Wednesday, December 20, 2017

Comic Fiesta 2017 di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama melihat orang memakai cosplay sempena Comic Fiesta yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.
Kay tak masuk ke dalam dewan sebab kena beratur panjang untuk membeli tiket ditambah lagi dengan 3 orang Bella.
Makanya kami hanya berjalan di kawasan luar.
Jadi lah...

Kay tidak gemar sangat anime. Dulu suka tengok Naruto. Itu sahaja..
Setakat layan aje. Sekarang tak sempat nak layan sebab layan drama Korea...hahahah..

Cerita banyak banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Semua gambar diambil menggunakan hp Oppo R9s..





































Monday, December 18, 2017

Happy 4th birthday Ayshah Bella

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Lama Kay tak update sebab bermalas-malasan di bulan Disember ini.
Kay menghabiskan cuti sekolah hujung tahun di Kuala Lumpur.
Berbalik kepada entry diatas, Kay nak kongsikan pasal orang yang pertama ucapkan happy birthday kepada Ayshah Bella...
Siapakah orangnya?
Jawapannya ialah.....Khadeejah Bella...
Bila bangun tidur sahaja, Kay dengar Khadeejah Bella ucapkan "Happy Birthday Ayshah!!"
Semoga Ayshah membesar dengan sihat dan diberkati Allah.
Ameen.
Kay tak belikan kek. Cumanya Kay belanja cendol.durian.
Sesungguhnya Ayshah amat suka kan durian!!

Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 22, 2017

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan.
Dia dah boleh berjalan beberapa langkah. lebih dari sepuluh langkah.
Perkembangan terbaharu ini dapat diketahui oleh adik bongsu Kay.
sebab masa tu Kay di dapur basuh pinggan..

oh..Kay berada di Kuala Lumpur sekarang sepanjang cuti sekolah ini.
Harap dapat memberikan pengalaman manis buat Khadeejah Bella, Ayshah Bella dan Shafeeyyah Bella sepanjang percutian ini.

Sekian, terima kas

Monday, November 6, 2017

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi.
Untuk pengetahuan, Ayshah berumur 4 tahun dan sudah ke tadika.
Sebab Khadeejah ke tadika, dalam maka Kay pun masukkan Ayshah ke sekolah juga. Dengan harapan, bila kakak ke sekolah, dia tidak mencari. Lagipun, aku satu sekolah.
Alhamdulillah dia tiada masalah masa awal awal masuk sekolah.
Maksudnya tidak menangis bila di tinggalkan di sekolah.
Tapi masa pertengahan tahun, dia ada menangis atau tak nak lepaskan Kay bila Kay nak pulang. Mungkin sebab dia tengok kawan kawan dia menangis, itu dia terikut ikut juga.
Lagi satu, bila bangun pagi nak ke sekolah, Kay kejutkan bangun,
Ayshah akan bertanya, nak pergi mana?
Kay jawab lah, nak ke sekolah...
Dia akan cakap.... ' haa?? ke sekolah lagi??? ' hahahah...

Pagi ini, hari Isnin, perlu pakai baju PJ.
Dia nak pakai seluar 2 lapis...
Kay ikut kan sahaja, kay asal dia mahu ke sekolah.

Itu sahaja perkongsian Kay.

Sekian, terima terima kasih.

Kebetulan hari ini hari pertama pelajar menduduki SPM 2017. Semoga semua pelajar beroleh kejayaan.
P/s: Aysha lama lagi nak SPM.. Ada lagi 13 tahun. InshaAllah


Saturday, November 4, 2017

Mesyuarat AJK Majlis Konvokesyen TASKI Tahfiz ABIM MIRI ke 31

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini hari Sabtu, Kay menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa Majlis Konvokesyen Taski Tahfiz ABIM Al Hidayah Miri.

Sesungguhnya tahun ini merupakan tahun kedua Khadeejah belajar di ABIM, mengikuti kelas Tahfiz di waktu petang ( 2 petang - 5 petang, Isnin--> Jumaat)

Tahun lepas, Kay mengikuti majlis ini sebagai tetamu.
Tetapi tahun ini,  Kay bersetuju untuk menjadi AJK.

Antara maklumat yang Kay dapat tadi ialah...

Tarikh: 12 November 2017 
Tempat: Dewan Suarah Miri. Tingkat 3. (Untuk mendapatkan tempat ini, pihak sekolah telah membuat booking 1 tahun awal)
Waktu: 730 pagi hingga 12 tengahari. (Sila datang awal, terutamanya jika ada anak anak membuat persembahan. Ada kes dimana pelajar yang menjadi penyanyi utama, datang lewat, sekaligus merosakkan perjalanan majlis).

Tempat duduk tetamu adalah bercampur lelaki perempuan. Atau lebih elok sikit bunyinya ialah boleh duduk dengan keluarga masing masing.
Dengan ini, para tetamu dapat menikmati persembahan anak anak dengan keluarga yang dicintai.
Bila boleh duduk bercampur, sila lah jaga adab masing masing.

Tempat makan ada 4 bahagian iaitu 1 di kiri, 1 di kanan, dan 2 di belakang dewan.
2 meja makan untuk tetamu lelaki, dan 2 meja makan untuk. tetamu wanita.
Jangan risau, juru acara akan membuat pengumuman sebelum acara makan bermula.

Pengalaman Kay tahun lepas, memandangkan perlu datang awal, seeloknya ibu bapa bawa sedikit bekalan seperti roti /biskut dan yang paling penting air masak.

Untuk anak anak yang membuat persembahan, ada air disediakan. Boleh minta pada AJK makanan yang bertugas.

Untuk makan, pihak sekolah menyediakan kari dan juga roti bantal.
Makanan yang lain ialah potluck. Pembahagian makan potluck adalah mengikut kelas. Tak silap, tahun lepas, kelas Khadeejah perlu bawa buah buahan.

Keselamatan.. Ada AJK keselamatan. Memandangkan majlis ini di tingkat 3 iaitu 100 kaki, AJK telah diingatkan untuk memastikan setiap tingkap di tutup.
Pesanan lain ialah, ibu bapa perlu menjaga keselamatan anak masing masing. Jangan terlalu asyik ambil video anak yang membuat persembahan,  sehingga terlupa anak anak yang lain.

Pakaian--> pakailah baju yang sesuai dengan majlis. Seluar Jeans tidak digalakkan. Seeloknya ibu memakai baju kurung dan bapa memakai baju batik atau pun yang elok.

Jika tidak dapat menjadi AJK, cukuplah dengan menghormati majlis dan memberikan kerjasama supaya majlis berjalan lancar.

Anak-anak kecil--> Jika membawa anak kecil, sila pastikan anak tidak menangis kuat. Jika perlu dibawa keluar, bawa keluar sehingga anak tenteram. Jika perlu menyusukan anak (susu badan) , juga boleh keluar.


Hari Sabtu, 11 November 2017, pukul 2 petang, pihak sekolah akan ke Dewan Suarah Miri untuk menghias pentas dan susun atur kerusi dan meja. Ibu bapa yang ada masa terluang, aku boleh turun padang untuk. membantu.

Hari Ahad, 12 November 2017, ialah hari berlangsungnya Majlis Konvokesyen.

Hari Isnin, jumaat 13 November and 2017, cuti...hanya untuk Taski Tahfiz ABIM.



Itu sahaja yang Kay boleh kongsikan.
Semoga majlis berjalan lancar hendaknya.

Sekian, terima kasih.



Khadeejah dan kasut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entah apa apa yang Kay nak tulis ni.
Pasal kasut pon nak tulis.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Apa yang menarik Hati Kay ialah cara Khadeejah lekat kan kasut tersebut.
Itu belajar dengan kawan kawan lah tu di sekolah. Bukan Khadeejah sahaja, Ayshah pon sama juga.  


Friday, November 3, 2017

Roti goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Sarapan apa tadi?
Entry kali ini Kay nak kongsikan apa menu sarapan pagi tadi.
Tiba tiba rajin nak menggoreng. Selalunya Kay kurang rajin nak menggoreng (menunggu depan periuk dan minyak panas).
Untuk makanan bergoreng, Kay selalunya guna air fryer.
Tapi air fryer demam dan masuk hospital.
Memandangkan ada roti putih dalam peti sejuk dan macam lama sangat makanya Kay membuat keputusan untuk membuat roti goreng.
Roti goreng ini selalu dibuat oleh mak mertua yang menggunakan inti ayam atau daging.
Memandangkan tiada ayam dan daging, maka Kay menggunakan sardin tin.

Cerita banyak-banyak tak best.

So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Ini lah dia rupa roti goreng.  Inti dalamnya ialah telur ayam sebiji, sardin dalam tin, bawang besar di potong dadu.
Salutan luar ialah tepung gandum, air dan garam secukup rasa.
Khadeejah makan juga separuh.. 

Sunday, October 29, 2017

Poslaju dan serahan ke dua Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini hari Ahad..
Masak ape untuk tengahari nanti???
ok.. Entry kali ini Kay nak kongsikan pengalaman mengambil barang di Poslaju Miri.
Ada Poslaju hantar barang semasa ketiadaan Kay dirumah.
Maka, seperti biasa, akan ada notis untuk kutip barang di Poslaju.
Tetapi, pada hari tersebut, Kay perasan ada tulis berkenaan serahan kedua.
Ini sudah bagus, sebab kita tak perlu ke Poslaju untuk kutip sendiri.
Macam Kay, agak sukar nak ke Poslaju semata mata nak kutip barang.
Sebab sibuk nak hantar anak sekolah dan sebagainya. Ditambah pula jalan nak ke Poslaju tak sama arah. Jadi, agak leceh.
Bila nombor telefon+60192789570 tertulis di kertas notis, terus Kay SMS untuk perkhidmatan serahan ke dua (Kay SMS waktu pagi dalam pukul 10 pagi) . Nombor tersebut hanya untuk SMS. .
Tapi tiada jawapan /balasan.
Makanya, Kay terus ke Poslaju Miri untuk kutip barang. sebab Takut kalau tak kutip barang, sebab barang akan dihantar semula ke pengirim.
Alhamdulillah, pada pukul 3 petang hari yang sama, Kay dapat SMS dari Poslaju.
Apa yang Kay nak kongsikan ialah.... nombor yang diberikan, boleh pakai. Kiranya kalau ada notis perlu kutip barang di Poslaju Miri, boleh sahaja SMS nombor tersebut untuk serahan kedua.  SMS elok elok. semoga InshaAllah akan dibalas. Cuma cepat atau lambat.
Last but not least, good job Pos Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Friday, October 27, 2017

Khadeejah Bella dan pelajaran sains

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Hari ini hari Jumaat...Seperti biasa Kay hantar anak anak ke sekolah tadika.
Dalam perjalanan, Khadeejah tanya, kenapa lampu jalan menyala..
Hurm..Kay cakap la sebab hari belum terang sepenuhnya.
Khadeejah menambah, kalau matahari baru naik, itu morning katanya.
Kalau matahari di atas, itu afternoon. Kalau matahari turun, itu evening dan kalau matahari tak ada, itu night.

Kay cakap...betul!!---> so Kay tahu dia dah belajar pasal waktu di sekolah.
Selalu nya bila ambil dari sekolah, Kay kurang bertanya sebab nampak Khadeejah penat. Kay akan bagi dia tengok kartun di youtube. hehehe..
Itu sahaja perkongsian pagi ini.


Sekian, terima terima kasih.

Friday, October 13, 2017

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ada persoalan berkaitan MyKid Khadeejah Bella (Lahir di Kuala Lumpur) dan Mykid Ayshah Bella (lahir di Dubai).
Untuk pengetahuan, kami sekarang menetap di Sarawak.
Memandangkan kami bukan rakyat kepunyaan Sarawak, maka kami perlu cop pasport.
Tapi bagi Khadeejah dan Ayshah boleh masuk tanpa cop passport, cukup sahaja dengan menunjukkan sijil lahir yang asal di Imigresen di airport sebab bapa nya ialah rakyat kepunyaan Sarawak.
Untuk Shafeeyyah Bella, tiada masalah sebab lahir di Sarawak dan tertulis di MyKid.
Tak perlulah bawa sijil lahir asal/original bila nak keluar atau masuk ke Negeri Sarawak.
Memandangkan sijil lahir perlu dibawa setiap kali bila nak naik belon, maka Kay bertanya di kaunter JPN, boleh atau tidak sijil lahir di laminate?
Jawapan nya lebih baik dimasukkan kedalam fail lutsinar.
Sebab nya, sebagai contoh, bila nak daftar sekolah masuk tahun satu, sekolah perlu cop belakang sijil lahir. Kalau sekolah tak dapat cop, kemungkinan sekolah akan suruh buat sijil lahir yang baharu.
Lebih elok jika tidak di laminate. Cukup lah sekadar di simpan/ dimasukkan ke dalam fail lutsinar untuk mengelakkan dari kotoran atau terkena air.
Jika sudah laminate, dan perlu di buat baharu, bayaran sebanyak 5 ringgit akan di kenakan.

Itu sahaja info.

Sekian, terima kasih.

Thursday, October 12, 2017

Choc Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini nak share gambar mufin cokelat.

Cerita banyak- banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Resipi nya Kay hentam saja..Sebab resipi asal kena pakai 1 sudu teh bikarbonat soda dan 1 sudu teh baking powder, tapi tak jumpa bikarbonat soda, Kay masukkan 2 sudu teh baking powder.
Yang lain, macam biasa lah. tepung gandum, jangan pakai tepung ubi/tepung jagung dsb...hahah
Serbuk koko, gula, minyak/butter yang dicairkan, telur sebiji, esen vanilla untuk hilangkan bau hanyir telur, serbuk kopi (Kay pakai 1 sudu teh nescafe yang dibancuh dengan setengah cawan air panas).

Alhamdulillah. Jadi...boleh dijadikan bekal anak besok..

Khadeejah dan Jam tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini nak kongsikan pasal Khadeejah nak jam tangan.
Kay ada belikan jam tangan digital masa dia umur 4/ 5 tahun.
Masa tu belum pandai tengok jam.
Kay ada juga beli beberapa utas jam tangan yang murah. Untuk buat suka suka. Baru beberapa kali pakai, rosak..
Yelahhh..jam murah kot..heheh..

Sekarang di sekolah tadika dah belajar pasal jam.

Cerita banyak- banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Finding Nemo

Dinosours. Tapi Khadeejah taknak. Alasan nya Finding Nemo n Dino tu untuk boboi.

Frozen pon dia taknak. Ayshah yang nak Elsa. Tapi Kay cakap, kena pandai tengok jam dulu baru boleh beli.

Ini pon Frozen jugak.

Hello Kitty juga yang berkenan di hati. Semua jam di atas ialah Swatch di Kuala Lumpur (Jauh Kay survey..heheh). Biar yang tahan lasak sikit. Takdela kalau masuk air, dah rosak. Selain dari Swatch, Kay minta tolong Mak Long n Najwa tolong survey kan Hello Kitty di Butik Hello Kitty di Kuala Lumpur. Mungkin banyak pilihan dan cantik cantik. Tapi yang penting, mesti tahan lasak..


Tuesday, October 10, 2017

Khadeejah Bella menang mewarna Tom and Jerry di sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay ingin abadikan kemenangan Khadeejah Bella.
Bukan lah pertandingan mewarna besar besaran, tetapi mewarna didalam kelas.
Hari ini, ada lawatan community service (CSR) dari pelajar Institut di Miri ke sekolah tadika Khadeejah.
Kelas Khadeejah (3 A) terpilih sebab kelas 3 B belum habis silibus pelajaran (sekarang bulan 10). Hujung bulan 10 dan awal bulan 11 akan berlangsungnya ujian akhir tahun.
Kelas Khadeejah, boleh dikatakan hampir habis silibus pelajarannya...

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Kebetulan malam semalam Kay suruh Khadeejah mewarna. Bukan apa, sebab ada banyak buku yang belum diwarnakan. Dari membazir, elok diwarnakan..

Ini lah hadiahnya. Pensil warna 12 batang, Stabilo. Alhamdulillah. Kay Tanya, Apa yang kena warna. Khadeejah cakap, kucing (Tom) diwarnakan biru sebab tiada warna kelabu, perutnya warna pink, tikus (Jerry) diwarnakan coklat dan ada seekor anjing di warnakan hitam. Kay tak pasti pula, kemas atau tidak. Tapi kalau menang tu, mesti la kemas kan? heheh

Antara hasil warna kelas 3A. Pesta tanglung.

Ini Ayshah Bella mewarna di pertandingan mewarna di tadika. Tak menang pon. Tak apa. Teruskan usaha untuk tahun hadapan.

Hasil warna Khadeejah Bella

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...