Friday, March 10, 2017

Mama kenapa Buku Ni old

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
APA khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Soalan diatas ditanya oleh Khadeejah.
Hurmmmm...

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Ini la Buku yang lama tu. Kay pinjam di Masjid Piasau. Sebab nak ajar Khadeejah mengaji. Dia ada belajar mengaji menggunakan Buku Iqra'. Cara Buku Iqra' ialah dengan terus membaca. Tidak mengeja. Kalau tak silap, Cara yang bagus untuk belajar baca Quran ialah dengan mengeja. Di Dubai, Kay ada belajar mengaji menggunakan kaeah Nooraniyah. Memang Kena mengeja menggunakan bahasa Arab ( fathah, kasrah, dhammah Dan sebagainya).
Alhamdulillah Kay sempat habiskan belajar kaedah tersebut sebelum pulang ke Malaysia. Kay ada beli buku kaedah Nooraniyah tu, Tapi tak tahu letak di mana. Itu yang Kay pinjam muqaddam di Masjid Piasau untuk sementara.

Kay ambil kesempatan untuk terangkan pasal tahun kepada Khadeejah memandangkan dia telah belajar tulis Hari Dan tarikh di sekolah tadika ( setiap Hari akan tulis dipenjuru atas Buku). Persediaan untuk masuk ke darjah Satu.

Masa kecil dulu, Kay belajar mengeja dalam bahasa Melayu. Seperti di dalam Buku diatas. Tapi bila dah belajar kaedah Nooraniyah, Kay rasa lebih elok gunakan bahasa Arab. Sekarang Kay ajar Khadeejah gunakan perkataan Arab. Alhamdulillah dia boleh ikut sebab Masa Kay belajar di Dubai dulu, Khadeejah ikut ke kelas tersebut. Masa tu dia berusia 4 tahun. Dalam kelas tu, dia dengar. Makanya Khadeejah boleh terima APA yang Kay ajar kan. Boleh lah Khadeejah ikut APA yang Kay baca.

Dalam Buku Ni tiada huruf hamzah Dan lam alif

Muka Surat yang ini, Khadeejah Tanya kenapa huruf tu ada garisan putus putus. Kay belum jawab lagi. Tengah fikir macam mana nak terangkan. Hehehe


Haa..Kay dah siap balutkan Buku Ni dengan plastic. Baru confident nak pakai. Sebab nya, kalau tak balut, takut mudah koyak. 



Thursday, March 9, 2017

Bubuk Miri

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Selamat petang.
Entry Kali ini nak kongsikan pasal bubuk.
APA itu bubuk?
Kalau tengok rupa, Kay panggil udang Popeye ( my father called it udang Popeye).
Di Miri, orang panggil bubuk.
Harga bubuk segar sekarang (tahun 2017 ialah 8 ringgit sekilo).
Harga dulu-dulu dalam 3-4 ringgit sekilo.
Bapa Kay Suka makan jemput- jemput udang Popeye segar.
Bubuk inilah yang digunakan untuk membuat belacan ( shrimp paste). Ada juga kawan Kay di Miri yang buat Belacan sendiri. Kalau Kay dah berguru, Kay akan kongsikan Cara Cara buat Belacan OK..heheh
Miri terkenal dengan Belacan Miri.
Boleh la beli Belacan Miri untuk dibuat ole-ole.
Kalau nak beli, boleh ke Tamu Muhibbah, Miri.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

P/s: Dimana ada udang, di situ ada buaya..

Alhamdulillah..Rezeki tolong kawan. Dapat bubuk kering yang dibuat sendiri.
Cara-caranya ialah bersihkan bubuk segar. Masukkan dalam air mendidih yang telah dicampurkan garam. Rebus sebentar Dan toskan. Kemudian, dijemur sehingga kering.
Cara nak makan antaranya ialah,
1) digoreng dengan hirisan bawang besar Dan hirisan Cili
2) dimakan kicap, perahan air limau kasturi Dan hirisan Cili

Wednesday, March 8, 2017

Ayshah dan Ferrari

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Wah..Entry kemain..
Ferrari?
Hahaha..Itu hanyalah Ferrari mainan.
Asyik tulis pasal Khadeejah, Kali ini entry pasal si puteri kedua...
Kalau kakak ada tri scooter, dia pun nak Kena ada mainan.
Kay pon taknak la beli mainan yang sama.
 Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Inilah dia ..Warna kuning. Boleh nampak dari jauh. Kereta Ni ada bunyi bunyi, boleh tekan tekan. Ada lagu Cina, lagu A B C, ajar cakap perkataan perkataan Cina.. Dan semestinya ada hon...Pon pon..Bunyi nya..

Pandangan sisi. Agak panjang kereta Ni.jadi Khadeejah Dan Ayshah boleh Naik berdua. 

Harga nya sebelum discount ialah rm99. Lepas discount jadi rm59. Pada Kay Ok la dengan siap ada bunyi bunyi tu..Hehe..Tinggal 2 je aritu. Warna putih Dan warna kuning. Kay Tanya pada salesgirl tu warna APA bagus. Dia cakap putih cepat Kotor..So Kat ambil kuning la.. Alhamdulillah Ayshah Dan Khadeejah suka.. Kay pun Suka sebab diorang boleh main di Rumah.. sebelum Ni ada juga kereta Ni. Tapi dah Rosak..Rodanya asyik tercabut je.. ( harga dalam rm 30)



Friday, March 3, 2017

Khadeejah Dan tri scooter

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Lagi entry pasal Khadeejah.
Kay tulis supaya Khadeejah dapat baca Nanti.hehehe..

Haa...Kisahnya dia tengok YouTube Dan tak silap nama budak tu Chase ( Chase Corner) main butterfly scooter.
So Khadeejah pon nak la.
Sebenarnya, dah lama juga dia nak. 
Sebab Masa kami sekeluarga ke eMart Riam, dia nampak ada uncle bawa Kotak scooter. 2 scooter Uncle tu beli.
Khadeejah cakap " mama! Ada scooter" sambil tunjuk ke Arah uncle tu.
Kay angguk sahaja. Tak cakap akan beli pun.
Kami beli barang dapur Dan kemudian pulang ke rumah.
Alhamdulillah, Khadeejah Ni jenis tak merengek- rengek mahu beli.
Kay cakap tidak, dia OK Saja.

Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sebelum nak beli tri scooter Ni, Kay bukak  YouTube dulu. Tengok macam mana main nya. Selamat kah untuk usia Khadeejah yang 6 tahun. Yang bestnya, orang dewasa pon boleh main. Kebetulan sehari sebelum Kay nak beli, Kay dah survey. Ada promosi..Itu menyusukan lagi alasan untuk membelinya.
Terus suruh promoter pasang siap siap. Senang nak main Nanti. Kay beli sebelum ambil Khadeejah Dan Ayshah pulang dari sekolah.
Bila Khadeejah masuk kereta, dia tengok di belakang, Dan tersenyum lebar. Terdahulu hasrat dia nak butterfly scooter. Lepas ambil sekolah tadika, terus ke sekolah agama. Bersepakat dia ke sekolah agama sebab nak try test scooter Baru!!!

Harga sebelum discount ialah rm299. Lepas discount Jadi Rm179 kalau tak silap.

Butterfly scooter untuk Khadeejah. Yellow Ferrari car untuk Ayshah. Kay bawa mereka main di taman. Sebab luas Dan selesa. Kalau di Rumah tak seronok sangat..

Kalau tak jatuh, tak sah. So inilah gambar kaki nya. Menangis juga Khadeejah.

Yang belakang tu,z kaki melecet sebab pakai kasut Tapi tak pakai stokin


Khadeejah main turun dari Bukit ( yang tak berapa curam). Tapi tangan kecil Dan tak cukup tenaga nak tekan break tangan. Makanya jatuh la...kihkihkih

Selain belajar, mesti lah beriadah atau bersukan supaya seimbang. Kay pon dah main scooter tu..BEST!!! 

Bunga Kantan Dan Laksa

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Masak APA?
Hurm..Kay dah lama nak buat laksa Penang. Tapi pelakon Utama ( bunga Kantan tak ada).
Harini Baru jumpa pelakon Utama... Hehehe..

Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Inilah rupa bunga Kantan. Kalau tak ada bunga Kantan, tak sedap la kuah laksa Penang. Kay ingat nak letak daun kesum aje, sebab pokok daun kesum ada di belakang Rumah. Bila bila nak pakai, senang Saja petik di belakang. Tetapi alang- Alang nak buat, biar buat betul-betul sebab nak bagi sedikit pada kawan kawan di Miri. Mereka Minat laksa Penang.
Kalau nak buat laksa Penang, tak best la buat kuah sikit sikit. Jadi bila buat, mesti banyak. Bila banyak, Kay akan kongsikan sikit dengan kawan kawan. Disamping mereka boleh merasa, mereka boleh komen.
Kay beli bunga Kantan Ni di Piasau. Masa dalam Perjalanan nak hantar Khadeejah ke sekolah agama. Dijual oleh orang Iban. 3 batang tu RM2. Kira OK lah. Kalau beli di TAMU Muhibbah di Bandar, tak silap 3 batang ialah RM 3. Bila beli, Kay pun Bertanya ' kitak tanam sendiri kah?' Penjual cakap, tidak. Adik dia dari Suai yang Bawak dari kampung.. selain bunga Kantan, ada kunyit, daun bawang. Ada juga ikan Mayong salai yang disalai oleh orang Melayu. Kiranya orang Melayu tu letak di gerai tepi Jalan tu la.
Insha Allah, lain Kali boelh beli ikan salai tu. kalau Kay beli Dan masak, akan dikongsikan di entry yang akan datang.



Thursday, March 2, 2017

Resipi cucur manis

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Masak APA hari ini?
Yang Kay nak kongsikan ialah resipi cucur Manis yang Kay buat kali PERTAMA untuk minum petang.
Sebenarnya bukan untuk Kay, lebih kepada Khadeejah Dan Ayshah memandangkan mereka kurang makan. Dan mungkin dah bosan dengan menu menu yang Kay buat..
Kay lebih gemar cucur sayur ( kucai Dan taugeh Dan lobak merah sahaja..kurang suka kobis).

Terima kasih kepada Wan Ome sebab berkongsi resipi di kala Kay ketandusan idea memasak...
Semoga ilmu ini menjadi amal jariah bila dikongsikan . Ameen.



Seperti biasa, Kay akan kongsikan resipi yang Kay telah Cuba terlebih dahalu.

CUCUR MANIS KEMBONG
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
2. Tuangkan air panas, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.
3. Biarkan doh sejuk
4. Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana. Jika minyak panas ia akan cantik kembongnya dan tidak menyerap banyak minyak.
5. Bentukkan doh
Ada dua kaedah untuk membentuk doh bulat-bulat
  a) Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.
  B) Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas.

6. Senantiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya
7. Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat
Lapiskan dengan tisu dapur supaya minyak meresap pada tisu.

Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Inilah hasilnya. Memang kembong seperti namanya. Kay pakai air Panas seperti resipi ( selalu Kay derhaka dengan resipi). Tak tahu pula kalau pakai air Sejuk boleh ke tidak sebab Kay tak buat.
Untuk jumlah cucur diatas, Kay menggunakan 1 cawan tepung ( ini memang pakai penyukat) Dan air Panas main tuang Saja (agak agak juga, jangan tercair Dan jangan terpekat) Sedikit garam Dan susu pekat agak agak (main tuang aje tak pakai penyukat).
Kay kecilkan sukatan sebab nak buat sedikit sahaja untuk anak anak.
Untuk menggoreng, Kay tak pakai air atau minyak. Main jemput jemput  terus masuk dalam kuali sahaja juga. Makanya kejadiannya tidak la molek sangat. ( Sebab derhaka kannnn).
APA APA pun Kay berpuas hati dengan kejadiannya. Gebu Dan lembut dalamnya.


Kay bawa cucur Ni ke sekolah Agama Khadeejah.
Alhamdulillah, Khadeejah Dan Ayshah suka makan.
Menurut kawan Kay, adunan yang sama, boleh di buat lempeng..
Kalau lempeng, Kay Suka lempeng kosong, di cicah dengan sambal tumis...Yummehhh..

Bisul di jari hantu

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
APA Khabar semua?
Diharapkan sihat semuanya.
Kay Baru baik dari bisul.
Kalau bisul di mata, dipanggil ketumbit.
Yang ini bisul di jari Hantu.
Kay tak selalu Kena bisul. Haritu Kena pula..

Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.



Ini gambar Hari pertama kena bisul. Sakit Dan Panas dan berdenyut denyut. Pergi jumpa Doktor di Klinik Asiah di Hari kedua. Doktor bagi ubat krim antibiotic Dan ubat surut bengkak. Doktor tak bagi antibiotic makan sebab menyusukan Shafeeyyah Bella yang berusia 6 bulan.

Inilah rupa krim antibiotic nya


Hari ketiga jumpa Doktor lain pula sebabnya jari semakin kembang, berdenyut denyut Dan Panas. Dapat pula ubat antibiotics makan. Doktor cakap yang itu boleh untuk ibu yang menyusukan anak.
Antibiotics Kena makan sampai habis.
Doktor cakap lagi, boleh merebak. Sebab bakteria kan. Jadi Kena jaga kebersihan. Doktor berkongsikan kisah semasa dia belajar di kolej, orang yang sediakan sandwich tu ada ketumbit. Kemudian, pelajar pelajar yang makan sandwich tersebut, semua cirit. Kesimpulan, Kena jaga kebersihan Dan makan antibiotics sampai haves supaya semua bakteria dalam badan dimusnahkan..


Dapat juga ubat sapu.



Hari ketiga petang, Kay pecah kan. Baru lega. Tidak sakit berdenyut denyut. Alhamdulillah. Terus makan antibiotic Dan sapu krim. Masa jumpa Doktor Haizam ( Doktor yang kedua) dia cakap bisul belum masak, takut kalau dia potong, sakit. Jadi dia suruh Kay pecah sendiri kalau dah masak. Untuk percepatkan masak, boleh selalu Cuci dengan air suam, itu Kay baca Kat Internet..Hehe)

Wednesday, March 1, 2017

Kek marjerin bakar

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

 Entry Kali ini Kay nak abadikan lagi Satu kek yang Kay buat.
Bahan bahan yang diperlukan tidak banyak Dan caranya mudah sahaja.

Bahan bahannya ialah..
Telur 3 biji
Tepung gandum 2 cawan
Marjerin 1 cawan
Gula 1 cawan
Baking powder 1 sudu kecil

Cara-caranya...
Pukul marjerin Dan Gula hingga kembang.
Masukkan telur Satu per Satu.
Masukkan tepung Dan baking powder.
Kemudian bakar.

Cerita banyak- banyak tak best.
So, lets enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Ini lah hasilnya. AL kisah,.. Adunan nya tak berapa banyak Dan Kay menggunakan Loyang besar..Maka, itu la hasilnya.. ketinggian kek tak SAMA. Hehehe... Kesimpulannya, Kena pandai pandai cari Loyang yang sesuai dengan jumlah Adunan.

Rasanya ada..Cuma kering ( itu pendapat dari kawan kawan yang mencuba..). Insha Allah akan Cuba lagi dengan menggunakan Loyang yang sesuai

Happy Valentine's Day 2017

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera..
Hari ini ialah 1Mac. ..
Baru berkesempatan nak tulis pasal APA yang berlaku pada 14 Feb 2017 yang Lepas.
Bukan nak tulis pasal Kay sambut Valentine's Day..Cumanya nak tulis pasal Khadeejah dah besar Dan semakin berdikari.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Tanggal 14 Feb 2017, Khadeejah cakap dengan Kay
" Mama tak payah hantar Khadeejah dan Ayshah ke kelas. Masa balik Nanti Mama datang lambat OK?".
Khadeejah suruh Kay datang lewat Masa ambil sekolah supaya dia dapat duduk di tangga dengan kawan kawan Dan Cikgu sementara menunggu ibu bapa yang datang lewat untuk menjempuT anak anak pulang.
Maka nya sejak Hari itu, Kay sengaja datang lewat. Ada Satu Masa, Kay nampak Khadeejah main kejar kejar dengan kawan dia sementara tunggu Kay sampai. .
Bila Kay datang awal Dan tunggu diluar kelas, Khadeejah akan Tanya, kenapa datang awal? Kan Khadeejah cakap datang lewat...
Hurm..

Eh..Dapat 3 kuntum bunga Mawar merah Dan sekotak coklat juga...heheh

Khadeejah Bella Dan seni tekapan

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
APA Khabar semua?
Harap baik baik sahaja..
Dengan anak anak kecik, semua benda adalah Baharu
Entry Kali ini Kay nak kongsikan pengalaman Kali pertama Khadeejah menekap.

Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Kenapa buat tekapan? Kay ada belek belek Buku seni tahun 4. Ada macam- macam lah seni antaranya capan ( pakai pelepah pisang, kentang yang dipotong untuk dibuat corak), anyaman, Dan sebagainya. Tetapi yang menari Minat Kay ialah seni tekapan. Sebab mudah.
AL kisah...Lepas Khadeejah siap buat kerja sekolah, Kay ajak dia buat seni tekapan. Gambar diatas adalah hasilnya. Mula mula, Kay tekap keychain yang ada gambar burung hantu. Lepas tu Kay teringat masa sekolah rendah, matapelajaran matematik ada satu masa kena tekap duit syiling dan buat kiraan. Makanya, Kay suruh Khadeejah ambil coins dalam tabung. Kay cakap keluarkan ten cents, twenty cents Dan fifty cents. Alhamdulillah Khadeejah tahu. Sambil sambil tu ajar dia mathematics. Khadeejah suka buat tekapan. Siap cakap, besok dia nak bawa buku conteng tu is sekolah. Masa Kali pertama Kay tunjuk kaedah tekapan, Kay cakap ' tengok Ni..Magic...'
Lepas tu Khadeejah cakap ' wahhh.. Mama pandai..'
Heheheh


Yang ini sesi lain. Sesi Saja saja. Hasil tangan Ayshah Bella. 'mama!! Ini spider!' 

Yang ini hasil kerja Khadeejah. Ada cat, ada dog Dan ada bunny. Di bezakan dengan telinga yang berbeza.
Ada 4 haiwan yang mewakili Khadeejah, Ayshah, Shafeeyyah Dan mama Dan juga kapal terbang.
Ceritanya ialah, kami akan ke semenanjung (Malaya) bila cuti sekolah. 

Yang ini nak kongsikan ceritanya bila tiba-tiba Khadeejah lukisan hujan Dan matahari menghasilkan pelangi. Alkisah, Kali pertama Khadeejah Dan Ayshah nampak pelangi adalah di Miri, Sarawak pada tahun 2016, waktu petang Di penghujung tahun Di Dubai rasa nya tak pernah pula kami nampak pelangi sebab jarang jarang hujan. Bila nampak pelangi, Khadeejah akan Bertanya kenapa ada pelangi mama? Kay pun jawab la sebab ada hujan Dan matahari, barulah ada pelangi. Kebetulan Upin Dan Ipin pun ada episode pelangi, maka memudahkan Kay untuk terangkan. Ada juga Kay usik, sebab Naga turun ke Bumi untuk minum air ( ala macam dalam episode Upin Ipin tu....Hehehe)

Yang ini pula semasa servis kereta di Toyota Service Center, Khadeejah Dan Ayshah main tanah liat. Mereka uli panjang panjang. Kay pun menyebabkan juga. Kay pusing pusing Dan buat kepala ular sebab itu saja yang teringat di kepala. APA yang menarik perhatian Kay ialah, Khadeejah ambil pensil ( Masa tu bawa kerja sekolah Dan buat di lounge Toyota Service Center) Dan cucuk kan untuk dibuat mata ( sungguh detail si Khadeejah Ni). Ular besar tu Khadeejah punya. Ular kecil tu tak lain dan tak bukan, Ayshah punya lah...
Nampak tak ular kecil tu ada ekor terkeluar? Kay buatkan untuk Ayshah.. Khadeejah nampak..Dia pun nak jugakk..Tak mahu kalahhh

Khadeejah dah pandai menulis. Di sekolah sekarang tengah berlatih tulis nama. Memandangkan di Toyota Service Center ada satu bahagian yang boleh letak sticky notes, makanya Kay suruh Khadeejah tulis. Sambil menulis, Kay ajar dia mengeja..Untuk perkataan Toyota, Kay suruh dia cari mana perkataan tersebut ( ada di dinding service center) Dan suruh Khadeejah salin. Menyalin adalah Salah Satu perkara yang akan dilakukan di sekolah rendah. Makanya, dari sekolah tadika, perlu didedahkan dengan aktiviti ' menyalin' perkataan.


Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...