Tuesday, January 24, 2017

Ayshah Bella Dan tadika

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
APA Khabar? Harap sihat hendaknya..
Haa..Kalau tulis pasal Khadeejah, mesti tulis juga pasal Ayshah Bella.
Hurm..Yang si Ayshah Ni tabiatnya tak mahu kalah. Kalau kakak buat kerja sekolah, dia pun keluarkan Buku sekolah nya walaupun tak ada kerja sekolah.
Dia ni Suka pegang pensil/ pen/ pensil warna.
Lepas tu dia akan warna gambar dalam Buku teks atau Buku latihan.
Kay bagi buku lain ( yang bukan sekolah punya, tapi dia tak nak).

Haa...Lepas tu ada Satu hari dia cakap dengan Kay.." Cikgu cakap jangan conteng buku"...
Hurm, Kay pun cakap " kan Mama dah pesan.."

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

Kay buat Sama sama. So far Ayshah boleh buat tanda pangkah tu. Cuma tak berapa tepat. Yang jadinya macam huruf kecil t. Makanya Kay tunjuk perlahan perlahan. Untuk tanda Betul, Ayshah tulis tak kemas. Kay gunakan kaedah titik. Tapi 3 titik sahaja iaitu dari atas ke bawah, berhenti, kemudian ke atas. Mesti panjang ekornya. Kay cakap dengan Ayshah. 

Untuk tanda pangkah, Kay buat 4 titik. Kemudian Kay suruh Ayshah silangkan.

Buku latihan tu ada cop " homework"..Heheh..

Gambar yang ini pula pasal rambut. Buat masa sekarang Ni Ayshah suka rambut ya di ikat 2. Dia siap cakap 2 ponytail. Tadi Kay tak cukup getah Dan nak cepat. Makanya Kay ikat Satu je la. Bila Kay siapkan rambut Khadeejah, Kay buat 2. Si Ayshah pi rasa rambut dia. Dia cakap Ayshah nak yang sini..Maksudnya dia nak lagi Satu...Hurm..Taknak bising bising Kay pakai getah yang lain dan ikat 2. Sabo je la... Asal Ayshah happy pi skolah.



No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...