Friday, April 21, 2017

Bagaimana untuk reset pen elektronik Al Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini hari Jumaat.
Jom baca Quran.. heheh..
Entry kali ini Kay nak kongsikan bagaimana nak reset pen elektronik Al Quran kalau pen tersebut bila di cas, ada lampu dalam 3 hingga ke 5 minit, kemudia lampu terpadam. Seterusnya, pen tak boleh on. (ini adalah yang terjadi pada pen elektronik Kay) dan akhirnya selepas mencari maklumat di Internet, dapat juga pen tersebut berfungsi. Alhamdulillah.
Kalau tanpa pen tersebut, apalah gunanya.
Betul tak? Sebab kita beli set tersebut, supaya dapat membantu kita belajar dengan cara mendengar ayat ayat Al Quran.

Cerita banyak banyak tak best.
So, lets enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.


inilah dia muka depan kotak. Kay beli set ni di Dubai dengan harga dalam 100 hingga 150 dirham.  Apa yang Kay mahukan ialah buku Qaedah Nooraniyah. Qaedah Nooraniyah adalah salah saty cara untuk belajar membaca Al Quran. Macam di sekolah agama Khadeejah, cara Iqra'. Haa.. ada pulak cara Al Baghdadi. Memandangkan Kay dah belajar Qaedah Nooraniyah di Dubai, makanya Kay nak ajar anak anak guna kaedah tersebut. Disamping mereka belajar menggunakan Iqra' disekolah.
Di Malaysia juga ada set Al Quran ni. Kay pernah nampak di siaran TV Go Shop. Yang itu ikut versi Malaysia lah. 


ini adalah muka belakang kotak nya. Untuk info lanjut boleh layari www.darulqalam.com
Masalah yang selalu ditanya di laman web darulqalam ialah bila pen tidak boleh membaca Al Quran. Jawapan yang diberikan ialah berkemungkinan set yang dibeli tidak original. Tapi bagi masalah pen tak boleh On ni, tiada pula soalan dan jawapan. Makanya Kay cari di YouTube. mungkin ada troubleshooting. Malangnya tiada juga. Yang ada hanyalah bagaimana untuk cas pen elektronik sahaja.
Kay buat lagi carian dan terjumpa maklumat dalam bahasa Inggeris. heheh Rupanya ada tempat yang perlu ditekan untuk reset semula.
Kay terus belek- belek pen tersebut. 

ada 4 buku dalam set tersebut. antaranya ialah talking dictionary dan Sahih Muslim. 


Talking dictionary ni ialah perbualan sehari harian. 

ada juga Sahih Bukhari dan yang paling kay suka iaitu buku Qaedah Nooraniyah. 

itu contoh dalam buku Qaedah Nooraniyah. Dengan adanya pen tersebut, mudah untuk Khadeejah dan Ayshah belajar mengeja. heheh  

Gambar keseluruhan dalam set DarulQalam. Cara nak cas pen ialah cucukan sahaja USB CABLE cable macam kita cas handphone. Mudah..
p/s: abaikan tangan Shafeyyah Bella


inilah contoh Quran nya. ada warna warni. heheh
Sebetulnya, heheh Kay jarang guna Al Quran tersebut sebab selalu guna smartphone.
Seperti yang diberitahu awal tadi, Kay beli sebab nakkan buku Qaedah Nooraniyah sebab pada Kay, dan senang belajar baca Quran guna Qaedah Nooraniyah. 

Ada user manual. 


Cuma dalam manual tidak terangkan apakah lubang yang Kay tunjukkan.
itulah dia lubang untuk reset. Kay gunakan pin untuk cucuk sambil tekan butang ON/OFF. alhamdulillah.. pen dapat digunakan semula. Selamat mencuba!! 

Alat bantu belajar mengeja untuk menarik minat anak anak yang mudah dan semestinya murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
harap semua sihat hendaknya.
 Kali ini Kay nak kongsikan salah satu cara yang Kay gunakan untuk mengajar Khadeejah mengeja dalan bahasa Melayu dan English.
Kay dapat tips ini dari cikgu sekolah agama Khadeejah iaitu Cikgu Fida.
Semoga tips Dan ilmu ini dapat menjadi manfaat kepada semua dan menjadi amal jariah bila dikongsikan.
sebetulnya, banyak tips tips yang boleh ku
ita jumpa dalam  Facebook dan dan internet.
Yang Kay kongsikan ini, sebab ianya mudah dan murah.
Dan tidak mengotorkan. heheh
Dengan 3 orang puteri masing masing 6 tahun, 4 tahun dan 8 bulan ditambah tiada pembantu rumah (semua urusan rumah seperti membasuh, melipat baju, mengemop lantai, vacuum dan banyak lagi sampai tak boleh nak tulis heheh )
Kay sukakan benda yang mudah disamping dapat menarik minat Khadeejah.
Learning should be fun for the kids. So for the mothers.
Kalau nak buat aktiviti menarik, tetapi lepas tu berkecah dan Mama sahaja yang kemas, it is not fun for the Mother.

Cerita banyak -banyak tak best.
So, lets enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

inilah dia.. bahan bahan nya ialah permanent marker dan penutup botol.
Alhamdulillah Khadeejah suka. heheh Kay pon suka sebab kita macam main main juga.
Tidak lah pakai kaedah biasa iaitu pen dan kertas.
p/s: jenuh juga Kay nak kumpulkan penutup botol. 

haa.. kalau betul, Kay akan bagi happy face.. kalau salah.... muka sedih tu..
ok.. selamat mencuba


Friday, April 7, 2017

Nescafe Peraduan beli Dan menang

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? 
Minum Apa tu?  heheh
entry Kali Ini, Kay nak kongsikan kegembiraan memenangi Hadiah Dari Nescafe. 
Walaupun saguhati,  menang tetap menang. 
Orang Pertama yang Kay beritahu Ialah mak Kay. 
mak cakap "Awak ni ong lah".
Kay cakap,  menang RM 50 Sahaja Gift Card Petronas. 
mungkin lain Kali dapat lag besar.  heheh..
ini bukan Kah Kali Pertama  Kay memenangi Peraduan.
Kay  pernah menang membuat ucapan sempena Hari Ibu yang dianjurkan Oleh Dubai Mall. walaupun  bukan Hadiah utama, menang tetap menang.
selain menang Peraduan anjuran Dubai Mall,
Kay Ada menang Peraduan yang dianjurkan Oleh  Reel Cinema . Menang T Shirt Wrath of The Titans.
Sila klik..



Cerita banyak-banyak tak best. 
So let's enjoy some pixx! 

Sekian, terima Kasih.

Kat selalu beli barang dapur di Everwin  Supermarket.  kenapa?
Sebab dekat rumah.  Ini lah satu-satunya Everwin di Miri.  Tapi  Ada banyak cawangan  di / Seluruh negeri Sarawak. selain Everwin,  New World Mart yang terletak di Lutong juga Ada buat Peraduan Nescafe ni. Macam mana Kay dapat tau menang? dalam pukul 930 pagi, Ada 3 miss call Dari nombor yang tak dikenali.  selalunya Kay tak return call. tiba tiba tergerak call semula.  Ada ringing tone, Tapi Dia matikan.  Lepas tu,  nombor  tersebut call semula.  Dia Tanya,  Ini Puan xxx ka? Ya...puan menang Hadiah saguhati  Peraduan Nescafe...Alhamdulillah.. Kay tak teringat pasal peraduan tu Sebab Suka Suka Saja.. heheh.. rezeki di pagi Jumaat.

Hadiah utama Ialah television, kemudian microwave, kemudian  ketiga Ialah smart phone Samsung.  saguhati Ialah Petronas Gift Card berjumlah RM50 untuk 15 pemenang. 


inilah Dia card nya
  


Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...