Monday, August 31, 2015

Resipi Kerutup Ikan Cencaru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay ingin kongsikan resipi Kerutup Ikan Cencaru.
Masa Kay bersekolah di asrama, ikan cencaru ini kami panggil ikan jaket.
Kenapa ikan cencaru ini dipanggil ikan jaket? Sebab ikan ini mempunyai kulit yg keras.
Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy the recipe.

Bahan bahan:
1. Ikan cencaru
2. Cili kering
3. Bawang merah( bawang merah kecil) ataupun bawang besar ( bawang merah besar)
4. Bawang putih
5. Halia dititik/diketuk
6. Serai dititik/diketuk
7. Lengkuas dititik/diketuk
8. Halba
9.  Air Asam jawa
10. Garam
11. Gula
12. Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumisan ( cili kering, bawang merah dan bawang putih dikisar halus). Masukkan sekali serai, halia dan lengkuas yang telah dititik/ diketuk. 
2. Bila bahan tumisan telah garing atau pecah minyak, masukkan ikan cencaru.
3. Masukkan sedikit ( hujung sudu ) halba.
4. Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

Nota:
1. Halba dimasukkan SELEPAS bahan tumisan garing/ pecah minyak.
2. Ikan cencaru boleh disiat kulitnya ataupun tidak disiat/ dikopek kulitnya. Ikut citarasa masing- masing. Menurut mak Kay, Arwah Nenek belah Bak (Arwah Tok Ara),masukkan ikan cencaru bersama-sama kulit yang tidak disiat. Tetapi mak Kay siat kulit ikan tu siap siap supaya senang nak makan.
Menurut mak Kay, Arwah Tok Ara hanya memasak kerutup ini menggunakan ikan cencaru SAHAJA. Tetapi kalau nak gunakan ikan lain ( Kembung/ Tenggiri) boleh sahaja. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
3. Menurut mak Kay, arwah Tok Ara dulu tak goreng ikan terlebih dahulu. Makanya, sepanjang mak Kay memasak kerutup ikan cencaru ini, memang tidak digoreng ikan cencaru tersebut. Tetapi boleh juga jika anda ingin menggoreng ikan terlebih dahulu. Terpulang kepada citarasa masing masing.

Selamat mencuba!!

Sekian, terima kasih.

How to apply Certificate of Status For Sarawak Purpose if the applicant is the wife

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Tajuk entry kali ini ada serius sikit..heheh.. Masuk kandan...