Sunday, January 29, 2017

Shafeeyyah Bella Dan boleh genggam tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini genap Shafeeyyah berusia 5 bulan 3 Hari.
Haa..Hari Ni Kay perasan dia dah pegang kakinya.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Kay perasan Masa 4 bulan setengah Shafeeyyah da boleh genggam. Kay perasan Masa tengah susukan Shafeeyyah, dia genggam rantai di leher Kay! Khadeejah nampak, Dan cakap ' mama! Shafeeyyah pegang rantai mama!'

Saturday, January 28, 2017

Khadeejah Dan air teh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Eh air teh pon tulis?? Hahaha
Ape ape je lahhh...
Alkisah... Khadeejah ni sepanjang 6 tahun, dia tak minum macam macam.
Hanya air masak, air milo, air susu segar, air sirap ros a.k.a air merah ( diajar minum oleh Tok Bak..Tok bak panggil air meyah..Buat buat pelat).
Kay Suka minum air teh Panas.
Suka teh wangi atau Earl Grey.
Haa...tiba tiba Semalam, Khadeejah tengok Kay minum Dan dia Tanya Panas tak?
Kay jawab, Panas sikit (suam).
Khadeejah ambil straw ( dia memang Suka minum pakai straw) Dan cuba sikit Dan cakap sedap.
Dia cakap dia nak minum lagi..
Itu Saja lah chirita nya...Hehehe

Sekian, terima kasih.

Kay beli teh Ni di Dubai. Saje je beli jenama Riston.




Khadeejah dan kerja sekolah agama

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
APA Khabar?
Kay Baru je suapkan Khadeejah Dan Ayshah makan malam.
Nasi Dan ayam masak kicap.
Alhamdulillah. Berselera mereka makan.
Bagus mereka makan. Kalau anak tak nak makan, masalah besar tu. Hehehe..
OK. Setiap kali pulang ke Rumah, mereka akan mandi. Kemudian, bagi rehat sementara Kay siap kan APA yang patut.
Agak agak dah cool down, Kay akan panggil mereka makan. Kay akan suapkan.
Nak makan Ni kena relax dulu. Tengok, mereka ada rasa lapar ke atau mengantuk.
Tak boleh tergopoh-gopoh.
Lepas siap makan. Mereka akan buat kerja sekolah.
Lepas siap kerja sekolah, Baru Kay bagi tengok Tab. Dalam setengah jam sebelum nak tidur dalam pukul 9 malam.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

ni gambar Khadeejah tengah ambil beg nak turun ke kelas agama. Kay akan dukung dia sampai ke kelas agama. Suka Khadeejah bila Kay dukung. Sebelum nak sampai ke kelas hujung diberkati, Lalu didepan kelas lain, Ustazah dan kawan kawan cakap, dah besar pun nak dukung. Tapi Kay Bawak aje. Bagi Khadeejah semangat Dan happy nak belajar agama. Kelas agama waktu petang. Mengantuk Dan bad mood itu biasa. Jadi, Kay kena ambil hati Khadeejah. Biar mood dia bagus Dan happy. Supaya tenang belajar.
Owh... Khadeejah pakai sendiri tudung sendiri. Haa..Macam tu la.dia tak perasan. Kay saje je ambil gambar tu Dan tunjuk pada dia supaya dibetulkan.

Ini kerja sekolah. Yang Kay nak kongsikan ialah kereta tu... Khadeejah cakap my rainbow colour car...Has..Layan kan aje la...Ikan tu pon sama juga..Hurmmmm..Takpe la nak..Asal siap keje sekolah..

Yang ini Kay nak kongsikan Khadeejah pakai sendiri stokin Dan kasut. Kemas Khadeejah pakai stokin tu sampai dia lipatkan. Kalau Kay yang pakaikan, takde lipat lipat. Terus aje.

Setiap Hari khamis, kena pakai Baju PJ dengan seluar Hitam. Haaa.tak jumpa seluar Hitam.. Makanya pakai aje la seluar bunga bunga...


Cuti persekolahan 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kay tengah mengemas.
Haa terjumpa kertas jadual cuti sekolah 2016...
Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Ini jadual cuti sekolah tahun lepas. Bagus jadual Ni sebab dah masukkan sekali cuti Khas, macam Chap Gig Mei Dan Tomb Festival ( Hari orang Cina bersihkan kubur). 

Yang ini jadual periksa sekolah agama. Kay hantar Khadeejah ke sekolah agama petang sejak usia 5 tahun. Sebenar nya sekolah Agama petang Ni lebih kepadA  KAFA. Untuk pelajar beragama Islam, dalam sijil UPSR akan tertulis KAFA ( Lulus atau Gagal). 



Thursday, January 26, 2017

Selamat Tahun Baru Cina 2017

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal gift basket yang di buat sendiri.
Tiba- tiba nak beri gift basket untuk guru kelas Khadeejah sempena Tahun Baru Cina.
Di Facebook, ada kawan Kay ambil upah buat gift basket. Cantik gubahan nya. Pakai netting Dan paper flowers.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Ini gambar depan hamper. Kay letak paper ribbon saje. Sebab itu saja yang ADA Dan sempat buat. Kay sangat berpuas hati dengan hasil yang dibuat secara tiba-tiba..hahah

Yang ini bahagian belakang. Kay buat hamper kecil saja. Antara barang makanan dalamnya ialah keropok udang, kuaci, air laici, biskut Gery (Kay Baru pertama Kali beli. Ramai orang cakap best. Rupa-rupanya biskut Gery tu biskut Gula Dan bahagian lagi Satu tu di sapu coklat atau pun cheese). Tak banyak barang yang Kay letak sebab buat Bakul kecil.
Tips: beli makanan yang bungkusan nya warna merah. Baru cantik hasilnya.
Menurut kepercayaan orang Cina, warna merah Dan emas membawa tuah.
Warna Hitam tak baik. Jadi elakkan warna tersebut.


Inilah dia guru kelas Khadeejah. Mrs Huang. Tengok muka pon dah takut. Kecil sahaja Mrs Huang Ni. Kay datang ke sekolah agak awal sebab nak bagi hamper Ni. Tak mahu lah Masa bagi tu, ramai ibubapa yang lain tengok. Heheh..
Masa Kay datang tu, murid-murid tengah duduk ditempat masing masing,buat kerja. Mrs Huang duduk di meja guru. Kay pun masuk ke kelas Dan cakap ' I have something to give you. It's a hamper. I made it myself'.
Reaksi pertama Mrs Huang ialah...Wah..Terima kasih. Dan dia menghulurkan tangan. Kay pun sambut la. Dan ucapkan Happy Chinese New Year.
Kemudian Khadeejah datang ke depan. Mrs Huang pun pelik Khadeejah Dan cakap terima kasih.
Kay happy sebab Mrs Huang peluk Khadeejah sebab Mrs Huang memang garang orang nya. Jarang jarang senyum. Mungkin kepenatan mengajar sebab sepanjang Kay ambil Khadeejah pulang sekolah, memang Kay nampak mereka belajar non stop
 Cikgu akan ajar berulang- ulang kali. Untuk pelajar yang Naik bas sekolah, mereka keluar pukul 1130 pagi. Yang lain, keluar pukul 1145. Dalam Masa 15 minutes tu, guru akan suruh murid murid duduk dilantai Dan baca perkataan yang diajar pada Hari tersebut.
Haa.. penat ke tak penat?

Dalam Kereta, Khadeejah senyum aje. Sebab Mrs Huang peluk dia tadi. 


Cantik tak? Hehhehheh




Tuesday, January 24, 2017

Shafeeyyah Bella bersunat

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Lepas tulis pasal Khadeejah dan Ayshah..mestilah tulis pasal Shafeeyyah Bella..
Barulah Adil Dan saksama..Hehhehheh
Semalam bersamaan 23 Jan 2017, Hari Isnin, Shafeeyyah Bella yang berusia 4 bulan 3 minggu, selamat bersunat.
Alhamdulillah...
Kesemua Bella pergi klinik untuk bersunat.
Khadeejah Sunat masa 1 bulan, Ayshah dalam 6 bulan.
Alhamdulillah semua proses berjalan lancar. Perbezaan Sunat Shafeeyyah ialah, dia diberikan local anaesthetic. Kapas dibasahkan dengan ubat bius, kemudian di kepitkan. Sementara tunggu pesakit lain, kami duduk diluar.
Masa bersunat tu Shafeeyyah cuma merengek je. Mungkin sebab tak selesa tangan ditahan/ dipegang oleh Kay. Manakala kaki ditahan oleh nurse.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Terima kasih.

Kay ditemani kawan..Namanya Normala. Terima kasih sebab sudi temankan. Dapatada Ayshah bermain dengan Ammar. Sebenar nya Kày tiba tiba je nak bersunat petang tu. Tidak rancang. Sebelum datang bersunat, dalam pukul 1:57 ptg Kay telefon. Ada orang angkat. Masa pukul 1:30petang Kay telefon tapi tidak berjalan. Yelah..Masa rehatkan.. kemudian Kay Bertanya..Boleh kah nak bersunat? Anak berusia 4 bulan. Bila boleh datang? Nurse tu jawab, boleh nak bersunat. Besok pagi boleh datang.. Kay negotiate boleh tak terus datang petang tersebut sebab Kay busy waktu pagi. Alhamdulillah..Boleh. cuma kena datang awal sebab klinik buka sampai 5:30 petang. Waktu malam tak buka....Itu la kisahnya.

Ayshah Bella Dan tadika

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
APA Khabar? Harap sihat hendaknya..
Haa..Kalau tulis pasal Khadeejah, mesti tulis juga pasal Ayshah Bella.
Hurm..Yang si Ayshah Ni tabiatnya tak mahu kalah. Kalau kakak buat kerja sekolah, dia pun keluarkan Buku sekolah nya walaupun tak ada kerja sekolah.
Dia ni Suka pegang pensil/ pen/ pensil warna.
Lepas tu dia akan warna gambar dalam Buku teks atau Buku latihan.
Kay bagi buku lain ( yang bukan sekolah punya, tapi dia tak nak).

Haa...Lepas tu ada Satu hari dia cakap dengan Kay.." Cikgu cakap jangan conteng buku"...
Hurm, Kay pun cakap " kan Mama dah pesan.."

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

Kay buat Sama sama. So far Ayshah boleh buat tanda pangkah tu. Cuma tak berapa tepat. Yang jadinya macam huruf kecil t. Makanya Kay tunjuk perlahan perlahan. Untuk tanda Betul, Ayshah tulis tak kemas. Kay gunakan kaedah titik. Tapi 3 titik sahaja iaitu dari atas ke bawah, berhenti, kemudian ke atas. Mesti panjang ekornya. Kay cakap dengan Ayshah. 

Untuk tanda pangkah, Kay buat 4 titik. Kemudian Kay suruh Ayshah silangkan.

Buku latihan tu ada cop " homework"..Heheh..

Gambar yang ini pula pasal rambut. Buat masa sekarang Ni Ayshah suka rambut ya di ikat 2. Dia siap cakap 2 ponytail. Tadi Kay tak cukup getah Dan nak cepat. Makanya Kay ikat Satu je la. Bila Kay siapkan rambut Khadeejah, Kay buat 2. Si Ayshah pi rasa rambut dia. Dia cakap Ayshah nak yang sini..Maksudnya dia nak lagi Satu...Hurm..Taknak bising bising Kay pakai getah yang lain dan ikat 2. Sabo je la... Asal Ayshah happy pi skolah.



Monday, January 23, 2017

Khadeejah dan tadika

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay nak kongsikan berkenaan puteri sulung Kay iaitu Khadeejah Bella.
Perkara pertama yang Kay nak kongsikan ialah pasal pensil box. Masa Kay nak ambil Khadeejah balik sekolah, Kay intai di tingkap. Kay perasan dia ada main pensil box kawan. Pensil box tu pensil box besi, bentuk bus, ada roda. So boleh main tarik Dan sorong.
Untuk tahun ini, Kay tak belikan pensil box Dan peralatan tulis yang Baharu sebab masih ada yang tahun lepas.
Tapi bila tengok Khadeejah main yang kawan punya, Kay belikan juga pensil box yang Baru yang macam bas tu. Sebab Kay tak mahu dia distracted dengan barang kawan.hehehe
Alhamdulillah..Dia Suka Dan Kay pesan supaya dia belajar elok elok.jangan main main disekolah.

Lagi Satu pasal bahasa inggeris. Di sekolah baru Ni, bagus sungguh sebab proses pembelajaran ada guna CD. jadi Kanak Kanak seronok. Dan pembelajaran juga berkesan pada pendapat Kay sebab bila pakai audio CD, pronunciation nya lagi tepat.
Kay tengok juga Buku English Khadeejah. Makanya Kay tahu topic dalam Buku tersebut. Antaranya bunyi ch, sh, th, wh..
Bila Khadeejah balik sekolah, dalam kereta Kay akan Tanya, belajar apa Hari ini. English ke, science ke, bahasa Melayu ke Dan sebagai nya.
Bila English, Khadeejah akan Tanya.. Mama, ch bunyi nya macam mana? Kay pun jawab la..Lepas tu Kay akan Tanya words APA yang bermula dengan ch. Dalam otak, Kay da tahu sebab dah tengok Buku English Khadeejah. Antaranya ialah cheek, chin, chair etc.
Ada Satu hari, dia belajar wh. Khadeejah Tanya macam mana bunyi wh. Kay pun jawab. Lepas tu Kay Tanya APA words yang bermula dengan wh. Khadeejah jawab whale, whistle Dan dia ada tunjuk pipi dia. Dia cakap cat ada tu. Kay pening pening jugakk, APA yang Khadeejah nak cakap..
Ooo sekali Kay jawab, whiskers!!! Haa...Betul!!!
Khadeejah pun happy..
Lepas tu ada spelling pulak English ni.
Untuk spelling pertama ada 5 words. Iaitu hands, shoulder, cheek, thin, body. So far Khadeejah boleh hafal body Dan cheek. Yang mencabar ialah shoulder sebab banyak huruf.

OK, cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Terima kasih.

Buku garis 3. Tajuknya English UK



Perkara pertama ialah ulangkaji tulis huruf besar Dan huruf kecil

Khadeejah suka bila dapat sticker.

Ada spelling. Ini merupakan spelling yang pertama untuk Khadeejah. Ada 5 perkara iaitu hands, shoulder, cheek, body Dan thin. Semua berkaitan dengan tubuh badan. Semestinya Kay buat ulangkaji dengan Khadeejah. Kay tulis besar besar dengan marker di kertas Dan suruh Khadeejah hafal. Kay cakap, shoulder ada banyak huruf. Perkara yang lain semua sikit.







Yang ini, Cikgu suruh tulis semula huruf w.









Monday, January 16, 2017

Khadeejah Dan dukung

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Apa Khabar semua?
Harap sihat sihat belaka.
Tiba tiba nak tulis pasal puteri pertama Kay iaitu Khadeejah Bella.
Kay jarang jarang dukung Khadeejah sebab dia dah besar. Bakal berumur 6 tahun pada 25 Mac 2017 ini.
Beratnya dalam 15kilo.
Lagipun, Kay jaga Shafeeyyah yang berusia 4 bulan  sekarang, makanya most of the Time memang dukung baby sahaja.la.
Bila adik adik dah tidur, Baru Kay akan dukung Khadeejah.
Bila Kay dukung Khadeejah, dia akan Tanya, kenapa Mama dukung Khadeejah?
Kay akan jawab..Sebab Mama sayang Khadeejah.
Kasihan tengok Khadeejah. Kay akan sentiasa dukung dia kalau ada masa. Dan Khadeejah akan menghargai APA yang Kay buat.

Even single and simple thing, Khadeejah akan Tanya Dan Kay rasa dia juga mahukan perhatian.

I love Khadeejah Bella..

Hehehe..

Wednesday, January 11, 2017

Sarawak kehilangan Ketua Menteri yang disayangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa Khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry Kali ini, Kay ingin mengabdikan detik bersejarah bagi negeri Sarawak.
Dimana Sawarak kehilangan Ketua Menteri yang disegani dan disayangi iaitu YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem.
Walaupun Kay Baru setahun lebih duduk di Sarawak, Kay dapat rasakan rakyat Sarawak amat menyayangi beliau.
Tidak perlu lihat orang lain, lihat sahaja orang yang terdekat iaitu bapa mertua Kay .
Sewaktu perlantikan YAB sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru, bapa mertua Kay sangat gembira dan menyatakan bahawa YAB tu bagus.

Contoh terdekat yang lain ialah suami Kay.
Dia jarang- jarang memuji orang, tetapi dia ada memuji YAB kerana usaha YAB memans uhkan tol di Sarawak. ( Kebetulan kami di dalam kereta dalam Perjalanan ke Luak Esplanade membawa anak-anak ke Pantai di petang hujung minggu. Kami mendengar radio nasional Sarawak, Dan ada potongan ucapan YAB berkaitan tol. Kalau tak silap bunyinya ' Sarawak akan menjadi Satu negeri yang aneh kerana tidak mempunyai tol'.
Ucapan beliau yang Lucu Dan suaranya yang kebapaan. Suka Kay mendengarnya.
Semasa pilihanraya Sarawak 2016, banyak ucapan ucapan beliau yang Kay Suka dengar. Suara kebapaan nya tetapi tegas Dan tenang.
Kejayaan pilihanraya Sarawak 2016 amat besar Dimana pengemudi Barisan Nasional menang 72 kerusi. Antara faktor nya ialah Allahyarham mempunyai sifat rendah diri dan mudah didekati.
Allahyarham tidak mahu dipanggil nama panjang- panjang cukup dengan panggilan Chief Minister ataupun Adenan kerana nama itu ibunya beri. ( Sungguh simple Dan mesra).

Cerita banyak-banyak tak best.
Kay kongsikan Serba sedikit info Allahyarham yang Kay dapat dari perkongsian rakan-rakan Sarawak di group WhatsApp.


TOKNAN “CM UNTUK SEMUA”

“Ooohaaaa..”, “ you oh you”, “Kamek Urang Sarawak Sik Suka TOL sebab mun ditambah OL alu jadi TOLOL “ (kami orang Sarawak tidak suka TOL kerana jika ditambah OL terus jadi TOLOL).. inilah antara kata-kata penuh jenaka yang sinonim dengan seorang anak Sarawak yang kewibawaannya disegani oleh kawan mahupun lawan.

Hanya ingin dikenali sebagai TokNan ataupun CM Nan di kalangan rakyat Sarawak kerana beliau tidak menyukai protokol yang panjang di dalam menyebut namanya. Individu yang dimaksudkan ini adalah pemimpin no. 1 Sarawak Bumi Kenyalang iaitu Ketua Menteri Sarawak yang ke-5, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan bin Satem.
Usia kepimpinannya menerajui Kerajaan Negeri Sarawak masih baru tetapi beliau adalah “orang lama” di dalam dunia politik Sarawak mahupun Malaysia itu sendiri.  Mungkin tanpa kita ketahui disebalik sejarah pemimpin-pemimpin No. 1 di Sarawak, TokNan merupakan satu-satunya anak jati berketurunan Melayu Sarawak yang pertama memegang tampuk kepimpinan jawatan No. 1 di Sarawak.

Walaupun usia kepimpinannya menerajui Sarawak hanya bermula pada tanggal 28hb Februari 2014 namun begitu kelantangannya dan seriusnya beliau di dalam memastikan hak-hak rakyat Sarawak tanpa mengira kaum baik di Bandar mahupun luar Bandar menjadikan beliau dikagumi dan disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Sarawak sekarang.

Di sebalik ada suara-suara sumbang yang cuba mewarnai visi dan misi beliau, TokNan tidak pernah menoleh ke belakang sebaliknya hanya terus maju dan maju sehingga membolehkan beliau dikenali sebagai “CM UNTUK SEMUA”.

Zaman kanak-kanak dan dunia remaja TokNan

Mengimbau memori di dalam kita mengenali seorang pemimpin anak jati Melayu Sarawak ini, beliau dilahirkan pada 27hb Januari 1944 di Kuching, Sarawak iaitu diketika berlangsungnya Perang Dunia Ke-2 di Sarawak pada masa itu. Siapa tidak tahu betapa payahnya penghidupan ketika pendudukan Jepun dan begitulah juga TokNan yang dibesarkan di dalam serba kepayahan pada masa itu. Ini kerana keluarganya bukanlah orang berada hanya orang kampung yang biasa-biasa sahaja.

Seperti anak-anak Melayu yang lain di Sarawak, TokNan juga melayari zaman kanak-kanaknya dengan penuh bahagia. Tiada yang berbeza di dalam penghidupan beliau apabila beliau juga harus pergi mengaji di surau yang berdekatan dengan rumahnya kerana itulah matapelajaran asas yang harus dikenali oleh seorang yang beragama Islam. Apabila cukup umur untuk memasuki alam persekolahan, TokNan telah dihantar untuk belajar di sebuah sekolah yang terkenal yang sentiasa melahirkan barisan pemimpin di Sarawak iaitu di St Joseph School, Kuching. Di sekolah inilah beliau menimba ilmu dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat menengah.

Zaman remaja TokNan juga diwarnai dengan perjalanan hidup yang menyeronokkan. Seperti anak remaja yang lain yang gemar kepada bidang music dan sebagainya, TokNan juga tidak terlepas daripada merasai alam ‘band boy’. Siapa pernah tahu bahawa sekitar tahun 1960an dahulu di Kuching pernah terkenal sebuah kugiran yang bernama Vagabond yang sering mengadakan konsert selepas persembahan bangsawan di sekitar kampung-kampung di Kuching itu dianggotai oleh TokNan yang menjadi Ketua Menteri Sarawak sekarang. Di kugiran inilah tempat TokNan mengasah bakatnya menjadi seorang penyanyi utama dan pemuzik.

Karier TokNan Sebelum Menjadi Menteri

Dikala ramai yang menjadi pemimpin di Negara kita kebanyakan daripada mereka memulakan alam pekerjaan setelah pulang daripada belajar di luar Negara namun ini tidak kepada TokNan. Kerana beliau memulakan alam pekerjaannya selepas sahaja tamat sekolah menengah. Jawatan pertama yang disandang beliau adalah sebagai seorang guru.

Mungkin kerana itulah sistem pendidikan begitu dekat dihatinya kerana beliau dahulu mantan seorang guru. Selepas itu TokNan juga pernah menjadi seorang wartawan dan penulisan beliau juga dikatakan bentuk penulisan yang lantang dan tajam. Mungkin atas faktor inilah TokNan juga merupakan antara pemimpin yang bersuara lantang di dalam segenap ceramahnya.

“Tuntutlah Ilmu Itu Walau Sampai Ke Negara China” itulah bidalan lama orang tua kita di dalam memperkatakan betapa ilmu itu penting di dalam penghidupan. Begitulah juga pada TokNan walau sudah mempunyai pekerjaan yang stabil tetapi naluri untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading telah memungkinkan beliau melanjutkan pelajaran di dalam pengajian Undang-undang di University of Adelaide. Berkat kegigihan beliau akhirnya beliau sukses dengan memegang segulung ijazah bidang perundangan.

“Jauh Perjalanan Maka Luaslah Pandangan” itulah polisi yang disemat di sanubari beliau setelah menamatkan pengajiannya di Australia. Beliau tidak pulang ke tanahair buat sementara sebaliknya beliau menimba pengalaman untuk bekerja di luar Negara. Sekitar tahun 1969, TokNan menjawat jawatan sebagai Peguam di Pejabat Pendakwaraya Adelaide Australia. Dan atas kegigihan beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Majistret di Negara orang.

Penglibatan TokNan Di Dalam Kancah Politik Sarawak

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. akhirnya sekitar tahun 1970an, TokNan kembali ke tanahair. Pada ketika itu beliau terus ditawarkan sebagai Peguam di Mahkamah Tinggi Borneo iaitu sekitar tahun 1975. Pada masa inilah juga beliau sudah mula berjinak-jinak dengan dunia politik.

Dari hanya dilantik sebagai Penasihat Undang-undang dan ahli Jawatankuasa Penasihat Parti Bumiputera Bersatu Sarawak kemudian akhirnya beliau Berjaya menjadi Yang Berhormat untuk DUN Muara Tuang.

Sejak itu beliau terus melangkah dan melangkah di dalam kancah arena politik Sarawak sehinggalah pada tahun 2004 beliau memenangi Parlimen Batang Sadong dan akhirnya beliau terpilih sebagai salah seorang Menteri Kabinet Malaysia dengan memegang portfolio sebagai Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia.

Sekitar tahun 2006 setelah berlakunya rombakan kecil pada Kabinet Malaysia, TokNan sendiri telah memohon daripada Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu untuk tidak menamakannya semula di dalam mana-mana portfolio kementerian. Semuanya kerana beliau lebih memilih untuk berkhidmat di Sarawak iaitu dekat dengan rakyat lebih-lebih lagi di kawasan yang beliau wakili iaitu Parlimen Batang Sadong. Seterusnya pada tahun 2011, beliau telah memenangi DUN Tanjung Datu sehinggalah sekarang.

Antara jawatan Menteri yang beliau pernah sandang sejak melibatkan diri di dalam arena politik Sarawak adalah Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Tanah Sarawak (1985-1987), Menteri di Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sarawak (1988), Menteri di Kementerian Pembangunan Dan Sosial Sarawak (1992) dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-tugas Khas (2011-2014).

Usia pentadbiran selaku Ketua Menteri Sarawak baru sahaja setahun jagung namun begitu jangan pandang sipi kebolehan beliau. Ini kerana banyak hal yang telah dirungkai oleh beliau di dalam menjadikan Sarawak itu sebuah negeri yang lebih baik. Antaranya adalah:

1. Tiada lagi pengeluaran lesen balak di Sarawak dan tiada lagi pembukaan ladang kelapa sawit kerana hutan di Sarawak harus dipulihara.

2. Usaha yang lebih aktif untuk memastikan tanah adat yang menjadi hak kepada kaum pribumi Sarawak disukat dan mendapat dokumen yang sah.

3. Tarif elektrik industri dan awam diturunkan.

4. Mendaulatkan keutuhan integrity di kalangan ahli politik dan juga penjawat awam. Setiap ahli politik mempunyai pengistiharan integrity.

5. Perang habis-habisan untuk pembalak-pembalak haram dan juga mana-mana kilang yang bersekongkol dengan mereka.

6. Memperjuangkan pembangunan luar Bandar agar mereka terus berdaya saing.

7. Memastikan tiada lagi bangsa “lain-lain” di dalam borang rasmi untuk kaum yang bukan Melayu, Cina, India sebaliknya diletakkan “Dayak”.

8. Memperjuangkan autonomi seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti dasar pendidikan dan sebagainya dikembalikan kepada Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan.

9. Tiada isu mana-mana kaum dikatakan sebagai “kaum pendatang” kerana bumi Sarawak ini luas untuk semua.

10. Memperjuangkan royalti minyak untuk Sarawak kepada 20% dan perundingan terus berlangsung sehingga sekarang.

Dan sekarang tiada lain yang diperkatakan melainkan keberanian beliau membekukan segala permit kerja baru di Petronas, Sarawak.  Dan beliau juga telah memberikan kata dua kepada organisasi Petronas jika masih berdegil maka Sarawak akan menarikbalik segala permit kerja yang ada.

Bagi beliau tiada yang lebih baik bagi memastikan bahawa peluang kerja untuk anak Sarawak itu didahulukan kerana ini merupakan sumber di negeri Sarawak.

Sebenarnya ada banyak lagi yang telah dilakukan oleh TokNan dan masih banyak lagi yang beliau sedang usahakan. Ini sejajar dengan pantun yang sering beliau laungkan apabila mengakhiri ceramah-ceramahnya yang menunjukkan beliau tidak akan mudah berputus asa.

Nyiur gading puncak mahligai
Buat ketupat berisi inti
Hancur daging tulang bercerai
Belum kudapat belum berhenti

Penghidupan berkeluarga TokNan

Satu - banyak-banyak. Dua,- sikit-sikit. Tiga,- jarang-jarang. Empat,- kadang-kadang. Itulah antara dialog paling popular filem legenda P Ramlee iaitu Nujum Pak Belalang. Dan ianya sudah tentu menceritakan tentang hal nikah kahwin. Di dalam menyelusuri penghidupan berumahtangga juga TokNan juga merasai jatuh bangun dilanda badai perkahwinan. Perkahwinan pertama beliau juga patah ditengah jalan.

Patah tumbuh hilang berganti, akhirnya sekali lagi TokNan mengahwini suri hatinya iaitu Puan Sri Datin Patinggi Jamilah Anu. Seorang wanita Melayu idaman hati TokNan yang diceritakan amat pandai bermasak dan menguruskan keluarga. Seorang wanita yang bersifat sederhana tetapi beliaulah yang menjadi tulang belakang jatuh bangun suaminya iaitu TokNan. Betullah kata peribahasa orang Melayu jika hendak menambat hati suami bermula daripada perutnya. Nescaya kekal bahagia perkahwinan sehingga ke anak cucu.

Begitulah alam perkahwinan antara TokNan dan isterinya. Seringkali beliau berseloroh dengan rakan taulan. “Aku dah madah bini aku pandei masak”..”Bila pulang ke rumah mesti makan dolok sebab bini dah masak kelak merajuk susah kita you you”. Inilah antara kata-kata beliau mengenai sifat isterinya yang dicintai.

Sesuatu yang mungkin ramai rakyat Malaysia tidak tahu mengenai sifat rendah diri TokNan ini adalah beliau tidak seperti mana-mana “orang besar” yang kita ketahui sekarang. Sudah menjadi kebiasaan kepada TokNan bersama-sama isterinya untuk hanya menjamu selera di foodcourt mahupun kedai makan biasa.
Malah ada waktunya jika terluang akan kelihatan seorang “atuk” dan “nenek” berjalan-jalan di hujung minggu di pasaraya-pasaraya ataupun taman permainan kanak-kanak bersama-sama cucu-cucunya yang disayangi tanpa protokol.

Inilah antara sifat rendah diri yang menyebabkan TokNan mahupun isterinya dihormati oleh segenap lapisan masyarakat di Sarawak khususnya. Memang jarang-jarang ada “orang besar” kita yang sedemikian.

Kelantangan dan pencapaian beliau setakat ini begitu mengkagumkan kawan mahupun lawan. Memang tidak dapat disangkal bahawa TokNan adalah CM untuk Semua dan perjuangan beliau bukan menjurus kepada satu kaum sahaja sebalik sesiapa sahaja yang bergelar anak Sarawak tanpa berlandaskan pilihan politiking mereka.

Dan mungkin juga inilah pemimpin yang kita rakyat Sarawak nanti-nantikan selama ini iaitu seorang pemimpin yang memartabatkan segala autonomi Sarawak dikembalikan sepenuhnya.

Semoga kekal sihat dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT kepada Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem. Teruskan momentum untuk mencapai visi dan misi di dalam memartabatkan hak-hak Sarawak serta menjadikan Sarawak Negeri Contoh pada masa hadapan.

Yang pasti rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama mahupun landasan politik akan berdiri teguh di belakang pentadbiran TokNan selagi apa yang diperjuangkan adalah untuk Sarawak Bumi Kenyalang.

#KamekSayangSarawakBah


Sunday, January 8, 2017

Perkembangan Ayshah Bella 4 tahun

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Seperti tahun entry diatas, Kay ingin kongsikan perkembangan terbabas Ayshah Bella.
Alhamdulillah tahun ini (2017) , Ayshah berusia 4 tahun. Walaupun dia Lahir hujung tahun, dia menunjukkan perkembangan yang bagus. Mungkin sebab ada kakak (Khadeejah).
Makanya dia cepat belajar.
Alhamdulillah, Ayshah dah pandai pee pee di toilet Dan nak basuh sendiri.
Walau bagaimana pun, Kay tetap pakaikan pampers kalau keluar berjalan dikhuatiri tak jumpa tandas kalau dia nak pee pee. Tambahan pula Kay ada Shafeeyyah yang mini berusia 4 bulan.

Ayshah dah masuk tadika. Satu sekolah dengan kakaknya.
Guru besar komen, Ayshah paling steady.
Masa awal awal persekolahan, ada beberapa Kanak Kanak yang menangis, tapi tidak untuk Ayshah.
Mungkin sebab dia ke Taska semasa berusia 3 tahun. Makanya dia tidak terkejut.
Sebab di Taska, ada diajar Cara bergaul dengan Kanak Kanak lain.
Lagi Satu, di Taska juga ada buat aktiviti antarabangsa mewarna. Dari situ, Ayshah sudah belajar memegang pensil Dan sudah pandai mewarna di dalam lingkungan. Itu pun Satu pencapaian yang bagus, walaupun muka manusia diwarnakan dengan warna biru.
Menurut guru Taska, kanak-kanak masuk usia 5 - 6 tahun, secara automatic akan tahu warna kulit. Di sebabkan itu, untuk Kanak Kanak berusia bawah 5 tahun, hanya diberikan pensil warna yang berjumlah 12 batang sahaja. Kalau dah besar, boleh lah Sibelius pensil warna 24 atau 36 batang.

Ayshah juga sudah pandai pakai kasut Dan stoking sendiri.
Mandi, sikat rambut Dan gosok Gigi juga dah pandai. Cuma kurang kemas.
Apa apa pun, bersyukur sebab dia mahu buat sendiri (berdikari).

Haa...Lagi Satu, Ayshah Ni tak boleh kalah.
Kalau Khadeejah bercerita pada Kay yang dia pandai dalam sesuatu ataupun mahu sesuatu, Ayshah juga akan cakap atau minta benda yang sama.

Ayshah suka kacau barang kakak.
Kalau terjadi, Khadeejah akan mengadu.
Kay akan leraikan dengan Cara yang berpatutan.
Ayshah Ni masih Suka melekat dengan Kay.
Berbeza dengan Khadeejah yang sekarang berusia 6 tahun, Khadeejah OK kalau Kay tinggalkan dia sebentar. Khadeejah tidak mencari.
Kalau Ayshah, dia akan Tanya " mana Mama?"
Pi
Makanan kegemaran antaranya ayam goreng KFC, coklat cloud nine, KitKat, surprise egg, keropok ikan, keropok lekor.

Air coca cola, air susu segar.

Haa...Susu anlene Kay pon dia sapu.
So far, Ayshah tak sembelit bila.minum anlene. Apa apa pun, Kay tak bagi dia minum anlene. Itu dia kebas Kat atas meja. Kay bagi Ayshah minum fresh milk Dan susu anmum.m

Sekian , terima kasih.

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...