Sunday, September 7, 2014

Sisters in Dubbay


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Fuh fuhhh... Berhabuk blog sebab dah lama tak update sejak balik dari beraya..
Kali ni Kay mesti update.. Sebab kalau tak tulis cerita panas ni, entah bila Kay nak tulis..
Ouh ...Khadeejah bakal memasuki sekolah tadika.. (Kay akan kongsikan di entri yang akan datang ok).
Berbalik kepada tajuk entri.. Iaitu adik beradik perempuan Kay datang bercuti di Dubai!!
Deme ( bahasa Perak ) datang pada 30 Ogos 2014 hingga 5 Sept 2014.
Banyak juga halangan untuk deme datang sebab adik perempuan Kay ( a.k.a Maksu)masih menuntut di menara gading manakala kakak sulung Kay (Mak Long) bekerja.
Apa apapun Alhamdulillah.. Kay berpuas hati dengan aktiviti yang kami lakukan sepanjang tempoh berada di Dubai walaupon...
1) Lau Kong sibuk sebab ada meeting selama 3 minggu berturut-turut 
2) Musim panas di Dubai yang sedikit sebanyak mengganggu mood untuk berjalan
3) Anak anak yang masih kecil juga merupakan salah satu cabaran bila nak berjalan-jalan sebab anak nak menyusu badan, anak nak makan, anak nak tidur dan sebagainya

Baiklah.. Nak tahu apakah aktiviti kami adik beradik sepanjang tempoh yang singkat semasa di Dubai?

Lets enjoy some pixx!!!

Sekian, terima kasih..

Haa..sampai je dari airport, kami terus bawa Mak Long dan Mak Su makan malam di Hard Rock Cafe Dubai. Mak Long pon ada nak belikan buah tangan yang dipesan oleh boss.Kemain kami bergaya depan lensa kamera!!! Budget macam retis atau Kardashians Sisters!!!!!!bhahaha

Itu dia...Mak Long happy dapat beli buah tangan disamping menambahkan koleksi peribadi beliau..So far Mak Long dah menjelajah Hard Rock London, Paris, Amsterdam dan kali ini di Dubai!!Kemain..

Yang ini pula dipagi hari Merdeka yang ke 57 Negara Malaysia tercinta..Mak Long siap bawa bendera. Jadi sebelum kami meneruskan aktiviti menjelajah Dubai, kami luangkan sedikit masa untuk bergambar adik beradik dengan bendera Malaysia dengan baju yang bertemakan bendera Malaysia iaitu Merah, Biru dan Kuning!!!Meriah..Walaupun di negera orang. Kiranya tahun ni, kenangan manis untuk Kay sambut merdeka dengan adik beradik perempuan di Dubai!!!


Destinasi seterusnya ialah The Dubai Mall!! Wajib datang sini. Kami naik pengangkutan awam iaitu Metro. Sampai sahaja di Dubai Mall, kami ke kaunter pertanyaan sebab Kay nak login untuk mendapat perkhidmatan Wifi secara PERCUMA! Kami adik beradik pun menggunakan khidmat wifi percuma ni.. Jimat duit.. Hehehe

Kami bergambar disekitar Dubai Mall. Nasib baik kamera bagus.. Gambar terang dan bateri tahan lama. Boleh tangkap 300 lebih gambar sebelum bateri habis..

Mak Long bershopping. Kay tumpang pinjam barangan yang berjaya ditangkap semasa sale musim panas a.k.a Dubai Summer Surprises untuk bergambar. 

Kemudian kami makan malam di restoren Social House yang menghadap Dubai Fountain. Lepas makan malam sambil menikmati dancing fountain. Lepas makan malam, kami terus pulang ke rumah sebab keesokan harinya Lau Kong bekerja. Kami juga perlukan rehat yang secukupnya sebab ada banyak lagi tempat yang perlu dilawati!!!

Tadaa.. Destinasi seterusnya ialah Madinat Jumeirah. Kami naik teksi dari kawasan rumah Kay yang terletak di Syeikh Zayed Road. Tambang teksi dalam 35 dirham. Madinat Jumeirah merupakan destinasi pelancong.. Tengok tu ramai orang dan kawasan ini mudah untuk mendapatkan teksi.

Kenapa Madinat Jumeirah ramai pelancong? Sebab disini boleh ambil gambar berlatar belakangkan Hotel Burj Arab. Hotel yang berbentuk seperti kapal layar. 

Makan malam pula, kami makan nasi mandy!!! Di restoren Tawasol. So far, Kay rasa nasi mandy disini adalah yang terbaik... Thumbs up..Mak Long pun cakap nasi mandy nya sedap. Kalau makan nasi sahaja pun dah sedap. Tak perlukan daging ayam atau kambing atau  ikan..memandangkan kami makan nasi mandy ataupun nasi arab, makanya tema pakaian kami pada malam itu adalah ABAYA ataupun jubah... Hehehehe

Destinasi keesokan harinya pula ialah Souq Naif. Souq adalah perkataan Arab bagi pasar ataupun dalam bahasa Inggeris ialah Market.

Kami datang ke Naif untuk membeli abaya dan cuci mata. Lepas membeli belah, kami berehat sambil menjamu selera dengan shawarma ayam. Perut tengah lapar ditambah lagi dengan musim panas, memang sedap lah makan shawarma tu... Maksu pon sampai cakap tomato sos dia pun SEDAP!!.. Hahahah...Kami makan shawarma dengan air jus tembikai, kiwi dan mangga. 

Ni muka tengah tunggu teksi untuk pulang. Penat tapi puas hati dengan hasil belian. Tak silap tambang teksi dari Naif ke rumah Kay dalam 40 dirham.

Aktiviti pada waktu petang pula ialah beriadah di Satwa Park. Tujuan utama kami berjalan di waktu petang ialah untuk menikmati pemandangan di sepanjang Syeikh Zayed Road seterusnya berjalan kaki menuju ke Satwa Park. Tujuan kedua ialah sebab Kay dah berjanji dengan Khadeejah Bella untuk ke playground bersama Mak Long dan Mak Su dan makan ais krim Malaysia di taman. Alhamdulillah.. Tertunailah hajat Khadeejah untuk main di playground sambil makan aiskrim Malaysia bersama Mak Long dan Mak Su. Kami pulang ke rumah bila hari nak masuk Maghrib dan makan malam di rumah sahaja.

Keesokan harinya, waktu pagi dan tengahari kami tak kemana.. Duduk di rumah sahaja. Bila Lau Kong pulang dari kerja, lepas Maghrib kami ke Mall Of Emirates untuk membeli sedikit buah tangan.. 


Yang ini pula.. Waktu pagi, Mak Long dan Mak Su temankan Kay untuk mendaftar sekolah tadika untuk Khadeejah Bella..dekat sahaja sekolah tu dengan rumah Kay. Jalan kaki je..

Sebelah malam nya, kami berjalan sekejap ke Dragon Mart yang terletak di International City. Dragon mart ni tempat jual barangan dari China. Tak silap Kay, Phoenix Mall dalam pembinaan. Kalau lama lagi kami di Dubai, sempatlah kami ke Phoenix Mall untuk window shopping.. Heheheheh

Last but not least.. Bergambar selepas check in.. Hope you guys enjoy your stay with us.. Adik beradik.. Bak kata pepatah..Air dicincang tak akan putus..




Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...