Tuesday, May 21, 2013

Pengalaman naik Beijing Subway

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman menggunakan subway di Beijing.

Ok cerita banyak-banyak tak best so please enjoy the pics..

Sekian terima kasih.

Yang ini ialah subway di bahagian Olypic green Park yang terletak dengan hotel yang kami duduk. Kami datang untuk melawat saja...

Waktu operasi yang tertera..

Mungkin yang ramai-ramai tu pelawt yang datang ke Beijing..Mereka pun sibuk nak tengok peta subway...

Lau Kong pun buat study sikit sebab kami bakal menaiki subway!!

Dalam Mnadarin! Kalau tak tahu bahasa cina kat sini, memang agak sukar. Kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa inggeris. Even pekerja hotel pun kurang fasih melainkan yang bekerja di information counter. Contohnya, Kay ada order dine in service, orang yang ambil order tu sampaikan kena return call Kay sebab tak faham apa yang Kay nak order. Kawan dia yang call Kay semula untuk ambil my order.

Beijing subway map.

Haa..Selepas membeli belah di Silk Street Market, sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/05/silk-street-market-in-beijing.html kami pulang ke hotel menaiki subway. Yeay!!

Train dah sampai Yang baju biru tu polis yang menjaga station.

Lau Kong yang kepenatan sebab kena angkut barang yang diborong dan stroller. Stroller kami lipat sebab senang nak bawak. kay dukung Khadeejah.

Happy sebab first time menggunakan Beijing Subway. Haa..masa dalam train ni, Kay ingat ada orang pasang radio dengan kuat sebab ada musik yang mendayu-dayu.. Rupa-rupanya ada seorang lelaki yang OKU ditemani dengan seorang wanita. Lelaki OKU tu mainkan alat muzik traditional cina yang mendayu-dayu dan ada tong untuk mengutip derma...

Ramai orang yang menggunakan subway. Kay ada baca suratkhabar yang menyatakan pemandu teksi di Beijing menghadapi kesukaran untuk membawa teksi kerana jumlah penumpang berkurangan. Kebanyakan lebih gemar menggunakan subway kerana lebih murah. Lagipun di Beijing memang sesak terutamanya pada hujung minggu. Dari pembacaan Kay, ada ura-ura untuk menaikkan tambang teksi, tetapi kenaikan itu tidak akan menyelesaikan masalah kerana  penyelesaian itu bersifat sementara dan akan membuatkan lebih ramai orang tidak akan menggunakan perkhidmatan teksi.

Lagi pemandangan di dalam subway.

Kay dapati sukar untuk memnyorong stroller sebab Kay tak jumpa levator atau lift. Semua kena naik/ turun tangga.

Yang menariknya penunjuk laluan di Beijing Subway ni ada lampu merah dan hijau. Kalau lampu hijau tu maknanya kita sedang berada di station tersebut. Kat Dubai tak ada macam ni..Kay Malaysia pun Kay rasa tak ada kan? (Kay pun dah lama tak naik LRT kat KL..hehehe)

Haa.yang ini di station Olympic Green Park. Nampak tak dia punya pemandangan lagi cantik. Mungkin sebab yang ini station yang baru.

Dan ada escalator. Mudah nak bawak stroller.




Naik tangga kat sebelah kaann tu untuk keluar dan menuju ke hotel yang kami stay...


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...