Thursday, December 8, 2016

Biskut Lutut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah makan? Kay makan mee goreng.
Di atas meja makan di Rumah kakak Kay ni, ada biskut lutut.
Makanya Kay nak tulis la pasal biskut ni.
Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Mak Kay cakap, dia makan biskut ni masa pantang kan Kay.
Macam mana Cara makannya? Haa...Mak cakap arwah Atok Ahmadiah akan tumbuk biskut lutut tu. Tumbuk bukan sampai hancur atau lumat. Agak agak je.
Kemudian di gaulkan dengan Gula pasir dan kelapa parut.
Lepas digaul sampai sebati..makan lahh.. hehehe

Kay Tanya Mak, kenapa namanya biskut lutut.
Mak cakap mungkin sebab bentuk nya macam kepala lutut.
Roti ini Juga dikenali dengan nama roti kelotok. Cara makan nya ialah, buat kuah santan. Letak garam dan Gula. Masukkan roti dan ais. Juadah untuk berbuka puasa. Roti ini masih ada di Sabak Bernam.

Kay suka makan biskut ni cicah dengan air teh atau kopi O Panas.
Kay tak pernah jumpa biskut ni di Tempat lain melainkan negeri Perak. Mak cakap sampai ke Tanjung Malim. Di Johor, rasa nya tak ada kot..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...