Tuesday, March 17, 2015

Pengalaman Kali pertama ke Health Centre Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa kahaber semua?
Semoga sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama Kay ke klinik kesihatan kerajaan Dubai.
Selama hari ini, Kay selalu ke Klinik ataupun hospital swasta.
Ceritanya begini...

Maaf tiada gambar sebab Kay tak bawa kamera dan iphone penuh. Makanya Kay tak dapat snap gambar.

Al Kisah..
Petang semalam dalam waktu Asar nak ke Maghrib Khadeejah mengadu sakit gigi.
Kay tengok mulut Khadeejah. Ingat mata ikan/ ulser.
Kay tak nampak ulser tapi Kay sapu juga la Bonjela ditempat yang Khadeejah tunjuk sakit tu.
Lepas tu, Khadeejah diam sekejap.
Lepas tu Khadeejah mengadu sakit gigi lagi.
Memang gigi geraham belakang belah kanan Khadeejah berlubang agak besar.
Kami dah buat servis gigi dan tampal masa balik raya yang lepas.
Mungkin Kay kurang menjaga kebersihan gigi Khadeejah dan Khadeejah amat suka akan makanan manis seperti cokelat (terutamanya Kisses Hersye's) dan donut, makanya masalah gigi berlubang semakin melarat.
Pagi tadi, semasa Kay di kelas Tajweed, Khadeejah mengadu sakit gigi lagi. Dia pegang pipi belah kanan.
Masa di metro station tadi, Kay belikan sebiji Dunkin Donut seperti biasa.
Memang menjadi kewajipan Kay belikan Khadeejah sebiji Dunkin Donut sebab dia ikut Kay ke kelas mengaji. Tapi Khadeejah tak makan pun donut tersebut. Dia gigit sedikit sahaja.
Kay susah hati. Memang sakit gigi, Kay risau sikit sebab kalau ulser dalam mulut pun orang dewasa kadang-kadang tak boleh tahan. Inikan pula kanak-kanak yang sakit gigi.
Haa..Cakap pasal sakit gigi, Kay teringat bapa mertua yang agak takut berjumpa doctor gigi..hehehehe..Mungkin dia ada pengalaman yang sukar dilupakan masa kecil kot.

Alhamdulillah..Sempat juga Kay belajar Tajweed dan terus pulang ke rumah.
Terima kasih Wan/ Kak Rose/Kak Ome yang sudi tumpangkan Kay ke stesen metro Sharaf DG.
Pukul 10 pagi sampai di rumah. Terus mandikan Ayshah Bella dan buat apa yang patut.
1030 pagi Kay turun ke bawah rumah dan tahan teksi untuk ke Al Badaa Health Center yang terletak berdekatan dengan GEMS Primary International School.
Landmark yang berdekatan ialah Satwa Park dan juga Union COOP.
Al Badaa Health Center ni tidak la jauh sangat dari rumah Kay. Boleh Nampak dari balcony rumah.
Kalau nak jalan kaki pun boleh. Mungkin dalam 20-30 minit.
Kalau nak naik metro pun boleh juga. Cuma 1 station. Iaitu dari Emirates Tower ke Financial Center.
Memandangkan Kay tak ada buat temujanji dan nak cepat, makanya Kay naik teksi dan membayar harga minimum teksi iaitu 12 dirham (teksi besar Innova). Kalau teksi kecil (Camry mungkin 10 dirham).
0

1045 Kay dah register dan bayaran yang dikenankan untuk pendaftaran ialah 250dirham.
Untuk pendaftaran, Kay hanya berikan Emirates ID pesakit iaitu Khadeejah Bella.
Kay cuak juga sebab tak buat temujanji dan datang terjah sahaja.
Pukul 12 tengahari baru Kay dapat masuk ke bilik dentist.
Mungkin Kay ada terlepas masa panggilan pertama.
Haa..Di Health Center ni tiada system nombor. Macam di Malaysia ada papan nombor digital kan?
Bila kita buat pendaftaran di Malaysia, kita akan dapat nombor. Bila nombor tertera dipapan, kita akan masuk ke bilik doctor bukan?
Di Al Badaa Health Center tak ada. Pesakit akan duduk di bilik menunggu.
Haa..Bilik menunggu dibahagi kepada 2 iaitu satu untuk wanita sahaja. Lagi satu untuk lelaki sahaja.
Dalam bilik menunggu tadi ada TV yang ada siaran bacaan Al Quran.
Ramai orang Arab (Emirati) yang masuk di bilik menunggu. Semua pakai abaya hitam.
Setiap kali pesakit wanita masuk ke bilik menunggu, mereka pasti akan beri salam!
Masa menunggu giliran agak lama juga sebab mungkin Kay terlepas panggilan pertama.
Alhamdulillah Khadeejah ok dan tak banyak kerenah.

Bila masuk dalam bilik dentist, Kay Nampak ada 2 orang doktor dan 1 nurse.
Seorang doktor wanita bernama Khulud (yang bermaksud eternity) dan seorang doktor lelaki bernama Umar.
Bilik luas dan selesa.
Dr Khulud periksa dan memberitahu gigi Khadeejah berlubang dan dah terkena saraf. Itu yang menyebabkan Khadeejah berasa sakit. Memang besar lubang di gigi Khadeejah tu. Sebelum ini gigi geraham tersebut sudah ditampal di Malaysia.
Doktor mencadangkan untuk buat root canal (matikan saraf gigi).
Kalau gigi Khadeejah dicabut, dikhuatiri akan menyebabkan bila gigi  kekal tumbuh, ia akan mengakibat lebih banyak masalah (gigi tidak teratur) seterusnya akan memerlukan banyak perbelanjaan kalau nak buat braces dan sebagainya.
Makanya Kay bersetuju untuk buat root canal. Seterunya dipasang stainless steel crown.
Bila buat root canal, gigi tidak kuat. Maka crown dipasang supaya gigi kukuh.
Gigi geraham kanak-kanak akan tercabut pada usia 9 tahun.
Minggu depan, 25 March 2015, Khadeejah Bella genap 4 tahun. Ada lagi 5 tahun untuk gigi geraham nak cabut...Lama tu..
Itu yang Kay tekad nak buat root canal dan crowning.
Kalau tampal sahaja takut tak lama dan terhakis.

Saat-saat yang merisaukan Kay ialah bila nak inject ubat bius.
Alhamdulillah Khadeejah tak menangis langsung masa kena inject!
She is a strong girl! Tak takut doktor gigi!
Sebab sebelum ini Khadeejah dah pernah ke klinik gigi.
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/07/assalamualaikum-dan-salam-sejahtera.html

Semua urusan dipermudahkan. Dalam pukul 1 tengahari segalanya tamat.
Jumlah keseluruhan ialah 1000 dirham. Dimana 250 dirham untuk pendaftaran. 750 dirham untuk root canal dan crowning.

Alhamdulillah sekarang Khadeejah tak mengadu sakit dan dah boleh makan.
Minggu depan Khadeejah Bella boleh makan kek birthday dengan aman.
Kay bercadang nak tempah kek coklat.

Sekian terima kasih.

p/s: Jangan lupa jaga kebersihan oral.


Tuesday, March 3, 2015

Resipi Mee Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Dah masak?
Tiada idea nak masak apa?
Nak makan mee?
Jom masak mee kari..
Entry kali ini Kay akan kongsikan resipi mee kari yang Kay belajar dari Kak Nurrul.
Terima kasih kerana sudi ajarkan Kay (one to one coaching). Semoga ilmu memasak yang dikongsikan menjadi amal jariah dan dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Untuk pengetahuan, ibu kepada Kak Nurrul ada kedai makan. Menjual pelbagai jenis makanan antaranya asam pedas dan Mee Kari Ketam merupakan antara menu yang terkenal.

Tetapi resipi yang Kay kongsikan ini, Kay pakai udang.
Masa kami memasak bersama, Kak Nurrul berkongsikan pengalaman lucunya masa buat mee kari.
Iaitu, bila hendak dimasukkan udang atau ketam, Kak Nurrul termasukkan ikan pari yang telah siap dipotong dan dibersihkan. Apa lagi, marah la ibu Kak Nurrul yang sememangnya garang!!
Disebabkan dah masukkan ikan pari, makanya makan lah juga kari ikan pari tersebut. heheh

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.




Untuk tumisan, gunakan beberapa helai daun kari, 1 batang kayu manis, beberapa biji buah pelaga, beberapa kuntum bunga lawang. TIADA bunga cengkih.
Bersebelahan bahan-bahan tumisan ialah 1 biji kentang yang di potong dadu.

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumisan dan 1 sudu besar cili kisar.

Masukkan bahan kisar yang terdiri daripada bawang besar, bawang putih dan halia.

Masukkan 2 sudu besar udang kering yang telah dikisar halus.

Sementara menunggu bahan kisar ditumis, hiriskan 1 batang cili hijau dan 1 batang cili merah.

Agak agak bahan kisar telah garing, masukkan 4 sudu besar serbuk kari daging dan 2 sudu besar kari ikan. Masukkan sedikit air.
P/s: kami menggunakan rempah kari jenama Baba's

Kacar adunan yang telah dicampur serbuk kari sehingga sebati dan biarkan rempah masak ( pecah minyak).

Kemudian masukkan kentang yang telah dipotong dadu.

Masukkan 1 tin coconut krim.

Kemudian masukkan 1 tin kecil susu cair atau dalam bahasa Inggeris, evaporated milk.


Tambahkan air jika perlu dan masukkan bahan perasa iaitu garam, pati ayam dan sedikit asam keping.

Sedikit asam keping? Macam mana saiz nya? Seperti saiz diatas. Kecil sahaja. Kalau letak besar, takut masam nanti.

Masukkan cili hijau dan cili merah yang telah disiap di belah dua.

Masukkan udang segar yang telah dibuang kulit.

Masukkan bebola ikan.
Kalau ada tauhu kembang, boleh masukkan. 
Memandangkan di Dubai Kay tak pernah jumpa tauhu kembang tu, makannya Kay letakkan tauhu yang telah siap digoreng.


Tada.. Inilah hasilnya.. Sedap dan Lemak berkrim dan cukup rasa. Sekian terima kasih dan selamat mencuba!!



Resipi Ayam Masak Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan resipi ayam masak merah.
Kay dah beberapa kali buat ayam masak merah.
Cuma tak berani nak tulis resipi.
Kebetulan, Kay pernah makan Ayam Masak Merah yang dibuat oleh Kak Nurrul Aqmar setahun setengah yang lalu!! Masa tu Kay tengah pregnantkan Ayshah Bella..
Dan Kay berkenan dengan cara masakan nya. Memang sedap mengikut citarasa tekak Kay..
Alhamdulillah, hari ini Kak Nurrul meluangkan masa dan datang ke rumah untuk mengajar Kay.
Terima kasih dan semoga ilmu yang dikongsikan ini menjadi amal jariah dan apa yang dihajati di perkenankan Allah.
Tiada pengeras yang diminta...heheh..
Tapi Kay bagi sedikit serbuk kopi Sibu memandangkan suami Kak Nurrul sememangnya suka kan kopi.
Itu juga sebagai tanda terima kasih Kay kerana En Effendi mengizinkan isteri tercintanya, Kak Nurrul untuk datang ke rumah Kay bagi memberikan demo cara cara memasak Ayam Masak Merah.

Cerita banyak banyak tak best.

So lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.


Bahan-bahan tumisan yang telah siap di kisar. Berjumlah 500gram.
3 labu bawang merah besar, 5 ulas bawang putih, 2 inci lengkuas, 1 inci halia, 4 batang serai.
Kay menggunakan 1.5 kilo ayam. Ayam digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit  Kemudian digoreng sehingga masak. Bukan separuh masak. 

Tumiskan bahan-bahan kisar menggunakan lebihan minyak gorengan ayam.

Masukkan juga cili boh (cili kering yang dikisar halus). Berjumlah 500gram.
Sukatan cili kisar ikut citarasa masing-masing.
Kay gunakan cili kering yang dibawa dari Malaysia. Makanya warna merah yang cantik. Merah menyala
Bukan nya Dubai tiada cili kering.. Ada..Untuk info sila klik

http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/07/cili-kering-di-dubai.html

Cumanya cili keringnya tak cantik. Iaitu sambal akan nampak merah lebam.

Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit minyak ataupun pecah minyak.
Kemudian masukkan bahan perasa iaitu gula merah, gula pasir, garam, 1 ketul kiub ayam,1 sudu besar cili sos, 2 sudu besar tomato puree.


Kay gunakan tomato puree jenama kimball




Macam macam jenis tomato..

Setelah cukup semua rasa, masukkan ayam goreng yang telah siap masak 

Gaul sehingga rata

Masukkan juga hirisan bawang besar. Maka siap lah hidangan Ayam Masak Merah.

Monday, March 2, 2015

Resipi Mee Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Entry kali ini Kay nak kongsikan resipi mee goreng.
Kay belajar dengan Kak Nurrul yang duduk di Mirdiff, Dubai.
Terima kasih sebab sudi datang dan mengajar Kay (one to one coaching).
Semoga Allah perkenan hajat Kak Nurrul. Ameen.
Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi amal jariah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca.

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!




Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan sebagai perencah mee goreng. Iaitu 1 labu bawang merah besar, 4 ulas bawang putih, bebola ikan yang dihiris, isi ayam yang dihiris.

Beberapa batang sawi. Boleh juga masukkan kobis dan sayuran lain yang digemari. Ikut citarasa masing-masing.

Tumiskan bawang besar dan bawang putis yang telah dikisar halus.

Masukkan 1 sudu besar cili boh (cili kering yang dikisar halus)

Masukkan isi ayam.

Gaul sehingga rata.

Masukkan 1 sudu besar udang kering yang telah dikisar halus.

Sementara itu, hiriskan 1 batang cili hijau dan 1 batang cili merah.

Kay gunakan mee kuning dari Malaysia. Beratnya ialah 450gram  Al Kisah, mee goreng ni Kay dapat dari Kak Yati yang membawa khas mee kuning ini dari Malaysia untuk belajar masak mee rebus Johor. Untuk resipi sila klik
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/10/resipi-mee-rebus-johor-luaskan-kuasamu.html

Kay memang sengaja simpan mee kuning ni sebab mee kuning Malaysia memang sedap dan menepati citarasa Kay.
Kebetulan KAy berkenan dengan cara Kak Nurrul goreng mee kuning. Memang sesuai la Kay gunakan mee kuning yang telah sekian lama Kay simpan tu..
Bukannya tiada mee kuning di Dubai..Ada..Untuk info bole klik
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/10/mee-kuning-di-dubai.html

Kalau rajin nak buat mee kuning, boleh klik link berikut
http://kay-hussin.blogspot.ae/2015/01/resipi-mi-kuning-ataupun-egg-noodle.html


Kemudian masukkan kicap manis. Kay gunakan Kicap Manis Cap Kipas Udang.
 Masukkan juga kicap pekat.

Warna dah gelap selepas ditambah kicap.

Masukkan mee kuning yang telah dibilas dengan air.
Masukkan sedikit air.

Kemudian masukkan sawi, hirisan bebola, hirisan cili hijau dan cili merah.
Pecah 1 biji telur.
Masukkan secubit lada hitam.

Tadaa.. Inilah hasil nya. Sedap. Kay suka!!
Sekali lagi, terima kasih Kak Nurrul sebab sudi berkongsi ilmu menggoreng mee kuning.
Semoga ilmu ini bermanfaat dan pahalanya dipanjangkan. Ameen.


Miri crocodile Farm and Mini Zoo Miri Experience

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar. harap sihat hendaknya. Kay baru sahaja melawat Miri Crocodile Farm. Rupanya ada Mini Zoo...