka ialah student Malaysia yang belajar di Syria..(sekarang Syria sedang bergolak, jadi mereka balik ke Malaysia la..).Mereka ialah batch yang kedua pulang ke Malaysia..
-kapal terbang memang full..Sepatutnya Kay terbang pukul 255 pagi, tapi sebabkan stand by, jadi Kay dapat juga balik Malaysia pada hari yang sama tapi pukul 355pagi..Apa-apapun Kay bersyukur sebab dapat balik pada hari tersebut memandangkan tiket kapal terbang dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sudah di beli..(Kalau tak jadi balik, rugi la..)
-antara sebab kapal terbang full ialah, ada juga student Malaysia yang belajar di London pulang ke Malaysia sebab cuti Summer dan tak tahan berpuasa di London which is 18 jam..(Kay dapat tahu info ni dari pelajar Malaysia yang duduk sebelah Kay..walaupon tengah Olimpik, tapi dia lebih rela balik ke Malaysia untuk berpuasa dan beraya dengan keluarga..heheheh)..Mereka transit from London to Dubai to KLIA..
-berat stroller ialah 11.8 kg, berat beg 19 kg..total luggage yang dibenarkan ialah 30 kg..berat luggage Kay terlebih sikit..tapi tak kene bayar pon..
-Emirates sekarang dah tak bagi puppet untuk kanak-kanak, mereka ada bagi blanket dan patung monster..(sebelum ni Kay dah kumpul beberapa puppet dah antaranya Parrot, Camel dan Tiger..Kay tak sempat nak dapatkan yang satu lagi which is Mouse..)

Sekian..

Thursday, July 19, 2012

Ramadaan Kareem in Dubai 2012

Salam dan selamat petang..
Khadeejah tengah bermain dengan Walid..
Jadi Kay nak share sedikit berkenaan puasa di Dubai..
Tahun ni merupakan kali pertama Kay berpuasa di Dubai..
Sangat teruja..Haa..Kami akan berpuasa bermula dari dari esok, 20 July 2012 (Jumaat sehingga 18 Ogos 2012..
Kelainan berpuasa di Dubai ialah, waktu bekerja dipendekkan kepada 6jam..
Jadi Lau Kong akan balik ke rumah pada pukul 2 petang..hehehehe..
Itu saja yang Kay nak share..nanti Kay akan kongsikan lagi apa yang best pada entry yang akan datang..

Selamat berpuasa...

p/s: Mungkin kejap je Kay akan berpuasa di Dubai sebab sekarang tengah berkira-kira bila mahu pulang ke Malaysia..Opah dah menunggu kepulangan Anje Antek Angi Andai beliau..
Dan Kay nak bertadarrus dengan Opah dan menjahit manik di baju raya!!!


Sekian...

Wednesday, July 11, 2012

Babyshop Playground

Salam..
Selamat petang..
Haa..Khadeejah tengah tido jap..Nanti dah bangun, nak mandikan dan suap makan ..
Semalam ka Kay pergi ke MOE..
Sementara nak tunggu Lau Kong balik, Kay bawa la Khadeejah main di playground Babyshop yang terletak dalam Centerpoint di Ground Level..
Pada mulanya, Kay tak berapa nak bagi Khadeejah main di playground..Lau Kong kata tak bagus bagi budak-budak main main dengan kawan..Biar Khadeejah main sendiri, duduk diam-diam kat rumah..
memang selama ni pun Khadeejah duduk tengok TV dan ikut Kay ke mana-mana kat rumah..Kalau Kay ke dapur, dia ikut, ke bilik pun Khadeejah ikut..
Jadi, semalam, bila Kay bagi Khadeejah peluang main di playground, Kay memang nampak Khadeejah tak biasa main dengan orang..
Jadi Khadeejah ambil bola dan main sendiri..Kay perhatikan sambil ambil video ..
Kay nampak Khadeejah memang sangat gembira.. sebab ada ramai budak-budak bermain..(but at the same time, Kay risau sebab budak-budak berlari-lari dan baling bola ke dinding..takut la terpijak atau terlanggar Khadeejah..)

Kat dalam playground tu ada playset..(ada gelongsor dan tempat panjat-panjat..) Khadeejah main bola dalam satu ruang di bawah gelongsor. (Hurm..tetiba Kay teringat, Khadeejah suka main bawah meja..hehehe)

Lama juga Kay bagi Khadeejah main di playground..30 minit rasanya..Nasib baik ada playground sebab Kay boleh bagi Khadeejah bermain-main sampai penat..Lagipun sekarang ni Khadeejah dah sampai WHINING STAGE..kalau dia tak suka, dia akan lentikkan badan atau menjerit atau menangis minta perhatian...Jadi, sekarang ni Kay memang agak sukar nak berjalan melainkan ada Lau Kong sebab Kay stress kalau Khadeejah menangis..boleh hilang mood bershopping..hehehe..Tapi bagus juga kalau Kay tak berjalan..jimat duit..Heheheh..

Sepanjang berada dalam playground tu..ada 2 insiden yang buatkan Kay berfikir kali kedua untuk bawa Khadeejah semula ke playground tersebut..

  1. ada budah 4 tahun (orang Arab) jatuh dari gelongsor yang tinggi sebab ada budak berebut dan tolak dia jatuh..Haish..kuat juga Kay dengar bunyi macam buah kelapa jatuh..Tapi budak tu ok..Cuma menangis tersedu-sedan la..
  2. Yang kedua, ada budak perempuan India kene gigit dengan budak lelaki..Budak lelaki tu memang suka kacau orang..Bola ditangan Khadeejah pun dirampasnya.. Lepas tu sengaja dia pusing-pusing kan badan dan tangan dekat Khadeejah, kalau tertepis, tak ke menangis? Tapi Kay nampak budak tu lain macam, Kay cepat-cepat alihkan Khadeejah ke tempat yang selamat.
Kesimpulan dari pengalaman semalam, Kay tak kan bawa Khadeejah main di playground atau mana-mana..biar duduk kat rumah main dengan Ummi dan Walid..

Lau Kong pun kata, salah kita la sebab bawa anak-anak ke tempat macam tu..Tak bagus pun main-main..Baik duduk rumah tolong Ummi lipat baju..kuikuikuik

Tetiba Kay risau kalau masuk sekolah tadika, Khadeejah kene pukul etc atau pengaruh kawan sebaya....Haa..Homeschooling la jawab nye..heheheeh

Sekian..

Claire's at Mall of Emirates Dubai

Salam..
Selamat petang..
Entry kali ni Kay nak citer pasal kedai yang jual aksesori kanak-kanak dan wanita..
Nama kedai tu ialah Claire's..
Kalau tak tau, boleh la tanya Pak Cik Google..
Nway, serba sedikit pasal Claire's ni :
  1. Rangkaian yang menjual perhiasan wanita, berpusat di Florida, Greater Miami
  2. Ada di lebih 3000 cawangan seluruh dunia , 95% di US dan selebihnya di 33 negara...(Wowww!! i didn't notice it until yesterday..)
  3. Antara barangan yang di jual ialah perhiasan silver, emas 14 karat, wallet, purses, hair accessories, belts, socks, tights, hats, sunglasses..
Claire's yang Kay pi ni terletak di Mall of Emirates, dalam Debenhams, di aras 3..(dekat dengan mother care)..

Cerita macam mana Kay boleh terjebak nak datang ke Claire's ni ialah, sebabnya Kay nak pi shopping barang dapur di Carrefour, Mall of Emirates..

Jadi, sebelum Kay nak gerak keluar rumah, Kay bukak la facebook page Mall of Emirates (MOE) manalah tahu ada event or something free to grab!!..

Haa..sekali ada la plak iklan pasal Claire's ni..Dapat free gift WITHOUT any purchase!!..

So, dah alang-alang, Kay pon pi la ke Claire's dulu..sementara tunggu Lau Kong pulang untuk beli barang dapor..

Sebelum nak dapat free gift tu..seperti biasalah..kene isi form..Diorang mintak details email, no telefon, nationality..

Hurm..free gift tu takde la best sangat..Cuma nail polish je..Walaupon tak boleh pakai..Kay nak fikirkan..Boleh digunakan untuk buat craft...i just have to be a lil bit creative!!..

Haa..skarang ni Kay tak boleh nak buat projek menjahit (sebab blom bli mesin jahit..) dan tak boleh nak buat benda-benda yang remeh-temeh sebab nak kena perhatikan Khadeejah baik-baik..

Ok..so enjoy the pic!!

Sekian..

Nice color..Made in Turki..Harga satu set tu is 26 dirham..

Thursday, July 5, 2012

Chop Chop at Mall of Emirates

Salam..
Selamat pagi..Sekarang ni pukul 10.16 pagi dan Khadeejah tengah nap after sarapan dan nenen..
Sebelum Kay nak buat lunch Khadeejah, Kay nak la share pasal tempat makan baru yang Kay try..
Elmryano, Prakash, Devon, Edmund, Lau Kong, Lao Po dan Khadeejah first time datang makan kat Chop Chop yang terletak di Level 2, Mall of Emirates..
Sedikit info pasal Chop-Chop..Bila Kay google, Kay baru tahu yang Chop Chop tu dalam dialek Kantonis bermaksud Hurry Up!!..
Chop Chop menyediakan makanan Cina, Jepun dan Thailand..

Haish citer banyak-banyak pon tak best..So enjoy the pics!!!


Entrace to Chop Chop..

We ordered Jasmine Rice Aed 20 per bowl, then side dishes..Tofu, Asparagus, Chicken Curry..
Haa..Chicken Curry nye tak macam yang biasa warna kuning tu..Tapi pedas dan sedap..

This is the MUST TRY in Chop Chop..It is The Cantonese Roasted Duck..
Cara makan ialah, yang dalam bekas buluh tu ialah kulit (macam lempeng)..Kat hujung yang warna hitam tu ialah Hoi Sin Sauce...First amik kulit tu, then sapukan hoi sin sauce tu, then letakkan isi itik, dan sayur, then balutkan..Pastu..apa lagi..Ngap lerr..hehehhe

Ini lah ghoper lepas habis makan..Liciiinnn...
memang sedap dan boleh datang lagi untuk try makanan lain...


Interior yang sangat cantik..tu ialah lampu kat atas..

Ruangan untuk makan sushi..

Boleh nampak Ski Dubai dari atas..Nampak tak ramai orang kat dalam sana..especially budak-budak..For your info, sekarang  ni UAE cuti akhir tahun..Maknanya, murid- murid bercuti masa puasa dan raya dan masa musim panas la..Haish..skang ni memang panas kat Dubai ni....Lepas tu sesi persekolahan masuk tahun baru...

Sekian..

Wednesday, July 4, 2012

Happy Birthday Opah

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Sekarang pukul 9.20 pagi..
Khadeejah dah sarapan dan tengah kacau Lau Kong main PS3..
Hari ni bersamaan dengan 4 July 2012 dan 14 Syaban 1433, merupakan hari lahir Ibu Kay a.k.a Opah yang ke 58 tahun..
Haa..Kay dah talipon Opah dah pukul 11 pagi waktu Malaysia..Opah sounds very happy..(Birthday Gurl la katakan..hehehhe)..
Orang pertama yang wish Opah ialah Pak Andak di Mesir, kedua Mak Lon di KL, ketiga Kay di Dubayy...yang last skali Mak Su la tu..sebab dia tengah blaja kat Matriks..
Hurm..nothing much to say here about my lovely and strong mother..Kay siap letak ticker untuk tahu usia Opah berapa..Bukan apa..setiap kali Kay nulis blog, bila Kay tengok Ticker tu, buat Kay rasa beruntung sebab Opah masih ada di sisi Kay dan boleh memberikan nasihat dalam membesarkan anak,menjadi isteri yang baik, menantu yang baik..dan macam-macam lagik la..And one more thing, Opah is the best people for Kay to share stories and gossips..heheheh
Kalau cerita lagi pon, tak habis..
But, after being a mother to Khadeejah Bella, i know how does it feel (banyak yang Kay pikiorkan..kadang-kadang sedih tengok Khadeejah besar..Kay tak puas nak peluk-peluk n gomol-gomol Khadeeja yang bau best bila berpeluh..hehehhe)..

Apa-apapun, semoga Opah dipanjangkan umur dan dimurahkan rejeki..Amin..heheheh..Kay sempat ingatkan Opah supaya baca Yasiin dan berpuasa sempena 15 Syaban, Nisfu Syaban..

Julie Hussin, Nurul Hussin, Famy Hussin dan Najwa Hussin sayang Opah so mucho!!!

Sekian...

Sunday, July 1, 2012

Amavarathi Restaurant in Dubai

Salam..
Selamat pagi..sekarang ni pukul 7.36 pagi..
Hari ni hari Ahad dan merupakan hari bekerja di United Arab Emirates..
Cuti hujung minggu ialah pada Jumaat dan Sabtu..
Khadeejah dah sarapan dan sedang bermain..
Haa..Kay nak hapdet la sikit tempat makan India yang pertama Kay pegi..
Memang mantoppp..Best best best..Tempat makan ni di syorkan oleh kawan Lau Kong, Mr Prakash ..
First time Kay bukak pintu kedai tu, Kay tengok semua orang India..
Lepas tu yang kedua, bau-bauan rempah-ratus India menusuk ke hidung dan seterusnya membuatkan Kay terus rasa laparrr...Grrr...
Haa..tak mau citer panjang..Come and enjoy the picstaken YESTERDAY at Amavarathi Restaurant..

Ok..yang kat dalam bakul tu ada Papadom dan cili goreng..Cili goreng tu, sebeluh di goreng, di celup dengan yogurt..kemudian baru di goreng..Kepada sesiapa yang tak cukup pedas, boleh la tambah kepedasan dengan makan cili goreng tu..Kay dah rasa, ok la..Sebab Kay tahan pedas..Kalau Lau Kong yang makan, berpeluh la..hehehhehe

Tadaaa...ni la hidangan untuk Banan Leaves..Bana leave ni ada pakej nye..ada yang AED14 atau AED 22..Yang mangkuk-mangkuk steel kecik tu antaranya ialah dessert, acar timun dan karot bersama yogurt, kari ayam..
Yang kat atas daun pisang tu antaranya sayur kacang buncis goreng, kuah dal..

Ni pulak ialah bekas yang di isi dengan acar masam manis, dan macam macam lagi la..hehehhe



Ni ialah briyani kambing..sangat sedap dan puas hati la la makan..lau Kong kata, ni baru betul..makanan cukup rasa..daging kambing pon lembut..

Ni sup..ada kari dan di tabur dengan daun ketumbar..Sedap diminum semasa panas..kalau da sejuk pon, sedap juga..


Side dish ialah ikan tenggiri goreng..

Ni pulak cauliflower goreng..Kay tengok tepung yang menyaluti cauliflover ni warna merah dan pedas..Tapi pedas nya tak terasa masa kita kunyah..bila dah lama sikit, baru kita terasa pedas...Kellass..bestt..


Kelebihan makan Banana Leaves pakej ni, ialah, kita boleh tambah seberapa banyak yang kita mahu..
Kat belakang tu ialah tempat untuk nasi tambah dan sebagainya..Pekerja yang pakai vest merah tu akan datang bawak nasi atau sebagainya..



Sebahagian dari ruangan dalam Amavarathi..

Inilah rupa nya...habis licin..Puas hati makan..Sedap..Balik rumah boleh tido...Krooohh...Kroohhh...hihihihi
Sekian..

Miri crocodile Farm and Mini Zoo Miri Experience

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar. harap sihat hendaknya. Kay baru sahaja melawat Miri Crocodile Farm. Rupanya ada Mini Zoo...