Wednesday, May 7, 2014

Potty Training for Khadeejah Bella

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman Kay mengajar Khadeejah Bella kencing dan berak di bekas atau dalam English, Potty Training.
Kay mulakan training ini pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan 3 May 2014.
Kira kira Khadeejah Bella 3 tahun 1 bulan 1 minggu.
Khadeejah pun dah banyak cakap maka memudahkan urusan pengajaran. 
Sebelum Kay mulakan potty training, Kay dah mulakan perkataan perkataan seperti cangkung, buka pampers, buka seluar, kencing, berak, jamban, toilet.
Kay pun dah ajar Khadeejah untuk buka seluar sendiri dan pakai seluar sendiri.
Alhamdulillah dalam masa 3-4 hari Khadeejah Bella dah pandai kencing dan berak di bekas yang disediakan!!
Mula- mula masa nak dibiasakan Khadeejah untuk tak pakai pampers, Khadeejah ada juga minta untuk dipakaikan pampers selepas mandi. Tapi Kay cakap, siang tak pakai pampers, bila malam baru pakai pampers.
Kay mulakan pottry training hari Sabtu sebab Lau Kong ada dirumah (cuti hujung minggu).
Maka kami bergilir-gilir pantau Khadeejah. Kejap - kejap kami akan tanya, "kakak nak kencing? Kakak nak berak?""Kalau nak kencing buka seluar dan cangkung"

Cerita banyak-banyak tak best..Enjoy some pics below..


Sekian, terima kasih.


Kay letakkan bekas diatas lapik getah. Satu Kay letak di ruang tamu, tempat yang Khadeejah Bella selalu tengok cartoon.

Satu lagi Kay letakk didalam bilik dimana Kay selalu baring dengan Ayshah Bella. Disebabkan Ayshah  Bella baru 4 bulan 2 minggu dan baru meniarap, makanya Kay habiskan masa dengan baring dengan AYshah Bella di atas katil..Bila KHadeejah Bella masuk ke bilik, Kay akan tanya sama ada dia nak kencing atau tidak. Kalau nak kencing, bekas dah tersedia.


Haa..Gambar yang ini Kay nak kongsikan kerusi tempat Khadeejah Bella terbabas. Dia terkencing sedikit diatas kerusi komputer.  Nasib baik sekarang musim panas. Kay bersihkan kerusi tersebut dan jemur di balkoni. Tiada masalah. Cuaca panas dan kerusi cepat kering..hehehe

Yang ini pula tempat Khadeejah Bella berak dalam seluar masa duduk diatas kerusi biru tu. Nasib baik tahi dia berketul-ketul macam tahi kambing dan tahi tersebut tersangkut dalam seluar. Makanya Kay angkat Khadeejah ke bilik air dan buka seluar dalam bilik air. Alhamdulillah itu sekali sahaja Khadeejah Bella berak dan terbabas kencing. Keesokkan harinya, Khadeejah Bella dah pandai. Tiada lagi terbabas. Cuma pada hari dia berak sendiri di dalam bekas, Kay didalam bilik menjaga Ayshah Bella, Kay terdengar Khadeejah panggil "Mama, mama..nak peluk.." Kay pun jawab la dari dalam bilik, "MAri lah datang ke Mama" Tapi dia tak masuk-masuk bilik..Makanya Kay keluar ke ruang tamu dan rupa-rupanya Khadeejah dah pandai berak dalam bekas..Makanya Kay bawa dia ke bilik air dan basuhkan kemudian Kay bagi hadiah choclate kegemaran Khadeejah Bella iaitu Smarties....Ape lagi tersenyum lebar la Khadeejah Bella...hihihihi..Sekarang ni Khadeejah Bella tak berapa suka pakai pampers. Kalau Kay pakai kan pampers, dia akan buka juga kalau nak kencing. Dia tak nak kencing dalam pampers lagi..Tapi bila malam nak tidur, Kay masih akaikan dia pampers....

1 comment:

  1. salam

    singgah sini baca cter potty training anak.. saya pun tgh PT anak,, ari pertama ari nie.. mmg mencabar hiihihihih

    ReplyDelete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...