Tuesday, December 13, 2016

Resipi Tom Yam Kung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak kongsikan resipi mudah Tom Yam.
Sesungguhnya Kay tidak suka menggunakan  MSG dalam makanan.
Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Selamat mencuba.

Sekian, terima kasih.

Bahan bahan yang penting untuk membuat Tom yum ialah daun limau purut dan serai.
Sayur- sayuran yang Kay guna : lobak merah, kobis bunga, putik jagung, bawang besar, tomato, Cili padi
Bahan perasa: garam dan perahan limau bilis

Kay buat Tom yum Kung.
Kung bermaksud udang.
Cara-caranya:
1. Kay rebuskan lobak merah terlebih dahulu. Sebabnya, lobak merah keras
2. Bila lobak merah sudah lembut, Kay masukkan sayur- sayuran lain dan bahan penting iaitu daun limau purut dan serai yang telah diketuk sedikit.
3. Bila dah Naik bau dan sayuran telah empuk, akhir sekali masukkan udang, garam dan perahan air limau.


Tips:
1. Buangkan biji Cili padi untuk kurangkan tahap kepedasan.
2. Gunakan penapis semasa memerah limau nipis untuk mengelakkan hampas limau masuk ke dalam masakan. Hampas tu menyebabkan masakan kurang enak ( pedar).
3. Udang cepat masak, makanya jangan masak terlalu lama. Agak-agak udang dah bertukar warna, boleh tutup api.
4. Tom yum seharusnya masam, makanya jangan kedekut nak perah limau nipis banyak sikit.
5. Daun limau purut dicarik- carik untuk mengeluarkan aromanya. Kay buangkan urat daun di tengah nya.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...