Monday, July 25, 2016

Ayshah Bella 2 tahun 7 bulan

Assalamulaikum Dan salam sejahtera
Entry Kali ini Kay nak kongsikan perkembangan Ayshah .
Ayshah dihantar ke Taska.
Kay nampak dia dah pandai pegang pensil Dan tulis ikut garisan titik-titik.
Baju,seluar Dan pampers juga semua nak pakai sendiri. Kay cuma tolong kalau baju tersebut terbalik. Ayshah akan sarungkan ke kepala Dan masukkan tangan.
Bila nak pakai seluar Dan pampers,dia akan duduk. Kay akan perhatikan Dan nasihatkan supaya masuk kaki kanan. Ikut Sunnah Rasulullah SAW.
Bila sendawa lepas makan atau minum susu botol, Kay ajar ucapkan ' Alhamdulillah, Thank you Allah'.
Beberapa Kali ingatkan, Alhamdulillah Ayshah dah pandai ucapkan Alhamdulillah...
Bab makan, ikut selera Dan tahap kelaparan. Selalu nya lepas balik Taska, kay akan mandikan dan suap makan. Masa tu, Kay nampak Ayshah makan dengan berselera.
Buah kegemaran setakat ini ialah pisang.
Gigi tersusun elok Dan tiada karies.
Suka makan ais krim. Kay biasa buat ais krim dalam plastic panjang perisa sirap ros (ais krim Malaysia). Kalau ais krim potong, Milo, mat kool Kay lihat kurang menepati selera Ayshah Dan juga Khadeejah.
Bila buat salah, Ayshah akan cakap 'sorry'.
Suka sabotage atau kacau Khadeejah masa belajar ( tarik pensil di tangan Khadeejah, pihak buku Khadeejah, ambil pemadam, pembaris).
Suka baca buku Khadeejah ( tengok gambar di buku Khadeejah Dan akan bertanya ' ini apa?'). Kay akan terus jawab..
Bila sakit,tiada masalah untuk makan ubat (ubat selsema,ubat batuk,ubat kahak Dan ubat demam). Kay cuma perlu pastikan perisa ubat menepati citarasa. Yang masalah cuma antibiotic sebab rasanya kurang enak Dan kebarangkalian untuk muntah adalah tinggi.
Kay akan pastikan mood Ayshah bagus sebelum makan ubat antibiotic.
Scott emulsion Ayshah Dan Khadeejah tak suka.
Ayshah minum susu jenama Anmum. Tak sembelit. Kay pernah Cuba tukar ke susu yang murah sedikit,tapi Ayshah tak suka mungkin tak sedap Dan juga susu tersebut buatkan Ayshah sembelit.
Tekak Ayshah boleh minum atau terima air teh, kopi Dan air bergas. ( Kay memang kawal. Tapi sekali sekala, ada bagi seteguk dua sahaja). Berbeza dengan Khadeejah, hanya minum air masak, air sirap ros Dan Milo Ais.
Haa..tekak Ayshah boleh terima buah durian!!! Khadeejah tak makan durian!!!
Hehehe
Last but not least, Ayshah ada cakap pelat untuk huruf S. Contoh perkataan ialah,takit (sakit),tepah-tepah (sepah-sepah),taye (saya),tayang (sayang),tuka (suka).
Setakat ini saja perkongsian pasal Ayshah.

Sekian terima kasih.


Thursday, July 7, 2016

Buah salak da Khadeejah Bella

Assalamulaikum Dan salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay nak tulis pasal salah satu buah kegemaran Khadeejah Bella....
Jeng jeng jeng....disitu buah salak.
Masuk kadang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak..
Begitu lah ibaratnya..
Di Dubai,buah kegemaran Khadeejah ialah strawberry Dan anggur.
Di Malaysia, tak sangka Khadeejah suka buah manggis, durian belanda Dan juga buah salak.
Khadeejah makan buah salak buat pertama Kali nya di rumah kawan nya yang bernama Aina damia. Buah salak nya Dari Batu Niah.
Memang manis Dan rangup.
Menurut adik ipar Kay, kalau ke Miri, buah tangan yang patut dibawa ialah buah salak .
Jika ke sarikei, buah tangan nya mestilah nenas Sarikei.
Jika ke Sibu, buah tangan nya mestilah buah dabir ataupun dipanggil buah dabai.
Begitu lah ada nya.
Setiap kawasan, ada barang atau makanan yang tertentu dan terkenal.

Sedikit info, buah salak dalam bahasa Inggeris ialah snake fruit sebab kulitnya macam kulit ular.
Nama saintifik nya ialah salacca zalacca.

Sekian,terima kasih.?


Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...