Monday, April 29, 2013

Pengalaman mengundi secara pos di Dubai

Assalamualaikum dan selamat malam..
Haa..malam ni ni Kay nak kongsikan pengalaman Kay mengundi secara pos.
Alhamdulillah..Kay selamat menjalankan tanggungjawab kepada negara.
Haa..sedikit maklumat..untuk melayakkan kita mengundi secara pos, kita perlulah menghantarpermohonan untuk mengundi secara pos (Borang 1B) kepada Suruhan Pilihanraya sebelum Parlimen dibubarkan.
Makanya, Kay telah menghantar permohonan 1 bulan sebelum Parlimen dibubarkan..
Hari ini bersamaan 28 April 2013, telah berlangsungnya undi pos di Consulate General, Dubai.

Waktu mengundi adalah dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Kay sampai ke Consulate General pada pukul 10.15 pagi. Nasib baik tak datang awal sebab kalau datang awal kena beratur kat luar dan panas (Kay berbual dengan Pemerhati).

Kay datang pukul 10 lebih bukan apa, sebab Khadeejah Bella belum bangun lagi pukul 9 pagi tu..

Kalau tdah bangun, Kay memang datang awal sebab lepas menjalankan tanggungjawab kepada negara, Kay ada temujanji dengan Doc pula..Khadeejah Bella selsema dan hingusnya kuning dan pekat..
Lepas mengundi, apa lagi, kami bersemangat la nak makan makanan Malaysia yang dijual di kantin.
Kay nak makan Nasi Lemak, tetapi lama sangat menunggu, kami pergi klinik dulu..

* Entry kali ni tak ada banyak gambar kerana tidak dibenarkan membawa kamera dan telefon bimbit ke dalam..

Sekian.

Inilah Nasi Lemak yang dijual di kantin Consulate General Dubai. Sedap..Nasinya ok, sambal nya ok (Kay suka yang ini dari Sari Nusa)..Cuma ayam nya, Kay lebih suka di Sari Nusa http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/04/belacan-kiosk-and-sari-nusa-malaysian.html

Yang ini, Khadeejah Bella tengah diambil sampel hingus untuk dibuat ujian samada jangkitan virus atau jangkitan bakteria. Kay risau sebab kalau melarat, boleh berjangkit ke mata (pernah terjadi sebelum ini). Baik pula Khadeejah masa misi ni korek hidung dia..heheheh..Jumlah kos perubatan Kahdeejah Bella untuk kali ini (Consultation dan lab test ) ialah Aed 600

Antara ubat yang dibekalkan ialah Ocean Spray untuk membersihkan hidung sebelum letak ubat dalam hidung. Berharga Aed 33.50..Made in Germany. Sembur satu kali , 4 kali sehari selama 5 hari

Ni Nasal gel. Kay cium macam bau vicks..2 kali sehari selama 3 hari. Berharga Aed 11.50. Made in Switzerland.

Yang ini ubat makan, 10 titik, sekali sehari selama 5 hari. Berharga Aed 22. Made in Muscat, Sultanate of Oman

Sunday, April 28, 2013

7 minggu 5 hari

Assalamualaikum dan selamat malam.
Hari ni Kay pergi follow up check up sebab nak tengok baby dah ada heart beat atau tidak. Sebab masa Kay pergi masa minggu ke 6, belum nampak lagi heartbeat bila scan..
Untuk kali ini, Kay buat ujian air kencing dan ujian darah untuk periksa gula, hemoglobin dan sebangainya.
Jumlah keseluruhan bagi kali ini ialah 930 dirham termasuk consultation.

Ok cerita banyak-banyak tak best so enjoy the pics!

Kalau mengikut tarikh yang Kay bagi untuk hari pertama bagi period yang terakhis, sepatunya EDD ialah 3 Diember 2013. Tapi hari ni bila scan, Doc kata the EDD is 10 Disember 2013. And guess what? Kalau betul la baby akan lahir pada 10 Disember, cer teka akan sama tarikh lahir dengan siapa?? Hint nya ialah isteri Perdana Menteri..cer teka..cer teka..heheh

Heart rate baby ialah 174 which is ok..

Baby!

Ni Doc tunjukkan jantung yang berdenyut-denyut..kecik je..

Wednesday, April 10, 2013

6 minggu 1 hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Khadeejah Bella tengah makan steak dengan Walid..
Kay tak ada selera nak makan..
So Kay curi-curi la masa untuk update perkembangan terbaru baby on board!
Hari ni Kay jumpa Doc Jaimala sebab keputusan darah yang diambil menunjukkan Kay pregnant!
Pada waktu tu dalam 4 minggu..(bila scan tak nampak lagi)
Jadi Kay dikehendaki datang semula selepas 1 minggu..
Dan pada hari ni genap 6 minggu 1 hari..
Follow up hari ni adalah untuk memastikan kedudukan embrio dalam keaadan yang sepatutnya...
Sekarang ni masih dalam embryonic stage..dan belum lagi ada denyutan jantung..
Lagi 2 minggu , maknanya bila 8 minggu, baru ada heartbeat..
So far, saiz dalam keadaan normal mengikut minggu..iaitu 1.03 cm ..Alhamdulillah..


Sekian terima kasih..
6 minggu 1 hari..

Friday, April 5, 2013

Betawi Express at Emirates Tower Metro Station Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak cerita lagi pasal tempat makan yang berunsurkan Indonesia..
Dah namanya Betawi, maka makan Indonesia la..
Betawi mula beroperasi di Dubai pada April 2007 di cawangan pertama di Karama. (Kedai makan, restaurant)
Yang Kay pergi ni ialah cawangan kedua di Satwa. (Kiosk, Quick Bite yang terletak di dalam Metro Station Emirates Tower).

Kita belajar sejarah sikit..
Nama Betawi di ambil dari bandar lama Indonesia, Batavia sekarang dikenali sebagai Jakarta.

Ok cerita banyak-banyak tak best, so enjoy the pix.

Sekian.

Inilah rupa Betawi Express yang terletak di aras 1, di dalam Metro Station Emirates Tower.

Dihiasi dengan tema Indonesia tradisional yang simple dan membenarkan pengunjung mengalami pengalaman sebenar atmosfera Indonesia (itu hiasan kat dalan restoren di cawangan Karama). Yang Kay tunjuk ni kat metro station. Jadi simple je.


Makanan disediakan oleh Chef Indonesia menggunakan bahan-bahan terpilih termasuk herba, rempah dan sos yang di import. Menu yang popular ialah Soto Betawi, Pecel Ayam, Nasi Goreng dan Sate.


Kay dan Izyan. Bergambar macam Duta Betawi pulak. Hehehe..

Lontong dia sedap dan Kay dah beli 3 kali kot..hahah. Kay perhatikan dia menggunakan petola, kobis dan kacang panjang dalam sayuran nya. Sepanjang yang Kay pernah makan lontong, tak pernah pula orang masukkan petola. Tapi sedap je..hehehe..Harganya 15 dirham...Kalau Kay malas nak masak lontong, Kay "masak" kat Betawi je lah..Senang..dapor pon tak kecah..hahah

Ni bubur ayam. Harga nya 20 dirham.  Kay ada cuba Soto Ayam 18 dirham dari Betawi Express. Sayuran yang diletakkan ialah taugeh, daun bawang dan kobis putih yang dihiris halus. Kuah soto nya ok la. Soto ni dimakan dengan bihun.

Ni Risolis.. ialah diluarnya kulit popiah dan intinya ialah bihun. Harga ialah 10 dirham. Yang ini Kay tak gemar sangat. Haa.. ada juga dijual rojak buah berharga 15 dirham. Antara buah yang ada ialah nenas muda, betik muda, mangga muda dan kedondong.

Monday, April 1, 2013

Khadeejah Bella nak dapat adik

Assalamualaikum..
Khadeejah Bella kat sebelah Kay ni sambil tengok Mr Bean- Dead Cat..
Memang sengaja Kat amik yang ada cat sebab Khadeejah Bella suka bangat dengan kucing.
Ok..back to the entry..
Alhamdulillah..Genak perkahwinan kami selama 4 tahun dan 8 bulan, kami bakal mendapat anak baru...
Means Khadeejah Bella akan jadi kakak la..heheh..
Memang Kay nanti-natikan untuk menambah anak dan Alhamdulillah, tercapai juga..
Bila Lau Kong beritahu Atok dan Nenek di Sibu, memang gembira sangat la mereka..
Nenek siap bagi tahu yang Nenek dah berdoa selama sebulan!! hahah
Orang pertama yang Kay bagitahu ialah semestinya Lau Kong, kedua ialah Opah dan Pak Andak, ketiga ialah Mak Long.
Lau Kong tolong bagitahu Atok dan Nenek di Sibu, Sarawak.
Kay tak nak la cerita banyak-banyak sebab Kay buat personal test di rumah menggunakan 2 keping kit yang biasa (RM5.90 sekeping), keputusan yang keluar 2 lines tapi samar-samar. Kay buat test ni bila Kay terlewat hari pertama dan hari kedua.
Makanya, Kay beli pula digital kit test yang berharga 65 dirham, jenama Clearblue..mahal tak?? nak buat macam mana..heheh
Keputusan nya POSITIVE. Yang ini Kay guna bila Kay dah terlewat hari ketiga.
Jadi nya, Kay telefon UniCrae yang terletak di BurJuman untuk set tarikh berjumpa gynea Doc Jaimala..
Makanya harini Kay berjumpa dengan Doc Jaimala..Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. Cuma masa scan tak nampak (sebab kandungan berusia 4 minggu hanya sebesar biji poppy). Jadi Doc suruh buat blood test. Pukul 7.30 petang hari ni Kay kena call UniCare untuk dapat kan keputusan. kemudian bila dah dapat keputusan, Doc Jaimala akan beritahu bila next appointment.
Buat masa sekarang ni Doc prescribe supplement selama 3 bulan.

Sekian..


Inilah supplement yang di berikan oleh Doc Jaimala. 1 biji pil setiap hari selama 3 bulan.



Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...