Thursday, May 30, 2013

Homemade Lemon Mint Drink

Assalamualaikum dan selsm sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan resipi minuman lemon mint..
Al kisah sekarang ni Dubai dah semakin panas. 40 deg sekarang ni..mungkin akan naik lagi tu..
Maknanya memang sesuai la untuk minum Lemon Mint pada waktu-waktu begini..
Walaupun demikian, bukan sahaja waktu panas begini sesuai, waktu tak panas pun sesuai untuk minum terutamanya kalau kita makan makanan yang berminyak atau berlemak..
Kiranya kalau kat Malaysia kita selalu order air limau nipis la..
Tapi kat Dubai ni kan banyak lemon dan minuman lemon mint ni memang terkenal...

Bahan-bahan:

  1. Buah lemon
  2. Daun pudina
  3. Air
  4. Gula


Haa..cerita banyak-banyak tak best so please enjoy some of the pix.

Ni buah lemon yang telah di buang kulit dan dipotong kecil-kecil. Kay buang biji lemon tu sebab kalau tak buang biji dikhuatiri akan menjejaskan rasa minuman Lemon Mint..chewahh..

Kay buat lemon mint ni pakai hand blender. Sebab kalau blender biasa tu Kay pakai untuk blend kunyit dan bawang segala bagai...Air yang telah dicampurkan dengan daun pudina. Kay masukkan daun je..batang daun pudina Kay tak masukkan..Kay masukkan gula sekali. Untuk sebaik-baiknya, lepas blend air, daun pudina dan lemon, barulah dicampurkan dengan air gula. Sesuaikan dengan citarasa masing-masing.



Inilah hasilnya..Lemon Mint Drink. Kay tapis air ni supaya nampak cantik dan kemas...




No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...