Friday, March 22, 2013

Arabic Mother's Day Dinner at Benjarong Dusit Thani

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lau Kong tengah melayan anak dara dia..So Kay ada masa la nak hapdet belog..
Banyak nak tulis tapi masa tak mengizinkan sebab Kay tengah sibuk untuk persediaan menyambut harijadi Khadeejah Bella yang ke 2 tahun..
Ok berbalik kepada tajuk entry diatas, semalam merupakan Hari Ibu yang disambut dikebanyakan negara Arab..Sebab tu dinamakan Arabic Mother's Day..yang jatuh pada 21 March 2013.
Kebetulan Lau Kong baru balik dari outstation dan Kay macam kurang rajin nak ke dapor..
Bukan hape, masa Lau Kong outstation, Kay pakat beli makanan kat Betawi (Yang ini Kay akan kongsikan di entry akan datang)..
Jadi dapor rumah Kay tak berasap la untuk beberapa hari..
Tetapi, hari ni untuk sarapan, Kay buat nasi goreng (ada baki nasi semalam) dan ayam goreng!!

Ha...Cerita banyak-banyak tak best, so enjoy the pics!!

Last but not least, thank you Lau Kong for the dinner!

Sekian..

Kami dinner di Dusit Thani Hotel..tekak kay memang suka makanan Asia..Tekak Lau Kong more to Western Food..Kay tak appreciate roti, pizza, speghetti etc..hahah..Tekak kampong la katakan..
Bila kami masuk ke dalam hotel. kami ditunjukkan jalan ke lif untuk ke bahagian restoren yang terletak di aras 24. Di level tu ada 2 jenis restoren yang menyajikan makanan Italian, Thai, dan Buffet..Yang buffet tu dia bertukar setiap hari..macam malam tadi temanya ialah seafood!!
Naa restoren Tahi ni ialah Benjarong, Royal Thai Cuisine. Benjarong secara literal nya bermaksud 'Lima Warna' di atas porselin di Thailand. Corak yang biasa dilukis ialah geometri dan juga bunga-bungaan. Lukisan Benjarong di reka untuk kegunaan Royal Family di Thailand semasa zaman kerajaan Siam lama.
Ni lah dia lukisan kat piring yang diletakkan sirih.
Sementara menunggu makanan sampai, kami dihidangkan dengan daun sirih yang diletakkan sambal, udang kering, kacang dan ada lagi benda yang Kay tak dapat kenal pasti..sedap!! Walaupon pada mulanya Kay macam tak nak cuba makan..Tapi Lau Kong kata sedap!
Haa.. ada pertunjukkan tarian Siam. Untuk pengetahuan, pada waktu malam, ada pertunjukkan tarian. Pada waktu lunch, ada pertunjukkan alatan muzik tradisional Siam
Sementara makanan belum sampai, kay jalan-jalan disekitar restoren untuk ambil gambar khas untuk pembaca blog kesayang Kay..cewahh...

Ni antara corak hiasana pada dinding kayu.


Ini sudut bagi 4 orang.
Tada..makanan dah sampai! Kami pesan nasik goreng Thai, nasi putih  Jasmin, ikan merah goreng dengan sambal, Tom Yam Udang, Sayur goreng campur, dan air mineral..Evian tu!!..Ingat air mineral biasa!! Cer teka berapa harga air Evian tu??

Amik gambo sikit lerr...

This is my Lau Kong!! Tokeh Balak!! hahaha
Tempat makan kami ialah sudut untu 2 orang dan mengadap Syeikh Zayed Road! Nice view!

Yang ini ialah tempat mereka letak bil. Jumlah makanan kami tadi ialah 324 Dirham. Pecahan nya ialah, Air Mineral evian 32 dirham, Tom Yam Gung 58 dirham, Ikan merah goreng sambal (Pla Samroot) 95 dirham, sayur campur goreng (Phad Pa Kruam Mit) 46 dirham,Nasi putih  Jasmin (Khao Soey) 22 dirham, nasi goreng Thai (Khao Phad Gai) 69 dirham..Apa-apapun Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menjamu selra di Dusit Thani..memang mantap dan boleh datang lagi!!!! Sekian..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...