Sunday, July 6, 2014

Play Area di dalam Babyshop Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ni Kay nak tulis pasal tempat kegemaran Khadeejah Bella.
Bukan Khadeejah je yang suka datang sini, Kay pun suka datang sini..
Lukisan dan warna yang terang dan menarik.
Babyshop merupakan tempat yang menjual barangan kanak-kanak seperti baju, mainan, buai, bouncer, nursing chair, breast pump, dan sebagainya. Kiranya one stop center untuk beli barang keperluan anak-anak baik di peringkat bayi atau pun kanak-kanak.

Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pics!

Sekian terima kasih.


Kay datang ke sini untuk membeli buai jenama GRACO untuk Ayshah Bella. memandangkan Ayshah dah tak mahu duduk di kerusi bouncer sebab dah mula nak roll over dan merangkak. Kebetulan Lau Kong nak keja luar kawasan ke Beijing, makanya Kay memeelukan alat bantuan untuk menjaga Ayshah sementara untuk menyelesaikan Khadeejah pula..macam nak suap makan, nak basuh berak, nak mandikan dan sebagainya.

Khadeejah Bella yang melompat kegembiraan. Lagi 2 orang kanak-kanak kat belakang tu ialah warga Mesir. 3 beradik bermain sementara menunggu ibu membeli barangan mereka.

Yang berbaju merah jambu tu ialah kakak sulung berumur 7 tahun. Pandai menjaga adik-adik nya.

Khadeejah gembira dapat naik sampai ke atas. NAmpak tak kepala dia kat atas tu?heheh Siap lambai tangan tu...

Bermaian dengan walker. Kay bagi Khadeejah main puas-puas supaya bila pulakng ke rumah dia tidur kepenatan. Jadi Kay boleh la buat kerja rumah...hehheheh

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...