Thursday, July 24, 2014

Pengalaman kali pertama Khadeejah Bella ke klinik gigi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Haa.. Kay dah 5 hari berada di Bumi tercinta.. Malaysia..
Sepanjang 5 hari di Malaysia khususnya di Sibu, banyak yang berlaku dan Kay tak sempat nak tulis.
Apa apapun entry kali ni Kay bersemangat nak tulis sebab ini kali pertama Khadeejah Bella jumpa doktor gigi!!
Cerita banyak banyak tak best so lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Semalam kami ke Klinik Pergigian Lanang untuk cek gigi kami anak beranak. Kay kene tampal satu gigi. Khadeejah pun kene tampal juga. Memangdangkan terlalu banyak temujanji di klinik Lanang, nurse mencadangkan untuk kami ke sekolah yang berdekatan bagi menampal gigi Khadeejah. Ouh Kay baru tahu!! Semestinya percuma. Perlu bawa kad gigi Khadeejah ke klinik gigi di sekolah berkenaan sahaja. Mudah.

Khadeejah Bella tak takut langsung jumpa doktor gigi. Tanpa disuruh, dia dah bula mulut. Sebagai hadiah, doktor tu bagi Khadeejah Bella sticker MInnie Mouse, sama seperti kartun yang terdapat di baju dia tu... Nampak tak t shirt warna kuning tu? Hehehe

Keesokan hari nya kami ke Sekolah Rendah Thian Chin yang terletak berdekaan dengan rumah Nenek. Sebelum kami ke sekolah tu, Kay telefon Klinik Pergigian Lanang untuk bertanyakan dimanakah sekolah yang mempunyai klinik gigi yang terletak berdekatan dengan rumah nenek. Tak semua sekolah ada klinik gigi! Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Kali pertama Kay masuk ke dalam, terkejut juga sebab cantik klinik nya!

Kay sempat memuji kecantikan klinik tersebut! Nurse disitu cakap klinik tu baru lagi! Baru dibuka pada tahun ini(2014). Ouh rezeki Kay juga datang hari ini sebab kalau nurse nurse tiada di sekolah atau urusan travelling, tak dapat la Khadeejah Bella mendapatkan rawatan disini. Kay perlu ke sekolah yang terletak di kawasan bandar antaranya Sekolah Methodist, SEDC No. 3 dan Sekolah abang Ali.

Antara ruangan di dalam klinik.

Sebetulnya ada banyak gigi Khadeejah yang perlu ditampal teutamanya gigi dibahagian depan atas. Tetapi nurse beritahu, takut tampalan tak melekat atau mudah tertanggal. Maka nurse mencadangkan agar gigi bahagian depan atas tidak perlu ditampal memandangkan gigi tersebut cepat tanggal dalam usia 4,5 atau 6 tahun. Gigi akan longgar sendiri. Yang perlu diberi perhatian ialah gigi gerahama sebab gigi tersebut lambat untuk tanggal. Mungkin darjah 3,4 atau 5.

Kali ini, Khadeejah ada nangis sikit. Ditambah pula dengan keadaan bangun pagi yang tidak lancar. Dia ads merengek pagi tadi. Entah apa yang tak kena.. Hahahah.. Apa apapun, walaupun nangis, Khadeejah tetap buka mulut! Alhamdulillah so far Khadeejah Bella memberikan kerjasama yang baik.. Hehehe.. Diharapkan bila Kay bagi pendedahan awal kepada Khadeejah, dia tidak akan takut untuk berjumpa doktor gigi! Sebab bapa mertua Kay sangat takut untuk berjumpa dengan doktor gigi! Mungkin pengalaman waktu kecil yang memberikan kesan sampai sekarang.


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...