Saturday, February 15, 2014

Cap Goh Mei Dinner at Fares Al Jazeera Restaurant Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebelum ni Kay tulis pasal makan besar Tahun Baru Cina...sila klik
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/02/makan-besar-tahun-baru-cina-2014.htmlHari ini bersamaan 14 Februari 2014, 14022014..nombor yang cantik..
14 Februari sinonim dengan Hari Valentine's ..Entry kali ni bukan nak menceritakan yang Kay sambut Hari Valentine..Tetapi..Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama makan di restoren yang menyajikan makanan Xinjiang (salah satu tempat di China)..

Kebetulan hari ni juga merupakan Hari Cap Goh Mei (hari yang ke lima belas dalam kalendar bulan Cina)..
Cap Goh Mei ini merupakan penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina (Tahun Baru Cina hanya disambut selama 15 hari sahaja..)

  • Cap Goh Mei juga di kenali sebagai Lantern Festival..(boleh cari dalam Wikipedia)
  • Di Hong Kong, Lantern Festival dikomersilkan sebagai Hari Valentine bagi orang Cina (kalau baca wikipedia, waktu Lanter Festival, orang yang single akan berjalan jalan dengan harapan mendapat jodoh. Matchmakers juga sibuk mengaturkan jodoh. Cahaya terang dari lantern adalah simbolik kpada tuah yang bagus dan harapan yang baik)
 Cerita banyak-banyak tak best..so enjoy some pics!!

Sekian Terima Kasih.

Restoren ni terletak di Naif. ..Di 21C street..Boleh cari google map. .Kedai ni baru sahaja dibuka. Pemilik kedai tanya LauKong macam mana tahu kedai makan ni..Lau Kong jawab dari majalah Cina...So far makanan nya sedap seperti yang LAu Kong makan di Beijing.

Ni adalah salad yang terdiri dari bawang besar, timun, capsicum

Ni kambing panggang. Khadeejah Bella suka makan kambing panggang ni!!!

Kebab Kambing..Daging nya agak keras. Orang yang ada gigi boleh la makan....Bagi yang tiada gigi macam Atok, tak boleh la makan...hehehehe

Ayam Xinjang Style. Masakan ni guna cili dan cili benggala (capsicum). Lepas tu, guna bunga lawang SAHAJA..Antara bahan yang Kay nampak dalam hidangan ni ialah kentang, capsicum, dan ayam..rempah ratus nya Kay tak tau..hahaha

Sup Kambeng. Khadeejah Bella pun suka makan nasi dan sup kambing ni!! Atok dan nenek juga suka..Pendek kata, kami semua suka dengan sup ni..Kambing tiada bau..Nyaman...

Saturday, February 8, 2014

Imunisasi Ayshah Bella 2 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman imunisasi Ayshah Bella di Dubai.
Untuk pengetahuan, di Dubai ada 3 vaksin yang wajib diberi (sila rujuk gambar dibawah).
Doktor cek keseluruhan (perut, mulut, telinga, paru-paru).
Kay ada bertanyakan beberapa persoalan..Antaranya ruam susu di kulit pipi, ruam lampin, tersedak masa minum susu, berak..
Jawapan doktor ialah:
  1. Rashes di muka biasa..Kalau sikit tak apa...Tiada losyen yang diperlukan. Kalau ruam di bahagian pipi semakin banyak, Kay diminta ambil gambar dan whatsapp Doktor..hahaah..senang..
  2. Sekarang ni bila dah masuk 2 bulan, Ayshah paling lama tak berak 2 hari, Jadi  Kay bertanya Doc..Doc jawab 5 hari tak berak ok.. Tapi hari ke 6 kalau tak berak, datang klinik.
  3. Dalam mulut Ayshah ada warna putih di bahagian pipi dalam. Doc kata fungal infection. Maka ada ubat yang diberikan. (sila rujuk gambar dibawah)
  4. Kay ada tanya lagi pasal tersedak masa minum susu. Kadang-kadang Ayshah minum gelojoh dan susu banyak sangat. Jadi risau la kalau Ayshah tersedak. Doc cakap itu normal. Cuma kene berhati-hati. Bila 6 bulan baby akan ok..Pandai nak control kot..
  5. Pesan Doc lagi kene sentiasa pastikan tangan bersih. Sabun dan sanitised.

Enjoy some pix below.

Sekian terima kasih.
Doctor yang periksa Ayshah ialah Doc Zaheer.. Kalau Khadeejah sakit demam or selsema juga Kay jumpa Doc Zaheer di UniCare. Sebab Kay pilih UniCare ialah senang (boleh naik METRO) dan dekat nak datang ke UniCare. Doc Zaheer dari Pakistan. Nampak tak mata Ayshah yang bulat tu? Doc cakap mata Ayshah tajam. Cepat mata tangkap objek yang bergerak.

Kurang jelas pula gambar..3 jenis vaksin yang wajib diberi ialah DtaP-HeepB-Hb-IPV Vaccine, Pneumococcal Conjugate Vaccine dan Rotavirus. Tak silap kalau di Malaysia, Rotavirus tidak wajib Ia hanyalah pilihan.


Ini pula ubat dan vitamin yang diberikan. Adol berharga DHS 6.50untuk diberikan jika perlu kalau badan Ayshah panas. Tapi Doc cakap 90 % tak sakit la sebab zaman sekarang ubat pun dah advance. PediaVIT D perlu diberiakan 1 ml satu kali sehari, made in Canada, berharga 48 dirham, Daktarin Oral Gel perlu disapu 3 kali sehari selama 5 hari. Disapu sebelum bagi minum susu. Ubat ni dibuat di Belgium. Tarikh luput ubat ni ialah bulan April 2016. Daktarin berharga DHS 16.50. Jumlah keseluruhan vaksinasi hari ini ialah DHS 1450.

Thursday, February 6, 2014

Makan Besar Tahun Baru Cina 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan makan besar sempena Tahun Baru Cina 2014 yang dikira agak istemewa untuk Kay dan juga keluarga.
Mengapa? Sebabnya makan besar kali ni Mak Mertua a.k.a Nenek di buat di Dubai (musim sejuk lagi tu..) disamping kehadiran cucu-cucu..Khadejah Bella 2 tahun 11 bulan dan Ayshah Bella 2 bulan.
Sebenarnya mak dan bapa mertua datang ke Dubai dengan tujuan untuk menyambut cucu kedua (Ayshah Bella disamping menjaga Kay berpantang).
Plan asal nak tinggal di Dubai selama 2 bulan tapi dipanjangkan tempoh supaya Nenek dapat sambut Chinese New Year di Dubai.

Memandangkan Chinese New Year kali ni agak istemewa (ditambah Mak Mertua dah lebih 20 tahun tak makan besar dengan anak lelaki tunggalnya yang sentiasa sibuk. Kalau Hari Raya Aidilfitri memang tiap-tiap tahun balik cuma raya Cina ni tak selalu Lau Kong balik untuk makan besar dengan emaknya), makanya Kay punya la bersemangat menghias rumah dengan alas berwarna merah bagai.
Sebenarnya, Kay nak la bagi meriah sebagai tanda terima kasih kepada mak mertua sebab sanggup datang ke Dubai untuk menyambut cucu kedua dan sekali gus menjaga Kay berpantang. Lagipun memang sudah menjadi kebiasaan setiap tahun, setiap kali Tahun Baru Cina, Mak Mertua akan masak special dari hari-hari biasa. Walaupun sudah memeluk Islam tapi darah Cina masih mengalir dalam badan.
Sebenarnya, Mak Mertua Kay pun tak berapa sihat.. Ada penyakit 3 serangkai(kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi). Tapi Mak Mertua gagahkan juga diri nak datang terutamanya nak tengok cucu!!
Kay bersyukur sebab Mak Mertua sangat-sangat sayangkan cucu. Ha..lagi satu, dah menjadi adat orang Cina untuk anak perempuan yang lahir, dihadiahkan emas. Memang Khadeejah Bella dan Ayshah Bella dapat hadiah rantai emas dari Nenek dan Atok dan buah rantai dari Mak Usu Khasmah. Terima kasih..

P/s:
Ibu mana yang tak sayangkan anak. Mak Mertua memang sayangkan anak-anak(ada 2 je anak..seorang lelaki (Lau Kong) dan seorang perempuan (Mak Usu Khasmah). Lebih-lebih lagi Lau Kong merupakan anak sulung dan anak lelaki tunggal. Jadi sebagai menantu dan Kay juga telah menjadi ibu, makanya Kay mahu bersama-sama membuat hati Mak Mertua gembira menyambut tradisi beliau dengan kehadiran anak lelaki dan juga cucu-cucunya.
Mak Mertua pula kalau menimang cucu, siap cakap " Nenek sayang cucu lebih dari Nenek sayang bapak kau" hahaha..Memang beruntung sangat dapat mak mertua yang sayang cucu!!!

Ok cerita banyak-banyak tak best so enjoy some pics!!

Sekian terima kasih.

Persediaan majlis mengambil masa 2-3 hari sebelum makan besar. Itu antara buah-buahan yang disediakan. Kebetulan ada limau mandarin dari Pakistan berharga 2.50 dirham per kilo dan manis yang dijual di Carrefour Mall of Emirates. Makanya kami beli 4 kilo. Pisang pula dari Filipin (4.50 dirham per kilo) dan ada rock melon (12 ++ dirham per kilo) yang manis.

Barang basah kami beli di Pasar Ikan Karama, satu hari sebelum makan besar. Udang yang kat bawah tu udang besar. 18 ekor berharga 180 dirham. Kalau 180 dirham dibahagi 18 ekor, bermakna seekor udang berharga 10 dirham!! Memandangkan untuk makan besar tahun baru Cina, maka Lau kong pun beli.. Tak tak, tak merasa la..heheeh..Apa-apapun udang di Dubai tak sesedap udang di Sarawak. Mak Mertua kata udang di Sarawak bangsa yang ada sepit warna biru. Itu nyaman...Ada rasa manis. Udang yang diatas tu kurang nyaman sebab sik manis.

Lao Seng. Sayur campur. Dihiris halus-halus. Kemudian digoreng. Ada lobak merah, batang celery, kulat hitam, daging ayam, hotdog dan cendawan

Yang ini MAk Mertua tengah salut dada ayam dengan telur dan serbuk roti.

Ini lah udang yang sudah siap digoreng dengan butter. Kemudian diangkat dan diletakkan ditepi dan menggunakan butter yang berlebihan untuk membuat kuah udang butter. Setelah siap kuahnya, barulah dimasukkan semula udang yang telah digoreng awal tadi.

Beginilah rupa udang butter.

Inilah Lao Seng yang telah siap digoreng.

Menu nasi ialah Nasi Tomato. Kami gunakan beras basmathi. Sukatan yang kami gunakan ialah 6 pot beras, dan 7 pot air.

Yang ini pula kek. Mak  Mertua memang tak lari dengan kek. Orang Sarawak lah katakan...Yang warna kuning tu Kek Marble. Yang hijau tu Kek Pandan (kesukaan Lau Kong). Kalau hari raya Aidilfitri, kek pandan memang wajib ada. Resipi?? Kay belum belajar lagi..hahaha..Kay makan saja...

inilah rupa dada ayam yang telah siap digoreng bersama dengan sos pencicah yang dibuat sendir..Bukan sos cili Kimball atau Maggie tau!! heheh

Haa..Yang ini Daging Lembu Lada Hitam. Resipi nya ..

Yang ini pula daging itik panggang (belah kiri) dan daging turkey (ayam belanda atau orang Sarwak panggil Ayam Kolok) belah kanan.

Ini pula Kari Daging.

Yang ini ialah Mee Sua. Salah satu makanan yang menjadi adat. Makna makanan mee sua ialah, Makan bagi umur panjang.  Perencah utama Mee Sua ni ialah ayam. Sepatutnya ayam kene letak seekor-seekor, tak boleh dipotong-potong. Telur pula direbus dan diletakkan sebiji-sebiji. Ingat nak gunakan telur burung puyuh (tak kisah sebenarnya samda nak guna telu ayam atau burung puyuh, tapi Mak Mertua nak pakai telur puyuh sebab kecil jadi tak membazir nanti, tapi niat di hati nak pakai telur burung puyuh dibatalkan  sebab mahal. tak silap 12 biji berharga 16++ dirham. Kalau di Malaysia RM2.50 kalau tak silap..)

Selaind ari Mee Sua, Ikan juga wajib ada diatas meja. Makan atau tak makan, IKAN MESTI DIHIDANGKAN DIATAS MEJA. Makna makanan ikan ialah, (Setahun hingga ke tahun seterunya cukup dan selamat). Sama juga seperti ayam diatas. Ikan perlu dihidangkan dan tidak boleh dipotong bahagian sirip, ekor dan sebagainya. Ikan hanya dibuang isi perut dan dimasak. Hidangan diatas ialah Ikan Stim.

Inilah dia rupa meja yang meriah dengan alas kain warna merah dan pelbagai hidangan yang enak semestinya!! Semuanya MAk Mertua yang masak. Kay jaga anak-anak. Sementara anak-anak tidur, Kay curi-curi masa untuk turun ke dapur dan lihat cara penyediaan makanan.

Haa..Ikan sudah dimakan separuh. Bila kemas meja, iakn yang inggal separuh tu dibiarkan atas meja sehingga keesokan harinya. Malam lepas makan besar, kami buang sampah dan basuh baju siap siap. Sebab keesokan harinya mengikut adat Cina TAK BOLEH SAPU SAMPAH dan BASUH BAJU!! Hilang ONG....

Wednesday, February 5, 2014

Cabaran bersalin dan berpantang diluar negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman menjaga anak kecil dari lahir hingga 2 bulan.
Hari ni Aysha Bella genap 2 bulan. (Lahir pada 3 December 2013, hari ni 3 Februari 2014).
Kay dah buat temujanji untuk vaksinasi pada hari Sabtu akan datang, 8 Februari 2014.

Ok ..Back to the main story....

Cabaran pertama: Anak tidur waktu siang, waktu malam berjaga
Cabaran adalah pada 1 bulan pertama dimana waktu siang anak tidur. Waktu malam anak JAGA.
Apa-apapun Kay bersyukur sebab ada Mak Mertua yang datang untuk jaga semasa pantang.
Kebetulan Mak Mertua pula jenis yang sukar tidur. Jadi masa Ayshah Bella tak nak tidu malam, Kay pass Ayshah pada nenek supaya teman Nenek tengok cerita cina waktu malam sampai tengah malam.
Hehehe..cucu teman nenek tengok TV. Dapatlah Kay berehat.

Cabaran kedua: Jaga luka jahitan lepas bersalin
Haa..yang ini pun satu masalah juga. Tak kira lah melahirkan anak secara normal atau pun secara ceaser. Nak jaga jahitan memang pada Kay agak mencabar terutama bila beranak dua. Sebelum ni masa beranak satu (Khadeejah Bella seorang saja), Kay tak rasa la susah sangat. Tapi bila beranak dua ni ada sukar sikit sebab Khadeejah Bella ni jenis taknak Nenek a.k.a Mak Mertua yang mandikan dan suap makan. Semua nak Kay yang buat. Walaupun Kay bersalin secara normal, penjaga jahitan perlu diambil berat. Ubat yang diberikan ialah iodin yang dicampur dengan air dan kita perlu duduk berendam selama 10-15 minit. Haa..Bayangkan dengan anak yang berusia 2 tahun 10 bulan dan anak yang  baru lahir, kalau tak ada orang nak tolong jagakan, tak mungkin dapat berendam lama. Kadang-kadang curi masa waktu kedua-dua anak dah tidur. Pandai-pandai la curi masa. 1 bulan setengah selepas lahirkan anak, appointment dengan doktor semula untuk cek jahitan dan buat ujian pap smear.

Cabaran ketiga: Kalau anak menangis-nangis tanpa henti dan kita tak tahu apa sebabnya
Ini pun satu masalah yang memeningkan. Yelah..kalau dengar anak menagis tanpa henti, kita pun akan risau. Kadang-kadang tak tahu apa yang tak kena. Apa-apapun Kay bertuah sebab ada Mak Mertua disisi. Kadang-kadang Nenek cakap perut masuk angin (kalau Kay langgar pantang larang makanan). Jadi Nenek akan suruh sapu mingay angin pada perut dan kedua belah tapak kaki.
Ada satu masa (tak silap Ayshah dah genap 1 bulan dan  nak masuk 2 bulan), dia tak mahu tidur waktu siang. Selalunya lepas mandi pagi dalam pukul 10-1030 pagi, lepas susu dia akan tidur. Tapi waktu tu dia taknak tidur. Asyik merengek je macam tak selesa. Makanya Nenek rebus telur. Kemudian ambil telur putih (telur kuning dibuang), kemudian masukkan cincin perak ke dalam telur putih. Kemudian masukkan telur rebus bersama cincin perak juga bersama beberapa helai rambut orang yang paling tua dalam rumah tu dibalut dengan sapu tangan, kemudian sapu tangan tersebut disapukan keseluruh badan (Atas kepala sampai ke kaki). Kalau nak lebih mujarab, ambil rambut oarng yang paling TUA. Pemerhatian: Cincin perak dikeluarkan. Kalau warna hijau, maknanya takut atau terkejut. Kalau warna cokelat itu maknanya angin dalam badan. Ini petua yang boleh digunakan kalau anak menangis. Untuk pengetahuan, sepanjang menjaga Ayshah Bella, dah 2 kali Nenek buat macam tu bila Ayshah menagis. Kali pertama, cincin perak bertukar ke warna cokelat sahaja. Tak ada warna hijau. Maknanya, ada angin dalam badan Ayshah. Itu masa Ayshah berusia 1 bulan kebawah. Lepas tu Kay ingat, Kay ada tak jaga makan sikit (ada juga curi curi minum air gas dan makan kentang goreng..hahah..), itu yang Ayshah ada angin dalam badan. Kali kedua kami buat petua tu masa Ayshah dah lebih sebulan. Masa tu cincin perak bertukar warna hijau dan cokelat. Pada pendapat Kay yang buat Ayshah rasa terkejut atau terperanjat (sebab cincin bertukar warna hijau) ialah bila Khadeejah (si Kakak main lompat-lompat atas kati)

Cabaran keempat: Musim sejuk
Salah satu sebab Kay nak deliver anak di Dubai ialah sebab nak rasa pengalaman melahirkan anak di luar negara, ditambah masa Ayshah dilahirkan ialah musim sejuk. Walaupun musim sejuk di Dubai ni tak adalah sampai turunnya salji, tapi bila mencecah suhu sejuk, haish boleh sampai menusuk ke tulang hitam..chewahh..
Cabaran musim sejuk ialah sudah semestinya kesejukan. Maka, Kay kena beri perhatian yang lebih bila nak keluar rumah. Sebelum nak keluar rumah, kena balut Ayshah dengan selimut. Pakaikan topi. Alhamdulillah, sepanjang 2 bulan ni tak ada kene selsema. Mungkin disebabkan Kay beri Ayshah susu badan (direct feeding, bukan pakai pump dan botol susu, walaupun ada niat dihati nak pam susu dan berikan melalui botol susu, dengan alasan supaya senang Kay nak berjalan ditambah lagi masa tu ialah Dubai Sale Festival yang berlangsung dari 1 Januari -2 Februari 2014). Tapi niat dihati dibatalkan. Sebab susu yang paling berkahsiat ialah susu ibu yang diberikan terus dari badan, susu kedua yang terbaik ialah susu ibu yang diberkan melalui botol (sebab bila dah diperah keluar, kualiti susu dah berkurang), susu yang ketiga barulah susu formula.

Cabaran kelima: Penjagaan Ibu Lepas Bersalin
Penjagaan lepas bersalin ni Kay nak tekankan pasal urutan lepas bersalin dan urutan penutup pantang. Kalau di Malaysia, ada ramai tukang urut dan mudah dan dekat. Tapi cabaran di Dubai ni tak ramai tukang urut Melayu dan agak berjauhan dari rumah Kay yang terletak di Syeikh Zayed Road. Apa apapun, Alhamdulillah, Lau Kong ada lesen kereta dan mudah untuk kami menuju ke rumah tukang urut yang terletak di Mirdiff. Kay berurut hari ke 4 (satu hari je berurut, buat syarat sahaja, at least ada berurut..) selepas bersalin dan hari yang ke 29 (urutan penutup pantang, juga berurut satu kali sahaja..tak ada la buat 3 hari berturut turut)

Cabaran keenam: Khadeejah Bella juga masih susu badan
Yang inipun satu masalah juga. Bukan Kay tak nak berhentikan dia susu badan, tapi memandangkan susu badan Kay banyak, makanya biarka Khadeejah nenen konon-konon nak elakkan dari bengkak nenen. Walau apa-apapun, Alhamdulillah..Khadeejah Bella tak berebut nenen dengan AYshah Bella..Bila Kay suruh kakak tunggu sebentar untuk bagi laluan pada si adik, si kakak tunggu dengan sabar. Kadang-kadang sampai tertidur si kakak semasa menunggu giliran..hehehhe

Cabaran ketujuh: Makanan masa berpantang
Haa..sepanjang tempoh berpantang (Kay pantang 30 hari je, mak mertua cakap ikut Cina pantang 30 hari je..kalau Melayu 44 hari..Pada Kay, amik yang paling pendek la..malas nak pantang lama-lama..hahaha)..
Sepanjang 30 hari tu Kay makan nasi dengan sup ayam ditambah dengan halia dan juga cendawan. Walaupun ada pergi berjalan di mall, Kay jaga juga pemakanan. Kay tak makan burger bagai..Kay beli roti dan apple pie. Balik rumah baru makan nasi dengan sup ayam. Bukan ape, takut makan sebarangan, nanti mengganggu perut Ayshah. Bila Ayshah meragam, Kay pun susah sama...Jadinya, kena tahan la nafsu makan semasa dalam pantang. Haa..lagi satu cabaran ialah , dibawah rumah Kay ni ada Chili's, ada Burger King!!! Haish..sabar je lah..Genap 30 hari pantang, Kay dah pesan dengan Lau Kong untuk belikan Burger King!! hahahah

Cabaran kelapan: Pengurusan Uri atau Tembuni
Yang ini juga satu pengalaman juga..Untuk pengetahuan, orang Arab di Dubai ni tak pula ambil uri (placenta) bawak balik rumah. Mereka tinggalkan saja placenta di hospital. Bila tinggalkan di hospital, jawab nya hospital buang saja la..(biological waste).. Tapi kami tetap bawa balik rumah untuk dibersihkan dan diuruskan seperti mana yang kami lakukan untuk Khadeejah semasa di Malaysia. Masa dalam labor room , Kay dah pesan pada midwife supaya jangan dibuang placenta tersebut sebab kami akan bawa balik rumah. Di Dubai, placenta dimasukkan dalam beg plastik kuning (beg plastik untuk biological waste). Kalau di Malaysia, di Prince Court, uri dimasukkan dalam plastik beg, kemudian dimasukkan dalam beg kertas (packaging cantik laa...).
Bila bawak bali rumah, dari jauh mak mertua dah rasa pening sebab bau hanyir. Lau Kong yang basuh uri dalam besen bersama air asam jawa yang dicampur dengan garam. Kemudian dibalut dengan kain cotton putih dan ditanam di kawasan berpasir. Kiranya kali ni di padang pasir berdekatan dengan masjid. Macam uri Khadeejah dulu Tok Bak tanam di rumah Tok Bak di Batu Pahat.

Cabaran kesembilan: Ruam Lampin (Nappy Rash)

Untuk cerita lebih lanjut, sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/01/pengalaman-nappy-rash-ayshah-bella.html

Itu sahaja lah coretan untuk hari ini..Enjoy some pix!!

Sekian terima kasih
Yang ini gambar tangan belah kiri Ayshah ada timbul bulat besar akibat dari suntikan BCG yang diberikan selepas lahir. Cuak juga Kay sebab bulat besar. Masa Khadeeejah dulu bulat kecil je..Masa nodul ni nak keluar, mak mertua ada rasa badan Ayshah ada hangat / panas sedikit..Tapi tidak la sampai ke tahap demam.

Nasib baik, pada kad imunisasi Ayshah ada nota ditulis berkenaan suntikan BCG. Daripada nota diatas, ada nodul yang akan timbul 3-4 minggu selepas suntikan. Dalam kes Ayshah, lepas sebulan baru keluar nodul tu. Dan nodul tu mengambil 2-4 minggu untuk pecah. Macam kes Ayshah, tak silap Kay dalam 2 minggu lepas keluar, baru nodul tu pecah. Sepanjang nodul tu timbul, Kay hanya sapukan susu badan dengan harapan dapat la membantu serba sedikit. Walaupun dalam nota tersebut, tiada ubat yang diperlukan. Kita hanya perlu tunggu nodul itu pecah..

Haa..Nodul dah pecah..Mungkin pecah masa tidur sebab Ayshah tidur mengiring belah kiri.

Alhamdulillah..semuanya baik-baik sahaja.

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...