Saturday, April 16, 2016

Khadeejah Bella Dan durian belanda

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Entri Kali ini Kay nak cerita pasal Khadeejah Bella yang suka makan durian belanda.
Dia berumur 5 tahun, baru Kali pertama makan durian belanda.
Sebelum ini di Dubai, Khadeejah sukan makan strawberry Dan anggur sebab harganya murah dan buahnya besarbdan manis.
Bila pulang ke Malaysia, secara tepatnya di Miri, sukar untuk mendapatkan buah strawberry yang besar Dan manis.
Makanya, Kay beli buah-buahan tempatan seperti tembikai (orang Sarawak panggil semangka), buah mata kucing (orang Sarawak panggil lénggéng) Dan juga buah durian belanda.
Sebenarnya, Kay yang nak makan durian belanda. Khadeejah nampak Dan Cuba.
Kay tak sangka Khadeejah suka makan durian belanda.
Apa- apapun, Alhamdulillah di atas nikmat makan Dan rezeki yang Allah berikan.

Sekian, Terima kasih.

P/s: teringat ada kempen makanlah buah-buahan tempatan.

Gambar dibawah ialah durian belanda yang Kay beli di Tamu Lutong. Sebijik berharga 9 ringgit. Memang elok buahnya. Tiada bahagian yang busuk/buruk/dimakan ulat.



Tuesday, April 12, 2016

Khadeejah Bella Dan surah Al Fatihah

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Entry Kali ini, berkaitan dengan anak sulung Kay.
Sedang elok Kay suap makan malam, menunya ialah nasi putih Dan ikan merah yang distim, Tiba- Tiba- Tampa disuruh, Khadeejah telah membaca surah Al Fatihah dengan lancar dan lengkap.
Alhamdulillah.
Kay seronok Dan gumbira.
Makanya Kay ingin abadikan kenangan ini didalam blog untuk tatapan anakanda Khadeejah di masa hadapan.
Untuk pengetahuan, Kay hantar Khadeejah ke sekolah Tahfiz dibawah ABIM.
Diwaktu pagi, Khadeejah sekolah tadika biasa.
Pada waktu petang, Kay masukkan sekolah agama. Alhamdulillah sekolah kelolaan ABIM ini ada sesi petang.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk menuntut ilmu.

Sekian, Terima kasih.

P/s: jika ada kelapangan, Kay akan tulis entry khas berkenaan sekolah agama yang dihadiri oleh Khadeejah.

Sunday, April 3, 2016

Gigit kuku

Assalamualaikum Dan salam sejahtera....
Fuh fuh fuhhhh...berhabuk blog Kay
Dah lama tak menulis di blog..
Banyak cerita...
Tapi yang ini paling senang nak tulis sebab ada satu gambar je nak upload...
Cerita pasal gigit kuku.
Khadeejah pernah gigit kuku masa umur 4 tahun.
Sekarang Khadeejah dah 5 tahun.
Kay akan kongsikan sambutan hari lahir Khadeejah yang ke 5 di entri yang akan datang.
Kembali ke kisah gigit kuku, bila Kali Kay nak potong kuku Khadeejah, pendek.
Makanya Kay pesan Dan nasihatkan Khadeejah untuk tidak menggigil kuku lagi supaya senang untuk Kay potong. Disamping habit menggigil kuku amatlah tidak hygienic.
Alhamdulillah. Sekali sahaja Kay pesan, Khadeejah dah tak gigit.
Makanya Kay nak tulis entri ini supaya Khadeejah tahu macam mana dia kecik kecik dahulu.hehehe.

Enjoy the pix.
Sekian, Terima kasih.

Inilah dia kuku Khadeejah yang tak dipotong seminggu.cantik sebab tak gigit. Kay potong kuku hari Isnin/Khamis/Jumaat.


Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...