Monday, June 30, 2014

Pengalaman kali pertama berpuasa di Dubai

Assalamalaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak tulis pasal pengalaman pertama kali berpuasa di Dubai.
Alhamdulillah Kay dapat bertemu dengan bulan Ramadhan Kareem 2014.
Sejak duduk di Dubai, tahun ini kali pertama berpuasa di Dubai.
2 tahun sebelum nya, Kay berpuasa di Malaysia dengan emak.
Untuk pengetahuan, sekarang  ni bulan Julai dan Dubai tengah panas. 
Kebetulan Lau Kong sekarang berada di Beijing.
Kay berpuasa bertemankan Khadeejah Bella dan Ayshah Bella sahaja la....
Berpuasa macam biasa..
Cuma bila Kay baca Al Quran lepas solat, Kay teringat kenangan Kay bertadarrus Al Quran dengan Mak.
Kay akan baca, dan mak akan dengar bacaan Kay..
Tahun ni Kay baca seorang sahaja..

Alhamdulillah, jiran Kay berbangsa Indonesia ada bagi kurma segar yang di beli di Shindagha Fish Market (sejak berada di Dubai ni Kay tak pernah menjejakkan kaki ke Shindagha fish market. InshaaAllah kalau ada rezeki, Kay nak pergi juga ke Shindagha Fish Market tu..Kalau Kay pergi, of course la Kay akan update dalam blog!!!)

Market yang Kay pernah pergi di Dubai ni ialah Karama Fish Market.
Sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/search/label/Al%20Karama%20Market%20Dubai

Memandangkan Kay seorang sahaja dirumah, makanya menu berbuka puasa ialah Nasi Mandy Kambing.

Enjoy some pix below!! Gambar di bawah tiada kena mengena dengan tajuk entry..hahahah


Sekian terima kasih.

yang ini kucing yang Kay belikan untuk Khadeejah Bella memandangkan dia sangat suka kan kucing. Kay pula tak berapa gemar kucing. Kalau Khadeejah Bella nak bela kucing boleh, tetapi dengan syarat Khadeejah dah pandai jaga kucing (buang najis kucing, bersihkan dan bagi makan) Memandangkan Khadeejah baru 3 tahun, maka nya Kay bagi la main dengan kucing mainan ni yang berharga 10 ringgit. Kay beli di Masjid India Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, Kahdeejah dah ada seekor kucing yang berwarna putih. Kucing tu Kay beli di Dubai. Tak pasti kat mana.Mungkin Kay beli di Naif. Berharga 15 dirham. Kucing putih tu dah banyak kali "cedera" akibat jatuh dari meja sehingga pernah satu ketika tak berbunyi dan bergerak. kay ingat dah rosak. Tapi beberapa hari kemudian kucing tu "hidup @ sehat" kembali.

Bagus juga ada 2 ekor kucing ni. Satu untuk Khadeejah Bella dan seekor lagi untuk Ayshah Bella. Memang berbaloi Kay beli kucing ni sebab Ayshah suka dengar bunyi kucing dan dia akan bergerak (menolak badan sehingga menghampiri kucing tersebut). Ouh..Ayshah dalam proses mengukuhkan kekuda untuk merangkak. Jadi Kay banyak letakkan Ayshah dia atas tila supaya dia boleh berlatih dan menguatkan anggota badan sebagai persiapan untuk merangkak.

Friday, June 27, 2014

Majlis untuk Kak Hayati Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pasal majlis yang Kay buat khas untuk salah seorang kakak yang Kay kenal masa berada di Dubai.
Untuk pengetahuan, Kak Yati akan pulang (back for good) ke bumi bertuah Malaysia pada 1 July 2014.
Memandangkan Kay pernah ajak Kak Yati datang ke rumah (girls date dengan tema red lipstick) maka hari ini tertunailah.
Kay susah juga nak ajak kawan-kawan datang ke rumah. Sebab kalau kawan-kawan nak datang ke rumah, Kay MESTI pastikan makanan dan minuman ada. Kay tak berapa gemar kalau tetamu tidak dilayan dengan baik. Ditambah lagi dengan kehadiran 2 tuan puteri, jadi agak sukar untuk masak banyak-banyak.
Kay juga PANTANG kalau orang nak datang ke rumah tanpa memberi sebarang notis (chewahhh macam orang nak berenti keje pulak bagi notis..hahah)

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Semua makanan mendapat pujian. Hinggakan air sirap Kay pun SEDAP katanya..

Kay tak ajak ramai kawan sebab majlis ini adalah untuk Kak Yati dan kuasa untuk memilih kawan terletak pada orang yang diraikan iaitu Kak Yati.
Lagipun Kay tak boleh terima ramai tetamu memandangkan ada anak kecil.

Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pix.


Sekian terima kasih.
Senang je nak masak. Pakai rempah yang dah siap. Cuma tambahkan air. Tak perlu tumis.

Majlis adalah pada 26 hb. Tapi malam 25hb tu Kay dah buat persiapan amcam rebus telur. Kat telur tu ada tulis production date dan expiry date. Kebanyakan telur di Dubai berwarna putih. Tapi ada je jual yang kulit coklat macam di Malaysia.

Ini kuah mee bandung yang dah siap! Kay gunakan air rebusan tulang lembu. Untuk  pengetahuan, air rebusan tulang yang pertama Kay buang sebab ada bau hamis. Kay gunakan air rebusan tulang yang kedua.

Mee kuning dan bihun yang akan Kay celur pada 26 hb nanti.

Pada 26 hb, Khadeeejah Bella tolong Kay buat air sirap. Untuk pengetahuan, pada malam 25 hb Kay dah buat air gula dan air batu siap siap. Pada 26 hb terus bancuh sahaja.

Nasi impit dan carikan daging ayam

Telur yang telah siap dipotong untuk dimakan bersama mee bandung.

Kek coklat yang Kay buat sendiri!! AL Kisah pasal kek ni, Khadeejah Bella sibuk nak makan kek cokelat. memandangkan semua bahan ada di dapur, maka Kay buatlah kek cokelat ni. Ada 2 loyang. Loyang pertama dah habis. Jadi tinggal la loyang kedua. Kebetulan Kay nak buat majlis dan kek ni ada. Maka Kay hidangkan. Alhamdulillah..Tetamu cakap kek ni sedap...Resipi nya Kay tengok kat blog orang lain...heheheh

Meja yang telah siap dengan hidangan.

Khadeejah Bella gembira sebab ada kawan-kawan datang ke rumah.

Kay dan Kak Hayati Puasa

Antara tetamu yang hadir.

Kak Shidah (anak jati Johor) dan Kak Mimi (orang Kedah)

Bergambar beramai-ramai dengan orang yang diraikan.

Wednesday, June 25, 2014

Khadeejah Bella jumpa Mak Long Juliana

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ni Kay nak bercerita pasal Khadeejah Bella berjumpa dengan Mak Long.
Kebetulan Mak Long baru balik dari berjalan di Eropah dan kami dari Dubai balik sebentar di Malaysia.
Kebetulan Mak Usu dari Sibu pun ada di Kuala Lumpur.
Memang seronok la kami semua.
Cerita banyak banyak tak best so enjoy some pics!

Sekian terima kasih.
Alhamdulillah..Khadeejah Bella salam MAk Long. Ingat kan Khadeejah tak mau salam Mak Long. Al Maklum lah dah lama sangat tak jumpa Mak Long sejak dari hari raya tahun 2013.

Mak Usu, Khasmah..Kami semua bersarapan di Impiana Hotel. Lepas bersarapan Mak Long hantar kan kami ke Sg Wang Plaza. Apa lagi...Membeli belah la.....Kami makan kenyang-kenyang di hotel sebelum misi menghabiskan duit..hehehehehe

Kay bergambar dengan hadiah yang Mak Long Juliana belikan untuk Mak a.k.a Opah. Hadiah nya ialah subang jenis paku. Dari pemandangan mata Kay, tak  silap emas 18 karat. Mak Long beliakn untuk Opah sempena Mother's Day. Wah..Kay posing macam model la...hahahahaha

Ini antara baju yang Mak Long belikan untuk anak buah nya Khadeejah Bella dan Ayshah Bella.

Baju ni agak besar tapi tak apa sebab bila besar, Khadeejah dan Ayshah boleh guna....

Terima Kasih Mak Long Juliana ku sayang diatas tanda ingatan. Kay dan Lau Kong juga masing masing mendapat sehelai baju....Muaahhhh

Telekung untuk Mak dan Mak Cho

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak tulis pasal telekung..
Hahahah..macam dah tak ada cerita jer..
Tapi tak ape lah..saja je Kay nak tulis...
Al Kisah..Buat masa sekarang ni mak Kay duduk dengan kakak yang sulung bernama Puziah Bt Hj Ahmadiah di Kuala Lumpur sebab mak sekarang banyak follow up di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan juga Institut Jantung Negara (IJN).
Nama panggilan Mak Cho. Perkataan Cho adalah singkatan bagi Besor atau orang Perak panggil Cho.
Mak Cho sangat teliti dalam menjaga Mak..Kay bersyukur sebab ada Mak Cho yang sudi menjaga Mak daripada orang gaji Indonesia yang jaga Mak. Bak masih bekerja jadi tidak dapat menumpukan perhatian pada Mak.
Memandangkan Mak Cho jaga Mak, Kay pun tanya lah apa buah tangan yang Mak Cho nak dari Dubai.
Jubah atau kain ela. Mak Cho cakap dia tak pakai jubah dan kain ela..dia minta telekung..
Buat pengetahuan, di Dubai ni jarang dapat jumpa telekung yang 2 helai (bahagian kepala dan kain) sebab kat Dubai ni jenis telekung yang satu helai (dia bercantum bahagian kepala dan bahagian kain).
Lagipun orang kat Dubai ni  pakai jubah, jadi mereka terus solat pakai jubah atau pun pakai stokin dah memadai untuk solat.
Kay ingat apa yang dihajati oleh Mak Cho. Kay ada juga buat survey online. Ingat nak beli telekung online.
Kebetulan Kay balik ke Malaysia pertengahan bulan 6 dan kebetulan adik ipar Kay @ Mak Usu dari Sibu turut berada di Kuala Lumpur.
Haa...apa lagi, teman untuk berjalan dah ada..Kami berempat (Kay, Mak Usu, Khadeejah Bella dan Ayshah Bella) pun pergi la ke Masjid India.
Kebetulan Mak Usu nak cari tudung dan juga baju raya untuk kami sekeluarga di Sibu dengan tema warna oren.
Kami bersarapan di hotel dan kemudian terus naik teksi ke Masjid India dari Impiana Hotel. Harga bayaran teksi ialah 8 ringgit mengikut meter tapi Kay bagi 10 ringgit.
Memandangkan kami pergi pagi dalam pukul 1030 pagi, jalan tak sesak dan Masjid Inida belum ramai orang.
Bila balik dalam pukul 4 petang, teksi yang kami tahan tak menggunakan meter. Dia minta 15 ringgit.
Kay terus setuju sebab dah petang dan agak sukar nak dapatkan teksi ditambah lagi dengan Khadeejah Bella dan Ayshah Bella yang dah kepenatan.

Kay pun teringat nak beli telekung..Alhamdulillah..jumpa juga telekung yang dihajati dengan harga yang berpatutan. 

Alhamdulillah juga, Khadeejah Bella memberikan kerjasama yang baik semasa kami membeli baju raya dan telekung. Ayshah Bella pula diam sahaja sebab bersangkut di baby carrier

Jom tengok gambar dibawah..

Sekian terima kasih.
Tada..inilah dia telekung untuk Mak Cho. Bersulam warna cokelat. Kain cotton yang lembut, tak panas dan yang penting tak jarang. Berharga 100 selepas ditawar. Kalau tak tawar, berharga RM150.

Telekung ni ada beg. Mak Cho sangat gembira dan berpuas hati. Mak Cho kata dia nak gunakan untuk dibawa ke solat terawikh nanti. Kay juga sangat berpuas hati sebab untuk pengetahuan, kedai ni kedai pertama yang Kay tengok telekung,. Tapi Kay tak terus beli. Kay pergi jalan lagi untuk lihat di kedai yang lain. Tetapi tak jumpa telekung yang berkenan. Ada telekung yang banyak renda dan berharga RM250. Kay tak berkenan sebab banyak sangat renda ..takut tak khusyuk pula untuk bersolat disamping harga nya yang diluar bajet Kay. Kay ada juga mintak kurang harga tapi tukang jual tu macam tak nak bagi kurang. Kay ada tanya ni telekung dari Indonesia ke? Makcik tukang jual cakap iya..kebanyakan telekung dari Indonesia..Telekung yang berharga beribu pun daripada Indonesia..(Ada ka telekung harga beribu?? Mungkin ada kot..cuma Kay je yang tak tau) ..heheheh

Yang ini pula Kay bagi Mak. Sebenarnya tak ada plan pun nak bagi kepada Mak. Tapi sebab dah bagi pada Mak Co, Kay rasa elok lah diberikan pada Mak juga. Lagipun warna biru dan Kay suka. Jadi Kay beli la 2 telekung. Sebenarnya ada warna hijau. Kay ingat nak belikan Mak Mertua, tapi duit dalam tangan tak cukup. In shaa Allah lain kali Kay belikan untuk Mak Mertua pula.

Memang puas hati la dapat menunaikan hajat Mak Cho untuk memiliki telekung yang elok dan cantik. Yang penting harga berpatutan. Dan yang membuatkan KAy gembira ialah Mak Cho dapat solat terawikh tahun ini (2014) dengan telekung yang Kay belikan ni..heheheh







Monday, June 23, 2014

Ecco Shoes


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan koleksi kasut Kay!!(macam banyak kasut jerrr..)
Sebenarnya Kay tak ada la banyak sangat koleksi kasut.. Kay beli sepasang dua kasut, lepas tu pakai sampai lunyai..
Kasut lama Kay ialag skechers..Dah pakai hampir 3 tahun..Masih elok lagi tapi dah nampak buruk la...
Makanya Kay nak beli kasut baru..Kami ke KLCC (masa tu kami balik ke Malaysia dalam 10 hari).
Kebetulan skechers ada sale!! Itu yang kami masuk ke dalam kedai tu..
Malangnya, Kay tak jumpa kasut yang berkenan di hati..

Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pixx!!!

 Sekian, terima kasih...




Ada tempat ukur kaki bagi kanak-kanak!! itu yang Kay amik gambar tu...heheheh
Yang ini pula, kalau kita beli ksaut, kita akan dapat 1 token. Jadi boleh la masukkan token dalam tempat tu. Memandangkan Lau Kong ada beli satu kasut Skechers, makanya dapat la satu token. Gembira Khadeejah sebab masa kami tengah pilih-pilih kasut, dia sibuk tunjuk-tunjuk tempat tu...

Kay berminat dengan kasut tu..Tapi bila pakai, tak selesa pula bahagian belakang kaki tu.. Sales girl tu kata, kalau tak nak sakit kaki atau melecet kat belakang tu, sapukan lilin. Kalau perua orang dulu-dulu, kita gigit belakang kasut tu...Keputusan nya Kay tak beli la kasut tersebut...Kami meneruskan misi mencari kasut..Dan akhirnya......

Tadaaa....Kami masuk ke dalam kedai ECCO. Kay dah lama usha kedai ni kat Dubai..Tapi tak terbuka hati nak beli..Tetiba masa kat Malaysia, hati nak beli...bukan sepasang kasut sahaja....tapi 2 pasang!!! Lau Kong bermurah hati nak belanja..Kiranya beli kasut raya lah nih....

Sementara Lau Po sedang mencari kasut yang sesuai, Lau Kong sabar menjaga Ayshah Bella...





jeng jeng jeng......ini cinta pandang pertama..Kay memang nak cari kasut warna hitam dan tak nampak sporty sangat..Kasut ini menepati kriteria Kay..cuma harga nya Kay fikir 2 kali juga...Tetapi Lau Kong tengah bermurah hati, makanya Kay rembat la kasut ni...Memang sangat sedap..Kay masuk sekali sahaja kaki dalam kasut ni!! Memang tak ada rasa sakit dan tapak nya ringan. Jurujual tu cakap sebab 100 peratus kulit. Kay sempat bertanya apa yang membuatkan kasut ini mahal dan negara pengeluar kasut ni...KAsut ni adalah barangan keluaran Denmark.Yang membuatkan kasut ini mahal ialah tekcologi injection dimana kasut dan tapak melekat sekali. Kiranya tidaka akan ada masalah kasut lekang.  Lagi satu yang menarik dengan kasut tu ialah, tapak kaki nya kita boleh basuh!!! Kalau kaki kita berpeluh  dan alas kaki tu berbau busuk, boleh basuh alas tapak kaki itu!!!! Harga kasut tu ialah RM389


Ha..yang ini Kay nak tunjukkan satu lagi kasut..Warna Bronze..ini kira kasut raya la...Kasut hitam tu kasut untuk dibawa kemana-mana..kira nak pakai lasak la ..tapi kasut yang ini pula untuk pergi jalan-jalan ke tempat yang tak kotor atau berdebu (kat Dubai ni semua berdebu sebab padang pasir kan..melainkan shopping mall!!!!) NAma kasut tu ialah Moon Rock Universe. Harga nya 439..New Arrival...

Saturday, June 21, 2014

Arte Market di Times Square Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ni Kay nak kongskikan pasal pasar seni atau ARTE MARKET..
Kebetulan Kay termasuk dalam Arte Market pada Jumaat yang lepas di Times Square.
Sebetulnya, kami ke Times Square sebab nak teman Lau Kong beli handphone baru memandangkan handphone SAMSUNG Note 3 tu dah macam bagi signal bila-bila masa je nak rosak.
Untuk tidak mengambil risiko, Lau Kong nak beli handphone baru dan pindahkan segala nombor telefon yang maklumat penting ke handphone yang..
Haa...sebenarnya iphone 4 Kay pon masuk air..Bukan air sebarangan, tapi air kencing Ayshah Bella...
Kisahnya macam ni..Kay letak iphone tu kat craddle Ayshah..Lepas mandi petang Ayshah, Kay letak la Ayshah kejap lepas tu pi cari barang..Masa tu jugak la Ayshah kencing atas tilam tu..Terkena la iphone tu..
Kay cepat-cepat la lap..Tapi air ada termasuk juga.. Lepas tu skrin tu ada keluar garis-garis. Kay dah cuak sebab ada 6000 lebih gambar yang Kat belum transfer dalam komputer.
Kay pon cepat-cepat keringkan pakai pengering rambut lepas tu terus transfer gambar ke komputer. Masatu Kay ada nampak tompokan air dah meresap kat skrin.
Apa-apapun Kay bersyukur sebab lepas 2-3 hari tompokan air tu dah kering dan iphone Kay SELAMAT!!
Gambar pon dah selamat di transfer ke komputer. DUIT PON SELAMAT!! heheheh

ok back to the story, lets enjoy some pixx below!!



Itu Lau Kong tengah tengok SAMSUNG DUAL SIM..Tapi akhirnya LAu Kong piling handphone Lenovo, iaitu jenama China..juga DUAL SIM..Kami nak try jenama lain la..Dah pakai Iphone, SAMSUNG, Nokia..

ARTE MARKET ni ada di aras 1 dan juga Aras 2 di dalam TIMES SQUARE. Arte Market ni diadakan sekali dalam sebulan.


Yang ini menjual patung buatan tangan.

YAng ini barang perhiasan wanita macam rantai gelang dan cincin.

Ada juga yang menjual hasil lukisan!!!

yang ini pelekat kereta..Macam -macam tulisan  la yang ada..


yang ini pula menjual tutu dan perhiasan kepala khusus untuk kanak-kanak!

Lagi meja yang menjual perhiasan wanita.

Yang ini kedai jual kotak yang diperbuat dari kayu!


Sekop kepala!!


Yang ini menjual hasil crochet..Atau kait..

Yang ini pula menjual sabun yang diperbuat dari sabun UNTA!!

Yang ini pamplet pasal perkhidmatan yang diberikan.. Kalau kita nak tempah barang perhiasan untuk majlis-majlis.

Yang ini ada juga yang menjual hasil dari clay polumer. Turut mengadakan kelas untuk ibu ibu dan anak anak yang berminat...

Yang ini pula menjual produk kelapa dara..

Ouh..ada juga ramai orang yang menjual cupcakes!!salah satu daripadanya ialah Sweeeet Tooth...
Sekian, terima kasih...

How to apply Certificate of Status For Sarawak Purpose if the applicant is the wife

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Tajuk entry kali ini ada serius sikit..heheh.. Masuk kandan...