Friday, September 9, 2016

Lukisan dan tulisan Khadeejah Bella

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti tajuk diatas, Kay nak abadikan lukisan dan tulisan Khadeejah yang berumur 5 tahun 6 bulan.

Let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Gambar dilukis Khadeejah..with earrings dan crown. Gigi tu pakai braces. Oh..Gigi Khadeejah dah cabut 2 barang dibahagian bawah. Nampaknya Khadeejah kena pakai braces bila besar sebab Giginya tumbuh senget walaupun cabut on time. tak lambat dan tak cepat. Cabut di klinik Gigi oleh nurse pergigian.

Yang ini latihan menulis huruf kecik dan huruf besar. Masa penggal pertama, murid-murid dia huruf kecik. Bila masuk penggal kedua, baru murid-murid diajar huruf besar. Antara huruf-huruf kecik yang tricky ialah b dan d.

Yang ini pula latihan huruf jawi. Yang Kay nak abadikan ialah huruf lam alif.
Kay t

tulid 

Saturday, September 3, 2016

Khadeejah dan lukisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti tail entry diatas, Kay nak kongsikan antara lukisan Khadeejah.

Let's enjoy some pixx.

Ini adalah lukisan yang dihasilkan hari ini, 3 September bersamaan 2 Zulhijjah. Lagi seminggu must  Islam akan menyambut Hari Raya Qurban.
Apa yang menarik perhatian Kay ialah naga / dragon yang dilukis oleh Khadeejah. boleh teka tak yang mana Satu naga?--> yang warna ungu tu. Yang lain tu biasa saja..Ada orang,rumput hijau, bunga merah, awan biru, dan burung.
Kay Tanya Khadeejah, kenapa tulis dragon.
She replied..I want to scare people.
Hehehe...macam- macam.


Memandangkan Kita berada dalam 10 hari pertama di Bulan Zulhijjah, Kay kongsikan beberapa amalan yang boleh dilakukan.

Sekian, terima kasih


AMALAN UTAMA BULAN ZULHIJJAH

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya. Khususnya bagi mereka yang tidak mendirikan Haji di Baitullah, ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban dengan menyembelih binatang yang layak : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
( Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32

Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

~ Dr Zaharuddin Abd Rahman

Panggil an nama Shafeeyyah Bella

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kay nak abadikan moment Khadeejah dan Ayshah bila  sebut nama Shafeeyyah.
Khadeejah yang berusia 5 tahun, panggil Baby Sofea.
Ayshah yang berusia 2 tahun 9 bulan panggil Baby Hafaya...hahahah.. jauh bebenor.

Itu sahaja cerita nya....

Kay panggil nama penuhhhh...

Sekian, terima kasih.

Friday, September 2, 2016

Shafeeyyah Bella genap berusia seminggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak update perkembangan Shafeeyyah pada hari ke enam.
Alhamdulillah, Shafeeyyah sihat.
Susu badan pun banyak. Rezeki Shafeeyyah..
Kuning memang ada.
Makanya Kay pastikan Shafeeyyah menyusu badan dengan kerap.
Kalau agak lama tidur, Kay akan kejutkan untuk menyusu.
Pada hari ketiga, iaitu bila sudah berada di Rumah, Kay risau sebab Shafeeyyah tak berak. Hari ke empat, ada temujanji dengan doctor kanak-kanak untuk pastikan Shafeeyyah sihat memandangkan pada hari kedua iaitu hari kami dibenarkan pulang, suhu badan Shafeeyyah berada di sempadan iaitu 37.4
Doctor izinkan kami pulang dan nasihatnya ialah jika suhu cecah 38, perlu segera ke hospital.
Alhamdulillah keputusan OK. Kuning tak berapa tunggi dan tiada jangkitan dalam darah yang menyebabkan badan Panas.

Hari ini genap Shafeeyyah berusia seminggu, tali Pusat belum tanggal.
Kepala sudah siap dicukur. Cukur sendiri oleh Walid. Tiada kenduri atau Majlis. Sama seperti Khadeejah dan Ayshah. Semua DIY.

Akikah juga sudah di selesaikan. Akan dibuat di Sibu, masa Ibadah Korban.  Satu bahagian lembu, berharga rm600.
Akikah Khadeejah dan Ayshah di buat di Kuala Kangsar. Masing-masing seekor kambing berharga rm700 kalau tak silap.

Itu sahaja perkembangan setakat ini.
Last but not least, so far, sepanjang seminggu menjaga Shafeeyyah, dia tak banyak meragam atau merengek.
Kay bagi susu badan, sedawakan dan letak diatas tilam. Senang.
Tak gunakan buaian. Begitu juga dengan Khadeejah dan Ayshah. Baringkan terus diatas tilam.

Let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Poo poo pada hari keempat. Sudah semakin cerah. Tidak hitam seperti hari pertama dan kedua.
Sejak hari ke Lima,keenam dan hari ini iaitu ketujuh, Shafeeyyah kerap membuang poo poo. Hasil buang an sudah kuning sepenuhnya.

Tali Pusat dalam keadaan baik dan kering. Cuma belum tanggal. Shafeeyyah mandi sekali sehari iaitu pada waktu pagi. Lepas mandi,akan disapukan alcohol yang diberikan 

Ini lah dia, kepala yang telah siap dicukur.








Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...