Thursday, October 17, 2013

Pengalaman kali pertama beraya Aidil Adha di Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat Hari Raya Aidil Adha..
Eid Mubarak to all...
Haa..entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman beraya Aidil Adha di Dubai..
Tahun lepas kami pulang ke Sibu sempena raya haji secara mengejut sebab nak beri kejutan kepada mak dan bapa mertua. Bukan apa, lagi pun pada waktu tu mak mertua tak berapa sihat.
Jadi kami balik untuk beraya dan menghiburkan hati mak mertua. Mungkin rindu cucu..chewah..
Kali ni kami tak pulang beraya aidil adha.
Kesempatan berada di Dubai pada waktu Hari Raya Haji kami gunakan dengan sebaik-baiknya iaitu meng
ikuti solat sunat hari raya Aidil Adha yang telah dianjurkan oleh Konsulat Jenaral dan Agensi-agensi Malaysia di Dubai.

Cerita banyak-banyak tak best so jom enjoy the pics below!!

Last but not least, muchas gracias Walid sebab bawa Ummi dan Khadeejah Bella solat sunat hari raya Aidil Adha di MATRADE dan beraya di beberapa rumah kawan-kawan Malaysia.

Kay tak masak kat rumah sebab ada undangan dari kawan-kawan yang berda di Malaysia dari pagi hingga ke malam.

Syukur, alhamdulillah.

Sekian, terima kasih.

Gambar ni diambil pukul 6.42 pagi. Solat sunat Eid ul Adha. Lau Kong zoom gambar ni dari balkoni rumah di tingkat 17 menggunakan kamera baru SONY RX100 II. So far kami berpuas hati dengan kualiti gambar. Harga pun boleh tahan mahal..Dimana dengan harga kamera ni, anda boleh dapat satu kamera DSLR. Tapi Kay tak minat DSLR sebab DSLR besar dan berat. Kay suka kamera yang compact dan senang di masukkan dalam beg tangan.

Kami keluar dari rumah dalam pukul 750 pagi dan tiba di MATRADE pukul 8.10 pagi. Perjalanan kami menuju ke MATRADE lancar. Tak banyak kereta di atas jalanraya dan Lau Kong dah study laluan mana yang harus dilalui untuk sampai ke destinasi.

Kami bertakbir sementara menanti kehadiran tetamu yang lain

Ramai juga rakyat Malaysia yang datang ke majlis solat sunat Eid ul Adha di MATRADE

Antara menu yang ada untuk jamuan makan selepas solat sunat ialah semestinya NASI LEMAk!! Ini ialah nasi lemak yang disediakan oleh pengusaha cafe yang berniaga di Konsulat General Malaysia yang terletak di Al Mankhool. Selain dari Nasi Lemak, ada lemang dan rendang, pulut kuning, kuih karipap, pulut panggang, seri muka, kuih lapis, kek pisang, kek sarang semut, ais krim Malaysia, roti canai, mee, teh tarik dan banyak lagi.

Semestinya Kay ambil Nasi Lemak !! Dan beberapa potong kuih (seri muka, kuih lapis, kek pisang, karipap dan pulut anggang). Masa makan pulut panggang, Kay teringat kat Mak yang berada di IJN. Semoga mak beransur pulih.  Sebab Mak a.k.a Opah memang suka makan pulut panggang. Haa..pulut panggang dia memang sedap. Pulut nya lembut dan intinya cukup rasa.

Selepas solat sunat hari raya, Kay menuju ke rumah Kak Rashidah dengan tujuan untuk melawat (lagipun kami menghantar suami dan anak bongsu Kak Shidah pulang ke rumah menaiki kereta kami. Walaupun Kak Shidah kurang sihat, tetapi menu hari raya tetap meriah. Antaranya Harisa (makanan di raja Johor), serunding, Nasi Impit, rendang, Kuah Kacang. Terima kasih Kak Shidah. Semoga beransur sihat

Selepas beraya di rumah Kak Shidah yang terletak di OAsis Tower, kami menuju ke Ghaya Residence yang terletak bersebelahan Oasis Tower (tapi selang satu bangunan iaitu Rose Rayhaan Hotel). Kay menuju ke rumah Kak Jamilah Basri!!. Kak Jamilah ni ada buat bisnes catering. Menjual makanan Malaysia. Kalau malas nak masak tapi teringin nak makan makanan Malaysia, boleh order dengan Kak Jamilah. Ni kali kedua Kay berjumpa dengan Kak Jamilah. Kali pertama masa majlis hari jadi http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/03/happy-second-birthday-jazeel-irham-b.html


Rumah ketiga yang kami serbu ialah rumah pasangan Josey dan Shida..Menu pun menarik..bihun soto, rendang, kuah kacang, nasi impit.
Alhamdulillah..dapat jugak Kay makan kuin bangkit. SIap tapau sikit sebab masa balik raya aidilfitri hari tu Kay tak sempat makan kuih bangkit nih....heheheh


Haa..malam pula, ada undangan dari Kak Yati Matt sekeluarga..Dessert table ni memang menarik. bermacam jenis kek antaranya, bluberry cheese cake, red velvet cake, carrot cake, rainbow cake, no baked cheesecake..kalau tak silap semua kek tersebut dibuat oleh suami Kak Yati, Mr Matt...

Tuan rumah a.k.a Kak Yati Matt ialah yang berbaju hijau, bertudung hitam..Kay yang berbaju merah menyala tu..hahahah..kami diapit oleh Shida disebelah kiri dan Kak Nadia disebelah kanan. Alhamdulillah..So kesimpulannya pada hari raya Aidil Adha tahun 2013, dapur rumah Kay tak berasap sebab banyak undangan. Walaupun jauh di Dubbay, tetapi sambutan nya agak meriah dengan warga Malaysia yang berada di Dubbay, United Arab Emirates (Emiriah Arab Bersatu)



































Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...