Friday, April 24, 2015

Ribut Pasir di Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay nak kongsikan pengalaman ribut pasir.
Haa.. Selalunya ribut pasir berlaku menandakan akan berlaku perubahan musim.
Ribut pasir yang Kay kongsikan kali ini berlaku semasa pertukaran musim sejuk ke musim panas.

Cerita banyak- banyak tak best.
Lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

Waktu pagi dalam pukul 9-10 pagi. Berwarna kuning seperti waktu senja.
Warna kuning dan berdebu/berpasir. Kalau berada diluar, angin kuat sampai baju atau tudung boleh terselak.


Ini adalah gambar, jika waktu biasa. Iaitu tiada ribut pasir. Kalau orang Perak cakap, ribut pasior.. Heheheh

Gambar yang diambil dari sudut yang sama. Tetapi waktu berbeza. Bila pertukaran musim, perlu kurangkan aktiviti diluar. Kay dah 2 kali sakit mata. Doktor memberitahu, pasir atau habuk, men 'trigger' sakit mata. Kay perlu pakai ubat mata selama 5 hari. Kurangkan pergaulan dan aktiviti dan sentiasa membasuh mata dengan air bersih. Bila pertukaran musim jugak, selalu berlaku demam, selsema dan batuk. Khadeejah dan Ayshah juga selsema masa pertukaran musim. Alhamdulillah, semua nya selamat dan mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Tapi Kay risau juga sebab Ayshah kurang lena masa tidur sebab hidung tersumbat demgan hingus.

Lagi gambar yang di ambil pada waktu ribut pasir.

Yang ini, bila ribut pasir sudah reda. Keadaan berdebu dan ribut pada waktu pagi dalam pukul 9 - 10 pagi. Mengambil masa dalam 5 jam untuk reda dan kembali ke keadaan biasa. Pada pukul 2 petang, keadaan kembali pulih.

Tuesday, April 21, 2015

Naif Souq Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat dan baik-baik sahaja.
Entry kali ni Kay nak kongsikan sikit berkenaan tempat yang bernama Naif dan juga Naif Souq/ Pasar Naif.
Souq adalah perkataan ARab yang bermaksud pasar.
Naif merupakan daerah yang terletak di Deira, Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Di daerah ini terdapat perumahan dan pejabat-pejabat.
Naif merupakan salah satu daerah yang tertua.
Penghuni di daerah ini kebanyakkan dari India, Pakistan dan Bangladesh. (Sumber Wiki)

Kepadatan penduduk di Naif adalah tinggi.
Agak sukar untuk mendapatkan parking kereta dan sesak dengan umat manusia yang datang untuk membeli belah dan sebagainya.

Cerita banyak-banyak tak best.
Let's enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Ini merupakan papan tanda yang terletak diluar bangunan Naif Souq.
Dipapan tersebut tertera tarikh perasmian bangunan baru Naif Souq iaitu pada 20/10/2010 bersamaan 12 Dhul Qaeda 1431 Hijri oleh His Highness 
Sheikh Majid Bin Mohammed Bin Rashid Al- Maktoum
Chairman of Dubai Culture and Arts Authority. 
Souq Naif sudah ada pada 1970. Tetapi dibuat semula pada 2010.
Ini kerana pada tahun 2008 berlaku kebakaran besar yang memusnahkan keseluruhan Naif Souq.
Naif Souq mempunyai 4 pintu utama. Dalam gambar diatas merupakan pintu nombor 3.
Waktu operasi Naif Souq ialah 8.30 pagi hingga 11.30 malam.
Naif Market mempunya 2 tingkat dan kemudahan eskalator dan juga elevator.
Keadaan didalam bangunan Naif Souq. Amat selesa membeli belah di dalam Naif Souq kerana kedai yang tersusun dan berhawa dingin. Kemudahan hawa dingin amat penting kerana bila masuk musim panas, suhu boleh mencecah melebihi 40C.
Jika waktu puncak dan hujung minggu, Naif Souq memang penuh dengan pengunjung.
Kesimpulannya, sila rancang perjalanan anda dengan baik. Seelok-eloknya datang pada waktu pagi untuk mendapatkan parking. Jika tidak memandu, bole menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi dan juga Metro. 

Selain baju yang sudah siap (Ready made garment) terutamanya abaya, di bahagian dalam Naif Souq ada menjual perhiasan, minyak wangi, shawl, mainan kanak-kanak dan baju jubah lelaki yang dikenali sebagai kandurah. Ada juga jual yang menjual makanan ringkas seperti sweet corn, ice cream, pop corn dan minuman.
Ini adalah pemandangan kedai kedai yang terletak di bahagian luar Naif Market.

Kedai yang menjual sejadah dan baju ready made dari India.

Haa..kedai ini menjual baju belly dancing kot kan? kan?
Selain abaya, ada juga dijual kain ela dibahagian dalam dan juga bahagian luar Naif Souq.
Ada juga bangunan lain yang berdekatan Naif Souq yang menjual pelbagai jenis material kain antaranya French Lace, Lycra, Japanesse Cotton, Net, Sequin, Velvet dan sebagainya. Ada beberapa kedai yang menjual perlatan menjahit seperti benang, gunting, reben, pin, zip, manik labuci dan sebagainya.
Ini pula kedai yang menjualhookah dan segala keperluan hookah.

Peralatan-peralatan untuk hookah.
Hookah merupakan paip yang mempunyai saluran tiub  fleksibel yang panjang, yang mengeluarkan asap melalui air. Secara tradisinya, untuk menghisap tembakau yang selalunya diberikan perasa.
Ini adalah tembakau. Tembakau dihisap menggunakan hookah.

Disebelah kedai menjual tembakau dan hookah, ada pula kedai yang khas menjual kayu arang.

Apa kah itu? Ini adalah gambar kedai yang menjual shawerma yang terletak dibahagian luar Naif Souq.
Landmark kedai makan ini ialah, ia berdekatan dengan masjid.
Selepas penat membeli belah, boleh la singga untuk makan shawerma dan minum chai. Ada juga menjual jus, faloodah, ais krim dan samosa.
Air kelapa buah pun ada!! Tak silap 5 atau 6 dirham satu biji.

Apakah nama kedai makan ini?
Jawapan nya ialah Cafeteria Anas!!
Sejak 1988.

Kalau Kay ke Cafe Anas, Kay pasti makan shawarma dan juga chai (Teh susu).
Kentang goreng itu untuk Khadeejah. Yang Kay nak kongsikan disini ialah nampak tak botol yang warnma merah tu?
Itu adalah botol yang diisi dengan sos tomato. Sos tomato kat Cafe Anas ni sedap!. Tak pasti pulak jenama apa. Ataupun mungkin sebab Kay lapar sampaikan sos tomato pun rasa sedap.
Untuk pengetahuan semua pembaca, di Dubai ni kedai makan tidak menyediakan sos cili. Awal awal datang Dubai, memang Kay tak biasa sebab Kay suka makan sos cili. Sos tomato tak biasa makan. Tapi lama-lama, ok saja..


Nampak tak tempat untuk memanggang daging ayam untuk membuat shawerma.
Apakah shawarma? Untuk keterangan lanjut boleh taip perkataan shawarma di WIKI.

Nampak tak mesin ais krim?

Disebelah kanan, nampak tak bekas kaca? Dalam tu ada samosa dan makanan bergoreng yang seangkatan dengan nya.

Pemandangan di sekitar Naif.

Nampak tak menara masjid yang terletak berhampiran Naif Souq.
Ini adalah gambar deretan kedai disekitar Naif. Ada yang menual kain ela, kasut, beg dan sebagainya.


Lagi pemandangan di Naif.

Jika ingin ke Naif Souq menaiki Metro, perhetian metro yang terdekat ialah Baniyas Square Station.

Untuk menaiki metro, perlu turun ke bawah. Sebab station nya terletak di bawah tanah.








































Monday, April 20, 2015

Resipi Mee Goreng Mamak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Diharapkan dalam keadaan yang baik baik sahaja.
Dah makan?
Nak makan mee goreng mamak?
Kay dah berguru dengan Kak Liana..Penang Mai...Hidung mancung anak Mami..
Hahaha...Terima kasih Kak Liana seba sudi berkongsi resipi dan membuat demo khas kepada anak murid.
Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi amak ibadah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Apa yang istemewanya Mee Gorang Mamak versi Kak Liana ialah Mee goreng nya tidak berbau hanyir telur.
Apakah tips nya?
Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx!

Sekian, terima kasih.

Perkara pertama ialah panaskan minyak dalam kuali.
Nampak tak kuali tu macam kuali yang orang pakai kat kedai kan? kan? hehehe

Untuk resipi mee goreng mamak, kentang rebus diperlukan.
Telur rebus adalah untuk hiasan.

Ini adalah bahan tumis yang terdiri dari cili kering, tomato, bawang putih dan bawang merah.
Bahan kisar ini kemudiannya dimasak tanpa minyak sehingga likat.

Ini adalah bahan-bahan perasa ialaitu garam, kicap manis, sos tiram, sos tomato, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.


Bahan kisar yang telah dimasak hingga likat kemudian ditumis dengan minyak panas.

Masak bahan tumis sehingga garing.



Sementara menunggu tumisan garing, boleh la hiris-hiris kentang rebus. TIPS: Gunakan jari untuk mendapatkan hirisan kentang yang sekata.

Setelah bahan tumisan garing, masukkan bahan perasa iaitu sos tiram, kicap manis, garam, sos tomato, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.

Sudip digunakan sebagai sukatan.



Lepas letak semua bahan perasa, cuba rasa. Nampak tak jari jari tengah calit sudip tu?? hehehe


Kemudian masukkan udang segar yang teah dikupas kulitnya.

Masukkan mee kunig dan gaul sehingga sekata.




Kemudian masukkan hirisan kentang rebus.

Lepas dimasukkan kentang rebus, tambahkan sedikit garam sebab dikhuatiri masakan kurang masin.
Bergantung kepada citarasa masing-masing. (Ada yang kuat masin, ada yang tak kuat masin)

Tambahkan lagi kicap manis.
Kemudian masukkan taugeh.
P/s:Boleh juga masukkan sawi ataupun kobis. Ikut citarasa masing-masing.

Sekarang tiba masanya untuk pecahkan telur.
Buatkan lubang ditengah-tengah.
Kemudian masukkan 1 penutup minyak.
Kemudian barulah dipecahkan telur/dimasukkan telur di bulatan tadi.
Biarkan telur garing kemudian barulah digaulkan bersama mee. 


Gaulkan telur dan mee sehingga sekata.



Inilah dia Meem Goreng Mamak yang telah siap dihias dengan taburan bawang goreng dan telur rebus.
Enak dimakan dengan hirisan cili dan kicap.
Selamat mencuba!!

Monday, April 13, 2015

Al Fanar Restaurant and Cafe Emirati Authentic Cuisine Dubai Festival City

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Dah makan?
Entry kali ini Kay ingin berkongsi pengalaman kali pertama ke Al Fanar Restaurant yang terletak di Dubai Festival City.
Duduk di bumi Emiriyah Arab Bersatu, mestilah cuba makanan Emirati..
Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Inilah dia gambar suasana di luar Al Fanar Restaurant & Cafe yang terletak di Dubai Festival City.
Al Fanar Restaurant ada 2 cawangan di Dubai iaitu di Dubai Festival City dan juga di Town Centre, Jumeirah.
Al Fanar juga terdapat di Ritz Carlton, Abu Dhabi.

Kisah disebalik hiasan di Al Fanar Restaurant & Cafe.
Apakah makna Al Fanar? Al Fanar ialah panggilan warga tempatan untuk lampu kerosin yang digunakan untuk menerangkan rumah di Dubai pada zaman dahulu.

Ini adalah kulit buku menu di AL Fanar. Menarik perhatian Kay!!!

Haa..Kay pesan Leqaimat iaitu golden crisp fried dough balls coated with dates syrup.
Ni macam cekodok la..Tapi cekodok versi Arab. Berharga 19 dirham. Leqeimat ni Kay pesan sebab nak bandingkan dengan Leqeimat yang di jual di Global Village (1 bekas berharga 10 dirham). Selepas mencubanya, Kay rasa sama sahaja. SEDAPPPP..hehehehe

Lagi manisan Emirati antaranya Rice Pudding (Ferni), Custard Pudding (Araroot), Kek Kurma (Cake Al Tamor) dan sebagainya. 

Menu yang menunjukkan Menu utama antaranya Kebab Emirati (daging kambing yang diperap mengunakan cara tradisional), Robyan Mashwi (Udang yang di panggang dengan rempah ratus istimewa) , Naghar Mashwi (Sotong yang dipanggang dengan rempah ratus istimewa)

Ini pulamukasurat yang menunjukkan Menu Utama berasaskan nasi. Yang Kay perhatikan di dalam menu tiada perkataan Mandy. Yang ada ialah Machboos. Kami pesan Samak Machboos. Samak bermaksud ikan dalam bahasa Arab. Samak Machboos ialah ikan yang dimasak dihidangkan bersama nasi berwrna kuning yang dididihkan bersama stok ikan bersama rempah ratus Arab yang istimewa dan juga lemon kering. 

Sementara menunggu makan yang kami pesan siap, Kay berjalan-jalan di kawasan luar Al Fanar Restaurant.
Land Rover diparking, bersedia untuk menurunkan barang-barang dari perjalanan yang jauh.

Dibelakang replika lelaki yang sedang berwuduk itu ialah Barasti Hut. Iaitu tempat dimana warga tempatan berehat atau menghabiskan masa di malam musim panas di luar rumah.

Lagi hiasan di luar Al Fanar Restaurant & Cafe.


Pempasturan Susu kebiasaanya dilakukan oleh kaum wanita dirumah menggunakan kulit kambing. Kulit kambing dilumurkan dengan garam, kemudian dijemur sehingga kering. Kemudian dijahit bagi menutup semua lubang. Selepas dijahit kulit tersebut, hanya satu bukaan sahaja dibiarkan iaitu dibahagian leher. Susu dimasukkan dari bukaan di leher dan ditutup menggunakan tali. Kemudian digoncang untuk beberapa jam sehingga susu dipasteur.

Perkakas dapur yang digunakan dahulu.

Inilah dia ruang makan yang terletak di luar Al Fanar Restaurant & Cafe.

Lagi hiasan diluar.

Apa agaknya patung ni masak eh??heheh

Kami dihidangkan beberapa biji kurma.

Inilah dia Samak Machboos.

Naghar Mashwi.

Robyan Mashwi.

Salad Arab yang terdiri dari timun dan daun Gargil/Jarjeel.
Daun tu rasa pahit-pahit sedikit. Tapi bila dah biasa, sedap je...

Lentil Soup.

Akhir sekali, kami minum teh pudina. Cantik tak cerek tu? Heheh.. Lekeimat kami tak sempat makan sebab dah kenyang. Makanya kami bungkus untuk dibawa balik ke rumah. Alhamdulillah. Kenyang dan sedap.
Kay tertarik dengan tempat letak gula tersebut. 

Kotak tisu yang juga menarik perhatian Kay.

Lagi dekorasi di AL Fanar Restaurant & Cafe. Basikal Tua, Peti besi dan TV model dahulu kala.

Tempat cuci tangan.

Yang menarik perhatian Kay ialah kepala paip nya. Macam bekas celak arab. 

Perkakas yang dipamerkan dibahagian dalam Al Fanar Restaurant. Kami makan dibahagian luar. Ada juga dibahagian dalam. Tetapi selalunya sibuk. Itu yang kami pilih untuk makan di bahagian luar. Sambil menikmati angin petang.

Pinggan mangkuk yang digunakan di Al Fanar.

Gambar-gambar yang menunjukkan H.H Sheikh Mohammad Bin Rashuid Al Maktoum, Pemerintah Dubai dan H.H Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin RAshid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai di majlis makan tengahari Di AL FDAnar Restaurant pada 20 Oktober 2011.

Radio lama.

Gambar diatas menunjukkan Bastakiya-Dubai pada tahun 1962.
Gambar dibawah ialah majlis perkahwinan di Dubai.


Miri crocodile Farm and Mini Zoo Miri Experience

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar. harap sihat hendaknya. Kay baru sahaja melawat Miri Crocodile Farm. Rupanya ada Mini Zoo...