Wednesday, August 31, 2016

Perkembangan braces

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay nak kongsikan pasal diri Kay yang sedang memakai braces.
Sekarang ini sudah sebulan lebih  Kay memakai braces.
Dan hasilnya.....
Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Dalam masa sebulan, Gigi bawah yang tak teratur, dah tersusun rapi. 



Sunday, August 28, 2016

Perjalanan melahirkan Shafeeyyah Bella Bt Khanif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay nak kongsikan detik-detik melahirkan Shafeeyyah Bella.
Seperti 2 kelahiran sebelumnya, Kay memilih untuk induce atas sebab-sebab tertentu.
Makanya, pada 26 Ogos 2016, kandungan genap 38 minggu dan boleh di keluarkan.
Hari Jumaat. Memang pilihan kami. Sama seperti Khadeejah Bella,lahir hari Jumaat di Kuala Lumpur.
Ayshah Bella Lahir hari Selasa di Dubai.

Pagi Jumaat,lepas hantar Ayshah Bella ke Taska dan Khadeejah Bella ke Tadika, kami ke Columbia Asia Hospital Miri untuk masuk wad. Kira cek in hospital lah..
Pukul 8.08 pagi Kay sampai dan daftar masuk. Proses pendaftaran ambil masa 20-30 minutes.
Dalam 840pagi masuk ke bilik 207, nurse buat CTG.
930 atau 940 pagi Doctor Aida Bt Esa datang cek bukan dalam 2-3 cm dan kemudian masuk kan ubat separuh.
Kay sempat sarapan McDonald's breakfast set.

Bila daftar masuk, akan dapat set alat kebersihan diri dan sekotak you. 


Sebenar nya Khadeejah tak berapa sihat, sakit perut muntah muntah. Kay sapu minyak angin dan suruh juga ke sekolah sebab ada sesi bergambar akhir tahun. Dah bayar RM 7. Jika tak datang, akan terlepas sesi bergambar dan tiada kenangan di sekolah tersebut sebab tahun depan, Khadeejah akan ke sekolah lain.
Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Cikgu beritahu, lepas sesi bergambar boleh terus ambil Khadeejah pulang.

26/8 sesi bergambar
30/8 sambutan hari merdeka

1040pagi..iaitu 1 jam selepas ubat dimasukkan, nurse buat lagi CTG.

Ini lah dia rupa mesin CTG. untuk monitor baby heartbeat. alhamdulillah semua nya OK.

Sementara tunggu bukaan, Walid uruskan sedikit hal dan pukul 11 pagi ambil Khadeejah dari sekolah. Setengah jam awal dari waktu pulang iaitu 1130pagi dan terus bawa Khadeejah ke hospital untuk bawa Khadeejah tengok Kay.
Kay dah bagi tahu Khadeejah, baby nak keluar dah.hehehe
Tak lama Khadeejah dan Walid di Hospital sebab Khadeejah tak sihat dan Walid mengantuk. Makanya mereka pulang dalam pukul 12tengahari.

Kay duduk di Hospital...
118tengahari, air ketuban pecah. Alhamdulillah Walid dah berada di lobby hospital.
Nurse bersiap sedia bawa Kay ke labour room.
Sampai di labour room, senior nurse/midwife dan nurse bahagian kanak-kanak membuat persediaan bagi menyambut kelahiran.
Kay pakai gas untuk kurang kan sakit.
Tak sempat nak ambil epidural sebab dah buka 7-8cm.
147 tengahari, Shafeeyyah Bella selamat keluar dan disambut oleh bidan bersama Azalya Dumong. Dr Aida tak sempat nak sambut.
Apa-apapun Alhamdulillah, semua selamat, dipermudahkan dan semua berjalan lancar.

Lepas Shafeeyyah Lahir, placenta belum keluar. Perut Kay kurang selesa.
Lepas beberapa minute, baru placenta keluar. Baru nyaman rasa perut.
Kemudian baru Dr Aida sampai.
Keluarkan darah beku dan Jahit bahagian yang terkoyak.
Bonding time with Shafeeyyah. Bagi susu badan. Belum banyak lagi. Ada beberapa titik colostrum sahaja....
Lepas bersalin, ada beberapa ubat yang diberikan

Multivitamin. Jenama Pharmaton

Ubat untuk keluarkan angin

Ubat untuk lembutkan najis or sembelit



Lepas Maghreb, Atok Nenek Walid Khadeejah dan Ayshah datang untuk melawat Shafeeyyah.

Bawa muffin dan bubur ayam McD untuk dinner Kay.

Maka tamatlah episode melahirkan Shafeeyyah Bella.

Cerita lain akan dikongsikan di entri seterusnya.

Sekian, terima kasih.


Saturday, August 27, 2016

Disebalik pemilihan Nama Shafeeyyah Bella

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay nak kongsikan bagaimana Kay dan suami bersepakat untuk memilih nama bagi puteri ketiga kami.
Alhamdulillah, semalam bersamaan hari Jumaat, 26 Ogos 2016, 23 Zulkaedah 1437,
Shafeeyyah Bella Bt Khanif selamat dilahirkan secara normal.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, lebih afdhal si Ayah memberikan nama anak. Tetapi jika si Ibu mempunyai nama yang molek, dibolehkan untuk diberikan nama tersebut.
Untuk pengetahuan, semua nama puteri kami dipilih oleh suami. Kay ikut sahaja sebab nama- namanya elok dan baik.

Kay dan suami sudah bersepakat untuk menamakan anak anak perempuan dengan nama- nama isteri junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW.

Puteri pertama kami ialah Khadeejah Bella.
Puteri kedua kami ialah Ayshah Bella.
http://kay-hussin.blogspot.my/2013/12/disebalik-pemilihan-nama-ayshah-bella.html?m=1

Puteri ketiga kami ialah Shafeyyah Bella.
Siapakah Safiyah, Shafiyyah, Safiyyah?
Safiyah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri Nabi MuhammadS.A.W. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di al Baqi’.
Sumber: Wikipedia 

Shafiyah binti Huyay (Bahasa Arab صفية بنت حيي‎Shafiya/ Shafya/ Safiyya/ Sofiya) (sekitar 610 M - 670 M) adalah salah satu istri ke-11 Muhammad yang berasal dari sukuBani Nadhir. Ketika menikah, ia masih berumur 17 tahun.[1] Ia mendapatkan julukan "Ummul mu'minin".[2] Bapaknya adalah ketua suku Bani Nadhir, salah satu Bani Israel yang bermukim disekitar Madinah.
Sumber: Wikipedia bahasa Indonesia.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh la mencarinya di internet atau buku- buku.





Berkaitan ejaan nama Shafeeyyah, double E seperti ejaan nama puteri sulung kami iaitu Khadeejah.

Bella? Mengapa kami meletakkan Bella? Ini adalah untuk simpan nama Bell dari Atok ( bapa mertua Kay, Mohammad Bell).

Al- kisah...Atok mempunyai bapa angkat dari Spain yang bekerja di Sarawak, ingin membawa Atok pulang ke Spain.
Tetapi Ayah sebenar Atok, En Razali tidak mengizinkan.
Jadi, bapa angkat Spain itu suruh Atok simpan namanya iaitu Bell.


Info tambahan..
Bella ialah nama perempuan. Dalam bahasa Itali dan Latin, maknanya ialah cantik.
Dalam French, Belle membawa maksud cantik.

Itu lah kisah nya.
Makanya, kami suami isteri bersetuju untuk letakkan Bella bagi semua puteri kami, dan Bell bagi putera kami.

Pernah dengar nama Ustaz Don Daniyal?
Nama Don ialah nama yang diberikan pada adik beradik lelaki, dan Donna untuk adik beradik perempuan.
Kay pernah dengar penjelasan Ustaz Don Daniyal di YouTube mengapa namanya Don.

Apa- apapun, sebagai Ibu bapa,kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
Kita mulakan dengan pemilihan nama yang baik-baik.
Semoga anak-anak Kita dilindungi. Ameen.

P/s:
seronok mencari nama anak. Terutamanya bila nama yang dipilih berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW. Kay dapat belajar sirah dan mengambil iktibar dari cerita tokoh-tokoh Islam.

Last but not least... ciao Bella!! Means hi beautiful!!







Wednesday, August 24, 2016

Khadeejah Bella Dan rambut

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Kay tengah tunggu giliran untuk check up bulanan braces.
Sementara tu Kay nak tulis pasal Khadeejah dan rambut.
Setiap pagi,sebelum ke sekolah tadika, seperti biasa Kay akan siapkan rambut Khadeejah.
Soalan yang akan Kay Tanya ialah...
" Nak ikat rambut macam mana hari ini?"
Jawapannya...
1.Nak macam Elsa Frozen ( maksudnya tocang Satu)
2.Nak macam Anna Frozen ( maksudnya tocang dua)
3.Nak macam Mei Mei Upin Upon ( maksudnya tocang dua).
Itu aja yang Kay nak kongsikan pasal Khadeejah.
Ayshah belum lagi sebab rambut masih pendek. Tak boleh buat tocang.
Cuma ikat biasa. Satu atau dibahagi dua.

Sekian, terima kasih.




Saturday, August 20, 2016

Badminton perseorangan lelaki Malaysia menentang China peringkat akhir Olimpik Rio 2016 dimenangi oleh China and

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay tulis secara langsung semasa menyaksikan perlawanan akhir (penentuan pingat emas dan Perak) Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long.
Kay menonton Di saluran 724 HyppTV bersama Khadeejah.
Bagus juga menonton bersama dia sebab Kay bole ajar mathematics bila jumlah mata meningkat.
Bukan setakat mathematics,tetapi juga bendera Malaysia.
Kebetulan sekarang ialah bulan 8 iaitu bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia.
Alhamdulillah, di tadika Khadeejah ada ajar berkaitan bendera Malaysia sempena bulan merdeka. Juga beberapa lagu kemerdekaan.
Setakat 9.29 ini China mendahului dengan 20 manakala Malaysia 17 Di set yang pertama.
Apa apapun Kay harap Datuk Lee Chong Wei dapat emas bagi acara ini.
Bila menonton sukan terutamanya bola speak dan badminton, Kay akan ingat pada Mak ( panggil Opah sebab ada 3cucu dah).
Opah sebenarnya sangat aktif bersukan.
Masa sekolah dulu main netball dan hoki.
Tak silap, Kay pernah nampak gambar Opah main hoki pakai skirt pendek. Zaman dulu-dulu.
Masa bekerja di jabatan kerajaan, sebelum berkahwin, Opah aktif badminton dan ping pong.
Walaupun sudah tua, tetapi skill bermain itu masih ada.

Sudah masuk ke set kedua. Set pertama dimenangi oleh Chen Long


Sesi pemberian pingat. Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat Perak, 3 Kali berturut-turut di Temasya Olimpik. Tahniah! 


Wednesday, August 17, 2016

Ayshah Bella Dan lampin pakai buang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay nak kongsikan perihal Ayshah.
Kay ada beli lampin pakai buang saiz S untuk baby yang bakal Lahir InshaAllah bulan September 2016 nanti.
Ayshah nampak lampin pakai buang yang itu Dan minta untuk pakai.
Pada mulanya Kay beritahu, yang itu baby punya. Tapi Ayshah nak pakai juga.
Makanya, Kay bukalah Dan pakaikan saiz S tu. Alhamdulillah muat. cuma bila Ayshah buang air kecik, sekali saja, dah penuh.
Untuk pengetahuan, Khadeejah tak pakai lampin pakai buang bila genap 3 tahun.
Ayshah dah pandai nak ke tandas bila nak buang air kecik atau air besar...
Ayshah akan bagi tahu Kay.
Cuma sekarang ni,Kay kurang rajin nak ulang alik ke tandas untuk Cuci memandangkan dah masuk trimester ketiga..
Apa-apapun, asal Ayshah bahagia dengan lampin pakai buang saiz S, jadiii lah..hehe hey
Sebetulnya Ayshah pakai lampin pakai buang saiz M dan jenis seluar (pants).

Sekian, terima kasih.

Lampin pakai buang untuk baby yang bakal Lahir.

Lampin pakai buang Ayshah Bella. Kay beli Di Econsave sebab ada promosi dan murah sedikit.



Thursday, August 11, 2016

Khadeejah Bella Dan Loom Band

Assalamulaikum Dan Salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay nak kongsi pasal Khadeejah Dan Loom band.
Kay rasa demam Loom band mi day lepas.
Sekarang bila Khadeejah 5 tahu, Baru Kay nak ambil tahu pasal Loom band ni.
Memandangkan prestasi skolah tadika Khadeejah agak bagus, mendengar kara, beralah dengan Ayshah, makan Kay belikan Loom band.
Khadeejah suka nak pakai bracelet Dari Loom band.
Cerita banyak- banyak- tak best.
So let's enjoy some pics.

Sekian, terima kasih.

Yang ini harganya 60sen. Untuk Ayshah. kalau beli barang, mesti ada untuk Ayshah.sebab kalau tak ada, berebut Dan bergaduh. Tetapi Ayshah main kejap saja. Akhirnya, Khadeejah dapat juga. Kay belikan yang itu sebab nak getahnya.

Yang ini untuk Khadeejah.berharga 90sen.ada board. Mala senang nak buat Loom band. Ada juga relink yang menggunakan jari, garpu Dan juga pensil. Tetapi untuk Khadeejah,pakai board lebih senang.


Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...