Thursday, May 30, 2013

Homemade Lemon Mint Drink

Assalamualaikum dan selsm sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan resipi minuman lemon mint..
Al kisah sekarang ni Dubai dah semakin panas. 40 deg sekarang ni..mungkin akan naik lagi tu..
Maknanya memang sesuai la untuk minum Lemon Mint pada waktu-waktu begini..
Walaupun demikian, bukan sahaja waktu panas begini sesuai, waktu tak panas pun sesuai untuk minum terutamanya kalau kita makan makanan yang berminyak atau berlemak..
Kiranya kalau kat Malaysia kita selalu order air limau nipis la..
Tapi kat Dubai ni kan banyak lemon dan minuman lemon mint ni memang terkenal...

Bahan-bahan:

  1. Buah lemon
  2. Daun pudina
  3. Air
  4. Gula


Haa..cerita banyak-banyak tak best so please enjoy some of the pix.

Ni buah lemon yang telah di buang kulit dan dipotong kecil-kecil. Kay buang biji lemon tu sebab kalau tak buang biji dikhuatiri akan menjejaskan rasa minuman Lemon Mint..chewahh..

Kay buat lemon mint ni pakai hand blender. Sebab kalau blender biasa tu Kay pakai untuk blend kunyit dan bawang segala bagai...Air yang telah dicampurkan dengan daun pudina. Kay masukkan daun je..batang daun pudina Kay tak masukkan..Kay masukkan gula sekali. Untuk sebaik-baiknya, lepas blend air, daun pudina dan lemon, barulah dicampurkan dengan air gula. Sesuaikan dengan citarasa masing-masing.



Inilah hasilnya..Lemon Mint Drink. Kay tapis air ni supaya nampak cantik dan kemas...




Tuesday, May 28, 2013

Selamat Hari Lahir yang ke 60 buat Mak Itam ku sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ni Kay nak tulis pasal birthday yang ke 60 buat mak saudara Kay ataupun lebih dikenali dengan panggilan Mak Itam..
Masa kecik-kecik dulu bila balik kampong di Batu Pahat, Kay dan adik-beradik akan bertandang dan bermain di rumah Mak Itam..
Bukan apa sebab ada sepupu-sepupu yang sama baya dan rumah Mak itam banyak mainan dan Mak Itam selalu masak best.. Ada yang Kay paling ingat Mak Itam rajin memasak dan antara yang Kay ingat ialah kuih siput.
Dia tu dari tepung dan dipintal macam siput dan warna merah.Kuih tu dikukus kalau tak silap.
Pastu rumah Mak Itam banyak air gas (Pepsi, Mirinda Oren, Mirinda Strawberry etc..). Itu yang best tu kalau raya kat rumah Mak Itam..heheheh..
Bukan sahaja Mak Itam pandai masak, tapi Angah juga pandai masak.
masa kecik-kecik, Kay rasa kagum la dengan Angah yang pandai masak mee goreng..
Dulu Kay masa kecik-kecik tak biasa ke dapur.
Dah tua bangka ni baru nak belajar masak...hahahaha..
Dah duduk Dubai ni baru la rajin, kalau kat Malaysia, Kay rajin memasak kat kedai makan je lerr....heheheh


Apa-apapun semoga Mak Itam dipanjangkan umur dan dimurahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Amin..


Ok la membebel banyak-banyak tak best so please enjoy some of the pics!

Yang tengah-tengah pakai tudung kuning tu lah Mak Itam ..Tersenyum simpul diapit Angah dan Pak Andak (Adik lelaki Mak Itam merangkap my father.. Jangan main-main Pak Andak ni garang tau..hihih) Tanggal 28 Mei birthday Mak Itam, tanggal 13 Mei birthday Pak Andak..Kiranya entry ni sekali la wish untuk Bak sekali..heheheh..Semoga adik beradik ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

Wednesday, May 22, 2013

Tips to Beijing

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Haa..inilah yang Kay tunggu -tunggu untuk kongsikan dengan semua..
Hahaha..(gelak jahat sikit..) Bukan hape..Banyak sangat yang Kay nak ceritakan tapi tak tahu macam mana nak tulis..
Makanya Kay bahagi-bahagikan cerita-cerita mengikut episod..(Macam drama bersiri lah....)

Sila klik untuk keterangan lebih lanjut

http://kay-hussin.blogspot.ae/2012/09/cara-memohon-visa-ke-china.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/pengalaman-naik-beijing-subway.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/pearl-market-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/silk-street-market-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/fruits-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/halal-food-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/a-visit-to-temple-of-heaven-in-beijing.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/emirates-lounge-in-dubai-and-in-beijing.html

Ok..bila kali pertama nak pi Beijing, mestilah excited!
Jadi masa packing, Kay ada bawa buah limau dari Dubai..Bukan ape, limau tu manis dan sedap. Kebetulan kami akan berada 5 hari di Peking, jadi bawa je la..
Selain dari limau, Kay ada bawa Milo tin kecil, roti dan biskut untuk Khadeejah.
Yang lain macam biasalah..baju baju..

Haa..cerita banyak-banyak tak best so please enjoy the pics!

Ke Beijing kami bawa 2 beg besar.. Dari Beijing ke Dubai dah jadi 3 beg pulak..hehehe

Apa yang Khadeejah nak kat Walid tu?

Khadeejah main di kids play area di dalam Emirates Lounge

Haa..ramai orang yang datang ke Peking!! Untuk masuk ke China memerlukan visa. Bila nak masuk tu kena isi borang. Borang telah diberi siap-siap masa dalam kapal terbang. Tapi kalau tak diberi, borang tersebut ada dikaunter. Jangan risau. Bila nak keluar dari Beijing pun kena isi borang sepertimana nak masuk.

Kan Kay ada bawa limau. Rupa-rupanya buah, sayur, biji benih adalah barang larangan. Maka limau Kay kena rampas. Walau apa-apapun, Alhamdulillah sebab tiada denda yang dikenankan. Untuk pengetahuan, sebelum Kay ada seorang warga China yang juga ditahan dan barangnya di rampas. Nak tahu tak apa barangan nya? Dia baru balik dari Africa dan bawa banyak kuku harimau (lebih dari 10 mungkin), gading gajah, tanduk dan sebagainya yang berkaitan dengan haiwan liar..Apa lagi kena rampas la..Bengang juga muka pakcik tu..Yelah mungkin mahal kan gading, kuku, tanduk semua tu...

Khadeejah pantang tengok kucing. Mesti dia akan buat bunyi kucing..

Kenangan kali pertama kena rampas barang di China..heheh
Disepanjang perjalanan nak ke Departure Hall ada lukisan lukisan yang memaparkan etnik-etnik wanita di China..

Emirates Lounge in Dubai and in Beijing

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ni Kay nak kongsikan pasal Emirates Lounge..
Masa nak ke Beijing, Kay berpeluang untuk berehat di dalam Emirates Lounge.
Memang best dan selesa.

Cerita banyak-banyak tak best, so please enjoy the pics.

Sekian.

Business class Lounge

Ambil gambar sikit...

Ni toilet dia..

Baby room..

Sempat lagi makan sebab nanti dalam belon boleh tidur je..Masa di Dubai makanan nya menu Arab la selain dari roti-roti, dessert. Masa di Beijing, Kay berkesempatan makan Peking Duck dan Steamed Beef Stew Sichuan Style. memang sedap. Lau kong pun dah bagi tahu yang memang sedap, dan Alhamdulillah Kay dapat juga merasa Peking Duck halal di Emirates Lounge. Kalau tak kempunan la..heheeh
Flight kami dari Dubai ke Beijing adalah pada pukul 4 pagi. kami bergerak ke airport dalam pukul 11 malam. So kami ada banyak amsa untuk check - in dan berehat di Emirates Lounge. Khadeejah pun sempat bermain dalam kid's play area.

Tuesday, May 21, 2013

Pengalaman naik Beijing Subway

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman menggunakan subway di Beijing.

Ok cerita banyak-banyak tak best so please enjoy the pics..

Sekian terima kasih.

Yang ini ialah subway di bahagian Olypic green Park yang terletak dengan hotel yang kami duduk. Kami datang untuk melawat saja...

Waktu operasi yang tertera..

Mungkin yang ramai-ramai tu pelawt yang datang ke Beijing..Mereka pun sibuk nak tengok peta subway...

Lau Kong pun buat study sikit sebab kami bakal menaiki subway!!

Dalam Mnadarin! Kalau tak tahu bahasa cina kat sini, memang agak sukar. Kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa inggeris. Even pekerja hotel pun kurang fasih melainkan yang bekerja di information counter. Contohnya, Kay ada order dine in service, orang yang ambil order tu sampaikan kena return call Kay sebab tak faham apa yang Kay nak order. Kawan dia yang call Kay semula untuk ambil my order.

Beijing subway map.

Haa..Selepas membeli belah di Silk Street Market, sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/silk-street-market-in-beijing.html kami pulang ke hotel menaiki subway. Yeay!!

Train dah sampai Yang baju biru tu polis yang menjaga station.

Lau Kong yang kepenatan sebab kena angkut barang yang diborong dan stroller. Stroller kami lipat sebab senang nak bawak. kay dukung Khadeejah.

Happy sebab first time menggunakan Beijing Subway. Haa..masa dalam train ni, Kay ingat ada orang pasang radio dengan kuat sebab ada musik yang mendayu-dayu.. Rupa-rupanya ada seorang lelaki yang OKU ditemani dengan seorang wanita. Lelaki OKU tu mainkan alat muzik traditional cina yang mendayu-dayu dan ada tong untuk mengutip derma...

Ramai orang yang menggunakan subway. Kay ada baca suratkhabar yang menyatakan pemandu teksi di Beijing menghadapi kesukaran untuk membawa teksi kerana jumlah penumpang berkurangan. Kebanyakan lebih gemar menggunakan subway kerana lebih murah. Lagipun di Beijing memang sesak terutamanya pada hujung minggu. Dari pembacaan Kay, ada ura-ura untuk menaikkan tambang teksi, tetapi kenaikan itu tidak akan menyelesaikan masalah kerana  penyelesaian itu bersifat sementara dan akan membuatkan lebih ramai orang tidak akan menggunakan perkhidmatan teksi.

Lagi pemandangan di dalam subway.

Kay dapati sukar untuk memnyorong stroller sebab Kay tak jumpa levator atau lift. Semua kena naik/ turun tangga.

Yang menariknya penunjuk laluan di Beijing Subway ni ada lampu merah dan hijau. Kalau lampu hijau tu maknanya kita sedang berada di station tersebut. Kat Dubai tak ada macam ni..Kay Malaysia pun Kay rasa tak ada kan? (Kay pun dah lama tak naik LRT kat KL..hehehe)

Haa.yang ini di station Olympic Green Park. Nampak tak dia punya pemandangan lagi cantik. Mungkin sebab yang ini station yang baru.

Dan ada escalator. Mudah nak bawak stroller.




Naik tangga kat sebelah kaann tu untuk keluar dan menuju ke hotel yang kami stay...


Pearl Market in Beijing

Assalamualaikum dan selamat malam.
Entry kali ni Kay nak kongsikan lagi pasal tempat membeli belah yang menarik di sekitar Beijing.
Entry sebelum ni Kay dah kongsikan pasal Silk Street Market
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/silk-street-market-in-beijing.html

Haa..yang ini pun pasal tempat shopping..Namanya Pearl Market ataupun Hongqiao Market.
Sama juga seperti Silk Street Market yang terkenal dengan jualan barangan tiruan. Cuma disini terkenal dengan pelbagai jenis mutiara.

Tempat ni juga sering menjadi tumpuan pramugari atau pramugara untuk membeli-belah. Tips utama ialah tawar-menawar. Jangan takut untu berjalan ke kedai lain kerana kebanyakan kedai menjual barangan yang sama. Bila penjual nampak kita nak bergerak ke kedai lain, mereka akan terus bercakap dan teruskan usaha untuk menawar sampai anda puas hati...

Ok cerita banyak-banyak tak best so please enjoy the pics!


Sekian terima kasih.

Kami bergerak ke Pearl Market menaiki teksi. Sebelum tu Lau Kong ke kaunter pertanyaan lobi hotel untuk mendapatkan peta bagaimana ke Pearl Market. Kemudian pekerja hotel yang menjaga pintu tolong panggilkan teksi dan beritahu pemandu teksi yang kami ingi ke Pearl Market dalam bahasa Cina. Lau Kong diam je la..Walaupun Lau Kong tahu berbahasa Mandarin..Harga teksi dalam 50 yuan daro hotel ke Pearl Market.

Antara banguna yang Kay sempat capture masa dalam teksi..Kay tak tahu la tu bangunan pejabat apa...Tapi manarik perhatian Kay sebab bentuk bulat...

Tadaa..ini lah dia Hongqiao Market..Sediakan duit banyak-banyak!!!heheh

Memnadangkan kami bergerak pagi dalam pukul 10 pagi dan belum sarapan, makanya kami bersarapan dahulu di Yoshinoya. Menu biasa ialah Nasi dan Ikan...

Haa..jangan terkejut kalau kita dengar penjual cakap " Murah! Murah!!" Kay beli satu beg dan bergambar dengan penjual nih..Dia agak fasih berbahasa  Inggeris..

Khadeejah pun dapat juga ..Patung Panda dan beg Panda. Kedua-duanya berharga 60 yuan..Seronok kemain..Berjalan peluk panda sesaje..


A Visit to The Temple of Heaven in Beijing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama melawat salah satu tempat bersejarah di Beijing.
Tapi ia bukan lah The Great Wall sebab kami tak berkesempatan untuk ke sana.
Kami melawat Temple of Heaven ni disebabkan ia berdekatan dengan Pearl Market. Setelah selesai urusan membeli belah, kami meluangkan masa untuk melawat Temple of Heaven sebelum pulang menaiaki teksi ke hotel. Kami kena naik teksi sebab banyak juga barang yang diborong..heheheh..
Sedikit info berkaitan The Temple of Heaven ialah..

  • The largest heaven worship architectural complex in the world.
  • Was built in th e18th year during the Reign of Emperor Yongle of Ming Dynasty (1420)
  • Was a sacred altar for emperors of Ming and Qing Dynasties to offer sacrifies to Heaven and pray for bumper harvest
  • Ancient beliefs like "circular heaven, square earth", "blue heaven, yellow earth", and " supernal heaven, low earth" are all exquisitely and ingeniously reflected here.
Cerita banyak-banyak so please enjoy the pics.

p/s: Sebenarnya banyak lagi kawasan di dalam yang Kay tak cover sebab dah penat dan tak ada masa...

Sekian.




Yang di seberang jalan tu ialah Pearl Market.. Kami lintas jalan menggunakan jejantas.

Ramai juga menggunakan perkhidmatan awam...

Lau Kong dan Khadeejah

Ini adalah station subway..

Ramai juga yang menggunakan basikal. Dan ada laluan khas untuk yang menunggang basikal..


A brief introduction to the Temple of Heaven

Cantik nya Khadeejah duduk sambil memerhatikan orang membeli tiket.

Like father like daughter..hihihi

tengok ape tu?

Lau Kong jadi tourist guide sebab Lau Po malas nak baca map. Lagipun dah penat bershopping kat Pearl Market...heheh

Kedai yang menjual crafts.

Yang ni pokok yang dari zaman dulu kala kot..

My Lau Kong. Muahh

My princess..

Ok kita menghala ke Hall of Prayer for Good Harvest melalui Long Corridor.

Di sepanjang Long Corridor ni ada macam-macam aktivit yang dilalukan oleh kebanyakan warga emas..Yang ini main kad.

Ini pun lagi satu kumpulan main kad.

Posing sikit..

Yang ini mengait dan menjual hasilnya. Nampak tak tu beg yang dikait.

Yang ini pula kumpulan yang memainkan alatan musik dan menyanyi lagu-lagu Cina.


Yang ini kumpulan main Chinese Chess



Ini pintu gerbang nak masuk ke Hall of Prayer for Good Harvests.


Kay tak larat nak naik ke atas so kami ambil gambar dari bawah je. Lagipun tak ada tempat untuk sorng stroller. Dah la banyak anak tangga.

The Hall Of Prayer For Good Harvests is one of Beijing's symolic construction, and is also the most famous temple in the world. Its excellence  does not only llie in its exquisite designs, but also attributes to the fact that its constructional structure represents ancient Chinese philosophy and astronomic knowledge. The Hall rests on a three-layered white marble round altar. The altar is about 5.2m in heights. The diameter id the top layer is 68m, the middle layer 80m, the bottom layer 91m. Each layer is surrounded by marble balustrade. The balustrade surrounding the top layer is adorned with a spiral dragon with its head emerging from the water face; the balustrade surrounding the middle layer has colums decorated with the paintings of a phoenix's head emerging from the water surface; the column of the bottom layer is adorned with patterns of clouds coming out of the water surface. Along the south-north direction there are three huge white marble steps with stone carvings. The top tier is engraved with patterns of dragon, the middle tier with the pattern of phoenix, and the bottom tier with the pattern of mountain, sea, and clouds. The Hall of Prayer for Good Harvest is 32m high., with three layers of eaves, all laid with dark blue glazed tiles, symbolizing the color of the heaven. The Hall is supported by 28 wooden column. The 4 central columns, called the " Dragon-Well Pillar", represent the four seasons. Surrounding these 4 columns, there are two rings, one inside the other, of the 12 columns each; the inner ring symbolizes the 12 months and the outer rings symbolizes the 12 divisions of the day and night; the pillars of the inner and outer rings together stands for the the 24 solar terns or the 24 divisions of the solar year in the traditional Chinese calendar. All the 28 columns symbolizes the 28 constellations. Added to the 8 pillars on the roof, the 36 columns in the total symbolizes the 36 Big Dippers, corresponding to the 72 Earth Devils of the Long Corridor. The fantastic design idea mirrors quite well the importance of agriculture to the ancient people.

Panoramic view of the Temple of Prayer for Good Harvest. Thanks to my Samsung ST66. But i think i am goona buy a new camera. Still thinking whether it is going to be a compact camera or bridge camera...heheheh

Yang ini ada penerang pasal Hall of Prayer for Good Harvests.







Kami keluar menggunakan East Heaven Gate. Itu kedai jual souvenir.

Walid angkat la senang..Cepat sikit.. Ummi dah penat ni..Kami nak pulang ke hotel..
Last but not least, sebelum keluar, ambil gambar kat The Seven-Star Stones. The Seven-Star Stones on the grassland in the south of Long Corridor is said to be an aerolite. It is said that during the Reign of Emperor Jiajing, when rebuilding the Geat Hall for Sacrificial Rituals (Daxiangdian), a Taoist said to the emperor that tha vacancy in the southeast of the hall went against the stability of imperial rule and  the continuity of the national fortunes, and also greatly threaten the emperor's longevity. He advised to use a store for suppressing. Emperor Jiajing believed firmly in Taoism and placed the Seven-Star Stones to suppressing the geomantic omen. When the Qing troops entered the frontier pass, another stone was added in the northeast of the Seven-Star Stones. The name stays the same but there are actually 8 huge stones.

Miri crocodile Farm and Mini Zoo Miri Experience

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar. harap sihat hendaknya. Kay baru sahaja melawat Miri Crocodile Farm. Rupanya ada Mini Zoo...