Sunday, March 24, 2013

Wok It Restaurant in Dubai

Assalamaualaikum dan salam sejahtera..
Khadeejah Bella masih diulit mimpi..
Haa...Ape lagi, Kay hapdet la blog!!
Kalau simpan lama-lama, basi lah..heheh..
Kali ni Kay nak ceritakan lagi berkaitan dengan tempat makan di Dubai..
Semestinya tempat makanan yang bercirikan Asia..
Tekak kampong la katakan...
Apa yang menyebabkan kami datang ke Wok It ini adalah disebabkan Lau Kong ke Klinik UniCare yang terletak didalam BurJuman Shopping Mall..
Kebetulan kawan-kawan ramai yang bercerita tentang Wok It ni..Haa..Kay memang teruja la nak datang untuk merasa Murtabak yang diwar-warkan sangat sedap dan mempunyai kelaianan nya..
Hurmm..cerita banyak-banyak tak best, so enjoy the pixx!!

Thank you Lau Kong for the treat..

Sekian..

Alhamdulillah..Akhirnya sampai juga kami ke Wok It..Apa yang Kay tak berapa gemat ke Wok It ni ialah it is not stroller friendly..Sebab kena naik tangga dan tiada tempat yang boleh bawak stroller naik..Jadi, Kay dan Lau Konh kena hangkut stroller naik atas..

Buku Menu...

Wok It ni terletak 0.6km dari BurJuman Metro Station..Nasib baik sekarang belum lagi panas giler di Dubai..Kalau tak, mau terbakar kulit dan berpeluh ketiak..hahahah

Wok It dengan logo Chopstik dalam mangkuk..Sebenarnay Wok It ni baru sahaja 3 bulan beroperasi. Lagi 2 bulan mereka akan buat official launching dimana menu-menu akan ditambah. Pemilik Wok It berbangsa Scotland dan suaminya berbangsa Jordan. Wok It ni meneydiakan makanan Asia..Thai pun ada..Jadi bukan Indonesian Food sahaja...

Lagi pemandangan didalam Wok It..Haa..Kat Wok It ni belum ada Wi-Fi..mungkin akan datang baru ada Wi-Fi..

Di belakang sana ialah tempat memasak. Kay sempat menemu buat pelayan yang sedang sibuk melipat tisu dan susun sudu garpu..Semua pekerja di dalam dapur berbangsa Indonesia..Pelayan yang Kay temuramah itu dari Bandung..Kebanyakan dari Jakarta. .Pembuat Murtabak adalah dari street food manakala pekerja yang lain dari perhotelan. Ramai juga rakyat Malaysia yang sudah datang makan ke Wok It bilang nya...Haa..kalau nak ke tandas, jalan terus kebelakang dan belok ke kanan...Tandas untuk cewek terletak di sebelah kiri..

Tadaaa..Kami pesan Murtabak Kambing dan Nasi Lemak. Komen Kay untuk Nasi Lemak nya ialah, ia tidak menepati selera Kay. Nasi nya macam pulut tapi ada banu wangi..Sambal nya pedas bangat sampai ke kepala dan tak menepati citarasa Kay..Mungkin untuk orang lain ok.., Ayam goreng nya ok..Ada bergedil dan sambal tempe dan ikan bilis.Untuk murtabak pula, Kay boleh katakan sedap..Luarnya rangup..Acar timun dan lobak merahnya pun sedap..soso pencicah juga sedap dan tidak pedas.

Yang ini ialah Es Cendol (Ais Cendal la...) Paling puas hati sebab sedap..Kay rasa dia guna santan yang diperah..dan gula kabung..best best best..Memang menyegarkan lepas berjalan 0.6KM untuk ke Wok It...Yang warna kuning kat atas tu ialah hirisan buah nangka..

Kalau ada pertanyaan, boleh hubungi alamat yang tertera di atas..

Antara menu yanga da...

Ada Singapore Noodle!!Mungkin Kay akan cuba dimasa akan datang..



Story of Wok It..

Selepas makan, Kami bergerak ke Karama metro Station dan menuju ke Deira City Centre untuk membeli sayur-sayuran seperti tomato, timun, lettuce untuk dimakan bersama nasi ayam yang Kay akan buat sempena sambutan harijadi Khadeejah Bella yang 2 pada 25 hb March 2013 ini..(hari esok!!!..Banyak keje nak buat!!!)



No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...