Monday, April 14, 2014

Minuman kegemaran Khadeejah Bella ialah Sun Top

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan ialah minuman kegemaran Khadeejah Bella di Dubai..
Kalau di Malaysia Kay suka minum air kotak Teh Chrysanthemum..Dulu masa sekolah asrama, mesti minta mak belikan air kotak tu kalau datang melawat hujung minggu...Tak kisah la jenama Yeo's ke, Drinho ke..hihihi..

ok back to our story..Kay saja je nak kongsikan pasal minumam kegemaran Khadeejah di Dubai dalam blog..
Nanti kalau Khadeejah dah besar boleh la bercerita dengan dia disamping mengabdikan memori semasa kami di Dubai..
Bukan pasal air kotak je Kay nak kongsikan, inshaaAllah akan ada lagi pasal makanan yang akan Kay kongsikan..

Walaupun ini adalah kegemaran Khadeejah, tetapi Kay had kan 1 kotak untuk 1 hari.. Tak boleh minum banyak-banyak...Kena minum air masak je banyak-banyak..

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!


Sebenarnya, sebelum Kay tulis pasal entry minuman Suntop ni, Kay ada berkongsi gambar Sunset dari anjung rumah Kay..Kebetulan hari ini Kay bercerita pasal yang berkenaan perkataan "Sun"..hehehe ..Gonna miss this view kalau balik Malaysia for good..sobsobsob..



Inilah rupa minuman kegemaran Khadeejah Bella...Sun Top..Tak silap Kay Suntop ni ada 2 jenis perisa je iaitu Oren dan Mangga..Khadeejah Bella suka perisa Oren.. Kay dapat tahu pasal minuman ni dari adik lelaki Kay yang pernah berkunjung ke DUbai pada 2013 yang lepas.. Kebetulan dia belajar di Mesir, dan minuman ni dia dah minum masa di Mesir..Dia lah promot untuk minum air Suntop ni..Memang sedap la..Sejak dari hari itu, Kay memamn beli air jenama Suntop..Kadang-kadang jenama Rani...Tapi Khadeejah Bella kurang sedikit dengan jenama Rani, itu yang Kay tak beli sangat....


Bahagian lagi satu tertulis perkataan Suntop dalam huruf hijaiyah..ataupun Arabic Letters..Oren dalam bahasa Arab ialah. Burtukol..Rich in Vit C dalam bahsa Arab ialah Ghani Bi Vitamin C..Kay boleh la faham sikit sikit bahsa Arab tu..heheheh

Dibahagian tepi ni tertulis kandungan dalam minuman Suntop. Suntop ni dibuat di Saudi Arabia..
Bahagian tepi lagi satu, ditulis minuman Sun Top tiada pengawet, pewarna tiruan, pemanis tiruan, dan juga perasa tiruan


Thursday, April 10, 2014

A Visit to The Dubai Mall Dino 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pasal rangka dinosor yang diletakkan di Grand Atrium, Dubai Mall..
Sebenarnya Lau Kong ajak Lau Po ke Dubai Mall sebab nak beli coffee maker di Sharaf DG..
Kay ok je sebab Dubai Mall memang dekat dengan rumah..
Fikir-fikir setakat beli coffee maker lepas tu balik, tak best pulak..Makanya Kay teringat yang Dubai Mall ada penghuni baru!!!
Iaitu rangka dinosor yang sebenar!!!
Makanyan, Kay nak ajak la Khadeejah Bella ke sana..
Sebab asyik tengok kartun pasal dinosor, apa kata kita tengok rangka dinosor yang ditunjukkan secara PERCUMA!!..

Mengapa perlu datang dan lihat rangka dinosor ni di The Dubai Mall? Jawapannya ialah, no comparable exhibit, with nearly all bones completing the skeleton, exists elesewhere!!

Cerita banyak-banyak tak best so enjoy some pics!!!

Sekian, terima kasih..

Pamplet yang menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan pameran dinosor tersebut yang belum ada nama..Ada pertandingan yang The Dubai Mall buka kepada orang ramai untuk memberikan nama kepada dinosor ini..

Haa....itu dia.penghuni baru the Dubai Mall yang terletak di Grand Atrium. Rangka dinosor ini akan menjadi penghuni tetap (selama-lamanya di dalam mall).  Rangka dinosor ini telah dijumpai pada tahun 2008 di Dana Quarry in Wyoming, USA. Is dijumpai dalam posisi tidur. Hampir 360 tulang masih bersambung. Cuma bahagian ekor dijumpai dalam keadaan pecah mungkin akibat dari digigit oleg haiwan pemangsa yang lain ataupun trauma hasil daripada perhagunan ekor (tail fight).The Dubai Mall telah MEMBELI rangka dinosor ini !!!

Kecik saja kepala dinosor ni..Very little blood supply was needed to its tiny brain. Blood pumped up every 10 minutes was good enough. Dinosor ini adalah herbivore iaitu hanya makan tumbuhan. Leher yang panjang memudahkannya untuk hayun kek kiri dan ke kanan dengan cepat dan mudah untuk mencapai daun di atas pokok. Dinosor ni terus telan keseluruhan dahan dan daun tanpa mengunyah. Berat dinosor ini sama berat dengan 5 ekor gajah dan tingginya islsh 7.6 meter ( sama tinggi dengan 5 orang dewasa berumur 25 tahun). Panjang rangka dinosor ini ialah 24.4 meter ( sama macam 5 buah kereta)

Ini adalah tulang bahu dari dinosor yang lain. Ia dipamerkan supaya dapat dilihat dengan lebih jelas oleh para pengunjung.

Apa yang dipamerkan di Grand Atrium, The Dubai Mall ialah rangka sebenar salah satu long-necked, whip-tailed Diplodocidae yang berusia lebih dari 155 million tahun!!This dinosaur belongs to the family, Diplodocidae, derived from the Greek words diplos (double) and dokos (beam). The name Diplodocidae, refers to the bones resembling two beams located under its tail. These bones helped the dinosaur to lift its mighty tail.

Imunisasi Ayshah Bella 4bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan perkembangan Ayshah Bella yang kini berusian 4 bulan..
Cepat sungguh masa berlalu..
Pada 5 April 2014, hari Sabtu yang lepas, Kay bawa  Ayshah Bella ke UniCAre bagi tujuan imunisasi..
Imunisasi kali ni sama macam imunisasi pada bulan kedua yang lepas, cuma kali ini ialah dos kedua..

Cerita banyak-banyak tak best so enjoy some pics!!


Sekian, terima kasih.
Kami bergerak ke UniCare yang terletak dalam BurJuman menaiki Metro. Kami keluar rumah dalam pukul 1045 pagi sebab temujanji pukul 1150 pagi. Kami sengaja datang awal dengan harapan cepat pergi dan cepat balik. Sebabnya lepas imunisasi kami nak terus balik ke rumah supaya Ayshah Bella dapat berehat..Kalau ikut kan hati Kay, nak ber window shopping di BurJuman!!! Heheheeh..Kami naik Metro sebab sekarang ni BurJuman tengah dinaik taraf. Makanya parking kereta yang terletak berdekatan dengan UniCare ditutup...Jauh nak parking kereta..Jadi, malas nak parking, kami pun naik Metro yang stesen nya betul betul berhenti berdekatan dengan UniCare!!

Kami tinggal berdekatan dengan stesen Metro Emirates Tower. Untuk datang ke BurJuman, kami perlu turun dia Stesen Metro BurJuman. Tahun lepas perhentian stesen metro ni bernama Khalid Bin Al Walid....Perhentian stesen Metro BurJuman ni merupakan tempat pertukaran antara Laluan Hijau dan Laluan Merah...Ga,bar diatas ialah dinding yang diletakkan gambar yang menunjukkan aktiviti ekonomi Dubai dahulu..Antaranya ialah pengeluaran mutiara..

Sementara menunggu giliran untuk imunisasi Ayshah, Khadeejah Bella makan snack (strawberry dan hotdog) yang Kay bekal kan.

Nurse bernama Binoo tengah buka pampers Ayshah sebagai persiapan untuk menimbang..Berat Ayshah Bella kali ni  ialah 5.5 kilo dan panjangnya ialah 59cm. Jumlah keseluruhan imunisasi kali ini ialah 1300dirham..

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...