Sunday, January 18, 2015

Resipi kulit karipap pusing rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap semu baik-baik sahaja..
Entry kali ni Kay nak kongsikan cara-cara membuat kulit karipap pusing. Kay belajar cara buat kulit sahaja.
Intinya Kay belum belajar..hehehe..
InshaAllah kalau Kay dah belajar dan berkelapangan, semestinya Kay akan kongsikan...

Sebelum belajar, Kay rasa macam susah je nak buat kulit karipap pusing ni. Tetapi bila nak belajar dan buat praktikal, senang sahaja!!!!

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!
Sekian, terima kasih.

Antara peralatan yang diperlukan ialah pelapik dan kayu penggelek. Tepung gandum. Dalam bekas warna kuning diatas ialah inti karipap yang telah disediakan awal awal oleh guru memasak iaitu tak lain dan tak bukan...Kak Ana..hihihi

Untuk doh yang pertama, bahan-bahan nya ialah tepung gandum dan marjerin. Gambar diatas ialah, letakkan 3 cawan tepung gandum ke dalam besen.

Kemudian masukkan marjerin. Kami gunakan jenama Planta yang dibawa khas dari Malaysia. Untuk 3 cawan tepung gandum, kami gunakan 10 sudu besar marjerin.

Inilah marjerin jenama Planta.

Gaul marjerin dan tepung hingga sebati.

Sehingga tidak melekat pada tangan dan permukaan besen.

Kemudian gumpalkan doh  sebuku sebuku. Dan biarkan seketika.

Sekarrang, masanya pula untuk membuat doh yang kedua. Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung gandum, air dan garam.

Letakkan 2 sudu kecil garam ke dalam 2 cawan air.

Masukkan larutan air garam kedalam besen yang telah tersedia 4 cawan setengah tepung gandum.

Gaulkan dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan. Jika tidak larat menguli doh yang besar, bahagikan kepada beberapa bahagian yang kecil. Kemudian buatkan gumpalan gumpalan kecil. Sama bilangannya dengan doh yang pertama (Berwarna kuning sebab menggunakan marjerin). P/s: Doh yang kedua berwarna putih sebab hanya menggunakan air dan garam.

Pastikan doh yang pertama dan doh yang kedua mempunyai bilangan yang sama.

Inilah hasilnya. Masukkan doh ke dalam bekas bertutup dan biarkan doh untuk berehat seketika.

Selepas doh dibiarkan berehat seketika, tibalah masa untuk buat kulit karipap pusing!!!!
Sila perhatikan, doh yang berwarna putih, dileperkan dan kemudian dibalutkan pada doh berwarna kuning.
Tutup sehingga rapat.

Kemudian, kedua-dua doh tersebut, digelekkan.
Sehingga menjadi segi empat tepat.
Tidak perlu digelek sehingga leper. Biarkan sedikit tebal.

Sisi segiempat tepat yang paling lebar, digulung.

Selepas digulung, tekan-tekan permukaan atasnya bagi tujuan untuk memudahkan proses menggelek.

Ambil kayu penggelek dan gelekkan sekali lagi.

Kemudian lapisan doh diangkat untuk mengubah sisi segiempat tepat.
Dimana sisi segiempat yang paling pendek menghadap muka kita. Seperti gambar diatas.
Kemudian, mulakan menggulung.
Faham tak??hehehe

Setelah digulung, kemudian padatkan gulungan, dengan menekan sedikit gulungan dan hentakkan bahagian kanan dan kiri gulungan.
Selepas itu, buatkan tanda untuk menentukan ketebalan sebelum memotong. Untuk doh diatas, kami bahagikan kepada 5 bahagian.
Bagaimana untuk memotong?
Gerakkan pisau ke depan dan ke belakang dan berikan tekanan.

Inilah hasilnya. Nampak tak lapisan yang berpusing-pusing?

Kemudian, tekankan doh yang mempunyai corak pusingan sebelum memulakan proses menggelek menggunakan kayu penggelek.

6 doh yang telah siap ditekan menggunakan tangan, bersedia untuk digelek menggunakan kayu penggelek.

Gelekkan doh pusing perlahan-lahan.
p/s: Agak mencabar juga semasa menggelek sebab kalau tak betul atau doh sudah kering, semasa menggelek, lapisan kulit akan terkoyak.
TIPS: Sentiasa tutup bekas yang berisi doh supaya doh  tidak cepat kering.

Inilah dia hasilnya. 1 doh kuning dan 1 doh putih dapat menghasilkan 6 keping kulit karipap pusing.
3 biji karipap disebelah kanan cantik sebab kulitnya tidak terkoyak. Manakala 3 biji karipap disebelah kiri kurang cantik sebab kulitnya terkoyak.
P/s: Kalau inti karipap ialah kari, minyak gorengan akan bertukar warna kekuningan sebab kulit karipap terkoyak. 

Alhamdulillah..inilah hasilnya. Terima kasih Kak Ana sebab sudi mengajar. Kay juga dapat buat praktikal. Harap-harap Kay dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari. Semoga Allah membalas kebaikan kepada cikgu a.k.a Kak Ana. Ameen...

No comments:

Post a Comment

Miri crocodile Farm and Mini Zoo Miri Experience

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar. harap sihat hendaknya. Kay baru sahaja melawat Miri Crocodile Farm. Rupanya ada Mini Zoo...