Tuesday, October 15, 2013

32 weeks and first visit to Medcare Hospital Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman pemeriksaan susulan (follow up check up) bila dah masuk trimester ketiga...
Pada 9 hb Oktober yang lepas, Kay buat follow up check up di Medcare Hospital Dubai.
Kay rancang untuk deliver di hospital Medcare sebab hospital ni dekat dengan rumah.
Pada trimester pertama dan trimester kedua Kay buat monthly check up di UniCare yang terletak di BurJuman. Kay pilih UniCare sebab mudah untuk ke sana menaiki pengangkutan awam iaitu METRO..kira macam PUTRA LRT la kat Malaysia..
Doktor yang cek Kay di UniCare ialah Dr Jaimala Shukla..Haa...Doktor ni tegas sikit..
Tapi Kay boleh ngam dengan dia. Tahap ketegasan dia ialah pada trimester pertama, dia dah warning kalau nak minum teh atau kopi, cuma 1 cawan sehari. Kena banyak berjalan etc.
Bila masuk trimester ketiga, dia rujuk Kay ke Dr Paramjit Luthra..Head of Gynea Department. Berpengalaman 30 tahun lebih.
Doktor Luthra ni tua dan berperawakan garang jugak!!
Tapi Kay ok je la..

Apa yang Kay nak kongsikan di entry kali ini ialah kos rawatan di Dubai.
Sekadar ingin berkongsi, rawatan kali pertama di MedCare ni berjumlah 1100++ dirham.
Pecahan nya ialah 400 dirham untuk yuran pendaftaran. 500 dirham untuk blood test dan selebihnya Kay tak pasti. Tapi Kay ada minta salinan jumlah yang kena dibayr. Sebab Kay nak buat scrapbook untuk Bella yang kedua ni.
Sama juga Khadeejah Bella, Kay da simpan salinan jumlah rawatn di hospital sebab Kay merancang nak buat scrapbook bila merka dah besar..

Hospital ni berimej antarabangsa sebab hospital swasta.

Last but not least muchas gracias Walid sebab teman Ummi buat follow up cek up. 

Enjoy some of the pixx!!

Sekian terima kasih.


Kali pertama Kay masuk hospital swasta di Dubai, ruang menunggu dibahagikan kepada bahagian lelaki dan bahagian perempuan!..ini adalah tempat Diagnostic Centre. Tempat ambil darah, air kencing dan sebagainya. Jabatan sakit puan berada di aras 1.



Kay dibekalkan dengan tablet kalsium. Berharga 28 dirham.

Pregnace plus Omega berharga 99 dirham.

Tablet iron ni Kay tak pasti berapa harganya..Ketiga tiga vitamin yang dibekalkan adalah dari company Vitabiotics. Mungkin vitamin di buat di England.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...