Thursday, December 12, 2013

Pengalaman ambil gambar passport Ayshah Bella

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman membawa Ayshah Bella untuk ambil gambar passport.
Agak mencabar juga sebab Ayshah berusia 6 hari. Kami kena ambil gambar sebelum hari ketujuh sebab pada hari ketujuh kami nak cukur rambutt Ayshah.
Sebagai ibubapa kita wajib menunaikan hak anak-anak yang baru lahir antaranya mencukur rambut dan akikah.
Haa..cakap pasal akikah, kami membuat akikah untuk Ayshah Bella di kampung di Kuala Kangsar. Sama juga seperti akikah Khadeejah Bella. Kami buat dikampung Kuala Kangsar.
Bukan apa..Opah kata elok la buat dikampung sebab ada saudara mara. Yang makan pun saudara mara dan saudara mara juga yang bergotong royong untuk memasak dan sebagainya.
Kay ikut kan saja. Betul juga cakap Opah. Pada pendapat Kay pula, bila Kay buat akikah di kampung, maka orang kampung ada juga aktiviti untuk dibuat.

Eh..melalut pulak ke akikah..

So enjoy the pics!

Sekian terima kasih.
Cabaran pertama ialah nak kejutkan Ayshah Bella dari tidur. Memandangkan dia ada kuning, maka asyik tidur je la. Dalam 15 minit juga nak kejutkan dia bangun tidur. Alhamdulillah..bangun juga. Kita kena bangunkan dia sebab nak ambil gambar passport kena buka mata. Tak boleh mata tertutup. Bila dah bangun, Walid hayun-hayun sikit supaya Ayshah tak nangis dan supaya mata terbuka. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. Diam tak diam, proses nak ambil gambar passport ni mengambil masa 1 jam juga termasuk proses mengedit background passport. Untuk 12 keping gambar berharga 35 dirham. Kami lupa nak minta softcopy. Mungkin kami akan ke kedai tu semula untuk ambil/beli softcopy.

Alhamdulillah..Semasa proses kami nak bangunkan Ayshah Bella, si kakak Khadeejah Bella tak buat hal. Dia duduk diam je kat stroller. Bila semua dah selesai, baru Kay buka ikatan di stroller dan bagi dia berjalan disekitar kedai. Walid pun layan kan Khadeejah Bella sementara Kay nenekan Ayshah Bella. Apa apapun Kay bersyukur sebab so far, Khadeejah Bella tak dengki dengan adik. Bila Kay tengah layan adik, Kay akan beritahu Khadeejah, ummi layan adik dulu, nanti lepas ni ummi layan kakak dan Khadeejah Bella faham!!GOOD!!




No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...