Sunday, December 23, 2012

The Kitchen of Thai in Dubai

Salam dan selamat pagi!!!
Agak lama Kay tak update blog..
Haa..entry kali ni adalah salah satu tempat makan yang boleh anda lawati jika tekak anda mahukan makanan Asia yang pada Kay, sangat best..
Kay suka makan Tom Yam dan The Kitchen of Thai menepati selera Kay!!
Apa-apa pun thank you to Lau Kong yang belanja makan dan tak lupa juga thank you to Prakash Rao and his wife Elmryano for suggesting this restaurant to US!!!
Kami ke sana selepas membeli belah di Mall of Emirates. Kay berjalan ke Debenhams, Centrepoint dan Home Centre. Takde la borong sakan, cuma beli apa yang patut..heheheh..kalau borong sakan, botak la kepala Lau Kong...hahahah
Ok..cerita banyak-banyak tak best, so enjoy the pics!!

Kami sampai pukul 10.18 malam untuk dinner selepas penat membeli-belah di Mall Of Emirates.Lau Kong happy sebab shopping, Lau Kong pening sebab kena bayar..hahahah..

Sudut di sebelah kiri, tempat cashier.

Jika kita jenguk dari pintu masuk, di tengah-tengah nya ruang makan dan dibelakangnya ialah tempat memasak.

Sudut di sebelah kanan, lagi tempat duduk dan TV.

Kay order Fresh Mango Juice berharga 15 dirham dan Lau Kong order Lemon Mint berharga 17 dirham.

Tadaaa...this is our dinner last night!! Dalam mangkuk bertutup tu ialah Tom Yam Seafood, di tengah-tengah ialah ikan, dan paling kanan ialah 4 jenis sayur yang digoreng. 2 pinggan Jasmine Rice yang berharga 9 dirham each. Memang puas hati makan dan boleh datang lagi!!! Total makan malam kami ialah 104 dirham..

Sekian!!!


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...