Tuesday, October 7, 2014

Ayshah Bella 10 bulan 3 hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak tulis pasal perkembangan Ayshah ..
Alhamdulillah dia membesar dengan sihat.
Sekarang dah teguh berdiri cuma belum melangkah. Tapi kalau pegang meja, Kay perasan dia dah boleh bergerak setapak setapak.
Gigi dah ada 4 batang. 2 di atas dan 2 di bawah. Gigi bawah tumbuh dulu. Orang tua tua cakap, kalau gigi atas keluar dulu, maknanya suka cakap besar. Heheh.. Betul ka?
Ayshah dah pandai nak main. Kalau kakak Khadeejah agah Ayshah, dia akan mengelekek ketawa.
Alhamdulillah Khadeejah tak cemburu dengan Ayshah. Malahan kalau Ayshah nangis, Khadeejah akan tepuk tepuk untuk mententeramkn si adik. Kalau ada botol air, Khadeejah akan bagi Ayshah minum air. Sekarang Ayshah minum air pakai straw. Bila dah mula bagi makanan pada anak- anak , kena pastikan air diberikan dengan secukupnya bagi mengelakkan sembelit. 
Itu sahaja yang Kay dapat kongsikan. 

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...