Sunday, January 26, 2014

Pengalaman nappy rash Ayshah Bella

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman menjaga nappy rash Ayshah..
Khadeejah Bella masa dulu pun ada nappy rash..Kay ingat bila anak kedua ni dapat la elakkan nappy rash..tapi ia nya terjadi juga..
Bontot Ayshah merah macam bontot baboon..
Nappy rash ni terjadi kalau tak silap pada hari ke sembilan..Kay ada ubat yang dulu Kay gunakan pada Khadeejah..tapi tak berkesan..
Apa-apapun, Alhamdulillah..pada hari ke 14, ada follow up dengan doktor untuk cek kuning (minggu kedua bacaan kuning ialah 8.1, pada minggu ke empat bacaan kuning 7.5..ada penurunan dan Kay terus bagi susu badan sambil berjemur dan mandikan Khadeejah dengan ubat kuning yang dibeli dari kedai senseh dan juga dimandikan dengan air basuhan beras), makanya Kay suarakan masalah nappy rash dan juga ruam ruam di sekitar leher dan pipi disebabkan terkena susu, maka doktor ada prescribe kan ubat yang sesuai ..
Memang sangat sesuai!! Bila Kay sapukan ubat tu untuk kali pertama, terus nampak kesan..Warna merah nyala terrus berkurang ke warna merah jambu..

Cerita banyak-banyak tak best..so enjoy the pics..

Sekian terima kasih.


Inilah ubat yang diberikan untuk disapu dibahagian bontot. Ubat ni dibuat di Belgium. Disapukan 2 kali sehari..pagi dan petang. Lepas dah baik nappy rash. Hentikan penggunaan ubat ni dan pakai SudoCream.

Ini pula lotion yang diberikan untuk masalah ruam di bahagian leher dan muka..Boleh digunakan di keseluruh badan. Lotion ini dibuat di SouthAfrica.

ini pula gambar Sudocrem. Cream yang digunakan setiap kali menukar lampin bagi mengelakkan terjadinya nappy rash. Selian dari nappy rash, boleh digunakan untuk ekzema dan bed sore.

How to apply Certificate of Status For Sarawak Purpose if the applicant is the wife

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Tajuk entry kali ini ada serius sikit..heheh.. Masuk kandan...