Friday, October 31, 2014

Mee Kuning di Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak tulis pasal mee kuning.
Mee kuning ataupun dalam bahasa inggeris ialah Egg Noodle.
Ada ke mee kuning dijual di pasaraya di Dubai?
Jawapannya..... ada!!
Antara pasaraya yang menjual mee kuning ialah Carrefour, Lulu Hypermarket dan Spinneys.

Lets enjoy some pixx.

Sekian terima kasih.

Beginilah rupa mee kuning di Dubai. Kay beli di Lulu Hypermarket Al Barsha. Lulu ni berdekatan dengan Mall Of Emirates. Kalau ada kereta dan tak nak naik teksi, boleh naik metro sampai ke Mall of Emirates Metro Station. Kemudian keluar dari Mall of Emirates dan jalan kaki sikit. Harga mee kuning tersebut ialah 4.25. Rasanya kurang enak seperti mee kuning Malaysia la..Tapi boleh la makan. Memandangkan Kay bukan penggemar mee kuning (Kay gemar bihun dan kueh tiaw), jadi Kay tak adalah sangat nak makan mee kuning di Dubai!!

Haa..yang ini Mee kuning dari Malaysia. Selalu nya mee kuning atau kueh tiaw dibawa dari Malaysia. Ada mee kuning dan kueh tiaw kering yang di jual di pasaraya, tapi kurang enak. Kay pernah beli kueh tiaw kering dan celur di rumah, tetapi kepingan-kepingan kueh tiaw nya tebal..makanya kurang enak. Kalau rajin, boleh buat mee kuning sendiri pakai penggelek speghetti. Ataupun beli dari orang yang buat mee kuning (homemade). Tak silap 20 dirham untuk sekilo mee kuning. Bukan mee kuning sahaja orang buat, tempe pun ada di jual di Dubai. Tak silap 10 dirham untuk 1 pek tempe. Di kedai makanan Indonesia iaitu Restoren  Sari Nusa yang terletak di Satwa, Kay pernah nampak ada jual tempe.

Resipi Eclairs

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak tulis sedikit cara-cara membuat eclairs.
Untuk membuat eclairs, kita menggunakan choux dough iaitu adunan yang terdiri daripada mentega, air, tepung gandum dan telur.
Sangat mudah.
Apa-apapun terima kasih kepada Baking Guru iaitu Noor Saleha yang sudi mengajar Kay cara cara membuat eclairs. Kiranya bila dah tahu buat eclairs, secara automatiknya Kay dah boleh buat cream puff dan churros kerana ketiga-tiga menggunakan doh yang sama iaitu choux dough.
Haa...bukan eclairs sahaja Kay akan kongsikan..InshaAllah, Baking Guru akan mengajar bagaimana untuk membuat pavlova!!..
Semoga ilmu ini dapat diperpanjangkan dimanfaatkan kepada semua pembaca..chewahhh...

Cerita banyak banyak tak best so lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

Ha..kalau nak buat kek atau pastri atau roti....mesti ada penimbang. Kiranya peralatan yang WAJIB la..

Resipi eclairs ini menggunakan 2 biji telur.

Sepatutnya 45gram mentega pada suhu bilik. Tapi kami terletak 47gram. Kira ok la..hihi

Mentega dicampurkan dengan 100 ml air dan dimasak sehingga mendidih.

Kemudian masukkan 60gram tepung gandum.

Masak doh tersebut.

Sehingga berkerak. Jangan sampai hangit pula...

Bila doh sudah berkerak. Tutup api dan sejukkan doh seketika dalam 5 minit. Kemudian bila doh dah sejuk sedikit, baru lah di tambahkan 2 biji telur yang telah dipecahkan diawal tadi. Baking Guru a.k.a Sal pernah masukkan telur pada adunan doh yang panas. Akibatnya..Eclairs tak NAIK!!

Cantik tak choux dough ni?

Ok..seterusnya masukkan dalam piping bag.

Mulakan buat bentuk cream puff ataupun eclairs.

Semasa membuat choux dough, panaskan terlebih dahulu ketuhar pada suhu 200C

Itu dia..bentuk bulat tu dipanggil puff..yang panjang panjang tu eclairs. TIPS: sapukan air diatas puff dan eclairs. Kalau tak mahu sapu pakai tangan, boleh juga pakai penyembur (spray)

Masukkan dalam ketuhar dalam 20-25 minit.

itu dia..eclairs naik dengan cantik.

Semasa menunggu eclairs siap dibakar, kita buat intinya iaitu krim. Mudah sahaja nak buat intinya..Hanya menggunakan whipping cream yang dibeli di pasaraya. Tuangkan whipping cream dari kotak, dan pukul sampai kembang seperti gambar dia atas.

Kami menggunakan whipping cream jenama Puck. Whipping cream ni cecair macam susu segar dalam kotak. Bila di pukul dengan whisker, cream tu mengembang.

Itu dia..Nampak gayanya eclairs dah boleh di keluarkan dari ketuhar.

itu dia..Eclairs dibiarkan sejeuk seketika. Dan kemudian dibelah tengah bagi memasukkan inti (whipped cream)

Ini pula ialah topping coklat. Kami menggunakan coklat chips separuh manis dan dicampurkan dengan sedikit susu segar. Panaskan diatas api sehingga cair.


Inilah hasilnya!! Untuk inti dalam nya (whipped cream), Kay suka untuk tambahkan  gula supaya lebih manis. Tapi ikut citarasa masing-masing. Kalau malas untuk buat topping coklat, Kay rasa pakai nuttela pon boleh..hahaha..Sekian terima kasih. Last but not least, shukran jazilan to Noor Saleha sebab sudi meluangkan masa untuk mengajar dan membuat demo masakan. Semoga ilmu ini menjadi ibadah dan dimanfaatkan semua.



Thursday, October 30, 2014

Resipi Lepat Labu Inti Serikaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Hehehe..Entry kali ni Kay nak kongsikan resipi Lepat Labu Berinti Serikaya.
Haa...Kay tak biasa makan Lepat Labu..apatah lagi berintikan Serikaya!
Kay biasa makan Lepat Pisang sahaja.
Resipi ini istimewa sebab di ajar oleh Dian, kawan serumpun iaitu Indonesia.
Bilangnya Dian, Lepat ini dipanggil Timpan..Iaitu manisan dari Acheh yang dibungkus dengan daun pisang.
Cerita banyak banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Kami menggunakan 3/4 daripada separuh biji labu

Labu dikupas kulit dan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk.

Santan dicampurkan bersama labu.

Agak-agak santan menutupi keseluruhan labu dan dimasak sehingga empuk.

Bagi resipi ini, menggunakan TEPUNG BERAS. Gambar diatas ialah tepung beras yang dibeli di Dubai. Macam dari India saja. Seeloknya kita gunakan tepung beras dari Malaysia sebab Kay perhatikan tepung beras di Dubai ni kasar. Tak sehalus tepung beras yang dijual di Malaysia.

Sementara menanti labu empuk, sekarang mari kita sediakan inti Serikaya. Bahan-bahan nya ialah 1 cawan gula.

1 cawan telur (pecahkan telur telur kedalam penyukat 1 cawan)

 Dalam kes kami, 1 cawan telur bersamaan dengan 5 biji telur.

Gaulkan gula dan telur.

Masukkan 1 cawan santan pekat.

Tambahkan 1 sudu teh garam dan 1 penutup esen vanilla.

Untuk memudahkan kerja, campuran bahan bahan untuk membuat serikaya dipukul dengan handblend.

Selepas dipukul, masukkan ke dalam kuali dan sedia untuk dimasak.

Warna kuning cair diawal proses memasak serikaya.

Lama-kelamaan menjadi warna kuning pekat.

Seterusnya serikaya memekat.

Serikaya memekat sehingga berbiji-biji.

Serikaya disebelah kiri dan labu disebelah kanan.

Selain menggunakan labu, boleh juga menggunakan pisang. Tapi bukan sebarang pisang. Gambar pisang diatas tu pun tak boleh juga. Pisang diatas tu sesuai untuk dibuat pengat atau pisang goreng.hehehe

Inti Serikaya yang telah siap.

Labu pun sudah empuk dan dibiarkan sedikit sejuk.

Sementara menunggu labu sejuk, sediakan daun pisang. 

Daun pisang dipotong menjadi segiempat tepat.

daun pisang yang telah siap dipotong dan dibersihkan, di layurkan atas api bagi tujuan melembutkan daun.

Ketulan labu diambil dan lenyekkan.

Hanya gunakan labu. Airnya hanya digunakan sedikit.

Tepung beras dimasukkan sikit demi sedikit ke labu yang telah dilenyekkan menggunakan tangan.


Tepung beras ditambah lagi sehingga paste tidak melekat dipermukaan mangkuk.

Inilah rupa labu yang telah siap bercampur dengan tepung beras. TIPS: Seeloknya labu tidak sejuk sepenuhnya, mesti suam (luke warm) supaya bila lenyekkan labu bercampur dengan tepung beras, tepung beras itu akan masak sedikit (matang) dan mengeluarkan minyak. 

Lenyekkan lagi dengan menggunakan spatula. Sekarang sedia untuk dibungkus dengan daun pisang. 

Daun pisang disapukan dengan sedikit minyak. Kemudian baru diletakkan paste labu. Ratakan paste labu.

Kemudian letakkan inti serikaya diatas paste labu.

Angkat kedua-dua belah daun pisang untuk menutup inti serikaya. Kemudian rapikan paste labu tersebut.

Lipat daun pisang seperti gambar di atas.

Sediakan air yang mendidih. Bila air dah mendidih, barulah diletakkan lapisan periuk yang telah disusun lepat labu.

Lepat Labu disusun dalam satu lapisan sahaja. Jangan di timpa antara satu sama lain.

Inilah dia Lepat Labu Inti Serikaya yang sudah siap dikukus.
Serikaya nya bau wangi dan sedap. Cuma lepat labu nya agak kurang enak bak kata guru yang mengajar iaitu Dian. Mungkin disebabkan kami menggunakan tepung beras yang di beli di Dubai dan juga memasak melenyekkan labu, labu tersebut telah sejuk. Sepatutnya labu mesti dalam keadaan suam supaya bila dicampurkan tepung beras, tepung tersebut akan matang dan mengeluarkan minyak. Barulah akan dapat lepat labu yang kenyal (chewy). Lepat labu yang kami buat ini bila digigit, ianya pecah. 

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...