Wednesday, December 31, 2014

My new kitchen gadget waffle maker

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Dah sarapan?
Bosan dengan makanan sarapan pagi yang berat?
Wah.. Ayat macam promoter pulak.. Hahaha
Haaaa... Kay ada peralatan dapur yang baru..,
Ceita banyak banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Inilah rupa waffle maker yang berharga 80dirham. Dibeli di Dragonmart yang terletak di kawasan International City, Dubai. Dragonmart ini menjual barangan dari China. Kay dah lama nak beli waffle maker tapi nak cari waffle maker yang buat waffle tebal. Kay tak mahu yang nipis. TETAPI waffle maker ni tiada plate yang boleh ditukar (changeable plate). Maknanya hanya boleh buat waffle sahaja.. Kalau nak buat roti bakar kena pakai gadget yang lain la...

Macam mana nak buat bancuhan waffle yang sedap dan mudah? Jawapan nya beli sahaja di kedai. Di Dubai ni banyak makanan macam ni sebab banyak expat di sini. Pilih sahaja jenama apa yang disukai. Kay biasa dengan jenama Hungry Jack. Sebelum ada waffle maker, Kay buat pan cake di atas dapur dan kadang kadang bentuk bulat tak berapa menjadi. Lepas tu, Kay kurang rajin nak buat pan cake sebab kena berdiri tunggu depan dapur.

Dibelakang kotak ada ditulis cara- cara untuk membancuh dan jadual untuk berapa orang makan.

Alhamdulillah.. Inilah hasilnya. Cantik sedap cepat dan lembut! Tak perlu berdiri lama. Lepas Kay masukkan bancuhan, Kay boleh buat kerja dapur yang lain seperti membasuh pinggan dan sebagainya. Bila lampu hijau terpadam, Kay boleh terus buka dan angkat. Waffle diatas adalah percubaan yang pertama. Kay tak sapukan minyak dipermukaan waffle maker. Alhamdulillah, waffle tidak melekat. 


Tuesday, December 30, 2014

Resipi Lemak Sardin Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Heheh
Dah makan? Tak tahu nak masak apa?
Ok.. Entry kali ni Kay nak berkongsi resipi masak lemak..
Masak lemak apa? Ikan? Ayam?
Haaaa... Masak lemak ikan sardin dalam tin.
Kay bersemangat nak tulis entry ni sebab harini merupakan kali pertama Kay buat masak lemak ikan sardin. 
Kay tak biasa makan lemak sardin..
Haaa.. Kat dubai baru pandai makan dan pandai masak... Chewahh..
Emak Kay selalu masak lemak siput sedut dengan keladi sebab Bak suka makan siput sedut.. Kay pun suka makan siput sedut!!!
Kay pernah la masak lemak ayam dan masak lemak ikan tapi macam kurang sedap...

Ok.. Cerita banyak banyak tak best..
Lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Sardin dalam tin merupakan bahan utama dan penting untuk resipi ini. Kay gunakan sardin cap Ayam yang dibawa khas dari Malaysia. Kay bawa bebeapa tin sahaja. Tak bawak banyak sebab berat beg nanti. Kay simpan simpan juga sardin cap ayam ni. Sebab di Dubai ni, Kay tak pernah jumpa lagi sardin cap ayam. Sardin jenama lain ada.. 

Ini adalah salah satu sardin yang ada di Dubai. 
 Produk keluaran Thailand. Selain dari keluaran Thailand, ada juga produk keluaran Filipin.

Ini adalah santan pekat bersama cili padi dan kunyit hidup yang ditumbuk. Kalau tak ada kunyit hidup, boleh gunakan serbuk kunyit. Kalau nak bagi anak- anak makan masak lemak ni dan tak nak pedas, boleh gunakan cili merah yang dipotong (tips yang diberikan oleh Wan/ Kak Rose, tuan empunya resipi.. Orang Jati Nogoghi Sembilan).
Cara- cara memasak ialah... Santan bersama cili padi dan kunyit dimasukkan dalam periuk dan masak hingga menggelegak. Kemudian masukkan keseluruhan sardin bersama sos/air nya. Kemudian masukkan daun pegaga dan terus tutup api. 

Untuk resipi ini, Kay masukkan daun pegaga. Haa.. Nak cerita sikit pasal daun pegaga ni.. Kay jumpa daun pegaga ni di Carrefour, Mirdiff City Centre. Kay beli 2 ikat. Satu ikat berharga 95fils. Kalau dibundarkan, berharga 1 dirham. Menurut lidah Kay ni, rasa daun pegaga ni tak sama seperti daun pegaga di Malaysia. Bentuk daun memang sama. Selain dari Carrefour, pegaga ni boleh didapati di Lulu ataupun Spinneys. Untuk masak lemak sardin, Kay gunakan 1 ikat. Lagi 1 ikat, Kay buat kerabu pegaga. Untuk resipi boleh klik

Tadaaa... Inilah hasilnya. Kay tak kacau sangat ikan sardin tu sebab tak nak hancur ikannya. Alhamdulillah.. Sedap. Terima kasih Kak Rose/ Wan (sebab dah ada cucu, tapi awet muda sebab suka makan ulam-ulaman. Resipi Kerabu Pegaga yang Kay kongsikan juga merupakan resipi Kak Rose). Semoga ilmu memasak yang dikongsikan oleh Wan menjadi amal jariah. Amiin.


Sebelum memasak gulai lemak ikan sardin ni, banyak juga soalan yang Kay ajukan pada Wan. Sebab Kay ada baca resipi dari blog orang lain. 
Tapi Kay nak juga buat cara masakan Wan yang merupakan anak jati Nogoghi.
Sila baca penerangan dari Wan yang telah Kay edit sedikit...

Kay, bawang- bawang ni tak payah...
Serai hanya untuk gulai daging, ayam dan seafood je tak termasuk ikan ok...
Santan pekat sikit supaya bila masuk the whole sardin, gulai tak cair...
Kunyit hidup tumbuk dgn cili api...
Guna asam keping sikit je tak ada asam keping pakai perahan limau pun boleh..
Gulai tak cair..
Tak de kunyit hidup boleh letak serbuk kunyit masa menumbuk cili tu.
Sedap juga untuk gulai sardin je ye masukkan hirisan bawang besar bila nak tutup api dah..
Kay kalau untuk Khadeejah mkn jgn letak cili pun ok, letak santan je dgn cili besar hiris...kacau santan tu dah elok mengelegak masukan the whole ikan sardin...
Kalau nak masuk ubi kentang, elok rebus ubi biar lembut sikit baru masukan..sebab gulai ni tak payah lama masaknya..
Yes Eijah (seorang kawan di Dubai, juga bertanyakan pasal resipi masak lemak Noghogi), no bawang, just kunyit dan serai n halia bila perlu je dan tengok benda apa kita masak,yang penting santan kena lemak, jangan cair dan dari semasa ke semasa kena kacau selalu jangan pecah santan berkepala...


P/s: sedap juga makan roti canai/roti/capati cicah dengan lemak sardin

Resipi kerabu pegaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan resipi kerabu pegaga.
Kalu pertama juga Kay buat kerabu pegaga.
Sebab selama ni Kay simpulkan pegaga kemudian cicah/ colek dengan sambal belacan...
Cerita banyak-banyak, tak best.
Lets enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Apakah bahan - bahan tumbuk yang diperlukan? Cili merah, udang kering dan sedikit belacan. Tumbuk sampai hancur.

Kemudian masukkan kelapa parut dan gaulkan sehingga sebati.
Kemudian gaulkan dengan hirisan pegaga dan hirisan bawang besar. Tambahkan garam dan perahan limau. Dalam kes Kay yang yang ada limau, Kay gunakan jus lemon... Dan hasilnya seperti gambar diatas...Terima kasih Wan sebab berkongsi ilmu memasak. Semoga ilmu ini menjadi ibadah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca..

Wednesday, December 24, 2014

Perkembangan Ayshah Bella 1 tahun 3 minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan perkembangan Ayshah Bella..
Harini Kay perasan Ayshah sudah melangkah 3 kali tanpa bantuan.
Tak silap, 2 hari lepas, Ayshah melangkah  satu langkah sahaja.
Tadi dia langkah lebih dari satu dan Kay dapati dia ada semangat atau kemahuan untuk berjalan. 
Bila Ayshah dah buat 3 langkah, Kay hulurkan tangan dan dia sambut tangan Kay dah teruskan melangkah.
Alhamdulillah.. Tak lama lagi akan dapat kaki la Ayshah tu...

Ouh Ayshah dah dapatkan suntikan imunisasi 1 tahun. Doktor cakap lepas 1 minggu, 1 daripada 10 yang mendapatkan suntikan akan demam. 
Selepas mendapatkan suntikan, doktor menyarankan agar duduk sebentar dalam 10 ke 15 minit. 
Ini adalah kerana, untuk melihat sebarang reaksi atau tindakbalas selepas suntikan.
Mungkin akan keluar ruam, atau anak pening dan sebagainya.

Alhamdulillah , Ayshah Bella sihat sahaja selepas mendapatkan suntikan.. Tiada ruam dan tidak demam.

Lagi satu, Kay suka menyakat Ayshah . Apa yang Kay perasan Ayshah dah mula menangis dengan bermacam macam intonasi atau bunyi.. Hehehe.. 


Sekian terima kasih.

Monday, December 15, 2014

Resipi kek coklat moist kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak berkongsi resipi kek.
Kek apa? Kek coklat moist yang dikukus... Heheheh
Ouh.. Kay bukan pandai membuat kek.
Masih lagi dalam proses pembelajaran.
Resipi ini merupakan resipi ketiga berkenaan kek yang Kay kongsikan..
Maknaya Kay baru confident nak buat ketiga-tiga jenis kek ini sebab Kay dah buat dan berjaya mendapatkan hasilnya..heheh
Untuk resipi kek Sarang Lebah/Kek sarang semut/Kek Gula Hangus dan Resipi kek span perisa pandan sila klik

http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/10/resipi-kek-gula-hangus.html

Sebagai mukadimah..chewahh..
Haa..Kay pernah buat kek coklat mosit ikut resipi dalam youtube. Jenis bakar punya tapi macam kurang menjadi.
Sejak dari hari itu Kay tak buat lagi.
Lepas tu Kay berkenalan dengan Kak Rose ataupun nama panggilan Ome dan dapat resipi ini setelah merasai sendiri keenakkan kek coklat moist Kak Rose.
Semoga ilmu membuat kek coklat moist Kak Rose ini menjadi amal jariah untuk Kak Rose sebab sudi berkongsi ilmu.
Kak Rose siap cakap, ini ilmu Allah..boleh saja nak kongsi..
Haa..cakap pasal nama Ome ni, nama Ome ni ialah singkatan untuk comel.
Emak Kay a.k.a Opah pun kadang-kadang panggil Khadeejah Bella dan Ayshah Bella dengan panggilan Omel (singkatan untuk Comel)
Opah cakap, orang tua dulu dulu suka panggil nama timangan macam Omel (untuk comel), Ayang/Oyang (untuk Sayang), Anje (untuk Manja)
Tapi Kay tak galakkan Opah panggil Omel, Ayang, Anje kepada Khadeejah Bella dan Ayshah Bella.
Kay suruh panggil nama penuh. Jangan pelat pelat..(garang tak Kay??hahha)

Berikut ialah resipi yang ditulis sediri oleh Kak Rose.

Kek Coklat Moist ( Kukus)

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil nescafe
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko 
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*

1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan.
 Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Kay menggunakan serbuk koko jenama Hershey's yang berharga 16 dirham di Carrefour BurJuman.  Kalau serbuk koko jenama Van Hauten berharga 20 dirham juga di Carrefour.

Minyak kelapa sawit, Kay tukar menggunakan minyak bunga. Sebab di Dubai kurang menjual minyak kelapa sawit.  Banyak menjual minyak bunga. Ouh, Kay beli minyak tersebut di LuLu Hypermarket yang terletak di Al Barsha.

Nescafe pula, Kay gantikan dengan serbuk kopi segera seperti gambar diatas sebab rumah Kay tak ada nescafe. Kay gunakan 2 paket kecil.

Inilah hasilnya selepas dikukus.  Bila tengok hasilnya, Kay gembira la sebab rupanya dah ada. Warna hitam berkilat..Tapi dalam hati gusar juga sebab takut tak sodap.  Sebab ini kali kedua kay buat kek ini menggunakan resipi Kak Rose. Resipi pertama Kay lupa nak letak nescafe maka  warna kek kurang gelap. Dan kek rurang moist sebabnya mungkin kurang minyak. Kay menggunakan 1 cawan minyak bunga tetapi dalam resipi ialah 1 cawan minyak masak. (kalau minyak masak kat MAlaysia mesti kita gunakan minyak sawit kan). Minyak sawit mungkin lebih minyak, maka cukup bila menggunakan 1 cawan sahaja manakala minyak bunga mungkin kurang berminyak. Makanya Kay lebihkan 1/2 cawan  minyak bunga dan Kay lebih kan 1/2 cawan air dan Kay lebihkan serbuk koko sebab percubaan pertama kek coklat Kay kurang rasa coklat (Kata beberapa orang yang merasa..).

Haa..ini lah rupa kek yang telah dipotong.

Ini Kay potong sikit sebab nak bagi Khadeejah Bella makan..Dia memang suka makan coklat dan juga kek coklat..hehehehe

Wednesday, December 10, 2014

My new kitchen gadget Kuvings Slow Juicer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri kali ni Kay nak kongsikan peralatan terbaru di dapur Kay!!
Sebenarnya dah lama Kay nak beli slow juicer.
Kay ada juicer tetapi conventional juicer yang berharga 150 dirham.
Kay pakai beberapa kali sahaja sebab juicer tersebut tidak memerah habis jus dalam buah-buahan dan bunyi motor juicer tersebut macam bunyi mesin potong rumput (bising)
Apakah slow juicer?
Apa yang menbuatkan Kay nak beli slow juicer?

Ouh..Kay bukan nak promote, tetapi berkongsi kegembiraan dan kepuasan hati membeli slow juicer.
Kalau kawan-kawan nak datng dan mencuba, jemput datang kerumah..Boleh bawa buahan-buahan masing masing dan merasainya sendiri!

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.


Inilah gambar slow juicer jenama Kuvings. Buatan Korea. Ouh..yang ini ialah di dapur Kak Niza. Ini gambar kali pertama Kay melihat sendiri Kuvings secara live. Kebetulan Lau Kong ada urusan untuk berjumpa En Husni, suami kepada Kak Niza. Makanya Kak Niza menjemput Kay sekeluarga untuk datang ke rumah dan sarapan bersama-sama. Kak Niza siap-siapka buah-buahan yang hendak digunakan iaitu 4 biji oren, 4 biji epal merah dan 2 batang lobak merah. Kak Niza suruh Kay masukkan buah-buahan tersbut. Memang tak bising bunyi slow juicer tersebut.
Susun atur pinggan dan makanan diatas meja. Sungguh tertib Kak Niza menyiapkan meja. Itu yang Kay ambil gambar. Nampak tak satu jug jus buah-buahan di hujung meja?

Tewrima kasih Kak Niza sebab menghidagkan Lontong. Kak Niza tahu Kay orang Johor jadi memang buat lontong untuk Kay ditambah juga Kak Niza dah lama tak makan lontong. Terima kasih banyak banyak diatas layanan mesra Kak Niza. Dapat makan lontong dan juga merasai kesegaran jus yang diperah oleh Kuvings Slow Juicer. Lau Kong juga rasa surprised dengan jus tersebut.

Tada..Lontong hasil tangan Kak Niza..Alhamdulillah. Sedap dan semoga Allah murahkan rezeki kak Niza sekeluarga. Ameen.

Selain dihidangkan dengan jus, ada juga kopi jenama Tuah. Kay kenal kopi Tuah ni bila duduk Dubai. Masa di Malaysia tak ada pulak Kay tahu pasal kopi Tuah ni. Mungkin sebab Kay bukan kaki kopi kot.. Sedap..

Lepas merasai keenakkan jus yang diperah menggunakan slow juicer, kami tak sabar untuk membelinya. Kay ada buat survey slow juicer jenama HUROM. Kay ada juga ternampak HUROM ini dijual di booth di Malaysia beberapa tahun yang lepas. Berharga RM1499. Tetapi masa tu Kay tak terbuka hati untuk membelinya sebab mahal. Yang ini HUROM yang dijual do AASONS Sale Dubai, harganya 925 dirham selepas sale. Tetapi Kay tak beli yang ini.

Hati KAy terpaut dengan slow juicer jenama Kuvings yang berharga 1650 dirham. memang mahal tetapi Kay rasa puas hati. Bukan sahaja dapat buat jus tetapi juga smoothies. Kay tambah lagi 00 dirham untuk mendapatkan strainer untuk membuat aiskrim (sorbet).  Lebih gembira bila dapat buatkan jus segar untuk Lau Kong dan diri sendir. Sekarang Kay nak jinak-jinak bagi Khadeejah dan Ayshah minum jus. Buat masa sekarang ni, Khadeejah suka makan sayur-sayuran seperti lobak merah dan brokoli. Jadi Kay berharap agar mereka dapat minum jus buah-buahan untuk kesihatan dan diet yang seimbang.

tadaa...inilah dia jus oren, epal dan lobak merah yang Kay buat sendiri. Sungguh menyegarkan. Kay dah mencuba  jus anggur dan epal, celery dan epal hijau, dan rock melon jus.. Alhamdulillah semua nya sedap Ouh..jangan risau pasal resipi sebab ada buku resipi yang diberikan sekali secara percuma. So far Kay pakai slow juicer ni ok. Nak basuh pun senang. Cuma kena pastikan sinki ada penapis lubang kecil untuk mengelakkan sinki tersumbat dengan sisa-sisa buahan yang telah diperah. Untuk basuh penapis juicer ini cuma gunakan berus yang dibekalkan dan tidak perlu risau jari luka seperti kita basuh strainer juicer conventional yang bergerigi tajam. . 

Ayshah Bella First Birthday Celebration

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru Kay berkesempatan untuk tulis sedikit berkenaan tajuk entri diatas.
Iaitu sambutan harijadi pertama Ayshah Bella!!
Alhamdulillah.. Ayshah membesar dengan sihat. Semoga dirahmati dan diberkati Allah...
Haa..untuk sambutan harijadi ni Kay rancang 1 bulan awal iaitu pada bulan Oktober!
Bukan apa.. Kalau nak buat majlis, Lau Kong cakap buat betul betul.
Kay pula jenis jarang nak ajak kawan- kawan ke rumah. Kebetulan nak buat majlis harijadi anak, makanya Kay jemput semua kawan kawan datang ke majlis disamping  itu kawan - kawan yang belum pernah datang ke rumah Kay, boleh la datang melawat kawasan Kak Long..Hehe
Seperti sambutan harijadi Khadeejah Bella yang ke 2 tahun pada 2013 dimana Kay dan Lau Kong bergabung tenaga membuat hiasan majlis tema merah putih dan memasak nasi ayam, tahun ini menu utama ialah nasi tomato ayam masak merah dan temanya ialah ungu putih.
Kek kami beli sahaja sebabnya Kay tak pandai buat kek selain Kek Sarang Semut dan Kek Span Perisa  Pandan
Untuk resipi sila klik

http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/10/resipi-kek-gula-hangus.html

http://kay-hussin.blogspot.ae/2012/12/resipi-kek-span-perisa-pandan.html

Kay belum belajar lagi. InshaAllah kalau ada kawan kawan di Dubai yang ingin berkongsi ilmu membuat kek, Kay amat berbesar hati untuk belajar!!
Cerita banyak banyak tak best..
So lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.


Kay menghantar gambar-gambar setiap persediaan majlis kepada WA kumpulan. Ini adalah gambar pertama dimana Kay nak tunjukkan wall paper bertemakan purple. Harga satu gulung wall paper tu ialah 78dirham. Kami menggunakan 2 gulung makan jumlah harga ialah 156 dirham.

Yang ini pula Kay nak tunjukkan bunga orkid warna purple tiruan yang di beli di IKEA yang terletak di Dubai Festival City berharga 39 dirham. Ouh..Oil burner yang berwarna putih tu berharga 7 dirham dibeli di Home Box yang terletak di Oasis Centre. Oil fragrance di beli di MAX juga terletak didalam Oasisi Centre berharga 5 dirham kalau tak silap..Kay letak bendera Emiriah Arab Bersatu sebab 2 December merupakan National Day UAE, manakala Ayshah pula lahir pada 3 December ..Kiranya masih dalam mode cuti umum sempena UAE NAtional Day la..

Yang ini pula scented candle yang juga dibeli di IKEA. Tak silap berharga 79 dirham. Bau Lavender! Sedap!!

Ok..belon adalah hiasan yang WAJIB bila buat majlis harijadi kanak-kanak..Tema tahun ini purple dan putih. Memandangkan agak sukar untuk mencari belon yang satu warna sahaja, makanya Lau Kong telah membeli online di eBAy. Jumlah belon purple dan putih ialah 30 dirham. 100biji warna purple dan 100 biji warna putih. Kami mengambil iktibar dari buat majlis harijadi Khadeejah yang ke 2 tahun, dimana agak sukar untuk membeli belon yang satu warna sahaja. Tetapi memandangkan tema ialah merah dan putih, dapat juga la beli belon warna merah dah putih tetapi ada tulisan happy valentines day..Apa yang seronok beli barangan secara online di Dubai ialah TIADA CUKAI yang dikenakan terhadap barangan yang dibeli secara online!!

Yang ini pula ialah hiasan (ribbon flower) yang dibuat sendiri oleh Lau Kong!! Kay tukang ambil gambar sahaja..hahahah...Lau Kong memang orang yang berseni..Kay ni orang yang bertangan kayu!!!heheheh

Ok..yang ini pula gambar bahan-bahan yang digunakan untuk masak Dalca. Kay bertanggungjawab dalam penyediaan makanan iaitu Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Timun. Lau Kong pula bertanggungjawab terhadap hiasan majlis dan Nasi Tomato. Menggagau Kay bukak blog orang lain sebab nak cari resipi masak Dalca. Kay jarang masak Dalca. Malam sebelum majlis, Kay pergi beli sayur sayuran untuk masak dalca dan buah-buahan.

Cawan, pinggan plastik, sudu dan garpu pun warna PURPLE PUTIH! Kain alas pun warna purple putih..Kain alas meja tersebut Kay beli kain Cotton di Naif Market berharga 5 dirham per yard. Kay beli 3 yards dan jahit tepi sebelum dialaskan atas meja. Kalau tak dijahit tepinya, tak kemas sebab kain berbulu-bulu di tepinya.

Tadaa...Inilah kek harijadi Ayshah Bella..Kek Red Velvet. Hiasan yang kurang menarik ditambah pula salah ejaan nama..Apap apapun Alhamdulillah..Semua tetamu memuji kek tersebut sebab sedap. Kurang manis..Kek tersebut berharga 165 dirham. Untuk maklumat lanjut sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/11/lemonade-sheikh-zayed-road-dubai.html


Inilah gambar keseluruhan ruang tamu yang telah dihias khas sempena majlis Ayshah Bella yang pertama. Semua tetamu yang hadir agak surprised dengan hiasan majlis. Ada yang bertanya dan tak percaya bila kami beritahu semua kami buat sendiri terutamanya hiasan belon tersebut!! Untuk hiasan belon, kami beli tapak payung picnic yang berharga 50 dirham satu. Kami beli 2 makanya jumlah keseluruhan ialah 100 dirham. Featured wall atau pun Wall of Fame (semua tetamu yang hadir, WAJIB untuk bergambar di Wall of FAme sebagai kenangan) dibelakang tu, hiasannya berharga 169 dirham, di beli di ACE Hardware yang juga terletak di Dubai Festival City.

Inilah meja yang menghidangkan makanan utama iaitu NAsi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Timun. AIr minuman utama ialah Ribena!! Kenapa kami pilih Ribena?? Sebab Ribena warna PURPLE!! hehehe

Yang ini pula meja untuk bahan kudapan dan buaha-buahan. Kami hidangan buah mata kucing product of Thailand, Anggur product of USA dan Limau Mandarine product of China. Kerepek pisang, kerepek pedas, popiah, kuih suji semua Kay bawak dari tanahair tercinta iaitu Malaysia...Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan semua tetamu berpuas hati dengan layanan dan makanan yang dihidangkan. Sebagai tuan rumah, kami juga berpuas hati terutamanya bab makanan sebab Kay risau kalau makanan tak sedap. Yelah..sebab kami yang masak sendiri. Dah la Kay kurang pandai memasak. Heheheh..

Tuesday, November 25, 2014

Lemonade Sheikh Zayed Road Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan sedikit maklumat terbaru pasal tempat makan yang baru sahaja di buka di kawasan berdekatan dengan rumah Kay.
Restoren ni namanya Lemonade.
Baru hari ni Kay terbuka hati nak pergi mencuba makanan di Lemonade. 
Sebab Kay tengok design Lemonade dari luar macam menghidangkan makanan barat.
Tekak Kay tekak masakan Asia ( Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam) jadi itu yang membuatkan Kay kurang berminat untuk mencuba.
Cerita banyak banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!!

Sekian, terima kasih.

Apa yang menarik pasal Lemonade ini ialah semua masakan/makanan yang ada dalam kedai ini, resipinya terkandung dalam buku diatas, The Lemonade Cookbook. Masakan dari California Selatan. Buku tersebut berharga 150 Dirham.

Tujuan utama Kay datang ke Lemonade ialah untuk mencari kek ( cake testing ) bagi majlis harijadi Ayshah Bella yang pertama. Kay tak pandai buat kek (walaupun kek nampak mudah, tapi tak mencapai citarasa Kay. Kay mahukan kek yang sedap seperti di kedai. Kay pernah buat kek ikut resipi internet dan sebagainya, tetapi tidak sesedap orang lain buat..Kesimpulannya Kay kena belajar buat kek.. Hihi)..ada 3 jenis kek yang Kay cuba iaitu kek pisang, kek strawberry dan oren, kek red velvet. Kay ingin mencuba kek coklat, tetapi tiada.

Yang ini ialah cupcakes dan soft cookies.

Macaroon pun ada.

Kay cuba minuman limenade yang berharga 19 dirham. Kek diatas ialah kek pisang. Pada Kay , kek nya ok.

Yang ini pula ialah kek strawberry dan orange. Sedap. Ada masam oren dan manis strawberry. Tapi untuk majlis harijadi Ayshah, Kay rasa tak sesuai untuk kek yang berasa masam. Kay suka kek yang manis.

Dan akhirnya... Kay dan Lau Kong bersetuju untuk membeli kek red velvet dari Lemonade... Sedap.. Kay pernah mencuba red velvet cake dari Coco's Restaurant, tapi memandangkan pada harijadi Khadeejah Bella yang kedua tahun pada tahun lepas Kay dah beli kek coklat dari Coco's Restaurant ( memang sedap dan puas hati), tahun ini kami akan beli di restoren baru iaitu Lemonade...kiranya ada sedikit kelainan.. 






Saturday, November 15, 2014

Produk makanan sejukbeku Felda di Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak kongsikan sedikit info berkaitan makanan.
Bila di luar negara, tekak Kay mesti nak makanan tanahair tercinta.
Jadi, bila jumpa tempat yang menjual makanan Malaysia, Kay pasti teruja untuk kongsikan di dalam blog.
Selain berkongsi maklumat, ini boleh dijadikan kenangan Kay duduk di Dubbay..
Produk ini di jual di Lulu Hypermarket yang terletak di Al Barsha.
Untuk pengetahuan semua, Lulu ada banyak cawangan. Antaranya di Karama. Kay tak pasti pula di cawangan Karama ada atau tidak produk Felda ini.

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx..

Sekian, terima kasih.😊

Inilah antara produk keluaran Felda! Macam- macam ada!! Donut, bun kacang merah, karipap, bun sambal..
Untuk sesiapa yang berat tulang untuk menguli tepung di rumah untuk membuat kuih- muih.. Ini adalah penyelesaiannya... 


Kay beli 3 jenis produk iaitu karipap (sudah pasti), bun kacang merah dan bun sambal. Karipapnya sedap mengikut citarasa tekak Kay..😁.. Harga sebungkus karipap (10 biji) ialah Aed9.50

Ada juga tapioca cake dan sweet potato cake. Kay tak beli yang ini sebab kurang berminat.





Thursday, November 6, 2014

Pengalaman ke Dubai World Hospitality Championship 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ini Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama menghadiri Dubai World Hospitality Championship (DWHC)  yang berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November 2014 di Dubai World Trade Center.
Tahun ini merupakan edisi yang kedua DWHC.
DWHC edisi pertama adalah pada tahun lepas.
"Memandangkan Dubai menarik ramai pelancong dari seluruh dunia, DWHC disediakan dan menjadi platform yang sesuai untuk memperkenalkan makanan dan hospitaliti rakyat Emiriyah Arab Bersatu ataupun dikenali sebagai Emirati yang memfokuskan makanan tradisi popular United Arab Emirates (UAE)", Omar Amin, Member of DWHC Organising Committee.

Apa-apapun Kay sangat berpuas hati dapat datang ke sini. Jika ada rezeki untuk berada lebih lama di Dubai dan akan ada lagi pameran sebegini tahun depan, InshaaAllah Kay nak datang lagi!!


Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

Ada 2 tempat yang boleh dikunjungi. Salah satu nya ialah pameran di dalam Sheikh Saeed Halls. Dibahagian dalam dewan ada pertandingan memasak yang dibahagikan kepada beberapa categori. Selain pertandingan memasak, ada juga pameran dari 7 buah negeri United Arab Emirates. Ataupun dikenali sebagai 7 Emirates.

Negara Arab dan pokok kurma, tidak dapat dipisahkan..hihi


Sebelum minyak ditemui, aktiviti masyarakat UAE ialah hasil laut.

Ini Kay tak tahu apa namanya..Kay ambil je gambar..hahaha

Ini kereta polis UAE zaman dulu. Tapi Kay tak pasti pulak zaman 50 an, atau 60 an atau 70 an.. Dulu kereta polis UAE macam gambar diatas, TETAPI..zaman sekarang..HUMMER, LAMBORGHINI AVENTADOR dan sebagainya.

Ini adalah corak pada bahagian tangan baju kahwin wanita Emirati dulu-dulu. (Wedding Dress)

Yang bergantung diatas ialah Wedding Dress. Patung tersebut memakai baju pengantin beserta hiasan emas (rantai dan hiasan kepala)

Yang ini akviti membuat inai. Warga emas sedang menunbuk daun inai.

Attar, dalam bekas empat segi tu ialah Za'faran (dalam bahasa Arab) ataupun Saffron (dalam bahasa Inggeris) yang telah dihancurkan dan dibancuh dengan air. Tak silap, orang Arab minum susu yang bercampur dengan sedikit saffron.

Dalam bekas kuning tu ialah Bukhoor (dalam Bahasa Arab) ialah scented bricks. Scented bricks ini dibakar untuk mewangikan dalam rumah dan pakaian menerusi asap tebal. Selalunya dibakar pada hari besar seperti perkahwinan, hari Jumaat atau pun secara umum untuk mewangikan rumah.
Mahal jugak harga bukhoor yang dijual dalam bekas kuning tu..Berharga 120 dirham.

Nampak tak bukhoor dalam bekas kuning tu?
Nak bakar bukhoor dalam apa? Jawapan nya ialah dalam Mabkhara..iaitu gambar diatas. Ini Mabkhara yang telah dihias. Cantik tak?


Cuba teka apa tu? Itu adalah Galena (Lead sulphide).
Kohl ialah kosmetik mata zaman purba (ancient eye cosmetic) yang secara tradisinya menghancurkan galena dan bahan-bahan lain.(Sumber WIKI).
Secara mudah nya, itu ialah celak mata..

Ini pula menunjukkan bagaimana kain diwarnakan menggunakan pewarna semula jadi. Kay tak bertanya pula lebih lanjut disebabkan keterbatasan bahasa. Kay tak pandai bahasa Arab dan warga emas disana tak fasih berbahasa Inggeris.

Ingat tak gambar corak di bahagian tangan Wedding dress? Gambar ini menunjukkan cara untuk membuat hiasan tangan tersebut.


Gambar keseluruhan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh wanita Emirati.

Ini pula wanita Emirati tengah membuat penutup muka (Burqa). Dalam dialek tempatan dipanggil burga. Burqa ialah kain embroideri warna metalic tradisional yang digunakan untuk menutup sebahagian muka. Sekarang ini Burqa hanya digunakan oleh generasi lama.

Ini tak silap menenun benang benang untuk dijadikan sehelai kain.

Antara hasil tenunan ialah tali yang digunakan untuk diletakkan diatas unta.

Kain tenunan digunakan untuk membuat beg.

Bahagian dalam beg. Ada ruangang-ruangan kecil.

Kain tenunan yang dijadikan table runner

Sementara Kay membuat liputan di sekitar Dubai World Trade Center, Lau Kong tolong jagakan Ayshah Bella. Sambil tengok Ayshah, sambil menikmati Emirati Folk Dance. 



Ini pula wanita Emirati sedang mengayam daun untuk dijadikan beg, bakul, kipas dan sebagainya.

Yang ini Kay tak pasti tengah buat apa..



Yang ini pula bahagian wanita Emirati menunjukkan makanan yang selalunya dimakan. Yang Kay nampak, mereka banyak menggunakan tepung.


Tempat makan yang disediakan kepada para pengunjung untuk merasai masakan Emirati. 

Beginilah keadaan dalam tempat makan. Wanita yang berbaju kuning tu akan menghidagkan makanan kepada tetamu.

Haa..Falcon merupakan burung kebangsaan UAE. Kay sempat bergambar dengan burung ni..Mak aih..bila burung ni mengepak..bau nya...tak tahan...macam bau hapak la..atau bau burung tak mandi..hehehehe.. Ouh.. Mata falcon tu ditutup.. Mungkin takut falcon tu jadi agresif kot bila matanya dibuka..

Ini pula aktiviti kaum lelaki yang berada di padang pasir. Duduk mengelilingi unggun api sambil berbual atau bermesyuarat


Yang ini gambar close up. Bagaimana mereka minum kopi ataupon dalam bahasa Arab ialah kahwah. Nampak tak lesung besi dan biji kopi diatas? Teko besi atau tembaga diletakkan berdekatan dengan unggun api untuk dipanaskan..


Yang ini pula seorang lelaki tua duduk sambil meletakkan dulang yang berisi gula gula di atas peha.. Ramai kanak- kanak datang!

Yang ini gambar yang menunjukkan peralatan yang digunakan kaum lelaki untuk menangkap hasil laut.

Ini pula adalah tiram ( osyter ) yang mentah lagi segar!!

Lagi peralatan untuk menangkap hasil laut.

Ini pula aktiviti membuat dan mengukir porselin atau tanah liat.

Selain menghasilkan pasu, pinggan, mangkuk.. Ada juga ukiran bahan hiasan seperti ikan dan bot.

Selain menunjukkan aktiviti kaum wanita dan lelaki, ada juga dipamerkan aktiviti waktu lapang kanak kanak.. Dulu mana ada video game ataupun ipad yang boleh dimain didalam rumah. Jadi kanak kanak bermain diluat rumah. Dalam banyak banyak mainan, Kay berminat dengan mainan lori hijau yang disangkut dengan tin tin kosong. Tin tu tak silap Kay ialah tin bekas oat.. 


Gambar ini pula menunjukkan pakaian seragam polis Dubai yang dahuli. Warna oren.. Sekarang warna hijau..

Gambar ini pula menunjukkan peralatan dapur. Anyaman bulat yang tergantung di dinding tu untuk alas lantai macam tikar la. Anyaman diatas lantai pula yang macam topi tu ialah tudung saji! Terdapat pelbagai saiz dan jenis corak diatas dulang besi.

Yang ini pula kedai yang menjual rempah ratus. Kebanyakan rempah ratus datang dari India, Syria, Iran dan negara Arab yang lain.

Gambar ini menunjukkan persembahan dari kaum lelaki. Ada beberapa jenis tarian antaranya  Al Ayalah, Al Razfa, Harbiyya, Liwa, Al Habban dan Al Youlah. Masing- masing mempunyai ciri ciri persembahan tersendiri. Sedikit info, Iyaly bermaksud seorang penyerang/ penceroboh dalam dialek tempatan. Iyala ialah plural iaitu banyak penyerang. Gendang dan jeritan akan memberikan amaran kepada penduduk untuk mempertahankan kawasan. Jika penyerang berjaya dikalahkan, tarian Iyalah akan ditarikan bagi meraikan kejayaan.

Kenapa Kay ambil gambar ini? Sebab itu adalah gambar pengantin perempuan Emarati. Nampak tak banyak perhiasan emas. Penuh satu kepala, tangan, leher..hehehe

Yang ini pula gambar di dalam Sheikh Saeed Hall. Ada booths dari 7 Emirates dan juga Kingdom of Saudi Arabia (KSA)

Lukisan lukisan yang dipamerkan.


Haa....cantikkan tempat letak bukhoor dan mabkhara?

Ada menjual teko untuk letak teh dan kopi. Teko ini dihias cantik-cantik...Macam macam corak ada!!!

Apakah ini? Ini adalah meja beserta alas/tilam dan bekas untuk kurma atau manisan. Harganya ialah 1700dirham

Yang ini pula menjual meja, alas/tila dan juga 2 teko yang dihias.

Yang ini pula booth yang menjual teko arab yang bersalut emas dan perak. Menurut penjual, Sheikh Mohammad Al Makhtoum ada memberikan teko produk hasil keluaran syarikat ini kepada Queen Elizabeth sebagai cenderahati. Teko tersebut dibuat sendiri (handmade) oleh pakcik penjual tersebut..

ini pameran set pinggan mangkuk dari syarikat Jashanmal. Haa..syarikat Jashanmal ni menjual alat alat meja dan peralatan dapur. Kay ada beli handblend jenama Kenwood di Jashanmal Mall of Emirates kalau tak silap. Jashanmal ni banyak cawangan.

Yang ini ialah manisan Arab yang dihias cantik!!

Lagi manisan yang menarik perhatian Kay untuk ambil gambar. Lolly pop yang diukir seperti mak Arob dan pak Arob..hehehe

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...