Monday, November 4, 2013

Khadeejah Bella dan ekzema

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Khadeejah Bella tengah lena diulit mimpi..
Jadi Kay ada masa nak share pasal pengalaman Kay menjaga Khadeejah Bella masa kene ekzema..
Sebenarnya, Khadeejah tak la teruk sangat ekzema..masa lahir tak pula kulit nya kering dan sebagainya (simptom-simptom ekzema)..
Cuma masa lahir dia ada kuning sikit..
Kay masa pregnant takde la pulak suka sangat minum susu kacang soya..(Biasa-biasa je..tak ada yang keterlaluan..semua ambil dalam kuantiti yang sederhana)
Cuma masa pregnant ada ambil asid folic yang tablet warna kuning dan itu orang kata menyebabkan kuning pada anak..
Kali ni Kay pregnant di Dubai dan disini tak ada tablet asid folic warna kuning macam di Malaysia..
Makanya Kay nak bandingkan anak kedua ni macam mana..Ada kuning ke tak masa lahir..Risau juga sebab bila anak kuning, kita kena beri perhatian yang lebih..kena pastikan anak menyusu dan membuang air kecil..Kena jemur anak (Risau pula nanti Kay bakal deliver pada bulan Disember, iaitu musim winter..(Walaupun tak ada salji di Dubai, tapi hawanya sejuk hingga menggigit tulang kalau waktu tu waktu peak winter).


Panjang pulak celotehnya..ok berbalik kepada tajuk entry..
Sebenarnya lama dah Kay nak share pasal ekzema ni..Tapi sebab ditunda-tunda, makanya baru sekarang nak update..
Bukan apa, semalam Kak Lili ada bertanyakan apa jenis ubat dan macam mana cara menjaga Khadeejah sebab anak saudara dia teruk kena ekzema..

Cerita panjang-panjang tak best so lets enjoy some pics!

Sekian terima kasih.

Kay pun dah tak ingat bila Khadeejah mula kena ekzema..mungkin 1 tahun 9 bulan hingga 2 tahun 3 bulan macam tu..Yang boleh buatkan Khadeejah kene ekzema ialah bila Kay tukay sabun mandi dari Johnson Baby ke Baby Bath jenama Himalaya..Lepas tu Kay terbagi Khadeejah makan banyak sangat strawberry...Al maklum la strawberry di Dubai ni besar-besar dan tak berapa masam. Harga juga berpatutan. Yang Kay ingat ialah Kay beli strawberry product of Australia..Besar dan tak masam sangat dan tak pula manis sangat. Tapi Khadeejah Bella makan laju je..Masa awal-awal Khadeejah tergaru-garu, dan Kay dapati kulit dia kering, Kay letak calamine lotion. Pastu tak jalan juga, Kay ada juga letak Vaseline untuk lembabkan kulit..Pun tak jalan juga. Masa tu tak silap Walid outstation. (Setiap kali Walid outstation, mesti ada je yang berlaku..ada satu masa tu Khadeejah bangun tidur dan mata dah merah sebab kene infection dari hidung naik ke mata..Haish cuak juga Kay!!memang mencabar kalau Lau Kong outstation..Kay mesti kene be raedy..sebab kalau apa apa berlaku susah la terutamnaya kalau berlaku pada anak....walaupun kawan-kawan ada di Dubai tapi lebih senang kalau ada Lau Kong..hihihi) ..Jadi bila Kay tengok Khadeejah tak selesa tidur, Kay pun bawa  Khadeejah ke UniCare yang terletak di BurJuman naik metro. Doktor yang selalu Kay jumpa, Doc Zaher tak ada pulak.. Jadi Kay jumpa Doc Savitha..Doc Savitha kata ekzema dan prescribe ubat sapu Elocom, dan bagi sabun mandi jenama Mustela, Stelatopia.. Kemudia Doc cakap kurangkan makan buah berasid seperti limau, strawberry dan anggur. (Terus Kay teringat Kay bagi Khadeejah makan banyak sangat strawberry!!)

Yang ini ialah kita titiskan beberapa titik dalam bath tub dan bila angkat, tak perlu dibilas. Bau nya macam bau kelapa. Tiba-tiba teringat, minyak kelapa kan melembabkan kulit. Ubat titis ni Kay tak pasti berapa harga nya sebab ini diberi percuma oleh Doc Samitha..

Gambar krim elocom tu yang tengah-tengah. Doc suruh sapu 1 kali 1 hari. Harga krim tu tak silap 11.50 dirham. Sabun mandi Mustela Stelatopia tu dalam 80-90 dirham. Kay tak pasti di Malaysia ada ke tak jenama Mustela Stelatopia. Krim elocom tu kena di prescribe oleh Doc sebab mengandungi steroid. Kay bertanya pada Doc Zaher, so what kalau ada steroid? Doc Zaher said steroid menipiskan kulit. Bila kulit nipis, kita terdedah kepada penyakit lain. (Sebab kulit kan adalah salah satu organ yang menghalang kita dari dijangkiti penyakit..) Alhamdulillah, bila tukar sabun mandi dan pakai ubat elocom tu 1 kali, ada nampak Khadeejah kurang garu-garu dan kulit dah tak kering.

Yang ini pula, sebelum Kay pulang ke Malaysia untuk berhari raya 2013 yang lepas, Kay jumpa Doc Zaher sebab Kay risau, asal balik Malaysia, kulit Khadeejah akan naik ruam dan masa tu kulit Khadeejah ada kering sikit. Jadi Doc Zaher bekal kan lotion Bioderma dan bagi sabun mandi cetaphil.. Doc Zaheer kata lagi ekzema normal to kids until 3 years old. Yang ini lotion berharga 96 dirham.

Sekarang ni Kay masih gunakan sabun cetaphil. Alhamdulillah kulit Khadeejah ok tak kering. Dan Kay pastikan dia tak makan buah berasid dengan kuantiti yang banyak. Kay akan rotate, macam makan pisang, anggur, epalm straberry, tembikai, limau. LAgi stu Khadeejah suka makan udang, itu pun Kay had kan..Rotate makan ikan salmon, ikan talapia, ikan sebelah, ikan kembung, udang, ayam, dan telur.. Daging Khadeejah kurang minat.. Sabun cetaphil ni 35 dirham.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...