Friday, November 15, 2013

Menghias Bakul Buah khas untuk Kak Rashidah Mahzan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama Kay buat hiasan bakul buah atau dalam bahasa inggeris, Fruits Basket Decor.
Bukan apa, Kay nak melawat Kak Rashidah yang berada di MedCare lepas solat Jumaat ni. Kak Shidah baru lepas menjalani endoscopic surgery bagi membuang batu batu disekitar kawasan usus.
Akan ada lagi pembedahan yang kedua iaitu untuk membuang batu di hempedu.
Jadi, bila nak melawat orang sakit, Kay nak bawak buah tangan.
Disebabkan Kak Rasidah Mahzan ni istimewa, Kay berhasrat untuk membuat bakul buahan dan menghiasnya khas untuk Kak Shidah.
Kak Shidah ni special sebab Kak Shidah tak kedekut ilmu kalau nak belajar measak dengan dia. Bukan setakat nak belajar memasak, menjahit pun boleh. Dia siao bawak mesin jahit tepi dari Malaysia. Jadi kepada sesiapa yang tak ada mesin jahit tepi, boleh pinjam dia punya. Kay belum lagi nak pinjam sebab tengah pregnat, maka aktiviti menjahit dikurangkan.
Tetapi Kay ada hasrat untuk membeli mesin jahit tepi di Dubbay ni..
Kay tengah tunggu masa yang sesuai untuk membelinya...(Kalau nak beli barang, tak boleh terburu-buru..kena sabar sikit...)
Ok berbalik pasal memasak, Kay ada banyak lagi resipi yang belum belajar dari Kak Shidah..Antaranya Mee Kari, Mee Bandung, Mee Rebus dan sebagainya.

Diharapkan Kak Shidah cepat sembuh..banyak lagi aktiviti kelas memasak dan menjahit yang Kay nak belajar!!! heheh..

So enjoy the pics!!!


Sekian terima kasih.
Buah-buahan Kay keluarkan dari peti sejuk. Kay beli buah di HyperPanda yang terletak di Dubai Festival City. Kami ke sana sebab Lau Kong nak beli papan dan bahan-bahan untuk membuat projek Home Improvement yang seterusnya..Kalau tak, Kay ingat nak pergi ke Carrefour di Mall of Emirates..Sebab Kay ada free voucher bernilai 50 dirham. Valid sampai bulan November ni...

Yang ini pula ialah alas atau tapak untuk Kay susu buah-buahan, Kay beli di ACE Hardware Store.

Alas ni hanya untuk tujuan decoration. Tak boleh masuk microwave dan juga disgwasher.

Antara buah yang Kay beli ialah buah Alphonso Mango..Product of Indonesia. Kay dah try mango Indonesia ni, memang manis.

Yang ini pula buah kiwi, product of New Zealand.

Ni pisang , product of Philiphines

Navel Orange, product of South Africa...Cakap pasal buah oren ni..ada bermacam-macam jenis buah oren ok. Ada Valencia Orange, Navel Orange, Minolas..Sama juga dengan epal..ada Royal Gala, Pink Lady dan sebagainya..Kalau kit anak buat epal pie misalnya, ada jenis jenis epal yang sesuai untuk digunakan..

Yang ni epal merah, product of New Zealand

Yang ini adalah hasil gubahan yang pertama Kay buat..Kay lapiskan dengan kertas yang digumpal-gumpal untuk bagi tinggi. Tapi Lau Kong komen tak cantik dan tak kemas.

Haa..yang ini adalah hasil yang terakhir..Kay gunakan 2 biji epal untuk sendalkan pisang tu. Kemudian Kay tambahkan strawberry, product of U.S.A dan juga pisang kuning yang kecik-kecik tu..rasanya dari India.

Untuk kad ucapan, Kay buatdari kain felt. Kay gunting bentuk burung dan balutkan batang satay engan Scotch tape yang bercorak.

Inilah ahsilnya lepas di balut dengan cling wrap. Teknik membalut  ni kena belajar lagi supaya nampak kemas.

Sunday, November 10, 2013

Minggu ke 35

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak cerita pasal usia kandungan ke 35 nak masuk ke minggu le 36..
Pagi tadi Kay ada temujanji dengan Doc Nisa..Doc Luthra tak ada sebab bercuti mungkin sambut Diwali.
Hari ni ada buat scan ..Alhamdulillah baby membesar mengikut minggu.
Lagi 2 minggu iaitu pada 23 November 2013, Kay akan bertemu lagi dengan Doc Nisa.
Lagi seminggu iaitu 30 November 2013, Kay ada temujanji dengan Doc Luthra.
Kemudian daripada situ, Doc Luthra akan decide untuk induce pada 2 December atau baby akan keluar pada 5 December 2013 (EDD)..
Cost untuk hari ni dalam 400++ dirham..

Entry kali ni tiada gambar..Harap maklum..heheheh

Pengalaman Dubai International Motor Show 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak share pasal Dubai International Motor Show 2013. Pameran in diadakan pada setiap 2 tahun.
Kay tak berapa minat dengan kereta.. Tapi Lau Kong cakap, memandangkan rumah kami dekat, hanya 1 perhetian metro, makanya Kay bersetuju untuk datang ke pameran tersebut.
Lau Kong tambah lagi, mungkin kalau ada pameran sebegini di Malaysia, mungkin akan di buat  di Langkawi (dimana mungkin kami tak dapat datang..).
Kami ke Dubai World Trade Centre dengan menaiki perkhidmatan awam, METRO. Kami bergerak pukul 12 tengahari. Dan pulang ke rumah dalam pukul 430 petang.

Disebabkan pulang lewat, maka kami lunch di Betawi Express di Emirates Tower Metro Station.

Kesimpulannya disini, pada Kay berbaloi la dengan bayaran 55 dirham sebab dapat tengok kereta dari 150 penganjur dan dapat masuk, duduk dan bergambar dengan sesetengah kereta.

Macam kereta Maserati, Porshe, Ferrari, Bugatti tak dapat la ambil gambar sebab kereta tu untuk orang yang memegang pas VIP.

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pics!!


Sekian terima kasih.
Kertas yang warna kuning tu untuk kita masuk cabutan bertuah. Yang kertas warna merah tu, untuk ditukar kepada pass gelang tangan. Supaya mudah untuk kita keluar masuk dewan pameran. Harga tiket ialah 55 dirham untuk dewasa..

2 khemah dibelakang tu ialah tempat penjualan tiket. Kami beli tiket di dalam METRO yangdijual oleh Zoom.

Di luar ada tempat menguji kenderaan FWD Nissan.

Hyundai merupakan penaja rasmi untuk FIFA World Cup Brazil.

Ok..tak sabar dah nak masuk ke dalam dewan pamera..Panas kat luar..Tapi tak la panas sangat sebab nak masuk winter..

Layan Kahdeejah Bella tengok air pancut...

Di ruangan legar ada juga beberapa kereta yang dipamerkan.

Didalam pun ada tempat untuk membeli tiket.


Kereta polis Dubai. Memandangkan di Dubai ni kita boleh dapati banyak kereta mewah yang laju, makanya polis Dubai juga memerlukan kereta yang laju untuk mengejar pemandu jalanraya yang melanggar undang-undang jalanraya..Yang ini Lamborghini....

Yang ini kereta polis Dubai ..Mercedes. ..Ada juga kereta polis Brabus..

Ok..Kami berjalan dari pintu masuk dan disepanjang ruang legar hingga ke belakang. Kemudian baru kami masuk ke dalam dewan pameran, Hall 8.

Masuk-masuk je kereta Mustang..

Yang ini FJ Cruiser

Motor pun ada juga dipamerkan..

ENOC adalah singkatan bagi Emirates National Oil Company..Kay ada masuk pertandingan apakah nama lubricant (minyak pelincir) yang dihasilkan oleh ENOC. Lepas tu dapat la pen sebatang..

Tayar tanpa angin..By Bridgestone

BUat masa sekarang ni tayar tanpa angin digunakan untuk kenderaan ringan..Pada masa akan datang, mungkin akan ada untuk kenderaan biasa.

Yang ini pula tayar yang 50-60 peratus beratnya kurang dari tayar biasa. Jadi bila tayar kurang berat, maka penggunaan minyak yang efficient. Sekaligus menjaga alam sekitar...

Sebenarnya nak ambil gambar tayar tu..sekali ada orang inter frame pulak...

Ultra Low rolling  resistant tyre. Kesimpulannya Bidgestone sekarang ni tengah membuat penyelidikan untuk menghasilkan tayar yang environmental friendly...
Yang ini Dodge Viper..Bila datang ke pameran ni, Kay belajar la serba sedikit pasal jenama kereta..

Yang ini pula Dodge Challenger..

Jeep..Sengaja kami ambil gambar ni sebab Jeep yang Kay kenali ialah dengan bentuk kotak..hihihi..Tapi Jeep ada juga design yang tak kotak...

Jaguar..

McLaren

Bugatti

Devel Sixteen..Untuk ketahui lebih lanjut, boleh cari di Google..hihi

Antara hasil tangkapan ialah goodies bag, poster kereta, key chain..

Yang paling best ialah beg dari booth Mini Cooper!! Siap ada gambar tu!!..Lau Kong n Lau Po..

Wednesday, November 6, 2013

Percubaan Kali kedua buak Kek Span Perisa Pandan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kat Dubai pukul 10 20 malam..Kay baru je selesai buat kek span..
Tiba-tiba nak makan kek span perisa pandan pulak tu..
Mana nak cari perisa pandan kat Dubai nih?
Nasib baik Kay ada esen pandan..Cerita pasal buat kek ni, Kay bukan lah pandai sangat..
Baru je belajar buak kek sarang lebah dan kek span ni..
Bukan ape, kalau nak buat kek ni Kay lebih suka belajar dengan lihat demonstrasi..Kalau ikut resipi je, Kay takut bantat atau tak menjadi..Lagi pun kalau baca resipi tak sama dengan kita lihat macam mana orang buat..
Alhamdulillah Kay mempunyai seorang mak mertua yang pandai buat kek. Al maklum lah orang Sarawak..
Untuk pengetahuan, orang di Sarawak kalau hari raya tak buat kuih raya..mereka akan buat kek..
Bermacam-macam jenis kek..Kek Buah, Kek Perisa Pudina, Kek Lapis India, Kek Kelasi Mabuk, bermacam-macam jenis kek lah (banyak namanya..)!!!
Mak Mertua KAy ada satu buku log yang mana ada tertulis semua resipi!!!
Cuma Kay je malas nak baca dan buat..hehehe..In shaa Allah, akan ku cuba juga suatu hari nanti...chewahh.
Macam kek span ni, Kay dah kursus dengan Mak Mertua masa di Sibu..
Jadinya, Kay ada keberanian nak buat kek span ni..
Bukan apa, kek span ni kalau tak betul-betul, jadi kek bantat..hahahha..Kek tak naik dan sebagainya..
Untuk resipi mak mertua Kay, boleh klik

http://kay-hussin.blogspot.ae/2012/12/resipi-kek-span-perisa-pandan.html

Kali ni Kay buat ikut resipi dari www.cakeboss.com

Sebenarnya banyak cara nak buat kek span ni..Alasan kenapa Kay guna resipi dari cakeboss.com ialah sebab malas..

Kalau pakai resipi mak mertua, kena asingkan telur putih dan telur kuning..

Tengah pregnant ni, malas nak diri lama-lama..So Kay guna resipi cakeboss dimana telur tak perlu diasingkan. Cumanya kita kena pastikan masa pukul telur tu, sampai ke tahap ribbon stage. Kalau nak tahu apa itu ribbon stage, boleh la tengok cara-cara buat kek span di youtube.


Sekian terima kasih!!!
Inilah hasilnya..Alhamdulillah..Menjadi juga kek span ni..Hilang la rasa kempunan..

Bila potong, semua masak dan kek tak BANTAT!!!!

Monday, November 4, 2013

Khadeejah Bella dan ekzema

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Khadeejah Bella tengah lena diulit mimpi..
Jadi Kay ada masa nak share pasal pengalaman Kay menjaga Khadeejah Bella masa kene ekzema..
Sebenarnya, Khadeejah tak la teruk sangat ekzema..masa lahir tak pula kulit nya kering dan sebagainya (simptom-simptom ekzema)..
Cuma masa lahir dia ada kuning sikit..
Kay masa pregnant takde la pulak suka sangat minum susu kacang soya..(Biasa-biasa je..tak ada yang keterlaluan..semua ambil dalam kuantiti yang sederhana)
Cuma masa pregnant ada ambil asid folic yang tablet warna kuning dan itu orang kata menyebabkan kuning pada anak..
Kali ni Kay pregnant di Dubai dan disini tak ada tablet asid folic warna kuning macam di Malaysia..
Makanya Kay nak bandingkan anak kedua ni macam mana..Ada kuning ke tak masa lahir..Risau juga sebab bila anak kuning, kita kena beri perhatian yang lebih..kena pastikan anak menyusu dan membuang air kecil..Kena jemur anak (Risau pula nanti Kay bakal deliver pada bulan Disember, iaitu musim winter..(Walaupun tak ada salji di Dubai, tapi hawanya sejuk hingga menggigit tulang kalau waktu tu waktu peak winter).


Panjang pulak celotehnya..ok berbalik kepada tajuk entry..
Sebenarnya lama dah Kay nak share pasal ekzema ni..Tapi sebab ditunda-tunda, makanya baru sekarang nak update..
Bukan apa, semalam Kak Lili ada bertanyakan apa jenis ubat dan macam mana cara menjaga Khadeejah sebab anak saudara dia teruk kena ekzema..

Cerita panjang-panjang tak best so lets enjoy some pics!

Sekian terima kasih.

Kay pun dah tak ingat bila Khadeejah mula kena ekzema..mungkin 1 tahun 9 bulan hingga 2 tahun 3 bulan macam tu..Yang boleh buatkan Khadeejah kene ekzema ialah bila Kay tukay sabun mandi dari Johnson Baby ke Baby Bath jenama Himalaya..Lepas tu Kay terbagi Khadeejah makan banyak sangat strawberry...Al maklum la strawberry di Dubai ni besar-besar dan tak berapa masam. Harga juga berpatutan. Yang Kay ingat ialah Kay beli strawberry product of Australia..Besar dan tak masam sangat dan tak pula manis sangat. Tapi Khadeejah Bella makan laju je..Masa awal-awal Khadeejah tergaru-garu, dan Kay dapati kulit dia kering, Kay letak calamine lotion. Pastu tak jalan juga, Kay ada juga letak Vaseline untuk lembabkan kulit..Pun tak jalan juga. Masa tu tak silap Walid outstation. (Setiap kali Walid outstation, mesti ada je yang berlaku..ada satu masa tu Khadeejah bangun tidur dan mata dah merah sebab kene infection dari hidung naik ke mata..Haish cuak juga Kay!!memang mencabar kalau Lau Kong outstation..Kay mesti kene be raedy..sebab kalau apa apa berlaku susah la terutamnaya kalau berlaku pada anak....walaupun kawan-kawan ada di Dubai tapi lebih senang kalau ada Lau Kong..hihihi) ..Jadi bila Kay tengok Khadeejah tak selesa tidur, Kay pun bawa  Khadeejah ke UniCare yang terletak di BurJuman naik metro. Doktor yang selalu Kay jumpa, Doc Zaher tak ada pulak.. Jadi Kay jumpa Doc Savitha..Doc Savitha kata ekzema dan prescribe ubat sapu Elocom, dan bagi sabun mandi jenama Mustela, Stelatopia.. Kemudia Doc cakap kurangkan makan buah berasid seperti limau, strawberry dan anggur. (Terus Kay teringat Kay bagi Khadeejah makan banyak sangat strawberry!!)

Yang ini ialah kita titiskan beberapa titik dalam bath tub dan bila angkat, tak perlu dibilas. Bau nya macam bau kelapa. Tiba-tiba teringat, minyak kelapa kan melembabkan kulit. Ubat titis ni Kay tak pasti berapa harga nya sebab ini diberi percuma oleh Doc Samitha..

Gambar krim elocom tu yang tengah-tengah. Doc suruh sapu 1 kali 1 hari. Harga krim tu tak silap 11.50 dirham. Sabun mandi Mustela Stelatopia tu dalam 80-90 dirham. Kay tak pasti di Malaysia ada ke tak jenama Mustela Stelatopia. Krim elocom tu kena di prescribe oleh Doc sebab mengandungi steroid. Kay bertanya pada Doc Zaher, so what kalau ada steroid? Doc Zaher said steroid menipiskan kulit. Bila kulit nipis, kita terdedah kepada penyakit lain. (Sebab kulit kan adalah salah satu organ yang menghalang kita dari dijangkiti penyakit..) Alhamdulillah, bila tukar sabun mandi dan pakai ubat elocom tu 1 kali, ada nampak Khadeejah kurang garu-garu dan kulit dah tak kering.

Yang ini pula, sebelum Kay pulang ke Malaysia untuk berhari raya 2013 yang lepas, Kay jumpa Doc Zaher sebab Kay risau, asal balik Malaysia, kulit Khadeejah akan naik ruam dan masa tu kulit Khadeejah ada kering sikit. Jadi Doc Zaher bekal kan lotion Bioderma dan bagi sabun mandi cetaphil.. Doc Zaheer kata lagi ekzema normal to kids until 3 years old. Yang ini lotion berharga 96 dirham.

Sekarang ni Kay masih gunakan sabun cetaphil. Alhamdulillah kulit Khadeejah ok tak kering. Dan Kay pastikan dia tak makan buah berasid dengan kuantiti yang banyak. Kay akan rotate, macam makan pisang, anggur, epalm straberry, tembikai, limau. LAgi stu Khadeejah suka makan udang, itu pun Kay had kan..Rotate makan ikan salmon, ikan talapia, ikan sebelah, ikan kembung, udang, ayam, dan telur.. Daging Khadeejah kurang minat.. Sabun cetaphil ni 35 dirham.

Friday, November 1, 2013

Trick or Treat Happy Halloween Celebration at The Dubai Mall 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lama tak update entry..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman Happy Halloween di Dubai..
Kebetulan hari ni  jatuh pada 31 Oktober 2013 iaitu hari Halloween..Selepas pergi ke MedCare Hospital sebab Lau Kong nak periksa perut yang sejak akhir-akhir ni kurang selesa, kami terus menuju ke Dubai Mall..Hari Sabtu nanti Lau Kong diminta hadir semula ke MedCare (berpuasa 12 jam) untuk membuat ujian darah dan ujian ultrasound. Hari Ahad berjumpa semula dengan doktor (Internal Medicine).


Kalau anda semua nak tahu apa itu Halloween Day, sila lah cari di Google..

Ok berbalik kepada tajuk entry diatas, apa yang Kay nak kongsikan ialah antara aktiviti yang dilakukan oleh Dubai Mall bagi menyambut Happy Halloween ni..

Masa jalan-jalan tadi, Kay terserempak dengan satu kumpulan yang diketuai oleh 2 orang yang berpakaian costume Halloween membawa papan tanda yang terttulis "Tricks or Treats"...Ibu bapa dan kanak-kanak yang juga ber costume Halloween ikut dibelakang dengan membawa pumpkin bag atau bakul (untuk dignakan bagi mengumpul gula-gula)...

Kawan-kawan yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah antarabangsa, antara aktivitinya ialah perarakan costume Halloween..

Ok..cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some of the pics!!

Sekian terima kasih..

p/s: ini pengalaman bagi Khadeejah Bella masa di Dubai..So Kay ada lah snap beberapa keping gambar dengan orang yang berpakaian Halloween...

Haa..sesi bergambar sebelum mereka bergerak menuju ke kedai lain yang mengambil bahagian dalam Trick or Treat...Nampak tak ada 2 orang dewasa..seorang pegang sepanduk bertulis "Trick or Treat"..Kanak-kanak yang ber costume Halloween..Halloween disambut oleh penganut agama Kristian...

Seelpas bergambar, mereka meneruskan perjalanan ke kedai yang seterusnya iaitu Caboodle..Caboodle ni tempat untuk ibu bapa drop off kanak-kanak . Jadi ibu bapa boleh la bershopping dengan hati yang tenang..Tak silap Kay bayaran untuk 1 jam ialah 90 dirham. Selain ada play pen dimana kanak-kanak boleh main loncat-loncat, ada juga penjaga yang boleh melayan anak-anak membuat craft atau painting..Di luar juga ada cafe caboodle untuk ibu bapa yang tak bershopping, tapi boleh berehat sambil minum minum sambil menunggu anak-anak bermain dalam Caboodle..

Haa..Kay tak la ikut kumpulan tersebut jalan-jalan pusing satu mall sebab Khadeejah Bella tak berapa gemar dengan orang yang berpakaian Halloween..in fact dia tak suka dengan Maskot..Dia takut tengok maskot..hihihi..Tang ini kami singgah ke kedai Early Learning Centre (ELC)..sebab Khadeejah  suka tengok bubble..NAma alat permainan tu ialah Bubble Trouble..heheheh

Kemudian kami berjalan ke Hamleys!!! Ni ialah kedai yang menjual permainan..dengan tagline "The finest toys in the world". Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Hamleys, sila lah Google...

Ha..harganya 24999 dirham..sebab diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi dan rambut kuda ynag sebenar..dan dalam dunia ni ada 100 sahaja..

Memandangkan 31 Oktober 2013 ialah Halloween Day, maka ada free cotton candy kedapa yang melawat HAmleys..Bukan sahaja untuk kana-kanak..tapi dewasa pun boleh dapat cotton candy kalau nak...Kay ambil kan satu untuk Khadeejah Bella sebab Kay tak selalu belikan cotton candy untu dia..memandangkan ada free, makan Kay ambil la satu..Khadeejah pun excited makan..Kay ingat nak pergi ke kedai chocolate Hershey's sebab Khadeejah Bella suka Kisses..Malangnya kedai tu tutup sebab proses ubahsuai..Tapi takpe.lain kali kita datang lagi ke Dubai Mall..hihihi

Selain dari free cotton candy, ada juga free face painting...Dengan tema Halloween. Tapi Khadejah tak pula berminat dengan face painting ni...mungkin sebab kecil lagi..nanti dah 4-5 tahun mungkin dia nak la di face-painting kan..


Yang ini ada jual beberapa costume Halloween..topeng, witch hat etc...






Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...